Wednesday, October 17, 2012

Sinopsis Episode 2 - Layar Drama Indonesia: Separuh Aku mula menemui penonton pada 15 Oktober 2012 setiap hari pukul 19.00 WIB di RCTI



Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)

Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's

Pemain Separuh Aku:

Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan

Asmirandah sebagai Adara
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan  sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza
Putri Anne sebagai Naning
Tia Ivanka   
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya)
Adipura sebagai    Sudiro  - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai  Andien - (Keponakan Rama)




Sinopsis Global Separuh Aku

ADARA (Asmirandah)adalah putri adalah putri seorang makelar/pemasuk ikan yang bernama SUDIRO (Adipura) dan MARNI (Vira Yuniar). Sudiro adalah orang yang sangat pelit dan perhitungan. Ia bahkan menghitung biaya hidup yang ia keluarkan untuk membesarkan Adara. Oleh karenanya, ia memaksa Adara untuk menikah dengan DENNIS (Miller Khan), anak pengusaha kaya di kampung itu, yang sedikit tuli tetapi berwajah tampan. Sudiro berharap mahar dari keluarga Dennis bisa menutupi pengeluarannya selama ini.

Adara yang tumbuh besar di perkampungan nelayan dan berjiwa bebas tidak begitu saja menerima perintah ayahnya. Di saat Dennis dan keluarganya datang melamar, Adara yang berjiwa petualang besar dan banyak akal pun kabur dari rumah dengan meminta pertolongan REZA (Kevin Andrean), sahabatnya. Reza yang tidak tegaan akhirnya menemani Adara kabur ke Jakarta, walaupun pacarnya, NANING (Putri Anne) tidak setuju akan sikap Reza.

Di Jakarta Adara dan Reza luntang lantung tidak ada tujuan. Mereka terlalu kagum akan keindahan kota Jakarta dan bertingkah norak. Saat sedang mengagumi kolam Bundaran HI, mereka bertemu dengan MAYA (Michella Putri) yang baru saja bertengkar dengan ayahnya, PAK SANDY (Ari Wibowo). Adara dan Maya terlibat perselisihan. Adara tidak menyadari bahwa Pak Sandy adalah ayah kandungnya yang tidak pernah ia kenal selama ini.

Merasa Jakarta bukanlah tempatnya, Adara dan Reza pun berencana kabur pindah kota. Di stasiun ia bertemu dengan RAMA (Rezky Aditya), laki-laki easy going yang terpaksa mengurus ketiga keponakannya yang masih kecil-kecil, ANDI (Suheil), ADIT (Malaki) dan ANDIEN (Shelsi Valencia), karena ditinggal oleh kedua orangtuanya, yang tak lain adalah kakak Rama. Adara meminta bantuan Rama untuk membelikannya tiket karena antrian yang panjang. Saking girangnya mendapatkan tiket, Adara sampai lupa membayar tiket tersebut ke Rama. Rama merasa dijebak. Adara yang tiba-tiba sadar akan kelalaiannya mulai mencari Rama.

Adara kemudian dipertemukan kembali dengan Rama. Karena tanpa sengaja Adara menolong ketiga keponakan Rama yang karena kenakalan mereka sempat Rama hukum di rumah. Rama sebenarnya tidak tega, tetapi ia benar-benar tidak tahu bagaimana cara mengatur mereka. Ternyata Adit, Andi dan Andien justru sangat nurut dengan Adara. Mereka bahkan menginginkan Adara menikah dengan Rama. Adara yang mulai menikmati perannya mengurus keponakan Rama ini pun gundah.

Bagaimanakah kelanjutan kisah Adara ?..

Apakah Sudiro dan Dennis diam begitu saja atas kaburnya Adara ?


Sinopsis Separuh Aku Episode 1

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 1


 

Sinopsis Separuh Aku Episode 2

Episode 2 membuka tirai dengan menceritakan Adara lari dengan sepantas yang mungkin menuju ke arah Reza yang berada dalam keretapi yang sudah mula bertolak. Adengan yang begitu mencemaskan di sini, akhirnya Adara berjaya naik dalam keretapi dan ternyata orang yang menolongnya adalah Rama.

