Friday, March 27, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 202 YANG BERSIARAN PADA 27 MAC 2009, JUMAAT DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 23 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 202


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan

Sinopsis/Review sambungan kisah sinetron Intan Episode 201:

Nadine dan Intan terkejut kerana Rado menjawab Nadine dengan nada yang tinggi. Sewaktu memandu, emosi Rado juga tidak baik. Nadine masih ambil hati dengan cara Rado menjawabnya. Rado mengemaskan barang dan keberatan untuk meninggalkan rumah sakit itu. Dia juga menerima bil RM125 juta untuk rawatan Wina. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk membayar bil sebanyak itu.




Gambar-gambar dari petikan sinetron Intan Episode 202

Bintang jatuh sakit dan badannya panas. Dewa membawanya ke rumah sakit. Intan tiba-tiba rasa seperti sesuatu yang tidak kena dan dia tidak tahu kenapa. Dewa diberitahu doktor bahawa Bintang kena demam berdarah. Dia memerlukan darah jenis O. Intan menelefon Dewa dan Dewa memberitahu Intan bahawa dia memberitahu Intan bahawa Intan kena demam berdarah.

Rado tidak suka Intan melawat anak orang lain kerana anak mereka juga perlu dijaga. Rado akhirnya bersetuju untuk menghantar Intan ke rumah sakit tetapi Wina tidak membenarkannya kerana menurutnya, tiada orang menjaga Pelangi di rumah. Intan terpaksa naik teksi ke rumah sakit. Intan mendermakan darahnya kepada Bintang. Intan sedih melihat keadaan Bintang. Dewa mengejutkan Intan yang tertidur di rumah sakit sementara menunggu perkembangan terbaru dari Bintang. Dewa hairan kenapa Intan yang cemas dengan keadaan Bintang sementara dia barulah ayah angkat kepada Bintang. Dewa memberitahu Intan buat pertama kali dia menemui Bintang dia sudah jatuh cinta dan sayangkan Bintang. Dewa asyik memikirkan bahawa Bintang dan Intan adalah ibu dan anak.

Intan dimarahi Wina kerana menguruskan anak orang lain sementara Pelangi perlu dijaganya. Rado juga marahkan Intan mengenai hal itu. Intan menjelaskan bahawa dia tidak rela melihat Bintang ditinggalkan dan dibuang oleh kedua ibubapanya. Rado menegaskan lagi Pelangi barulah anak mereka. Intan tetap menegaskan bahawa dia cuma teringatkan bagaimana keadaannya sendiri sewaktu dia masih kecil. Akhirnya Rado akur dan membenarkan Intan terus melawat Bintang.



Rado tidak tahu bagaimana hendak berterus terang dengan Intan bahawa dia tidak bekerja di rumah sakit sebagai doktor lagi. Persatuan Penyolek Indonesia mencadangkan bahawa Intan masuk pertandingan yang telah dianjurkan peringkat Antarabangsa. Intan berasa sungguh gembira mendapat peluang itu. Rado ingin memberitahu Intan mengenai masalahnya sebelum Intan mendapat tahu dari orang lain. Apakah perasaan Intan apabila mengetahuinya nanti atau apakah Rado akan berasa berat hati untuk memberitahu Intan?


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

FIFY TERSINGKIR DALAM TOP 9 ONE IN A MILLION MUSIM KE-3 PADA 27 MAC 2009/FIFY WAS ELIMINATED DURING OIAM SEASON 3 ON MARCH 27, 2009 - TOMOK : IMMUNITY


Fify merupakan finalis kelima yang tersingkir dalam One In A Million Musim Ke-3 yang baru dilangsungkan semalam pada 27 Mac 2009 siaran secara langsung melalui 8TV dalam Top 8 One In A Million. Tomok merupakan pemenang Imunity/Immunity Winner untuk minggu ini. Top 7 OIAM 3.


