Tuesday, August 24, 2010

Episode 10 - Sinetron Cinta Kirana pada 24 Ogos 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon

* Nia Ramadhani sebagai Kirana
* Randy Pangalila sebagai Galang
* Tsania Marwa sebagai Riana
* Kiki Farrel sebagai Baim
* Arthur Tobing sebagai Rama
* Yatti Surachman sebagai Sita
* Erly Ashy sebagai Aida
* Emma Waroka sebagai Sandra
* Revand Narya sebagai Evandra
* Mama Dahlia sebagai Dahlia
* Unang sebagai Tejo
* Indah Ayu Putri sebagai Joana




Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/



Sinopsis Cinta Kirana Episode 9 pada 23 Ogos 2010 di Astro Ria

Kisah hari ini bermula dengan:


Part 1:

Galang membawa air minuman oren untuk melegakan rasa mabuk Kirana. Kirana tidak ingat lagi bahawa dia telah mabuk semalam. Galang lap bibir Kirana dan Riana ternampak apa yang berlaku dan dia berkata bahawa Galang telah menyakiti hatinya. Dia berasa cemburu. Riana minta Galang jangan lupa yang dia telah melamarnya sebelum ini dan menyarungkan cincin ke jarinya. Riana mengeluarkan cincin tersebut dan dibalingkan ke katil lalu beredar dari situ. Galang mengejar Riana. Riana tanya Galang apa lagi alasannya begitu baik dengan Kirana. Hati Galang sudah mulai jatuh cinta kepada Kirana dan dia tidak sanggup untuk memberitahu Riana. Riana tanya kenapa Galang tidak menjawab pertanyaannya. Riana kemudiannya memeluk nenek Galang dan mengadu kepada neneknya. Kata Riana itu semua tidak adil padanya. Nenek Galang minta Galang tanggungjawab dengan apa yang telah dilakukannya.

Kirana meminta izin untuk pergi dari situ. Pak Rama ingin minta pemandu mereka saja yang hantar Kirana tetapi Kirana enggan dan mengucapkan terima kasih atas segalanya pada Pak Rama.

Galang mengetuk pintu Kirana tanpa mengetahui Kirana telah tinggalkan kediaman mereka. Galang hairan ke mana Kirana telah pergi. Galang mencari Kirana tetapi tidak menjumpainya. Bibi kata pada Galang bahawa dia telah pulang ke rumahnya sendiri tanpa membawa pakaian lain cuma baju yang pertama kalinya dia pakai ke rumah mereka.


Part 2:

Kirana sampai di rumahnya dan dia terus memeluk neneknya dan memberitahu neneknya bahawa dia amat merinduinya. Kirana memberitahu Ibu Surti adakah dia keberatan sekiranya dia tinggal di situ. Ibu Surti gembira dengan kepulangan Kirana. Nenek Kirana tanya adakah Kirana mempunyai masalah. Tetapi menurut Kirana dia cuma mahu memberi kejutan pada mereka dengan kepulangannya.




Ibu Surti: Apa khabar Kirana ya, puan?
Kirana: Nenek...saya rindu sangat pada nenek (mereka berpelukan)
Sita: Nenek juga rindukan kau.
Ibu Surti: Kau ke sini tak cakap pun, nak.
Kirana: Bagaimana nak cakap. Telefon pun tak ada. Takkan nak tulis surat.
Ibu Surti: Kau dah bawa barang-barang kau?
Kirana: Dah semuanya dah saya bawa.




Kirana: Nenek kan dah keluar dari rumah sakit. Jadi aku juga harus keluar dari rumah atuk Rama. Saya nak jaga nenek. Makcik Surti tak keberatan kalau saya dan nenek tinggal di sini dulu?
Ibu Surti: Tiada masalah, nak, Kirana janganlah cakap begitu.

Rakan sekerja nampak Kirana telah pulang ke rumahnya dan dia ingin memberitahu Baim tentang hal itu.


Ibu Aida: Sepertinya kita harus cari pemandu baru ya.. Kita juga harus cari tukang kebun untuk gantikan untuk Encik Meon.


Galang melihat kerusi kosong yang biasa Kirana duduk sewaktu makan bersama mereka.

Ibu Aida: Apa kata kita jadikan Encik Dahlan sebagai pemandu keluarga kita?
Galang: Saya pergi dulu ya, tuk, nenek.
Pak Rama: Saya pun nak keluar.


