Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sambungan sinopsis sinetron Aliya Episode 26 pada 3 Januari 2013
Pram menerima panggilan daripada Hendri tentang kecelakaan yang menimpa Faris dan sekarang dirawat di rumah sakit Medical Setia.
Hendri: Dengan ayahnya Faris?
Pram: Ya, ini dengan siapa?
Hendri: Perkenalkan saya Hendri. Saya pemilik hotel tempat Faris bekerja. Begini pak, saya ingin khabarkan kalau Faris terkena musibah.
Pram terkejut mendengar berita tentang anaknya lalu dia tanya Hendri di mana anaknya berada sekarang.
Hendri memberitahu Pram tanpa menyedari siapa sebenarnya yang sebenar iaitu Faris sekarang berada di Rumah Sakit Medical Setia. Pram mengucapkan terima kasih pada Hendri dan terus ke rumah sakit dengan segera. Namun setelah panggilan dimatikan, Hendri dapat rasakan seperti dia pernah mendengar suara itu. Namun Hendri fikir suara itu tidak mungkin suara orang itu.. orang yang dimaksudkan Hendri adalah Pram.
Dana memberi wang upah pada penjahat-penjahat tersebut untuk memukul Faris.
Dana: Ini untuk kalian.
-Terima kasih boss
Pram mendapat tahu yang Pak Hendri, adalah atasan Faris. Ternyata benar dugaan Pram selama ini. Pak Hendri atasan Faris adalah ayah kandungnya sendiri. Pram menjenguk Faris. Faris tanya papanya kenapa dia mengelamun dari tadi. Dalam hati Pram dia tanya apakah itu petanda bahawa dia harus memberitahu Faris dia adalah anak Pak Hendri.
Wisnu memberitahu pihak polisi yang jenazah yang di dalam ruangan itu bukan istrinya walaupun mobil yang terlibat dalam kecelakaan itu kepunyaan Shinta.
Pencarian Shinta diteruskan di kawasan yang berdekatan dengan tempat kejadian itu. Sandra dan Marina mencari Wisnu tetapi dia tidak berada di rumah.
Shinta sedar kembali dan dia teringat waktu seorang wanita telah pura-pura meminta tolong dan apabila Shinta keluar dari mobilnya untuk membantu wanita yang mengatakan kakinya sakit, wanita tersebut memukul Shinta dengan batu sehingga Shinta pengsan. Shinta mencari-cari hpnya yang sudah hilang dan pergi mendapatkan hpnya kembali tetapi dia tergolek jatuh ke bawah hampir ke dalam jurang menuju ke sungai yang deras.
Shinta cuba sedaya yang boleh untuk naik semula ke atas. Kemudian Shinta berjaya menghubungi Aliya.
Aliya panik mendapat panggilan daripada Shinta. Belum sempat Shinta dapat melanjutkan kata-katanya dia mulai tergelincir dan akan terjatuh bila-bila waktu. Mereka bertiga terus mencari Shinta. Kemudian Galang, Aliya dan Gisha terdengar jeritan Shinta.
Aliya mahu pergi memberi pertolongan pada Shinta tetapi menurut Galang terlalu bahaya untuknya berbuat demikian. Kalau dia turun, tidak ada bezanya seperti Aliya membunuh diri. Shinta sudah tidak kuat untuk bertahan. Wisnu sempat sampai di situ dan menarik tangan Shinta ke atas.dan akhirnya dia berjaya menyelamatkan Shinta.
Mereka menggunakan tali untuk menarik Shinta dan Wisnu ke atas semula. Gisha kecewa kerana Shinta memeluk Aliya dan bukan dirinya. Namun Shinta menyedari hal itu dan dia melepaskan pelukannya dari Aliya lalu memeluk Gisha. Shinta amat berterima kasih kepada Galang yang telah menolongnya.
Hendri hairan Pram berada di rumah sakit. Pram tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan pada Hendri dia adalah ayah Faris. Dia tidak mahu Hendri turut membenci Faris. Dengan nada suara yang tinggi Hendri memberitahu Pram bahawa dia suruh Pram tidak tunjukkan wajahnya padanya lagi dua puluh tahun yang lalu kerana Pram telah mengkhianatinya. Hendri menghalau Pram dan mengatakan padanya lagi dia tidak ingin melihat wajahnhya di hadapannya lagi. Hendri juga suruh Pram lepaskan tangannya. Pram sebenarnya tidak melakukan apa-apa pada Andini dan ini bermakna Faris benar-benar anak kandung Hendri.