THE JUDGES/JURI ONE IN A MILLION MUSIM KE-3: SYAFINAZ, JACLYN VICTOR, PAUL MOSS

****************************************************************************

TOP 7 FINALISTS ONE IN A MILLION SEASON 3 LIVE OVER 8TV CHANNEL ON MARCH 27, 2009 - WHO DO YOU THINK WILL BE SENT HOME AFTER FIFY EMIELIA SHAZLIN BINTI AHMAD MURSHAIDI @ FIFY NEXT WEEK? WHO IS YOUR FAVOURITE FINALISTS AND WHO WILL WIN THE ONE MILLION RINGGIT? TO KNOW FURTHER CONTINUE WATCHING THIS REALITY SHOW, THE SHOW I HAVE ALWAYS BEEN WAITING TO WATCH.

KINI CUMA TINGGAL 7 FINALIS DI ONE IN A MILLION MUSIM KE-3 SETELAH SUKI DAN AYU MENJADI JUARA PADA DUA MUSIM YANG LALU. SIAPAKAH AGAKNYA AKAN DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG RM1 JUTA UNTUK MUSIM KE-3 INI. JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENGUNDI FINALIS KEGEMARAN ANDA SUPYA MEREKA AKAN TERUS KEKAL.

***************************************************************************


FIFY EMIELIA SHAZLIN BINTI AHMAD MURSHAIDI @ FIFY - TERSINGKIR PADA 27 MAC 2009

Age :19
Occupation : Freelance Singer
Genre of Music : Pop Rock


***************************************************************************
Top 7 One In A Million Season 3 Profile/Biodata


AMYLEA BINTI AZIZAN @ AMYLEA
Age :22
Occupation : Singer, song writer
Genre of Music : RnB, Country & Pop Rock


ZULQARNAIN BIN JAAFAR @ NINE
Age :27
Occupation : Musician
Genre of Music : Rock


NASHARUL AWEERA BIN NORIYISSHAM @ WEERA
Age : 18
Occupation : Singer
Genre of Music : Rock


ELIZABETH APPLUNIUS CHIN @ ESTHER
Age :21
Occupation : Singer
Genre of Music : Modern blues, RnB, Soul, Jazz Fusion


SHAH INDRAWAN BIN ISMAIL @ TOMOK
Age :24
Occupation : Singer
Genre of Music : Pop Rock & rock


SIMON CHRISTOPHER @ SIMON
Age :25
Occupation : Singer
Genre of Music : Pop Rock & Rock


MUHAMMAD RIDZUAN BIN SHARIFUDDIN @ RIZU
Age :19
Occupation : Singer
Genre of Music : Pop & RnB

(Thank you and credits to http://ms.wikipedia.org, 8TV: http://www.8tv.com.my dan semua pihak untuk sumber maklumat dan gambar)

SAMBUNGAN SINOPSIS KISAH DRAMA LAGENDA : JULIA JULI YANG BERSIARAN PADA 26 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DALAM EPISODE 15



JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI SEBUAH LAGI DRAMA BARU BERJUDUL "JULIA JULI" (Jula Juli Bintang Tiga) MELALUI SLOT LAGENDA DI TV3 MULAI 3 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS/TV9 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 8.30 MALAM - EPISODE 15

Barisan pelakon yang membintangi "Julia Juli" adalah:

Misha Omar sebagai Julu
Sayiddah sebagai Jula
Dynaz sebagai Juli
Zed Zaidi
Danny X-Factor
Abby Abadi
Rahim Jailani
Syawal AF5
Aqasha
Imuda
Irene Tan

Sinopsis ringkas melalui gambar-gambar dari petikan Drama Lagenda: Julia Juli Episode 15 pada 26 Mac 2009 yang telah disiarkan di TV3 dalam slot lagenda setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang:



Kisah Lagenda Julia Juli bermula dengan Remy membawa Julu menemui Julia untuk menukar imagenya. Julu kini berambut pendek. Jula memberitahu Izwan bahawa dia mempunyai masalah dengan Diana di rumah kerana rakan serumahnya itu tidak sukakannya. Ayah Remy meminta Hani tunggu Remy pulang ke rumah kerana terdapat sesuatu yang ayah Remy ingin umumkan. Apabila Jula memberitahu Diana sekiranya dia tidak dapat bertolak ansur dengannya, lebih baik dia pindah saja dan Diana pula menjawab"keluarlah".