Sewaktu Adara menuju ke tempat duduk tiba-tiba Rama menarik lengannya dan memanggilnya maling. Reza cuba meleraikan pegangan  Rama pada Adara dan tanya kenapa Adara dipanggil maling. Adara cuba menjelaskan pada Rama bahawa semua itu cuma salah faham dan sambil dia cuba melepaskan tangannya. Adara memijak kaki Rama. Rama menjerit kesakitan. Adara dan Rama terus bergaduh dalam keretapi yang sedang bergerak itu. Penumpang yang berdekatan di situ minta Rama melaporkan sahaja pada polis tentang hal itu tetapi Adara mengeluarkan wang dari begnya dan berkata dia juga mempunyai wang dan memberinya pada Rama.

Adara pergi ke tempat duduknya bersama Reza tetapi dia masih belum puas hati tentang apa yang baru sahaja berlaku. Adara berasa geram dan mengatakan Rama adalah seorang yang sangat menyebelin. Adara mengadu pada Reza yang orang itu memanggilnya maling sedangkan itu tidak benar. Sambung Adara lagi dalam seumur hidupnya baru pertama kalinya dia dihina oleh orang sepertinya. Reza cuba tenangkan Adara tetapi Adara terus mengadu tentang tangannya yang masih sakit. Rama nasihatkan Adara agar tidak memikirkan tentang hal tadi kerana masih banyak masalah lain yang harus difikirkan mereka.


Tetapi Adara tidak faham masalah apa yang mereka masih hadapi. Reza jelaskan lagi bahawa tentang masalah pacarnya, Naning yang masih menunggunya di kampung. Sudah pasti Naning akan berasa marah padanya nanti bila dia menemuinya. Adara merenung ke arah Rama dan pada waktu tu Rama juga menoleh ke arah Adara kembali.


Tiba-tiba Naning muncul dengan menjerit sekuat hati memanggil nama Reza dan memberi satu tamparan yang begitu kuat ke muka Reza hingga Reza terduduk kesakitan.Reza minta maaf pada Naning dan minta dia bersabar tetapi Naning terus berasa geram.

Adara yang duduk di sebelah Reza terkejut dengan sikap Reza. Reza terjaga dari tidur dan memanggil-manggil nama Naning. Ternyata semua itu hanyalah mimpi Reza semata-mata. Naning tidak berada di situ. Reza menepuk-nepuk kedua pipinya dan berasa lega semuanya adalah mimpi sahaja.


Adara masih teringat tentang peristiwa tadi dan dia tidak mahu menyerah begitu sahaja lalu dia mencari jalan untuk membalas dendam pada Rama Adara berjalan menuju ke tempat duduk Rama dengan mengambil tongkat kepunyaan salah seorang warga tua di situ. Apabila Rama ternampak Adara dia tanya apa lagi  penipuan yang ingin dilakukan oleh Adara. Adara cuma dapat melambaikan tangan pada Rama sambil berkata "Hi..." pada Rama. Rama memberitahu penumpang-penumpang yang lain bahawa di situ ada maling yang tiba-tiba berada di tempatnya. Sambung Rama pada mereka lagi dia tidak faham apakah Adara seorang maling atau penipu. Adara cuma berdiam diri berasa geram dan dia menggunakan tongkat yang dipegangkan dan kenakan pada paha Rama. Rama kesakitan. Adara kembali ke tempat duduknya. Reza mengeluh tentang sikap Adara yang tidak mahu menyerah.

Babak yang lain menceritakan tentang salah seorang anak saudara Rama menerima panggilan daripada Rama memberitahunya bahawa bibi yang mahu menjaga mereka akan tiba tidak lama lagi. Mereka bercadang untuk mengerjakan bibi baru mereka. Mereka meletakkan sebaldi air di atas pintu. Sewaktu bibi mereka membuka pintu, badannya basah kuyup terkena air. Bibi tersebut geram tentang perbuatan mereka sementara mereka bertiga ketawa kegembiraan kerana telah berjaya mengerjakan bibi itu.

Sedang Adara dan Reza berjalan-jalan, selipar Adara terputus. Adara masih belum dapat melupakan tentang Rama. Tanpa rasa bosan, Adara terus berkata pada Reza dalam seumur hidupnya dia tidak pernah dihina oleh orang seperti Rama. Bukan cuma sekali tetapi dua kali. Reza faham tentang masalah Adara tetapi menurutnya masih banyak masalah lain yang jauh lebih penting daripada masalah itu. Reza cuba jelaskan pada Adara bahawa Naning masih menunggunya di kampung. Tetapi Adara tidak hiraukan Reza dan kata semua itu adalah urusan Reza sendiri dan dia tidak terlibat dalam masalah tersebut.