Hendri tanya Faris di mana papanya kerana dia ingin menemuinya. Menurut Faris setengah jam lagi papanya akan kembali apakah dia akan menunggu papanya namun Hendri menerima panggilan dan dia harus menghadiri meeting. Hendri minta maaf pada Faris kerana tidak dapat menemui papanya Faris.
Sandra menelefon Galang dan tanya padanya kenapa dia masih belum pulang. Galang menjelaskan pada mamanya bahawa dia menolong papanya mencari Shinta. Sandra marah-marah mendengar hal itu.Marina menghasut Sandra dengan mengatakan bahawa itu pasti perbuatan Shinta, Galang beritahu papanya bahawa dia bukannya menolong papanya tetapi Shinta kerana padanya adalah wajib untuk menolong orang yang telah pernah membelanya. Apa yang Galang lakukan sekarang ini adalah tanda terima kasih pada Shinta itu saja.
Gisha cemburu dan dia tidak mahu Aliya ganggu mereka lagi. Gisha mengingatkan Aliya bahawa papanya tidak suka padanya dan dia tidak mahu hal yang tidak diingini lagi berlaku disebabkan gara-gara Aliya. Aliya cemas mendapat tahu Faris berada di rumah sakit. Gisha suruh Aliya uruskan hal Faris saja kerana mereka tidak perlukannya di rumah itu lagi.
Shinta tanya di mana Aliya. Kata Shinta bukankah Aliya mahu ubatinya. Gisha membohongi mamanya Aliya pergi mendadak kerana ada kerja penting dan tidak dapat memberitahu mamanya. Sandra bimbang Shinta akan merebut Galang darinya setelah dia mengambil Wisnu. Sambung Sandra Galang juga keterlaluan kerana dia sanggup menolong Wisnu cari Shinta.
Anjar sedang menunggu Wisnu di depan rumah, dia tanya Aliya mahu ke mana tetapi Aliya mahu tangannya dilepaskan.
Anjar: Kamu masih marah sama papa kerana papa masih kerja di sini? Papa nggak bisa tinggalkan kerja ini. Papa minta maaf karna papa...
Aliya: Karna apa pa? Bahkan bagi alasan saja papa nggak bisa. Aliya benar-benar hairan sama papa. Aliya nggak ngerti. Kenapa sih pa, papa masih berkeras hendak bekerja di sini daripada menuruti mama? Padahal mama sampai mengancam mahu membunuh diri. Apa sih alasan papa? Papa masih mencintai Tante Shinta?
Anjar tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Aliya tanya papanya apakah dia mahu memberitahunya bahawa semua itu benar kalau papanya lebih mencintai Tante Shinta daripada mamanya.
Aliya: Mungkin menurut papa, Aliya ini masih kecil dan tidak mengerti soal cinta. Tapi satu hal yang Aliya ngerti, Tante Shinta sudah berkeluarga. Tante Shinta sudah punya suami, pa. Dan papa juga. Jadi buat apa, pa, buat apa papa masih mencintai Tante Shinta? Pa, kalau papa masih kerja di sini papa sama saja membuang waktu. Gimana sampai Om Wisnu tahu masa lalu papa sama Tante Shinta. Bukan hanya keluarga kita yang hancur, tapi keluarga dan kebahagiaan Tante Shinta dan Om Wisnu. Papa mahu ke gitu?
Gisha mencuri dengar perbualan Aliya dan Anjar secara diam-diam.Aliya minta maaf kerana bukan maksudnya untuk menasihati papanya.
Aliya: Tetapi sebagai orang yang lebih dewasa daripada Aliya, Aliya rasa papa yakin dengan apa yang sudah papa lakukan. Selamat malam pa..
Wisnu memberitahu Shinta bahawa Galang mahu pamit pulang. Shinta tanya Galang kenapa dia buru-buru pulang kenapa tidak makan dulu. Namun jawab Galang nanti dia makan di rumah saja kerana kebetulan mamanya sedang menunggunya di rumah. Shinta mengucapkan terima kasih pada Galang kerana telah menolongnya.
