Tuesday, February 19, 2013

Sinopsis Episode 52 (19 Februari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinopsis ringkas Aliya permulaan Episode 51

Anjar masih cemas menunggu keadaan Wisnu. Shinta menelefon anjar tanya di mana Wisnu. Anjar jelaskan pada Shinta bahawa Wisnu dipatuk ular. Terdapat kesukaran untuk Shinta mempercayainya.  Shinta beritahu Gisha bahawa papanya dipatuk ular. Mereka menyusul ke rumah sakit.

Ruben menelefon Dita bahawa dia akan ke rumah Dita. Dita terpaksa menyuap makanan buat Ruben apabila Ruben mengadu tangannya masih sakit. Mahu tidak mahu Dita terpaksa layan kehendak Ruben. Kata Dita dia cuma pengganti tangan kanan Ruben saja tidak lebih dari itu.

Marina sedar kembali dan dia melihat Sandra disampingnya. Marina tanya keadaan bayinya. Apakah bayinya masih selamat. Marina mahu tahu kenapa Sandra diam saja. Marina kesedihan mendengar dia keguguran dan bayinya tidak dapat diselamatkan. Marina stress dan menangis teresak-esak sambil menuduh Mutia penyebabnya. Namun Sandra memberitahu masih ada satu janin dalam kandungannya yang masih lagi selamat. Ternyata Marina mengandungkan kembar dan satu janinnya masih selamat dan Marina harus menjaga baik-baik bayinya. Marina bersyukur dengan berita yang diketahuinya.

Shinta dan Gisha tiba di rumah sakit. Anjar memberitahu Shinta dan Gisha bahawa disebabkan kesesakan lalu lintas, dia terpaksa menggendong Wisnu ke rumah sakit. Aliya tanya bagaimana keadaan Wisnu. Shinta minta Aliya berdoa untuk kesembuhan Wisnu.

Sambungan sinopsis ringkas Aliya Episode 52 

Dita pergi menemui Faris. Faris tanya Dita kenapa dia di situ. Kata Faris dia sama sekali tidak tertarik dengan tawarannya. Dita tanya apakah dia tidak takut Aliya tertarik sama Galang. Menurut Faris yang harus Dita lebih risau adalah Marina kerana dia adalah calon istri Galang. Faris memberitahu Dita bahawa anak yang dikandung Marina adalah anak Dita dan bukannya Gilang. 

Marina kaget liat polisi cari dia di rumah sakit. Marina pura-pura tidak sihat dan bersikap tidak tahu menahu tentang kejadian tempoh hari katanya semua itu adalah disebabkan oleh Mutia. Sandra beritahu kedua orang polisi tersebut bahawa Marina sedang mengalami keguguran dan mengalami stress dan tidak dapat menjawab pertanyaan mereka. Sandra beri jaminan pada Marina polisi itu tidak akan datang lagi kerana dia sudah punya rencana.

Anjar melawat Aliya di rumah sakit dan memberitahunya dia boleh pulang. Aliya senang kerana dia sudah boleh pulang.

Dalam hati Mutia dia berkata sekarang Marina boleh mengelak daripada polisi tersebut tetapi mereka pasti kembali lagi keesokan hari. Dita pergi menemui Dana. Dita tanya Dana apakah dia kenal dengan seseorang yang bernama Marina. Dana mengaku dia mengenalinya cuma tidak dekat. Dita tanya bukankah Marina itu kekasihnya dan apakah benar dia ayah pada anak yang sedang dikandung oleh Marina. Dita mahu Dana tunjukkan hasil tes DNA padanya atau foto itu akan tersebar di internet. Dana marah dan tanya apakah Dita mengancamnya. Dana tetap tidak mengaku anak yang dikandung Marina adalah anaknya. Dita terus mengancam Dana. Kata Dita Dana tidak seharusnya keberatan kalau dia ingin melihat tes DNA itu. Dita beri Dita dua pilihan sama ada foto itu tersebar di internet atau menunjukkan tes DNa itu. Dana berjaya merampas hp Dita. Dana cuba hapuskan bahan buktinya. Dita suruh Faris ambil hpnya. Dana kata dia sudah duga itu pasti kerja Faris memberitahu Dita semua itu. Faris mengaku dan berkata dia mahu tahu kebenarannya.

Dita merakam Dana memukul Faris. Dana cuba memijak Faris namun Dita suruh pergaduhan itu dihentikan atau nama hotel itu akan semakin jelek. Dita ancam Dana agar hantarnya ke lab untuk mengetahui hasil tes DNA atau rakaman itu disebar ke internet.

Pak Wisnu ingin menemui Anjar dan Mutia. Apakah yang ingin ditanya Pak Wisnu pada mereka? Terus ikuti kisah ini...

Sinetron Aliya Episode 52 pada 19 Februari 2013

Sinetron Aliya Episode 52 Part 1

Sinetron Aliya Episode 52 Part 2

Sinetron Aliya Episode 52 Part 3

Sinetron Aliya Episode 52 Part 4-04


Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by