Sedang Adara asyik berbual-bual dengan Reza dia ternampak Rama sekali lagi. Adara curiga kenapa Rama berada di situ dan dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Kata Adara pada Reza memang Rama ada jodohnya untuk dia membalas dendam. Sambung Adara lagi Rama pasti akan dapat mengenalinya kerana semua orang mengenalinya di kampung itu. Adara mahu memberi pengajaran pada Rama. Adara bercadang untuk menghina Rama. Adara akan melakukan sesuatu untuk membuat Rama tidak melupainya.

Adara terserempak dengan tiga orang budak di situ dan dia memanggil mereka.

Adara minta pertolongan mereka lalu dia membisih sesuatu pada mereka. Mereka bersetuju untuk menolong Adara. Adara pergi ke arah Rama dan menarik Rama dekat pada dirinya lalu menjerit meminta tolong. Mendengar jeritan Adara, sekumpulan penduduk di kampung itu terus muncul. Adara menuduh Rama ingin mengapa-apakan dia.


Adara pura-pura menangis. Reza yang juga berada di situ hairan dengan sikap Adara.Tetapi dia turut menolong Adara bersama-sama dengan beberapa budak tadi yang telah berpakat dengan Adara dan berkata pada penduduk di situ memang benar dan dia juga ada melihat kejadian itu.


Tiba-tiba dua orang polis muncul. Dalam hati Adara dia tidak mahu Rama ditangkap polis kerana dia cuma mahu membalas dendam semata-mata. Adara cuba menjelaskan pada penduduk kampung bahawa dia cuma mahu Rama diusir dari kampung itu dan bukannya dibawa Rama ke balai polis tetapi penduduk kampung enggan menerima kata-kata Adara dan kata mereka masalah itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan mengusir orang itu begitu sahaja. Kedua orang polis itu membawa Rama ke balai polis. Reza beritahu Adara apakah dia berpuas hati kerana Rama dibawa ke balai polis disebabkannya. Dalam hati Adara dia berasa bersalah atas perbuatannya itu.

 

Adara mahu menyelamatkan Rama tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Adara minta pertolongan Reza sekali lagi sambil menarik tangan Reza pergi ke balai polis.


Sampai di balai polis, Naning yang juga berada di situ membawa Reza pergi sementara kedua orang tua Adara yang sedang membuat laporan tentang kehilangan anak mereka ternampak Adara di situ dan Adara diheret pulang oleh ayahnya. Walaupun Adara cuba memberi penjelasan pada ayahnya bahawa dia masih ada urusan yang belum di selesaikan di balai polis, ayahnya enggan mendengar dengan lebih lanjut lagi malah dia mengunci anaknya di dalam kamarnya. Adara cuba meminta tolong daripada ibunya tetapi sia-sia sahaja.

Sudiro membuat panggilan ke kediaman Dennis dan dia sempat meminta agar panggilannya tidak dimatikan. Katanya lagi dia adalah calon besan keluarga Dennis dan memberi khabar pada mereka bahawa Adara sudah pulang ke rumah. Kata Sudiro lagi bahawa sampai bila pun dia akan mengalu-galukan kedatangan Dennis. Sudiro memberitahu Marni bahawa pada malam itu Eddy dan isterinya akan ke rumah mereka untuk makan malam.

Rama menelefon Maya untuk pertolongan dan Maya setuju untuk melakukan apa sahaja untuknya. Katanya pada Rama dia akan tiba ke tempat Rama tidak berapa lama lagi. Sementara menunggu Maya, Rama menelefon rumah dan tanya khabar tentang keadaan ketiga-tiga keponakannya. Kata Bibi mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan sekarang sedang tidur siang. Sebenarnya bibi tersebut mempunyai rancangan untuk merompak rumah Rama. Dia membuat suatu panggilan kepada seseorang untuk meneruskan rancangannya.

Sudiro menyambut kedatangan Dennis dengan gembira.  Sudiro minta isterinya, Marni untuk memanggil Adara. Adara keluar dengan memakai baju berwarna pink berserta dandanan yang cantik dan mengajak Dennis berbual-bual di luar sana. Sebelum itu Adara minta agar perbualan mereka tidak diganggu. Sudiro tidak habis-habis berasa gembira kerana tidak lama lagi anaknya akan menikah dengan orang kaya di kampung itu. Jawab Marni, mudah-mudahan sahaja Adara bersetuju dengan pilihan Sudiro.

