Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - (Ayah Dennis)
Triningtyas - (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sinopsis Global Separuh Aku
ADARA (Asmirandah)adalah putri adalah putri seorang makelar/pemasuk ikan yang bernama SUDIRO (Adipura) dan MARNI (Vira Yuniar).
Sudiro adalah orang yang sangat pelit dan perhitungan. Ia bahkan
menghitung biaya hidup yang ia keluarkan untuk membesarkan Adara. Oleh
karenanya, ia memaksa Adara untuk menikah dengan DENNIS (Miller Khan),
anak pengusaha kaya di kampung itu, yang sedikit tuli tetapi berwajah
tampan. Sudiro berharap mahar dari keluarga Dennis bisa menutupi
pengeluarannya selama ini.
Adara yang tumbuh besar di perkampungan nelayan dan berjiwa bebas tidak
begitu saja menerima perintah ayahnya. Di saat Dennis dan keluarganya
datang melamar, Adara yang berjiwa petualang besar dan banyak akal pun
kabur dari rumah dengan meminta pertolongan REZA (Kevin Andrean), sahabatnya. Reza yang tidak tegaan akhirnya menemani Adara kabur ke Jakarta, walaupun pacarnya, NANING (Putri Anne) tidak setuju akan sikap Reza.
Di Jakarta Adara dan Reza luntang lantung tidak ada tujuan. Mereka
terlalu kagum akan keindahan kota Jakarta dan bertingkah norak. Saat
sedang mengagumi kolam Bundaran HI, mereka bertemu dengan MAYA (Michella Putri) yang baru saja bertengkar dengan ayahnya, PAK SANDY (Ari Wibowo).
Adara dan Maya terlibat perselisihan. Adara tidak menyadari bahwa Pak
Sandy adalah ayah kandungnya yang tidak pernah ia kenal selama ini.
Merasa Jakarta bukanlah tempatnya, Adara dan Reza pun berencana kabur pindah kota. Di stasiun ia bertemu dengan RAMA (Rezky Aditya), laki-laki easy going
yang terpaksa mengurus ketiga keponakannya yang masih kecil-kecil, ANDI
(Suheil), ADIT (Malaki) dan ANDIEN (Shelsi Valencia), karena ditinggal
oleh kedua orangtuanya, yang tak lain adalah kakak Rama. Adara meminta
bantuan Rama untuk membelikannya tiket karena antrian yang panjang.
Saking girangnya mendapatkan tiket, Adara sampai lupa membayar tiket
tersebut ke Rama. Rama merasa dijebak. Adara yang tiba-tiba sadar akan
kelalaiannya mulai mencari Rama.
Adara kemudian dipertemukan kembali dengan Rama. Karena tanpa sengaja
Adara menolong ketiga keponakan Rama yang karena kenakalan mereka sempat
Rama hukum di rumah. Rama sebenarnya tidak tega, tetapi ia benar-benar
tidak tahu bagaimana cara mengatur mereka. Ternyata Adit, Andi dan
Andien justru sangat nurut dengan Adara. Mereka bahkan menginginkan
Adara menikah dengan Rama. Adara yang mulai menikmati perannya mengurus
keponakan Rama ini pun gundah.
Bagaimanakah kelanjutan kisah Adara ?..
Apakah Sudiro dan Dennis diam begitu saja atas kaburnya Adara ?
Sinopsis Separuh Aku Episode 1
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 1
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 2
Sinopsis Separuh Aku Episode 3
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 3
Sinopsis Separuh Aku Episode 4
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Separuh Aku Episode 4
Sinopsis Separuh Aku Episode 5
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 5
Sinopsis Separuh Aku Episode 6
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Separuh Aku Episode 6
Sinopsis Separuh Aku Episode 7
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Separuh Aku Episode 7
Sinopsis Separuh Aku Episode 8
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 8
Sinopsis Separuh Aku Episode 9
Kisah Separuh Aku bersambung dalam Episode 9 di mana Adara berjalan seorang diri di jalan sambil memikirkan terlalu banyak yang telah berlaku pada waktu yang begitu singkat. Adara tidak mempunyai keyakinan apakah setelah setahun nanti, dia akan dapat mencintai Dennis. Sewktu Adara ingin masuk ke dalam bas, tiba-tiba muncul Reza bersama ibunya yang turut mahu pergi bersamanya. Marni memeluk anaknya dan memberitahu Adara bahawa dia kabur dari rumah. Ibunya mahu menemani Adara di Jakarta kerana tidak mahu meninggalkan Adara bersendirian di Jakarta. Kata Marni lagi Reza juga akan ikut bersama mereka. Adara memeluk ibunya kegembiraan.