Remy dan Julu sampai ke rumah dan ayahnya memberitahu Remy bahawa mereka akan membuat majlis secara besar-besaran. Remy terkejut mendengar berita itu. Dalam satu babak yang lain, Jula menelefon Julia memberitahunya bahawa dia ingin berjumpa dengannya kerana dia tension dan ingin bercakap dengan seseorang. Julia memintanya pergi ke rumahnya pada waktu itu . Julu sedih mengenangkan apa yang telah diumumkan oleh ayah Remy, dia menangis dalam biliknya apabila dia mendapat tahu bahawa Remy telah dijodohkan dengan Hani gadis pilihan ayah Remy.

Remy berkata ayahnya sepatutnya berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan tetapi menurut ayahnya itu adalah yang terbaik untuknya dan apa lagi yang ditunggu dan Hanipun dah cukup bersedia. Sambung ayahnya lagi bahawa Remypun makin tua dan layak menjadi bapa. Walaupun Remy menganggap Hani macam adik sendiri tetapi ayahnya berkata itu boleh berubah. "Sepupupun boleh berkahwin, bukan tak boleh" - Hani meminta ayah Remy memberi waktu untuk Remy dan tidak perlu tergesa-gesa. Mulai saat itu, Remy diminta oleh ayahnya kurangkan aktivitinya dengan Julu sebab dia kena fikirkan yang dia akan berkahwin dengan Hani tidak lama lagi. Dia tidak mahu Remy asyik bersama dengan Julu. Hani tersenyum mendengar hal itu.

Apabila Remy ingin menyambungkan kata-katanya, ayahnya berkata dia ingin masuk tidur. Setelah ayah Remy naik ke atas, Hani memeluk Remy dari belakang dan berkata nampaknya mimpi mereka menjadi nyata tetapi menurut Remy mereka tidak mempunyai impiannya dan itu adalah impian Hani seorang sahaja.

Walaupun ibu Remy lebih suka sekiranya Julu menjadi menantunya tetapi, itu adalah keputusan ayah Remy yang mahukan Remy berkahwin dengan Hani. Julu berkata dia faham dengan situasi tersebut dan Ju juga sedar siapa dirinya. Dia cuma angan-angan nak kahwin dengan Remy. Ibu Remy menganggap Ju seorang yang istimewa. Selepas itu Ju menangis dalam pelukannya.

Di kayangan, ibu Julu risau melihat keadaan Julu yang sedang bersedih. Ayahnya berkata mungin Julu mempunyai masalah tetapi mereka tidak boleh membuat kesimpulan. Ibunya berpendapat mungin Julu rindukan mereka. Ayah Julu berkata mungkin ada hikmah di sebalik semua cubaan itu.

Julia ingin Jula tinggal serumah dengannya kerana setelah dia balik dari kerja dia rasa sunyi sahaja tinggal seorang diri. Jula gembira kerana dapat tinggal bersama Julia. Julia mengajak Jula untuk bermalam di rumahnya.


Connie pergi ke rumah Arif untuk mengajaknya makan bersama tetapi menurut Arif Freddie lebih sesuai untuknya. Walaupun Connie memberitahu dia ingin meluangkan masa bersamanya, kerana itulah dia pergi ke rumahnya dan merekakan close? Tetapi Arif menjawab dia close dengan semua staffnya. Arif tidak mahu berceloteh dengan lebih panjang lagi dan memberitahu Connie dia sudah mengantuk dan ingin tidur jadi Connie terpaksa beredar dari rumahnya.

