Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Pasangan Rina dan Shahrin tersingkir dalam minggu keenam dalam Debaran Sehati Berdansa pada 30 Disember 2008.
Kini cuma tinggal 4 pasangan sahaja yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam minggu ketujuh. Pasangan manakah pula yang akan dihantar pulang dalam Debaran Sehati Berdansa minggu ketujuh nanti?
Empat pasangan mengucapkan selamat tinggal kepada Pasangan Rina dan Shahrin yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang pada 30 November 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam di Astro Ria Saluran 104.
Dalam episod Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, pasangan Rina dan Shahrin telah meninggalkan pentas Sehati Berdansa musim kedua apabila menjadi pasangan keenam yang tersingkir.
Selama enam (6) minggu dalam Sehati Berdansa menjadi pengalaman terindah buat pasangan Rina dan Shahrin. Namun, hanya tempoh ini sahaja yang ada buat mereka apabila akhirnya terpaksa meninggalkan cabaran Sehati Berdansa musim kedua setelah diumumkan tersingkir pada Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi.
Ini bermakna, mereka menjadi pasangan keenam tersingkir mengikuti jejak pasangan Ashed & Shima, Shahril & Noraini, Jamal & Faridah, Ani & Zairi dan pasangan yang baru tersingkir minggu lepas, Mazin & Anisa. Pasangan Rina dan Khai juga merupakan pasangan yang berada di kedudukan terbawah mengikut markah juri pada Malam Sehati Berdansa.
Mereka yang mewakili Persekutuan Kesihatan Mental Malaysia turut menyampaikan cek berjumlah RM6000 kepada wakil badan amal itu.
Jalan lupa untuk terus menonton Sehati Berdansa minggu keenam mulai esok pada 1 Disember 2008 untuk mengetahui apakah tugasan tema tarian empat pasangan yang masih kekal.
Pasangan Sasha Pasangan Lisda Pasangan Khai Kini cuma tingga 4 pasangan yang akan kekal dalam minggu ketujuh. Untuk mengetahui apakah tugasan baru mereka dalam Malam Sehati Berdansa yang akan disiarkan pada 1 Disember 2008, jangan lupa untuk terus mengikuti Detik Sehati Berdansa bersama shinystar pada malam esok, 1 Disember 2008. Sekian, daripada shinystar. Selamat malam.