Ibu Aida pada dirinya: Kenapa semuanya aneh macam ini?

Baim tanya apakah masalah Kirana. Kirana kata memang tiada apa yang berlaku dan sekiranya tentang Galang, sememangnya Galang tidak mencari masalah dengannya. Kirana cuma memberitahu Baim bahawa sekiranya dia terus tinggal di rumah Pak Rama cuma akan menyebabkannya jadi manja saja.

Dalam hati Kirana minta maaf pada Baim kerana dia tidak boleh berterus terang dengannya bahawa dia telah jatuh cinta dengan Galang.

Galang meminta izin daripada Riana untuk pergi ke pejabat dan meninggalkan Riana sewaktu pertemuan mereka. Dalam hati Galang ternyata dia rindukan Kirana. Kirana pergi ke tempat Baim bekerja tetapi dia cuma mengelamun di situ. Kirana beritahu Baim bahawa dia tidak enak badan dan ingin pulang ke rumah istirehat. Rakan sekerja Baim kata mungkin Kirana dah biasa tinggal di rumah mewah dan dia tidak akan biasa berada di bengkel.

Kirana menangis mengenangkan waktu pertama kali dia bertemu dengan Galang. Di pejabat, Galang juga terkenangkan tentang Kirana. Galang tidak dapat tumpukan perhatiannya dalam pekerjaan.


Part 3:


Ibu Surti kata dia tahu apa masalah Kirana. Adakah kerana masalah cinta. Apabila Kirana ungkit hal Pak Tejo hilang mood Ibu Surti.

Ibu Surti: Mak cik tahu kau ada masalah cinta kan?
Kirana: Tahu-tahu saja mak cik ni.
Ibu Surti: Boleh lihat dari air muka kau. Muka yang ada masalah cinta kan?
Kirana: Bukankah Mak Cik Surti yang ada masalah cinta dengan Pak Cik Tejo?
Ibu Surti: Sedapnya bercakap, mak cik tak ada perasaan cinta dengan Tejo tu.
Kirana: Betul kah? Nanti kalau Pak Cik Tejo kehilangan mak cik kebingungan.
Ibu Surti: Sudahlah mak cik nak nasihatkan kau. Kau cakap macam-macam pula. Mak cik nak masuk dulu.



Dibengkel:
Pak Tejo: Daripada termenung, lebih baik kau ungkapkan perasaan kau pada Kirana.
Baim: Memang sampai sekarang, encik tu pernahkan encik ungkapkan perasaan encik pada Mak Surti? Tak pernah kan?
Pak Tejo: Itu sebab saya tak tahu macam mana nak ungkapkan dengan bahasa yang baik dan betul. Memang kau tahu bagaimana caranya?
Baim: Kalau seseorang mahu ungkpakan perasaannya pada orang lain, dia beri barang. Bunga atau coklat misalnya.
Pak Tejo: Macam itu ya? Okey esok saya akan jumpa Surti dan ungkapkan perasaan saya dengan cara yang awak cakapkan tadi. Jangan lupa kuncikan pintu pagar.


Baim kata pada dirinya alangkah baiknya sekiranya dia macam Pak Tejo. Bersikap budiman.



Sita: Kirana, nenek perhatikan sikap kau berbeza. Kau agak pendiam. Ada masalah ke? Apa, kau nak ceritakan pada nenek? Mungkin sebab Nenek Aida?
Kirana: Tidak, tidak ada apa-apa nek. Saya senang duduk di rumah Atuk Rama. Mereka semua baik pada saya. Nenek, saya nak tahu sangat. macam mana nenek dan Atuk Rama berjumpa dulu? (Kirana minta neneknya ceritakan hal Pak Rama dengannya sewaktu mereka muda dulu).
Nenek Sita: Itu kan cerita zaman dulu. Nanti kau bosan mendengarnya.

Tetapi Kirana kata dia tidak akan bosan mendengarnya. Saya nak tahu sangat. Ceritakanlah nek.


Aida tanya suaminya kenapa dengan Galang dari kemarin dia murung saja. Pak Rama tidak menjawab pertanyaannya.

Kirana membawa hadiah daripada Pak Tejo sebiji labu. Ibu Surti mahu buangkan labu itu saja. Kirana cadangkan agar Ibu Surti buat kueh daripada labu tersebut saja. Ibu Surti terus buatkan Pak Tejo kueh seperti yang dicadangkan oleh Kirana.

