Tuesday, December 25, 2012

Sinopsis Episode 20 (25 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

  Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sinopsis Aliya Episode 20

Episode 20 bersambung dengan mengisahkan Marina kata biasanya ibunya yang pulang dulu. Menurut Marina dia tidak berniat untuk meracuni fikiran mama Galang. Marina rasakan Galang menjengkelkan tidak seperti mamanya.

Shinta masuk ke dalam kamar Gisha. Shinta susah hati melihat Gisha terus-terusan sedih begitu. Shinta pasti ibunya pasti pulang suatu hari nanti. Mungkin waktu itu masih belum waktu yang tepat lagi. Gisha tanya itu foto siapa yang ditunjukkannya padanya. Gisha tidak mengenali gambar bayi dalam foto itu. Atikah menelefon Shinta dan mohon agar Shinta dapat menjaga Gisha dengan baik. Shinta hairan kenapa panggilan dimatikan sebelum dia sempat habis bercakap dengan Atikah.

Hendri pergi menemui Shinta di rumahnya. Shinta tanya kenapa Hendri muncul dalam kehidupannya semula setelah sekian lama mereka tidak bertemu. Shinta tanya Hendri apakah dia hairan melihat dia sudah menjadi isteri Wisnu. Shinta mengenangkan kembali waktu ibu Hendri mengusirnya dari rumahnya sendiri. Shinta berkata pada Hendri seharusnya dia sebagai abang tirinya harus menolongnya. Hendri terpaksa menolak menjadi wali nikahnya kerana katanya Anjar tidak cocok untuknya. Shinta mahu tanya kenapa Hendri pergi ke rumahnya. Shinta mahu dia pergi dari rumahnya. Hendri mahu memastikan identiti seseorang di situ iaitu Gisha. Kata Hendri kemungkinan besar Gisha adalah anak kandungnya. Tetapi Shinta mengaku Gisha itu anaknya. Shinta tidak mahu Hendri buat masalah di rumahnya dan terus mengusirnya. Hendri mahu menunjukkan sesuatu pada Gisha. Gisha melihat fotonya digendong ibunya, Atikah. Atikah mengaku itu memang gambarnya bersama ibunya. Apabila Gisha memberitahu Hendri bahawa Shinta ibu kandungnya, Hendri berkata itu mustahil dan dia mahu tahu di mana Atikah sekarang.

Doktor memberitahu Marina dia hampir keguguran. Sandra  menampar Galang. Dia mahu Galang menjaga kandungan Marina dengan baik kerana katanya itu merupakan kesempatan untuk mereka lebih dekat dengan Gilang.Sandra menelefon Wisnu memberitahunya Marina mengalami pendarahan dan kini berada di rumah sakit.

Wisnu menjenguk Marina di rumah sakit. Galang mengaku dia sengaja menolak Marina dan menyebabkan Marina mengalami pendarahan. Dalam hati Marina dia tahu Sandra sudah baik sangat padanya dan tidak lama lagi pasti Galang juga akan baik padanya.

Shinta tanya Gisha kenapa dia menangis. Kata Gisha sebelum dia masuk ke keluarga mereka, dia cuma seorang miskin tetapi sekarang ada orang lain yang mengaku dia adalah anak kandungnya sementara dia tidak tahu di mana ibunya berada. Gisha tanya sebenarnya dia itu anak siapa dan siapa orang tua kandungnya? Shinta menjelaskan Gisha dia bukan anak siapa-siapa tetapi anak kandungnya.

Hendri tidak tahu kenapa tiba-tiba Atikah menghilang. Hendri fikirkan apakah itu hukuman dari Tuhan kerana selama ini dia telah mensia-siakan mereka. Diya memberitahu Aliya sejak pagi lagi dia mengurungkan dirinya dalam kamar dan tidak mahu makan.

Aliya pergi menemui Shinta. Namun Aliya tidak mahu Shinta menyentuhnya. Aliya tanya apakah Shinta tahu di mana papanya berada sekarang. Aliya mahu tahu kenapa Shinta masih mahu menerima papanya bekerja di situ lagi. Aliya minta tolong pada Shinta untuk menghubungi Wisnu memanggil papanya pulang.

Wisnu menerima panggilan daripada Shinta. Wisnu bohong yang dia masih ada meeting bersama klien. Sandra tanya kenapa Wisnu tega pulang sementara calon cucunya masih berada di rumah sakit. Wisnu suruh Anjar pulang dahulu memandangkan isteri Anjar sedang menunggunya di rumah dan dia juga mahu Anjar menyimpan rahsia bahawa dia sekarang berada di rumah sakit. Dia suruh Anjar bohong pada Shinta saja yang dia sedang meeting bersama klien.