Pada keesokan harinya, Julia memberitahu Arif dia telah bertemu dengan seseorang yang boleh menemaninya di rumah. Arif berkata "Sayake" tetapi menurut Julia bukan dan orang itu adalah Sofia(Julu) yang datang bersama Izwan hari itu. Julu menelefon Julia untuk bertemu dengannya.


Julu membuat temu janji dengan Julia. Dia memberitahu Julia tentang masalahnya dan menurutnya lagi dia tidak ada tempat tinggal yang lain lagi selain dari rumah Remy. Saudara-marapun tiada. Julia berkata tidak mengapa kerana dia ada kerjaya yang bagus. Dan Julia yakin dia tiada masalah untuk hidup berdikari. Julia berkata mereka adalah wanita dan akan menyelesaikan masalah bersama-sama dan mempunyai kekuatan pada diri sendiri untuk terus majukan masa hadapan mereka. Nasihat daripada Julia untuk Julu adalah dengan meminta Julu untuk keluar daripada rumah itu dan dia rasa dia boleh tolong Julu dalam hal itu kerana tempat yang dia tinggal kini masih ada ruang untuk seorang lagi. Julu mengucapkan terima kasih kepada Julia yang sudi menolongnya. Sewaktu bertemu dengan Arif, Julia memberitahunya bahawa terdapat seorang lagi yang akan tinggal bersamanya iaitu "Juzulaika"(Julu). Arif kata meriahlah kalau begitu. Julia minta Arif usah risau kerana dia akan minta sewa daripada Julu dan Jula. Arif kata Julia pandai buat bisnes. Julia menjawab "mestilah".





Sekian daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi pada hari Isnin, 30 Mac 2009 dalam Episode 16 Drama Lagenda: Julia Juli. Semoga terhibur.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9 dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar "Julia Juli")

SAMBUNGAN TERKINI SINETRON JELITA EPISODE 57 (EPISODE AKHIR) BERSIARAN DI TV3 PADA 26 MAC 2009 JAM 2.30 PETANG - DIBINTANGI OLEH AGNES MONICA


Sinopsis dan video klip sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir) - Sinetron Jelita yang mengandungi 57 episod ini mula menemui penonton sejak 15 Disember 2008, jam 2.30 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis.





Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Jelita dalam Episode 57 (Episode Akhir) - Dipenghujung kisah sinetron ini menceritakan kisah bagaimana ibubapa mertua akhirnya menerima Jelita dengan hati yang terbuka. Mereka meminta maaf kepada Jelita kerana telah sangka terhadapnya selama ini. Kartika, mama Bayu menyedari bahawa Vivian sebenarnya yang telah cuba merosakkan nama baik Jelita dan dialah yang mencuri cincin Kartika (pemberian suami Kartika yang dianggap Kartika amat berharga sekali). Semuanya berakhir dengan baik dan Kartika telah memaafkan Lirna, mereka berbaik semula dan Kartika juga telah meminta maaf kepada Jelita kerana telah menyebabkannya menderita.

Turut menjayakan sinetron ini adalah Agnes Monica yang memegang watak “Jelita” Dearly yang memegang watak "Bayu", Gading Marten, Ketrin, Cut Syifa, Diva Nadia, Lia Kartika, Cindy Fatika Sari dan Umar Lubis.

Sutradara : Dody Djanas
Produser :Leo Sutanto
Desain Produksi : Heru Hendriyarto, Indrayanto Kurniawan
Cerita & Skenario : Allan Rosalia
Produksi : SinemArt (2008)


Video klip pembukaan sinetron Jelita - Tema: Matahariku dengan lirik - Agnes Monica

Lirik lagu tema sinetron Jelita: Matahariku - Agnes Monica

Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Reff

Berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi...