Riana mengadu pada mamanya bahawa Galang terus mengelamun seperti ada masalah saja. Mama Riana minta Riana buat sesuatu untuk Galang saja. Riana membuat keputusan untuk memberi kek pada Galang.

Kueh yang dibuat oleh Ibu Surti sudah siap. Dia minta Baim berikan saja pada Pak Tejo.

Di pejabat Galang, Riana memberi Galang biskut kepadanya tetapi apabila Galang membuka bekas tersebut, dia terkenangkan tentang Kirana. Galang minta izin untuk keluar kerana ada urusan. Riana hairan dengan sikap Galang.


Part 4:

Baim membawa kueh kiriman dari ibunya. Pak Tejo gembira dan kata itu adalah kueh Cinta.
Pak Tejo kemudian memberi sedikit wang kepada Baim. Pak Tejo berkata itu adalah kueh Bahulu Berlada. Kueh itu amat pedas sekali.

Galang hairan bagaimana dia boleh tiba di kampung tempat Kirana tinggal. Galang ternampak Kirana tetapi dia terus berdar dari situ dan kata pada dirinya dia tidak boleh lupakan Riana begitu saja. Kirana terus memanggil Galang apabila ternampak keretanya. Kirana menangis sendirian dan berkata pada dirinya bahawa dia tidak boleh mempunyai sebarang perasaan terhadap Galang kerana Galang sudah memiliki Riana. KIrana lap airmatnya dan kata dia harus kuat dan tidak boleh nangis atau bersedih. Kirana harus lupakan Galang.

Riana menelefon ibunya Galang meninggalkannya begitu saja. Riana diminta ibunya pergi ke rumah Galang saja. Tiba di rumah Galang buka pintu kamar Kirana dan memegang baju yang pernah pernah dipakai Kirana. Galang tanya pada dirinya kenapa dia begitu sukar sekali untuk lupakan Kirana. Galang duduk di katil Kirana (mendekatkan baju itu ke mukanya) Galang rindukan Kirana.


Part 5:

Riana menziarahi Galang di rumahnya. Dia ternampak Galang tertidur di kamar Kirana. Dia hairan kenapa Galang tidur di situ. riana memanggil Galang dan dia cuba bangunkan Galang. Tetapi Riana terdengar Galang memanggil nama Kirana minta Kirana jangan pergi. Riana sedih dan kata "Tak Mungkin" Dia berlinangan air mata dan pergi dari situ walaupun Ibu Aida memanggilnya dia terus meninggalkan rumah itu saja. Ibu Aida marah melihat Galang tidur di kamar Kirana. Pak Rama ingin memberitahu Sita agar memujuk Kirana kembali ke rumah mereka kembali kerana dia tahu Galang terasa kehilangan Kirana.

Riana tidak puas hati tentang Galang yang rindukan Kirana. Riana kata pada ibunya dia tidak dapat terima semua itu dan tahu apa yang harus dilakukannya. Galang bangun dan dia juga hairan bagaimana dia boleh tertidur di kamar Kirana.


Pak Rama beritahu dia akan ke suatu tempat untuk hilangkan rasa sedih Galang. Pak Rama menziarahi Sita. Pak Rama kata kedatangannya ke sana adalah .... Sebelum dia melanjutkan apa apa mereka ternampak suatu berita di tv iaitu:

Rama: Sita, kedatangan saya sebenarnya ingin membicarakan masalah tentang Kirana. Aku ingin kamu meminta Kirana untuk....


Wartawan: Saya dengar filem kamu dihentikan kerana kekurangan dana.
Riana: Bukan dihentikan tetapi saya keluar dari projek itu. Saya nak rehat dari dunia lakonan kerana sekarang saya sedang buat persediaan untuk pertunangan saya.
Wartawan: Oh jadi Cik Riana nak bertunang? Dengan siapa Cik? - Artis, ahli perniagaan?
Ibu Riana: Bakal tunang anak saya bukan dari kalangan artis tapi dia berasal dari kalangan usahawan terkenal. Namanya Galang Pangalila.