Pihak bank menelefon Rama menanyakan dia tentang bayaran hutang ke bank. Rama tidak dapat berkata apa-apa tentang hal itu lalu pihak bank mahu Rama pindah dari situ mulai keesokan harinya kalau tidak, Rama diberitahu bahawa jangan sampai mereka terpaksa bertindak kasar.
Rama tersenyum sewaktu panggilan dimatikan. Andien tanya om mereka apakah terdapat berita gembira yang menyebabkan om mereka tersenyum begitu. Namun Rama memberi alasan yang dia berasa bosan tinggal di rumah itu dan ajak mereka pergi berlibur bersamanya. Andien gembira riang mendengar kata-kata omnya itu. Begitu juga Andi dan Adit mereka mahu ikut om mereka pergi liburan. Setelah itu mereka tidak akan bantah tentang keputusan om mereka. Rama menyuruh meeka pergi siap-siap dahulu sampai tidak ada apa yang ketinggalan. Mereka diminta mengemaskan semua barang keperluan dan pakaian mereka sementara Rama akan tunggu mereka. Andien, Adit dan Andi yang masih kecil tidak faham apa yang sebenarnya telah berlaku. Sebenarnya rumah mereka akan disita dan mereka masih fikirkan apa yang diberitahu om mereka adalah benar iaitu pergi berlibur kerana berasa bosan tinggal di rumah.
Rama membawa tiga orang keponakannya ke tempat yang sederhana lalu dia cuba menjelaskan kenapa mereka tinggal di situ yang dia cuma mahu mencuba mengalami pengalaman yang baru sahaja lagipun meeka kan belum pernah tinggal di tempat yang sebegitu. Rama kemudiannya menunjukkan mereka ke arah ramai anak-anak yang lain sambil berkata mereka akan mendapat teman-teman yang baru. Rama berjanji pada meeka untuk tinggal di situ buat sementara waktu sahaja. Andi dan Adit terus mahu main tetapi Andien minta mereka tunggu dahulu untuk meletakkan barang mereka. Rama menerima panggilan tetapi tidak dijawabnya. Siapa yang menelefon Rama agaknya.
Babak yang lain: Pihak Polis memang belum dapat menghubungi mangsa kejadian itu.Maya memeluk mamanya. Maya tanya mamanya kenapa dia melakukan semua itu. Mamanya beritahu Maya dia akan meguruskan pembebasan Maya dan dimintanya Maya bertenang kerana katanya lagi masa depannya masih panjang dan dia tidak mahu Maya menjadi kriminal. Maya memeluk papanya, Pak Sandy yang juga ada bersama mamanya. Maya menjelaskan pada papanya dia panik dan tidak tahu ke mana dia harus pergi. Pak Sandy meminta kebenaran untuk berbicara berduaan dengan Maya. Pak Sandy mahu tanya apakah sebenarnya terjadi, apakah Maya terlibat dalam tabrak lari. Menurut Pak Sandy sewaktu kejadian itu, iaitu sewaktu kereta Maya dimasukkan ke bengkel, bukankah Maya bilang pada Pak Sandy dia teleh terlibat dalam kemalangan. Maya mengaku telah membohongi papanya. Waktu itu keretanya memang masuk ke bengkel tetapi mamanya yang telah meminjam kereta tersebut. Maya tidak mahu papanya bertengkar dengan mamanya lagi. Sebab itu, kata Maya dia bercakap bohong. Maya minta papanya memaafkannya. Pak Sandy memberitahu anaknya buat masa ini dia sedang menguruskan wang jaminan. Mama Maya bersalah bersalah dan berharap mereka dapat dimaafkan kerana pasangan suami isteri, Shinta dan Indra masih muda lagi.