Adara tanya Dennis apakah dia senang sebab akan bertunang dengannya. Dennis tersenyum. Suara hati Adara berkata kenapa Dennis cuma berdiam diri dan memberi senyuman padanya sahaja. Adara berpendapat kelakuan Dennis aneh. Tetapi kata Adara pada dirinya lagi dia harus terus menggoda supaya Dennis rela melakukan apa sahaja untuknya. Adara tanya Dennis apakah dia menyukainya dan apakah Dennis rela melakukan apa sahaja untuk dirinya. Tetapi Dennis terus senyum pada Adara. Adara memanggil nama Dennis. Kemudian Adara faham kenapa Dennis tidak menyahut panggilannya. Ternyata Dennis tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakannya kerana alat mendengar Dennis sudah terjatuh. Dennis memasang semula alat pendengar tersebut. Dennis tanya pada Adara apa yang telah dikatakannya sebentar tadi.

Adara tergelak seketika dan dia memberitahu Dennis bahawa dia ingin hendak berjalan berdua-duaan dengan Dennis seperti di filem-filem. Tetapi sebelum itu, Adara minta Dennis minta izin daripada ayahnya terlebih dahulu tetapi Adara mahu Dennis memberitahu ayahnya bahawa semua itu adalah kemahuan Dennis sendiri dan bukannya disuruh oleh Adara. Dennis setuju. Sudiro memberi keizinan kepada mereka untuk keluar bersama. Setibanya di balai polis, Adara tanya padanya apakah dia rela melakukan sesuatu untuk Adara dan Adara berjanji akan selalu mencintainya sekiranya Dennis setuju. Dennis berjanji akan menolong Adara kerana dia amat mencintainya.

Adara menjelaskan pada Dennis sebenarnya temannya yang mempunyai masalah dan kini dia dipenjarakan di balai polis itu dan semua itu disebabkan oleh Adara. Adara juga minta Dennis agar dia jangan salah faham dahulu. Adara bohong pada Dennis semua itu adalah disebabkan oleh ayahnya yang telah menyebabkan Rama dipenjarakan kerana ayahnya fikirkan bahawa Rama mencintai Adara padahal mereka cuma teman biasa sahaja. Adara cuba mengambil hati Dennis dengan mengatakan tidak mungkin dia akan menyukai lelaki lain kerana tunangannya adalah jejaka yang paling kacak dan baik sedunia.

Adara dan Dennis masuk untuk menemui Rama yang masih berada dalam penjara. Dengan pertolongan Dennis menjamin Rama akhirnya Rama dibebaskan. Adara beritahu Rama bahawa dia dibebaskan kerana dia telah mencabut tuntutannya. Jawab Rama padanya sudah tentu dia harus dibebaskan kerana dia tidak bersalah. "Tuntutan-tuntutan, palsu tahu tak" begitu kata Rama pada Adara. Adara minta maaf daripada Rama dan menjelaskan padanya bahawa sebenarnya dia tidak bermaksud untuk masukkan Rama ke penjara begitu. Adara cuma mahu buat Rama malu sahaja kerana setelah apa yang telah Rama lakukan padanya yang membuat Adara malu di keretapi. Tetapi menurut Rama memang Adara yang salah pada masa itu. Sekali lagi Adara minta maaf.

Maya muncul dan tanya apakah Rama telah dibebaskan. Maya berasa hairan siapa yang telah menjaminnya keluar. Rama bertiahu Maya orang yang telah bebaskannya adalah Adara. Maya tekenang semula bagaimana dia menemui Adara. Kemudian Maya tanya pada Adara kenapa dia boleh berada di situ.


Tetapi jawab Adara sepatutnya dia yang tanya soalan itu pada Maya kerana itu kan dia yang tinggal di kampung itu. Kata Maya pada Rama sia-sia sahaja dia membawa pengacara bersamanya ke situ kerana dia telahpun dibebaskan oleh orang lain. Maya minta Rama meninggal tempat itu secepat mungkin. Katanya lagi, lebih cepat, lebih bagus. Adara cuma berdiam diri sahaja melihat Rama dan Maya pergi dari situ.

Terus mengikuti kisah "Separuh Aku" dalam babak-babak selanjutnya dalam Episode 2.


Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 2 pada 16 Oktober 2012

 Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 2 Part 1

 Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 2 Part 2

 Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 2 Part 3

 Bersambung dalam Episode 3 pada 17 Oktober 2012, Rabu di RCTI

Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
  Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by