Friday, October 24, 2008

SEBUAH KISAH CERITA PENDEK YANG BERJUDUL - TAUBAT " SUARA KEMATIAN" YANG TELAH DISIARKAN DI TV3 PADA 24 OKTOBER 2008, 3.30 4.30 PETANG


Sebuah lagi cerita pendek yang berjudul Taubat "Suara Kematian" disiarkan di TV3 pada 24 Oktober 2008, jam 3.30 hingga 4.30 petang untuk tontonan semua.

Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Dina yang telah melakukan dosa di masa lampau sebelum dia bernikah dengan suaminya. Dia pernah menjadi seorang perempuan simpanan kepada seorang lelaki yang bernama Harman dan mengandungkan anaknya. Tetapi Dina telah menyembunyikan hal ini daripada suaminya hingga menyebabkan suaminya menyangka bahawa Aliya adalah anak kandungnya. Apakah yang akan berlaku kepada Dina setelah suaminya mendapat tahu hal yang sebenarnya? Kisahnya bersambung...


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada MD Entertainment dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

BERITA TERKINI DETIK SEHATI BERDANSA PADA 21 - 23 OKTOBER 2008 - KHAI TIBA-TIBA MENGALAMI SAKIT BELAKANG SETIAP KALI SELESAI LATIHAN MENARI


Berita terbaru Detik Sehati Berdansa:

Masih teringat lagi sewaktu bermulanya Akademi Fantasia di mana demamnya bermula sebelum setiap konsert mingguan. Kini tiba pula giliran Sehati Berdansa Musim Ke-2. Sapphire Blu tidak sabar menanti konsert pertama yang akan diadakan malam Sabut nanti. Degupan jantung telah mula dirasai. Pasangan manakah agaknya yang akan tersingkir nanti dan pasangan mana pula yang akan terus menuju ke peringkat seterusnya.


Khai Tiba-Tiba Diserang Sakit Belakang

23 Oktober 2008 - Konsert pertama belum lagi bermula dan pasangan dari Akademi Fantasia Musim Pertama, Khai dan Rosma terpaksa menghadapi situasi untuk berjaga-jaga apabila Khai tiba-tiba
mengalami sakit belakang setiap kali selesai latihan menari.

Berita mengenai sakit belakang yang dialami oleh Khai disahkan pengurus peribadi pasangan ini, Mohd Hafizi Mohamed Rihat atau Fizi yang sentiasa memerhatikan sesi latihan mereka.

"Baru masuk hari ke-2 berlatih, Khai tiba-tiba mengadu sakit belakang yang amat teruk. Namun, selepas saya tolong mengurutnya sakit itu hilang sedikit. Sebab itulah kami tidak membawanya ke hospital.

"Tapi... saya pelik sebab tatkala Khai menari sakit itu tidak menyerangnya. Setiap kali Khai tarik nafas, mesti dia rasa sakit. Apapun, semua ini berlaku mungkin atas sebab Khai yang sudah lama tidak menari. Setahu saya, kali terakhir dia menari waktu dia menyertai AF," menurut Fizi lagi.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada www.murai.com.my untuk maklumat mengenai pasangan Khai & Rosma)

Detik Sehati Berdansa 10 pasangan - Apakah tugasan mreka untuk minggu pertama ini?


Sepuluh selebriti bersama pasangan masing-masing akan menonjolkan bakat terpendam mereka untuk menari. Mereka 20 individu yang datang daripada latar belakang dan kerjaya yang berbeza. Namun, hanya satu pasangan selebriti sahaja yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa Musim Kedua.


Detik Sehati Berdansa pada 20 Oktober 2008 - Apakah tugasan 10 pasangan Sehati Berdansa pada minggu ini?

DETIK SEHATI BERDANSA PADA 21 OKTOBER 2008

DETIK SEHATI BERDANSA PADA 22 OKTOBER 2008

DETIK SEHATI BERDANSA PADA 23 OKTOBER 2008

DI SEBALIK SEHATI BERDANSA BERSAMA KHAI & ROSMA


Pasangan Khai



Pasangan Ani


Pasangan Lisda


Pasangan Amyza


Pasangan Shah


Pasangan Sasha


Pasangan Mazin


Pasangan Rina


Pasangan Ashed



Pasangan Jamal


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.astro.com.my, http://www.murai.com.my dan semua sumber atas maklumat dan gambar)

SAMBUNGAN TERKINI KISAH DRAMA SERAM KEKASIHKU SERU DALAM EPISOD 12 PADA 23 OKTOBER 2008 PADA JAM 9.30 MALAM DALAM SLOT SERAM TV3 SETIAP HARI KHAMIS


DRAMA SERAM KEKASIHKU SERU SETIAP HARI KHAMIS DI TV3 PADA JAM 9.30 MALAM BERMULA DARI 24 JULAI, 2008 - Sementara waktu kisah drama seram ini bersiaran pada 23 Oktober 2008 dalam episod ke-12

Sinopsis drama Kekasihku Seru dalam SLOT SERAM TV3 setiap hari Khamis pada jam 9.30 malam di TV3:

Kekasihku Seru yang menggabungkan unsur mistik dan kisah cinta ini mengisahkan Waris (Hairi Othman) yang tidak boleh melepaskan cintanya jika dia hendak hidup untuk selama-lamanya. Waris sudah mati 100 tahun yang lalu tetapi dihidupkan Mastura (Emelda Rosmila). Untuk sentiasa hidup selama-lamanya, Waris mesti mengahwini waris Mastura turun temurun. Kehidupan Waris selama ini bergantung kepada keturunan Mastura zaman berzaman.

Sementara itu, Marissa hanya mengetahui dirinya anak angkat selepas kematian ibunya. Berbekalkan surat yang dijumpai dalam peti simpanan ibunya, Mastura cuba menjejaki siapakah ibunya yang sebenar dan mengapa dia diberi kepada keluarga angkatnya. Dia kemudian bertemu pasangan adik beradik Mas Suri (Umie Aida) dan Mas Ayu (Kuza) di sebuah rumah penuh misteri. Dua beradik ini mempunyai perangai berbeza.

Drama bersiri 13 episod "Kekasihku Seru" adalah karya usaha sama pasangan suami isteri, Kabir Bhatia selaku pengarah, manakala skrip nukilan Mira Mustapha

Dibintangi oleh:

Emelda Rosmila
Hairi Othman
Umie Aida
Kuza
Fizz Fairuz
Rose Iskandar
Ahmad Mazlan


Video klip Kekasihku Seru Episod 12 Part 1


Video klip Kekasihku Seru Episod 12 Part 2


Video klip Kekasihku Seru Episod 12 Part 3


Video klip Kekasihku Seru Episod 12 Part 4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.tv3.com.my dan semua sumber atas maklumat dan gambar Kekasihku Seru yang disiarkan di TV3)

Online Visitors

Thank you for dropping by