Episode 10

Rama sangat marah dan terkejut mengetahui pertunangan Galang dan Riana. Apalagi berita itu didengarnya bukan dari Galang, tapi dari television. Rama makin merasa bersalah pada Sita. Apalagi setelah Rama dan Sita mengetahui bahwa Kirana sudah jatuh cinta pada Galang. Sita faham kenapa Kirana tiba-tiba pulang ke rumah. Pasti dia telah kecewa dengan Galang. Sita ingin merahsiakan berita dari pengetahuan Kirana. Baim minum minuman yang Kirana hidangkan untuk Pak Rama. Pak Rama meninggalkan rumah Sita secara mendadak. Di pejabat Pak Rama begitu kecewa dan marah pada Galang tentang pertunangan cucunya dengan Riana.



Tiba-tiba Pak rama berasa tidak sihat. Galang meminta maaf pada atuknya kerana tidak menceritakan hal itu pada atuknya. Galang berterus terang dengan atuknya bahawa perhubungannya dengan Kirana cuma pura-pura saja. Keakraban Galang Galang dengan Kirana bukan pura-pura tetapi dia mencintai Kirana dan mereka berdua saling mencintai tegas Pak Rama lagi.


Ibu Aida begitu gembira tentang pertunangan yang akan dilangsungkan antara Galang dan Riana tetapi Pak Rama meminta maaf pada ibu Riana dan berkata sampai bilapun dia tidak akan setuju dengan pertunangan itu. Tetapi menurut Ibu Aida Kirana telah pergi dari rumah itu dan dia akan menentukan tarikh pertunangan mereka.

Ibu Aida: Jangan risau... suami saya pasti masih terkejut mendengar berita tadi.
Riana: Tapi nek, atuk memang tak suka saya sejak dulu lagi. Atuk pun dah ada calon untuk Galang.
Ibu Aida: Eh... kau jangan risau, gadis itu dah lama pergi dari rumah ini. Lagipun kan ada nenek. Tiada suami yang tak dapat dipujuk oleh isterinya. Nenek yang akan tentukan tarikh perkahwinan Riana dan Galang.


Babak yang lain: - Di bengkel kereta

Kirana: Baim, Nasrun mana ni? Lama betuk dia aku dah lapar ni. (Tidak lama selepas itu, Nasrun sampai dengan membawa makanan)

Baim: Makan dulu, Kirana.
Kirana: Sudu dan garfunya mana?
Nasrun: Kau dengar tak tu? Tuan puteri dari Kerajaan Bengkel minta sudu dan garfu. Maafkan hamba, tuan puteri. Hamba terlupa. Sudu tertinggal di bengkel belakang.
Baim - Kau jangan cakap sebarangan nanti tuan puteri dari Kerajaan Bengkel mengamuk.


Mendengar apa yang dikatakan mereka, Kirana menjadi marah dan berkata dia akan patahkan tulang Baim. Dia tanya Baim adakah dia mengejeknya. Baim mengadu kesakitan.

Kirana: Aku dah cakap jangan main-main dengan aku. Mujurlah tangan kau saja yang aku pusingkan. Selepas itu Kirana ketawa dan duduk di situ.
Kirana: Baim, kenapa? Kan tadi tangan kau yang aku pusing. Otak kau tak apa-apa kan?

Baim memberitahu Kirana dia telah menyimpan perasaan terhadap Kirana dan sebenarnya dia sukakan Kirana. Kirana fikir itu cuma adalah gurauan semata-mata. Tetapi Baim terus kata dia serius tentang hal itu. Kata Baim lagi, setiap kali Kirana bersama lelaki lain, dia akan cemburu. Baim amat berharap Kirana akan mempunyai perasaan yang sama terhadapnya tetapi Kirana tahu semua itu tidak mungkin. Dia terdiam mendengar apa yang Baim katakan.

Baim: Maaf ya saya salah cakap.
Kirana: Tak, kau tak salah. Cuma aku... (Kirana terus meninggalkan Baim tanpa meneruskan kata-katanya)


Kirana pada dirinya: Kenapa kau suka pada aku, Baim? Kita kawan. Aku tak nak persahabatan kita hancur kerana hal ini. Kau tak boleh suka pada aku sebab sampai bila-bilapun saya tak akan membalas cinta kau. Kerana aku dah jatuh cinta pada lelaki yang dah ada tunang... Galang.

Part 2:


Riana beritahu ibunya semua mimpinya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Yang penting tada ada orang lagi yang akan halang perhubungan antara dia dan Galang. Riana juga kata tiada ada orang lain yang boleh menghalangnya daripada mempergunakan Galang dan Galang boleh buat filem untuknya termasuk atuk Galang.