Shinta rindu sekali dengan kedekatan Aliya.Gisha hairan kenapa dua gambar fotonya berbeda sekali. Gisha menunjukkan foto bayi yang Shinta berikan kepadanya dan satu lagi gambar bayi foto yang diberikan pada Atikah padanya. Kata Gisha raut wajah mereka berbeda. Shinta tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan lagi. Padanya gisha memang anaknya. Shinta berkata pada dirinya dia tidak boleh ragu.  Shinta menjelaskan pada Gisha foto tersebut pasti beda kerana foto yang daripadanya sejurus selepas Gisha dilahirkan. Foto daripada ibu Gisha pula adalah waktu dia telah dibawa pulang. Jadi sudah pasti berbeda. Raut wajah bayi pasti berubah-ubah. Shinta tanya Gisha kenapa dia tidak mempercayainya. Bererti dia juga tidak mempercayai Ibu Atikah. Ibu yang sudah merawat Gisha, membesarkannya. Gisha minta maaf kerana telah meragui mamanya. Namun Shinta tidak menyalahkan Gisha katanya dia faham sekali kerana banyak hal yang baru telah berlaku dalam hidupnya. Jadi Shinta bisa maklum. Yang penting mereka sudah bersama-sama.

Babak yang lain menceritakan Aliya memberitahu papanya yang mamanya tidak mahu makan mahupun keluar dari kamar. Aliya mohon pada papanya agar dia turuti cakap mamanya iaitu berhenti bekerja dari situ. Namun Anjar keberatan untuk buat begitu. Aliya tanya papanya apakah dia mahu menyakiti mamanya lagi dan tidak peduli lagi sama mamanya.

Wisnu menelefon Anjar dan tanya padanya apakah dia sudah berada di rumah.Wisnu memberitahu Anjar bahawa kemungkinan dia tidak dapat pulang ke rumah pada hari itu kerana dia harus berada di rumah sakit tetapi Wisnu akan menghubungi Shinta nanti. Wisnu minta tolong Anjar untuk menjaga keluarganya. Wisnu minta Anjar uruskan dulu kalau ada apa-apa dan hubungi Wisnu. Wisnu tahu yang dia pasti boleh bergantung padanya. Aliya kecewa apabila dia mendapat tahu Anjar tidak dapat pulang bersamanya. Kata Aliya dia benci pada papanya kerana lebih mementingkan Shinta.

Aliya pulang sambil menangis memberitahu eyangnya yang papanya tidak mahu pulang. Aliya menangis dalam pangkuan eyangnya.

Shinta tanya Anjar di mana Aliya.Shinta lalu tanya Anjar di mana suaminya setelah Anjar memberitahunya Aliya sudah pulang ke rumah dan Aliya mencarinya tadi kerana ada pesan dari rumah. Shinta diberitahu Anjar suaminya sedang meeting bersama kliennya dan sebentar lagi dia akan menghubungi Shinta.

Shinta terdengar Gisha memanggil-manggil nama ibunya. Gisha mimpikan ibunya telah meninggalkannya hingga dia demam tinggi. Shinta risaukan keadaan Gisha. Hujan turun dengan lebat di luar. Anjar tanya Shinta di mana dia mahu pergi. Shinta mengatakan bahawa dia ingin pergi ke Bogor untuk mencari ibu Gisha, Atikah. Anjar melarang Shinta pergi dan sambungnya lagi dia mendapat tugas daripada Wisnu untuk menjaga Shinta dan rumah itu. Shinta terpaksa membiarkan Anjar mengikutnya ke Bogor kerana sekiranya Shinta enggan, Anjar akan menghubungi Wisnu.


Hujan turun begitu lebat sekali, terdapat kesukaran sewaktu Anjar memandu. Apakah mereka akan selamat sampai di Bogor dan bertemu dengan Atikah nanti. Jangan lupa untuk ikuti sambungannya pada keesokan hari dalam sambungan Aliya Episode 21 nanti.

Sinetron Aliya Episode 20 pada 25 Disember 2012

Sinetron Aliya Episode 20 Part 1

Sinetron Aliya Episode 20 Part 2

Sinetron Aliya Episode 20 Part 3-3


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Gisha sedih mendapat tahu ibunya mematikan panggilan tanpa bercakap dengannya.

Sambungan sinopsis Episode 56 - Sambungan sinetron Separuh Aku kembali tayang pada Senin, 24 Desember 2012 pukul 21.15 WIB di RCTI


Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)

Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's

Pemain Separuh Aku:

Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan

Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan  sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka   - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai    Sudiro  - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai  Andien - (Keponakan Rama)

Sinopsis Separuh Aku Episode 56 pada 24 Disember 2012

Kisah Separuh Aku sambung menceritakan tentang acara lamaran dan meminang antara Rama dan Adara. Menurut Sudiro dan sekeluarga itu tidak tidak menjadi masalah baginya kalau Adara dipinang oleh Rama. Dengan nada suara yang perlahan, Sudiro tanya Marni di mana Adara. Sudiro takut kalau seandainya Adara kabur lagi kaya waktu Dara menikah sama Dennis dulu. Namun menurut Adara itu tidak mungkin kerana waktu Adara kabur dulu kerana dikawin paksa sama Sudiro. Sambung Marni lagi mungkin Adara sedang bersiap-siap. Sudiro terus berasa bimbang. Rama juga turut risau apabila Adara belum muncul lagi. Dalam hatinya dia terus berfikir tentang Adara hingga menyebabkan dia panas dingin begitu.

