Saturday, March 22, 2008

KEPUTUSAN KONSERT PERTAMA AKADEMI FANTASIA 6 PADA 22HB. MAC 2008 YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SIVIK MPPJ

Yana terpaksa mengucapakan selamat tinggal kepada tigabelas rakannya yang terus kekal untuk minggu berikut di Akademi Fantasia 6. Minggu ini Yana tersingkir kerana tidak mendapat undi yang mencukupi.

Siapa pula agaknya yang akan tersingkir minggu hadapan pada konsert mingguan Akademi Fantasia 6 yang kedua? Sama-samalah kita saksikan nanti pada 29hb. Mac 2008, jam 9 malam. Jangan lupa untuk terus afundi pelajar kegemaran anda supaya mereka akan terus kekal di Akademi Fantasia 6.







Terdapat seorang penyingkiran pelajar dalam konsert minggu pertama Akademi Fantasia 6telah diumumkan selepas 14 orang pelajar selesai menyanyikan lagu Menuju Puncak. Pelajar yang tersingkir sebentar tadi ialah Yana yang berasal dari Kuala Kangsar.


Saya akan memberi maklumat terkini yang selanjutnya secepat mungkin. Selamat malam. Terima kasih kerana singgah di blog Sapphire Blu.

Terus afundi pelajar Akademi Fantasia 6 kegemaran anda supaya mereka akan terus kekal di Akademi Fantasia musim ini.

KEPUTUSAN MINGGU PERTAMA KONSERT AKADEMI TELAH DIUMUMKAN BEBERAPA MINIT YANG LALU. SIAPAKAH PELAJAR YANG TERSINGKIR?



Debaran terus berlaku, degupan jantung seperti kedengaran. Sewaktu saya menunggu keputusan pelajar yang akan tersingkir pada malam ini, saya terikut cemas seakan-akan saya juga berada di atas pentas bersama pelajar Akademi Fantasia 6 sebentar tadi.

Akhirnya penguguman sudah dibuat dan YANA, berasal dari Kuala Kangsar yang telah membawa lagu "Diriku Tapak Sulaiman" tersingkir pada konsert pertama Akademi Fantasia 6 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MPPJ, Selangor.

Terus bersama saya dan saya akan cuba untuk mengemas kini berita yang selanjutnya secepat mungkin.

YANA TERSINGKIR DARI AKADEMI FANTASIA 6
UNTUK KONSERT MINGGU PERTAMA.




Yana pelajar ke 9 membuat persembahan dengan lagu - Diriku Tapak Sulaiman

KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA 6. ADA DI ANTARA PELAJAR YANG DAPAT KRITIKAN YANG MEMUASKAN - SIAPAKAH MEREKA?



Konsert mingguan Akademi Fantasia yang pertama sudah bermula dan masih disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MPPJ, Selangor.

Lapan pelajar sudah membuat persembahan mereka. Sementara waktu, kesemua pelajar tersebut menerima terima kritikan yang memuaskan dan sebaliknya oleh tiga orang pengkritik pada malam ini, Ning Baizura penghibur popular yang tidak asing lagi di kalangan kita dan kak Ogy atau Fauziah Ahmad Daud sebagai pengkritik tetap konsert Akademi Fantasia untuk musim ini. Seorang lagi pengkritik jemputan pada malam ini ialah Ajai yang pernah menjadi guru vokal untuk Akademi Fantasia musim ke 4.

Dua orang pelajar yang menerima kritikan yang paling memuaskan sementara waktu ialah Nadia dan Riz. Sekarang adalah giliran Saida untuk membuat persembahan. Lagu yang akan dinyanyikannya ialah sebuah lagu dari Rossa - Terlalu Cinta. Salah satu lagu yang diminati saya.

Hingga ketemu lagi sebentar lagi apabila keputusan sudah diumumkan. Siapakah pelajar yang akan tersingkir? Ingin tahu keputusannya, terus singgah di blog Sapphire Blu. Saya akan cuba untuk kemas kini kuputusannya secepat mungkin.

SO MUCH FOOD FOR DINNER? IS IT TO CELEBRATE FIRST WEEK OF "KONSERT MINGGUAN AKADEMI FANTASIA 6 YANG PERTAMA"?