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku


PEMAIN/Dibintangi oleh pelakon :


Agnes Monica sbg. JELITA

Nino Fernandez sbg. ERLANGGA
Dearly Dave Sompie (Dirly Idol)- Indonesian Idol 3 : sbg. BAYU
Gading Marten sbg. EDDY
Ketrin sbg. VIVIAN
Cut Syifa sbg. DEWI
Diva Nadia sbg. PRYTA
Lia Kartika sbg. KARTIKA
Cindy Fatika Sari sbg. LIRNA
Umar Lubis sbg.DANU
Arinza sbg. RIZAL

KARAKTERISASI/WATAK/CHARACTER

JELITA (17-18 tahun)

Anak kedua Rano dan Rima. Dia ini cewek cantik yang ceria, bersemangat, berani, berjiwa sosial tinggi, penolong, dan rela melakukan apa saja untuk membela sahabat-sahabatnya, membenci orang kaya. Sebenarnya Jelita bukan anak Rima, tapi anak taras yang diberikan pada Rima.

BAYU (18-19 tahun)

Cowok tampan, cool, kaya, membenci orang miskin karena menganggap orang miskin itu malas dan tidak mau berusaha.

KARTIKA (40 tahun)

Wanita setengah baya, cantik, berpenampilan mahal, sangat galak, diktator, sangat dominan, penuh kekuasaan dan pengaruh, keinginannya ingin selalu dituruti.

LIRNA (40 tahun)

Wanita setengah baya, cantik, lembut, diam-diam dia sudah menikah dengan Danu dan memiliki anak Jelita, yang diberikannya pada Rima.

PRYTA (27 tahun)

Cewek, anak pertama Rano dan Rima, cantik, galak, egois, jahat, suka memerintah adik-adiknya dengan semena-mena.

RIMA (38 tahun)

Wanita setengah baya, ibu rumah tangga yang baik, lembut

RIZAL (43 tahun)

Suami Kartika. Sangat menyayangi dan memanjakan Bayu tapi punya sifat jelek yang tidak diketahui istrinya, yaitu suka bermain wanita. Rizal naksir berat pada Laras, sekretaris di perusahaan-nya dan akhirnya berusaha memperkosa Laras. Berusaha menolong Laras, Danu tanpa sengaja membunuhnya.

RANO (40 tahun)

Kepala keluarga yang bertanggung jawab dan sangat menyayangi keluarganya, selalu bekerja keras untuk memenuhi kebutuhan keluarganya yang miskin dan pas-pasan.

EDDY (16 tahun)

Cowok, anak ketiga Rano dan Rima yang suka mencuri dan memeras orang tuanya

Sinopsis sinetron Jelita yang mula bersiaran di TV3 pada 15 Disember 2008 jam 3.30 petang:

Jelita adalah seorang gadis yang cantik, ceria, bersemangat, berani, berjiwa sosial tinggi, penolong, dan rela melakukan apa saja untuk membela sahabat-sahabatnya. Satu hal yang paling dibenci Jelita adalah orang kaya, karena sejak kecil Ibunya, Rima, selalu mengajarkan pada Jelita bahwa orang kaya itu sombong dan selalu mementingkan dirinya sendiri, dan hanya akan membuat gadis miskin menderita.

Sebenarnya Rima bukan ibu kandung Jelita. Ibu kandung Jelita adalah Lirna, sahabat Rima. Sebenarnya Lirna adalah seorang wanita yang baik hati, tapi dia lalu tertipu oleh seorang pria kaya yang menikahinya cuma untuk mempermainkannya. Bahkan hubungannya dengan pria itu telah menyebabkan kesalahpahaman, yang menyebabkan Lirna terpaksa mendekam di penjara selama belasan tahun. Lirna berada di tempat yang salah pada waktu yang salah, sehingga menyebabkan dia menjadi tertuduh atas terbunuhnya suami Kartika, Rizal.