Adara keluar kelihatan begitu anggun dan cantik sekali. Semua orang memandang ke arah Adara. Marni menemani Adara ke tempat duduknya. Rama terpegun dengan kecantikannya. Sudiro minta Rama lanjutkan lamarannya itu. Rama memuji kecantikan Adara. Adara cuma memberi senyuman yang manis pada calon suaminya itu. Acara lamaran dan meminang dimulakan.
Rama: Dara, mahukah kamu menjadi istri aku?
Dara: Saya menerima lamaran dari Rama dan saya bersedia menjadi calon istri dari Rama.
Rama mengucapkan terima kasih pada Dara kerana telah menerima lamaran daripadanya. Andien, Andi dan Adit gembira sekali kerana Adara akan tinggal bersama mereka dan menjadi ibu kepada mereka tidak lama lagi.

Rama tanya pada Ustaz apakah yang mereka perlu siapkan dalam pernikahan mereka. Ustaz memberitahu mereka bahawa pernikahan itu harus memenuhi lima syarat sah pernikahan.
1. Harus ada calon mempelai pria.
2. Harus ada calon mempelai wanita.
3. Ada wali nikahnya.
4. Ada dua orang saksi minima.
5. Diijab kabul.

Adara tanya pada Ustaz apakah ketentuannya wali nikah itu. Jawab Ustaz lagi wali itu haruslah orang tua kandungnya sendiri. Jadi tidak bisa dia menikah dirinya sendiri tapi harus dinikahkan oleh orang tua atau bapa kandungnya. Mendengarnya, Adara tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi, Marni turut memandang ke arah mereka sewaktu ingin menghidangkan minuman buat mereka. Adara tanya sekiranya ayahnya meninggal bagaimana. Jawab Ustaz seandainya ayah kandungnya meninggal, bisa-bisa saja wali nikahnya saudara kandung atau dari ayahnya. Tetapi kalaulah misalnya si ayahnya masih hidup, tapi posisinya jauh. berusahalah mendapatkan izin dari ayah kandungnya tadi. Kalau tidak ada izin maka pernikahannya tidak sah. Adara bingung mendengar kata-kata Ustaz. Marni pula menumpahkan minuman yang dipegangnya. Semua orang memandang ke arah Marni. Marni berasa bersalah kerana selama ini dia sudah berbohong sama Adara kalau bapa kandungnya sudah meninggal. Marni serba salah kerana Adara sudah tiga kali gagal nikah sama Dennis, masa kan dia harus gagal juga sama Rama? Apakah Adara selalu gagal kerana dia tidak mendapat restu dari ayahnya.

Terus ikuti babak-babak seterusnya dalam Separuh Aku.

Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 56 pada 24 Disember 2012

Preview Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 56

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 56 Part 1

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 56 Part 2

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 56 Part 3-3

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
  Channel
 MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Sinopsis Episode 56 - Sambungan sinetron Separuh Aku kembali tayang pada Senin, 24 Desember 2012 pukul 21.15 WIB di RCTI


Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)

Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's

Pemain Separuh Aku:

Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan

Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan  sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka   - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai    Sudiro  - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai  Andien - (Keponakan Rama)

Sambungan sinetron Separuh Aku kembali tayang lagi pada 24 Desember 2012


Preview Separuh Aku mulai Episode 56

 
Preview Separuh Aku ke-2

Sinopsis ringkas mulai Episode 56


Rama: Dara: Mahukah kamu menjadi istri aku?
Adara: Saya akan bersedia menjadi calon istri dari Rama.


 

Ustaz - Wali nikahnya harus orang tua kandungnya sendiri. Kalau tidak maka pernikahannya tidak sah.
Marni yang juga berada di situ terkejut mendengar kata-kata Ustaz dan minuman yang mahu dihidangkannya tertumpah ke lantai.


Marni memberitahu Adara bahawa papa kandungnya masih hidup. Adara memandang wajah ibunya membisu seribu kata. Adara bingung apakah sebenarnya maksud ibunya itu.



Babak lain menceritakan Maya sedang berada di tingkat atas rumahnya ingin membunuh diri.
Sandy: Maya, kamu tunggu Maya. 


Maya menerangkan pada Rama bahawa sebenarnya dia yang menabrak orang tua Andien, Andi dan Adit, iaitu kakak dan kakak ipar Rama.


Adara pengsan setelah menerima panggilan mengenai Rama.

 
Dennis, Sudiro dan Marni membawa Adara ke rumah sakit. Babak-babak penghujung sedutan Separuh Aku menunjukkan Maya tidak mahu melihat Rama dan Adara bersama dan dia berhasrat dengan memisahkan mereka. Rama dan Maya terlibat dalam kemalangan. Apakah mereka akan terselamat? Semuanya akan terjawab dalam sambungan kisah "Separuh Aku" yang akan mulai tanyangannya kembali pada 24 Disember 2012. Jangan lupa untuk terus menonton kisah yang semakin menarik dan menyayat hati ini.

Sila klik di sini untuk sambungan seterusnya sinopsis Episode 56 yang disiarkan pada 24 Disember 2012
 
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
  Channel
 MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by