Menu:
1. Fried soya sauce chicken drumsticks
2. Fried kangkung with shrimps
3. Salty vegetable tofu soup

Dessert:
1. Papaya
2. Mini cupcakes and chocolate cupcakes

Come join me for the big feast tonight. Actually it is just a normal dinner at home here since I have an extra good mood to cook today.

Bought the cakes at Taka Bakery on the way home just now. The papaya was from one of the mini market at BDC.


Thank you for clicking ads. by nuffnang on the left hand side of this blog.

I JUST LOVE TO HEAR "LELAKI INI" BY ANUAR ZAIN. I just bought his cd just now.
I have been playing this song over and over again whenever I can. First of all I would like to thank the sources that I have taken from. This is one of my favourite hit songs and I thought sentimental songs like this just suited Anuar Zain's voice.

The other day I wanted Anuar Zain's latest album. Actually I have always wanted to buy but delayed until now. The sales person from the cd shop at Kenyalang Park told me the album has already been sold out. I have no choice but to go back there again this coming Wednesday.




Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo...
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
Oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo...
Yang bertahta dalam sanubariku

KONSERT AKADEMI FANTASIA 6 MINGGU PERTAMA MALAM INI DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SIVIK MPPJ, JAM 9 MALAM - 1ST CONCERT OF AKADEMI FANTASIA 6


Halo apa khabar semua, akhirnya konsert minggu pertama Akademi Fantasia 6 yang dinanti-nantikan sudah tiba. Debaran di hati terus terasa terutama sekali untuk 14 pelajar di Akademi Fantasia musim ini. Latihan terakhir diberikan oleh tenaga pelajar sebelum mereka membuat persembahan di depan Pengetua Ramli MS dan tenaga pelajar sendiri.

Ada di antara mereka tidak dapat membuat persembahan yang memuaskan ketika berdepan dengan Pengetua dan tenaga pelajar. Kenapa perkara ini berlaku? Apakah punca sebenarnya? Mampukah mereka membuat persembahan yang terbaik pada malam ini di MPPJ, Selangor yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam?

Dari apa yang telah dibaca, raptai penuh untuk konsert mingguan Akademi Fantasia 6 yang bertama telah berjalan dengan lancar. Dengar khabar terdapat kejutan bakal menanti penonton pada Konsert malam ini pada pukul 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104.

Ramai di antara kita sudah tahu siapakah pengacara konsert mingguan Akademi Fantasia untuk musim ke 6 ini. Sudah pasti AC Mizal yang telah berkecimpung dalam bidang sebagai seorang pengacara terutama sekali rancangan "AC Di Sini" sudah bersedia untuk menemui penonton buat pertama kali pada konsert malam ini, yang telah dinanti-nantikan semua peminat rancangan Akademi Fantasia.

Kita semua akan dapat menonton siaran langsung konsert mingguan Akademi Fantasia musim ke 6 yang pertama pada 22hb. Mac 2008 melalui Astro Ria Saluran 104. Jangan lupa untuk terus afundi pelajar kegemaran kita ya!! Selamat menonton.

CARA-CARA untuk AFUNDI

Undian kita semua adalah menentukan siapakah yang bakal menjadi juara Akademi Fantasia musim ini. Terdapat tiga medium undian “AFUNDI” seperti musim-musim yang lain masih dikekalkan:

SMS: Menghantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

Talian tetap: Mendail nombor 5-digit (13706) dari telefon talian tetap

Butang “R”: Menekan Butang “R” di saluran Astro Ria (memerlukan pemasangan dekoder Astro ke telefon talian tetap, “backchannel”)

Masa untuk afundi:

Mulai 12 tengah malam pada 17 Mac sehingga 11 malam pada 24 Mei 2008 (Konsert Akhir AF6)

Apakah kadar untuk Afundi?

Kadar premium yang dikenakan untuk setiap AFUNDI menerusi semua medium (SMS, Talian tetap dan Butang “R”) ialah RM0.50

Afundi Terkini Pelajar Akademi Fantasia 6 Setakat Ini:

1. FAISAL 14%
2. SAIDA 13%
3. STACY 11%
4. NAIM 10%
5. ALIF 9%
6. STANLY 9%
7. IKA 6%
8. YANA 5%
9. LUFYA 4%
10. RIZ 4%
11. NADIA 4%
12. NUBHAN 4%
13. RINA 4%
14. TOI 4%

Jangan lupa untuk terus klik iklan dari nuffnang di sebelah kiri blog ini. Terima kasih.

Online Visitors

Thank you for dropping by