Andi tanya omnya kenapa cuma ada satu katil, di mana mereka bertiga mahu tidur nanti. Namun kata Andien dia saja yang uruskan Andi. Andi mengadu pada Rama tidak ada bekalan air dalam kamar mandi. Rama menunjukkan tempat mandi yang lain sambil memberi alasan lagi yang namanya juga liburan. Mereka harus menerima pengalaman yang baru.
Adara dan Reza tidak tahu di mana mereka harus tinggal lagi memandangkan wang 50 juta sudah diberikan pada Rama tetapi diambil oleh Sudiro. Marni memberitahu mereka dia masih ada wang tabungan. Adara memeluk ibunya berterima kasih. Dengan wang itu mereka boleh cari rumahkontrakan untuk tempat tinggal. Sebelum itu mereka pergi mencari makanan untuk alas perut. Setelah itu Adara memberi wang kontrakan selama satu bulan. Adara terdengar suara yang dikenalinya. Dia ternampak Rama bersama keponakannya naik ojek. Adara berlari ke arah ojek itu dengan menjerit nama Rama.
Mama Maya memberitahu Maya yang dia mengetahui mangsa korban itu muda sekali tetapi Maya minta mamanya jangan meneruskan tentang hal itu. Dia tidak mahu bahas tentang semua itu lagi. Katanya lagi dia sudah trauma memikirkannya. Kata Maya lagi nasib baik papanya masih dapat biayai wang jaminan dan mamanya sekarang bebas. Namun menurut mamanya dia masih dalam tahanan dan tidak boleh pergi kemana-mana. Setiap hari mamanya terpaksa melaporkan diri di balai polis dan sekiranya papanya pergi ke luar kota, dia tidak boleh ikut bersama. Maya tanya mamanya apakah keluarga mangsa korban masih belum dapat dihubungi. Jawab mamanya dia telah cuba menghubungi orang itu tetapi panggilan tidak pernah dijawab.
Kekacauan berlaku, Sekumpulan lelaki sedang bergaduh. Kerana panik, Marni lari dari tempat kejadian tetapi dia dilanggar oleh kereta. Maya dan mamanya berada dalam kereta itu. Maya dan mamanya ternampak Marni terjatuh. Mama Maya mahu turun menolong Marni tetapi Maya menahan mamanya daripada memberi pertolongan kerana berkata mereka tidak mungkin buat begitu kerana dia baru sahaja bebas dari tahanan. Marni pengsan. Sekiranya mereka masih mahu menolong Marni mereka pasti dalam bahaya kerana mamanya baru dibebaskan. Pemandu mereka juga minta agar mama Maya tidak turun kerana bimbang dilaporkan ke polis nanti. Maya suruh pemandu mereka teruskan perjalanan sahaja sebelum ada sesiapa yang melihatnya. Namun mama Maya mengasihani Marni yang masih belum sedar dari pengsan. Dia mahu membawa Marni ke rumah sakit. Mama Maya suruh Maya pulang bersama Pak Supir sahaja supaya papanya tidak cemas sementara mamanya akan menolong Marni.
Adara berlari menuju ke kediaman Rama tetapi didapatinya rumah Rama sudah disita oleh bank. Adara berasa risau di mana mereka tinggal sekarang ini. Kemudian Adara teringat ibu mereka yang masih berada di gerai makan. Reza dan Adara segera pergi mencari Marni. Adara panik ibunya hilang dari pandangan, dia tidak ada di gerai makan. Ke mana ibunya sudah pergi?