Ibu Riana: Dan anak mama yang paling cantik ini akan menjadi artis yang terkemuka.
Riana kata itu sudah pasti dan usah dihiraukan tentang atuk Galang.

Ibunya bercadang untuk shopping baju yang paling bagus, berlian yang paling mahal dan semua itu biar Galang yang bayar saja. Di rumah Pak Rama terus marah dan tidak setuju tentang perhubungan Riana dan Galang walaupun Ibu Aida terus membela Riana dan maknya.

Galang pergi ke rumah Riana dan tanya Riana kenapa dia tidak memberitahu hal pertunangan mereka dengannya terlebih dahulu. Riana kata dia cuma mahu semua orang tahu betapa gembiranya tentang hal ini. Riana minta agar Galang tidak marah lagi.

Galang: Apa jua perasaan aku tidak ada guna. Semuanya dah terlanjur. Galang lalu meninggalkan mereka di situ

Ibu Riana minta anaknya usah fikirkan hal itu kerana sekarang Galang tidak boleh lagi berbuat apa-apa dan tidak lama lagi Galang akan menjadi miliknya buat selamanya.

Di rumah, Ibu Aida memberitahu Galang bahawa atuknya tidak mahu makan atau minum dan juga enggan keluar dari bilik. Ibu Aida risau. Galang minta neneknya tenang saja dan dia akan bercakap dengan atuk.



Dialog: Maafkan saya, tuk. Saya tidak bermaksud untuk tidak menghargai atuk. Saya tak nak kecewakan atuk. Saya tak tahu macam mana nak ceritakan semua ini pada atuk. Atuk, cakaplah dengan saya. Marahlah saya kalau saya salah. Atuk tak pernah tak bercakap dengan saya macam ini. Maafkan saya, tuk. Saya berdosa pada atuk.

Galang meminta maaf pada Rama sampai bersujud di kaki Rama. Galang juga mengakui bahwa selama ini kemesraannya dengan Kirana hanya pura-pura. Rama sangat kecewa. Tapi Rama tak punya pilihan lain. Akhirnya Rama pasrah dan setuju Galang bertunangan dengan Riana.


- Dah beberapa bulan kita tak berjumpa semakin cantik jadinya.
Kirana: Jangan biadab ya? Nak aku ajar?




- tapi kalau marah semakin cantik.
Kirana menampar lelaki itu dan berkata padanya bahawa dia tidak suka dibuat begitu.


Kirana: Kau nak saya pukul kau juga?
- Tak, maaf Kirana
Kirana: Jaga kamu berdua ya? Kirana kemudian pulang ke rumah.



Kirana memberitahu neneknya bahawa dia baru saja memukul orang sedangkan dia telah berjanji pada dirinya supaya tidak mudah marah. (towards the shinystar) Tetapi sebentar tadi dia tidak dapat menahan diri. Nenek Kirana memujuknya dan minta dia berehat saja agar kemarahannya akan reda.



Part 3:

Suara hati Sita faham kenapa Kirana pulang ke rumah secara tiba-tiba. Pasti semua itu disebabkan pertunangan antara Galang dan Riana dan harap nasibnya tidak akan menjadi seperti dia dan Rama.

Kereta Galang rosak di tengah jalan dan dia harus pergi ke bengkel untuk membaiki keretanya. Baim minta Kirana lupakan apa yang telah diberitahunya tentang cintanya terhadap Kirana dan anggap semua itu mimpi saja. (towards the shinystar) Kirana dan Baim mendapat tahu kereta yang rosak adalah kepunyaan Galang. Riana menyindir Kirana dan berkata selama ini gadis yang disukai atuk Galang ternyata tidak mempunyai sopan-santun. Dalam kereta Galang berdiam diri saja dan Riana kata kenapa selepas bertemu dengan Kirana sikapnya aneh saja.

Baim hairan kenapa Kirana diam saja sejak tadi. Dia fikirkan adakah kerana dia telah meluahkan perasaannya pada Kirana. Baim tidak tahu Kirana rindukan Galang.