Wisnu: Ada yang aku mahu sampaikan sama kamu, Shinta. Aku dan Galang sudah sepakat untuk mendukung kamu. Kita nggak akan percaya gitu saja kalau kandungan dalam tubuhnya Marina adalah anaknya Gilang sebelum ada bukti. Galang yang udah membuka mata aku.
Shinta: Terima kasih banyak. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih ke kamu.
Galang: Sama-sama tante. Aku pamit dulu.
Wisnu dan Galang beredar dari kamar Shinta.
Gisha tanya pada Anjar sebenarnya apa hubungan Pak Anjar dengan mamanya. Anjar yang sedang menunggu Wisnu terkejut apabila Gisha tanya soalan sebegitu padanya.
Gisha: Karna kalau saya perhatikan, perhatian Pak Anjar terhadap mama saya terlalu berlebihan. Oh jangan-jangan Pak Anjar ada hubungan spesial sama mama saya.
Anajar menafikan dia ada sebarang hubungan sama Ibu Shinta. Tetapi Gisha tahu Pak Anjar bohonginya dan dia mahu Pak Anjar jawab sejujurnya. Namun Pak Anjar cuma membisu. Apabila Pak Anjar tidak menjawab Gisha, Gisha berkata padanya dia akan tanya mamanya sendiri. Anjar cuba menghalang Gisha daripada berbuat demikian. Gisha mahu tangannya dilepaskan.Gisha mendesak Anjar untuk menjawab soalannya atau dia akan langsung tanya pada mamanya.
Anjar hampir mejelaskan perkara yang sebenarnya pada Gisha tetapi Susi memberitahu mereka bahawa Pak Wisnu minta Anjar hantar Galang pulang. Anjar terpaksa pergi. Gisha geram kerana dia hampir mengetahui apa hubungan Anjar dan mamanya.
Di penghujung episode, Pram terkenang kembali apa yang Hendri katakan padanya di rumah sakit. Menurut Hendri 20 tahun yang lalu Hendri suruh Pram tidak menunjukkan wajahnya di depannya lagi kerana dia teringat pengkhianatan Pram padanya.
Kata Faris sayang sekali bapanya baru datang kerana dia nak kenalkan bapanya pada Pak Hendri tadi. Tapi Pak Hendri ada meeting jadi dia kirimkan salam. Faris tanya bapanya apakah dia ada masalah kerana sejak tadi lagi dia kelihatan susah hati. Pram ingin memberitahu sesuatu pada Faris. Kata Pram lagi ada hal serius yang mahu dicakapkannya. Namun sebelum Pram dapat memberitahu Faris, Aliya sampai.
Faris senang hati melihat Aliya menjenguknya. Menurut Aliya dia diberitahu Gisha bahawa Faris dipukul orang. Faris mengiakan kata-kata Aliya dan katanya dia bersyukur kerana sudah baik. Sambung Faris lagi itu berkat Gisha kerana telahf menolongnya. Kalau tidak dia pasti masih terlantar di sana tanpa bantuan kalau tiada Gisha. Aliya minta maaf pada Faris kerana seharusnya Aliya bantu Faris dalam hal seperti itu. Namun Faris tidak menyalahkan Aliya dan berkata dia sudah berasa senang hati dengan kedatangan Aliya.
Pram tanya Aliya datang dari mana kerana bajunya kotor sekali. Apakah dia baru pulang dari sawah. Aliya menjelaskan pada Pram bahawa dia baru sahaja menolong keluarga Om Wisnu kerana Tante Shinta telah menghilang. Tetapi sambung Aliya syukurlah kerana Tante Shinta sudah ditemui. Aliya juga terjatuh dalam lubang, nasib baik Galang telah membantunya. Faris tanya pada Aliya kenapa Galang berada di situ. Aliya menjelaskan pada Faris bahawa dia telah mencari Tante Shinta bersama Galang.
Bersambung pada hari Isnin, 7 Januari 2013
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Sinetron Aliya Episode 26 pada 2 Januari 2013
Sinetron Aliya Episode 26 Part 1
Sinetron Aliya Episode 26 Part 2
Sinetron Aliya Episode 26 Part 3
Sinetron Aliya Episode 26 Part 4-4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sin...
9 years ago