Kartika yang mengira Laras adalah pembunuh suaminya sangat mendendam pada Lirna. Dia bersumpah tidak akan pernah memaafkan laras dan membiarkan laras hidup tenang. Bahkan dia tak henti-hentinya mendoktrin putra tunggalnya, Bayu, agar membenci pembunuh Papanya dan seluruh keluarganya, bahwa dia tidak boleh berhubungan dengan mereka, apapun yang terjadi.

Beberapa bulan setelah dia mendekam di penjara, Lirna baru tahu bahwa dia hamil. Tak ingin bayinya dibesarkan dalam lingkungan penjara, Lirna pun memberikan bayinya pada Rima. Namun Lirna meminta Rima merahasiakan soal Jelita pada semua orang.

Waktu berlalu. Jelita tumbuh menjadi gadis yang sangat cantik. Suatu hari, tanpa sengaja dia bertemu dengan Bayu. Tanpa mengetahui latar belakang permusuhan keluarga mereka, kejadian demi kejadian diantara mereka tak disangka-sangka malah menyebabkan tumbuhnya benih-benih cinta diantara mereka.

Sementara itu, Rima yang sudah berumur mulai sakit-sakitan. Dia menderita penyakit parah yang tidak bisa disembuhkan lagi. Dalam batinnya, Rima merasa tersiksa, karena dia masih menyimpan rahasia besar yang tak diketahui seorangpun.

Saat sakit Rima semakin parah, Rima pun akhirnya memutuskan untuk memberitahu suaminya, Rano. Tapi malang, belum sempat menyelesaikan perkataannya, Rima sudah meninggal dunia. Karena itu, informasi yang sampai di telinga Rano hanyalah kata-kata bahwa salah satu dari puteri mereka bukan puteri kandung Rano. Rano menanggapi kata-kata Rima dalam arti yang berbeda, dia mengira isterinya telah selingkuh. Kekecewaan Rano memicu konflik baru. Sikap Rano terhadap puteri-puterinya jadi berubah dingin dan menjauh karena dia mengira salah satu dari mereka adalah hasil perselingkuhan.

Bagaimanakah kelanjutan cerita ini? Apakah rahasia Rima pada akhirnya akan terbongkar? Bagaimanakah kelanjutan hubungan Bayu dan Jelita? Saat Kartika mengetahui hubungan mereka, apakah Kartika akan menyetujuinya? Bagaimana reaksi Bayu saat mengetahui bahwa Jelita adalah puteri dari orang yang sudah membunuh Papanya? Apakah dia tetap akan mempertahankan hubungannya dengan Jelita, ataukah berubah membencinya?

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI EPISODE AWAL SINETRON JELITA DALAM EPISODE 22 HINGGA 30

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI EPISODE AWAL SINETRON JELITA DALAM EPISODE 31 HINGGA 40

UNTUK MENGIKUTI SAMBUNGAN TERKINI SINETRON JELITA EPISODE 41 - 50 BERSIARAN DI TV3 HINGGA 4 MAC 2009 JAM 2.30 PETANG - DIBINTANGI OLEH AGNES MONICA SILA KLIK DI SINI

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI SAMBUNGAN TERKINI SINETRON JELITA EPISODE 22 - 56 BERSIARAN DI TV3 HINGGA 25 MAC 2009 JAM 2.30 PETANG - DIBINTANGI OLEH AGNES MONICA


Sambungan sinopsis sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir/Last Episode) yang bersiaran di TV3 dalam SLOT SINETRON pada 26 Mac 2009 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sambungan kisah sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir/Last Episode) Part 1

Sambungan kisah sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir/Last Episode) Part 2

Sambungan kisah sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir/Last Episode) Part 3

Sambungan kisah sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir/Last Episode) Part 4

Sambungan kisah sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir/Last Episode) Part 5


Sambungan kisah sinetron Jelita Episode 57 (Episode Akhir/Last Episode) Part 6


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.sinemart.com, TV3 dan semua pihak untuk sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by