Riana: Kau nak masuk dulu tak.
Galang: Boleh, mama mana?
- Maaf, encik. Selamat petang cik. Tempahan keknya dah siap. Sama seperti yang cik pesan.
Suara hati Galang berkata: Inikan kek yang sering Riana bawa untuk neneknya. Katanya buat senidri, tapi...
Riana: Tapi saya tak pesan kek, mas. Awak salah alamat agaknya.
- Ini alamatnya Jalan Akasia 3A, atas nama Cik Riana Marwa. Cik dah lama langgan di kedai kami. Tak mungkin salah.
Riana: Mungkin mama saya yang pesan. (ya sayang, mungkin mama yang pesan. Kan di rumah ni ada pertemuan sosial dan nampaknya mama tak sempat masak gitu.)
Galang: Aku pulang dulu ya. Sampaikan saja salam saya pada mama

Part 4:

Galang terkenangkan waktu dia menjaga Kirana ketika Kirana cedera. Adakah dia telah tersalah Riana. Riana pula berasa sedih mengenangkan Galang. Dia memberitahu dirinya mulai sekarang dia tidak akan mengharap apa-apa dari Galang. (towards the shinystar) Hari pertunangan Galang dan Riana tiba. Riana tanya kenapa nenek tua itu yang diwawancara oleh para wartawan sepatutnya dia. Ibu Riana mintanya bersabar saja. Riana mencari Galang.


Galang dan Riana bertunang. Adakah Galang akan bahagia bersama Riana nanti?

Pak Rama berharap dan mendoakan kebahagiaan Galang. Galang kata dia tidak tahu samada dia gembira atau tidak dan katanya dia cuma dapat rasakan Riana tiada lagi dihatinya. Pak Rama kata dia telah mengkhianati Sita, nenek Kirana. (towards the shinystar) Galang baru faham disebabkan hal itu, atuknya mahu menjodohkan cucu Sita, Kirana dengannya.

Baim akhirnya tahu alasan sebenarnya Kirana berubah pendiam, yaitu karena Kirana mencintai Galang. Baim langsung patah hati.

Sementara itu, Galang sedikit-demi sedikit mengetahui kebohongan Riana. Tapi Riana selalu berhasil membela diri. Sampai akhirnya, Galang melihat sendiri Riana menghina Rama. Galang kecewa dan memutuskan pertunangannya dengan Riana.

Part 5:

(Sementara itu, Galang sedikit-demi sedikit mengetahui kebohongan Riana. Tapi Riana selalu berhasil membela diri. Sampai akhirnya, Galang melihat sendiri Riana menghina Rama. Galang kecewa dan memutuskan pertunangannya dengan Riana.)



Riana: Saya tahu atuk tak sukakan saya. Tapi semua itu tiada gunanya sebab Galang cucu tunggal atuk sudah memilih saya sebagai isterinya. Nampaknya saya perlu ajar atuk bagaimana menerima bakal isteri di rumah ini. Sebab tak lama lagi saya akan tinggal di rumah ini. Atuk kenapa diam? Atuk memang anggap saya ini tak ada? (towards the shinystar) Atau jangan-jangan atuk takut kerna Galang lebih memilih saya daripada mendengar kata-kata atuk?



Suara hati Galang: Keterlaluan. Riana begitu lancang pada atuk. Padahal saya tak putuskan hubungan dengan dia semata-mata kerana atuk.


Riana: Sekarang apa lagi yang atuk nak buat untuk pisahkan saya dengan Galang? Atuk nak jodohkan Galang dengan gadis kampung itu? Galang tak akan mahu, tuk. Dia bukan pemuda bodoh. Kenapa? Atuk tak suka saya? (towards the shinystar) Mengadulah pada Galang. Dia pasti akan membela saya.

Galang: Tidak akan sama sekali lagi.




Riana: Galang, kau dah lama di sini?
Galang: Tiada sesiapapun yang boleh hina atuk. Termasuk kau.
Riana: Aku tak hina atuk, Galang. Betul kan atuk. Saya cuma...
Galang: Aku dah dengar semuanya. Kau tak boleh tipu aku.




Galang: Maafkan saya, atuk.
Pak Rama: Tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan.



Sekarang kita pergi jumpa Kirana.


Galang tersenyum dan bersetuju dengan cadangan atuknya. Bersambung pada 25 Ogos 2010 pada waktu yang sama.

Episode 10 - 1
Episode 10 - 2
Episode 10 - 3
Episode 10 - 4
Episode 10 - 5

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by