Marni mendapati dirinya berada di rumah sakit. Mama Maya minta maaf atas kejadian itu yang tidak disengajakan. Namun Marni tidak menyalahkannya malah dia berterima kasih kerana telah dibawa ke rumah sakit. Mama Maya tanya bagaimana kondisinya sekarang. Menurut Marni dia cuma kaget sahaja tadi. Selain itu dia tidak apa-apa. Mama Maya tanya kenapa Marni berada di tengah-tengah jalan. Marni menjelaskan padanya yang dia sedang mencari anaknya. Tetapi secara tiba-tiba ada darurat dan sekarang dia terpisah dengan anaknya. Marni tidak tahu di mana anaknya berada. Mama Maya tanya apakah Marni sudah cuba menghubungi anaknya. Tetapi masalah Marni ialah dia tidak hafal nombor telefon bimbit anaknya. Mama Maya tanya Marni ciri-ciri anaknya. Kata Marni anaknya perempuan yang berumur dalam lingkungan dua puluhan. Menurut mama Maya anak Marni sudah dewasa seumur dengan anaknya. Mama Maya cuba tenangkan Marni dan mintanya jangan bimbang tentang hal itu kerana anak Marni juga akan mencari ibunya juga (harap maaf kerana sapphire tidak tahu siapa nama mama Maya yang dilakonkan oleh Tia Ivanka, sesiapa yang mengetahuinya harap memberitahu sapphire. Terlebih dahulu sapphire ucapkan ribuan terima kasih atas maklumatnya)
Mama Maya nasihati Marni istirahat sementara dia akan pergi ke tempat kejadian tadi untuk mencari anak Marni dan akan membawanya ke rumah sakit bertemu dengan Marni semula. Marni amat berterima kasih pada mama Maya yang sudi menolongnya dan minta maaf padanya kerana telah menyusahkan mama Maya dalam hal ini padahal mereka baru sahaja berkenalan. Tetapi sambung mama Maya lagi dia faham situasi masalah Marni kerana mereka sama-sama seorang ibu dan umur anak mereka sebaya. Kata Marni mudah-mudahan dia akan dapat berjumpa dengan anaknya. Pasti dia juga sedang mencarinya sekarang. Mama Maya minta diri untuk pergi mencari anak Marni. Sekali lagi Marni ucapkan terima kasih pada mama Maya.
Rama diberitahu pihak sekolah bahawa wang yuran ketiga orang keponaknya sudah tertunggak selama tiga bulan. .Disebabkan hal itu, mereka terpaksa dikeluarkan dari sekolah itu kecuali masalah yuran yang tertunggak itu diselesaikan. Rama tidak tahu bagaimana hendak memberitahu keponakannya tentang masalah itu. Rama menjemput ketiga orang keponakannya dari sekolah dan memberitahu mereka "tadi kepala sekolah bilang dia tanya om bisa gak bawa kabur kalian bertiga dari sekolah ini tapi jangan sampai dia tahu... Makanya jangan sampai dia tahu. Ayo kita kabur..."
Andi tanya benar ke apa yang baru dikatakan om mereka dan mereka bebas lakukan apa sahaja. Rama mahu mereka segera meninggalkan sekolah itu sebelum diketahui kepala sekolah.
Adara risau tentang di mana perginya ibunya. Dia tanya pada Reza kenapa dia terpisah dengan ibunya sebegitu. Namun Reza cuba tenangkan fikiran Adara minta dia istirahat terlebih dahulu barulah memikirkan tentang hal itu. Pak Haji tanya pada Reza apakah dia dan Adara suami isteri. Tetapi terangkan kepada Pak Haji yang mereka cuma saudara dan bukannya suami ister. Pak Haji memberi mereka kunci rumah.
Di babak yang lain menceritakan perkhidmatan Rama tidak diperlukan lagi dalam persatuan Kelab Bola Sepak dan dia digantikan oleh Naizal yang menggunakan nombornya iaitu No. 7. Rama dalam persatuan Kelab Bolasepak. Rama memohon agar dia diberi kesempatan sekali lagi untuk membuktikan pada mereka dia adalah yang terbaik tetapi permohonannya ditolak dan dia dibawa keluar dari situ. Bagaimanakah nasib Rama yang tidak akan bermain bola sepak nanti.
Terus ikuti kisah selanjutnya Separuh Aku di bawah link-link berikut.
Kerjasama untuk diberikan kredit pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 9 pada 23 Oktober 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 9 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 9 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 9 Part 3
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 9 Part 4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment