Thursday, September 4, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-57 YANG DISIARKAN PADA 4 SEPTEMBER 2008 KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-57 YANG DISIARKAN PADA 4 SEPTEMBER 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Tema Anakku Bukan Anakku



Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Marcelino Lefrandt


Dinda Kenyadewi sebagai Noni

Sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku pada 4 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3 dalam slot sinetron:




Episod 57 - 1


Episod 57 - 2


Episod 57 - 3


Episod 57 - 4


Episod 57 - 5


Episod 57 - 6

Episod 57:


Dahlia: Mereka melarikan diri.
Rafli: Saya tak faham tapi kita perlu mendapatkan kepastiannya sekarang. Marilah cepat.


Tatia dan Jimbo bertembung terlanggar antara satu sama lain. Selepas Tatia dan Taufan beredar dari situ, Jimbo berkata kepada dua orang rakan-rakannya:

Jimbo: Saya tidak bermimpikan? Sepatutnya dia itu Noni.
Rakan A: Ya, bos tapi wajahnya...
Rakan B: Wajah lelaki itu sama saja, bos.
Jimbo: Betul cakap awak.

Rakan A: Nampaknya dia sedang mengejar mereka.
Jimbo: Ya, pasti ada kesilapan.
Rakan B: Kesilapan? kesilapan di mana?
Jimbo: Sudahlah kita kejar mereka.

Rafli dan rakan-rakannya tidak faham kenapa Tatia dan Taufan lari mengelak mereka. Mereka terus mengejar dan mencari Tatia dan Taufan. Jimbo memberitahu kedua orang rakannya yang telah menemui Noni sebelum ini bahawa pasti ada kesilapan. Namun mereka juga teruskan pencarian Noni.


RakanA: Dia bukan Noni bos.
Jimbo: Tapi sekarang dah ada Tatia.
Rakan B: Tatia? Siapa dia?
Jimbo: Itu yang membuat aku ingin tahu.
Rakan A: Siapa Tatia itu.
Jimbo: Tatia adalah seorang gadis yang dikejar oleh lelaki tadi. Dan dia ada dengan lelaki yang bersama dengan Noni tadi. Faham tak?
Rakan A: Jadi siapa itu, bos?
Jimbo: Dan dia juga memakai baju yang sama jadi saya ingin tahu. Ini bukan masanya untuk bertengkar. Kita masuk dan cari dia.

Rafli dan Dahlia keliru kenapa Tatia ingin melarikan diri daripada mereka. Jimbo mendapat tahu gadis yang dikejar oleh rakan-rakannya bernama Tatia dan dia bercadang untuk menangkapnya. Mereka berpecah mencari Tatia, Bimbim dan Ina dan Rafli bersama Dahlia.


Tatia bertukar pakaian dan memakai topi supaya Rafli dan rakan-rakannya tidak mengenalinya. Sewaktu dia ingin pergi berjumpa dengan Taufan, Tatia terlanggar Jimbo dan meminta maaf daripadanya lalu beredar dari situ. Topengnya jatuh dari koceknya. Jimbo mengambil topeng itu dari lantai.

Rafli dan rakan-rakannya ternampak Tatia sekali lagi dan pergi ke arahnya tetapi Rafli tidak tahu dia adalah Tatia dari belakang kerana Tatia sedang memakai topi.


Jurujual: Apa?
Jimbo: Pakailah ini.
Jurujual: Maaf saya tidak boleh...
Jimbo: Awak harus turut kata saya.
Jimbo: Pakai, cepat.


Jimbo: Tengok saya sekarang.


Jimbo terkejut melihat wajah jurujual itu menyerupai Noni.
Jimbo: Sudah! Cukup. Berikan topeng itu pada saya, cepat. Sudah pergi. (Jimbo menyuruh jurujual itu pergi dari sana)

Jimbo memaksa salah seorang daripada jurujual(promoter) di pusat membeli belah makakai topeng yang telah tercicir oleh Tatia. Dia terkejut melihat wajah gadis itu seperti Noni, kekasihnya. Jimbo hairan kenapa Tatia ingin memakai topeng itu.

Tatia memberitahu Taufan dia terpaksa masuk ke pusat membeli belah itu sekali lagi untuk mencari topeng yang telah terjatuh sewaktu dia bertembung dengan seorang lelaki(Jimbo).


Jurujual: Awak mencari sesuatu?
Tatia: Ya.
Jurujual: Awak mencari topeng?
Tatia: Ya. Tapi macam mana awak tahu?
Jurujual: Saya menjumpainya di sini.
Tatia: Boleh saya mengambilnya sekarang?
Jurujual: Boleh. Ikutlah saya.
Jurujual: Yang inikah?
Tatia: Ya. Terima kasih banyak.
Jurujual: Tunggu dulu. Tandatangan ini dulu.
Tatia: Apa?
Jurujual: Awaka harus tandatangan ini dulu untuk mengatakan awak telah mengambil barang yang telah tertinggal.


Jurujual: Tulis nama, alamat dan nombor telefon awak. Ini cuma formaliti.
Tatia: Terima kasih banyak.
Jurujual: Sama-sama.


Jurujual (Jurujual berpakat dengan Jimbo)meminta Tatia untuk menurunkan tandatangan dan menulis maklumatnya berserta dengan nombor telefonnya sekali sebelum memngambil topengnya kembali. Tatia mengikut kehendaknya kerana mengikut jurujual itu lagi itu cuma adalah untuk formaliti sahaja. Jimbo mengambil maklumat yang telah diberikan oleh Tatia kepada jurujual dan memuji jurujual itu membuat kerja yang bagus.

Rafli dan rakan-rakannya masih keliru kenapa Tatia harus meninggalkan tempat itu dengan Taufan dan mengelakkan diri daripada mereka. Jimbo memberitahu dua orang rakannya dia telah mendapat apa yang dia mahu (nombor telefon Tatia).





Rona masuk ke dapur sewaktu Noni sedang merebus jagung. Rona ingatkan Noni adalah Tatia sedang memakai topeng dan dia bercadang untuk membunuh Noni dan merancang untuk menolak Noni dari belakang. Noni tahu apa yang sedang berlaku dan dia mengelak ke tepi menyebabkan dua belah tangan Rona terkena air panas. Rona memberitahu Vivian Noni telah menolaknya.

Noni memberi kepastian kepada Vivian dan Nico dia tidak menendangnya. Vivian meminta Noni tidur sahaja bersamanya tetapi Noni berkata dia ingin tidur di kamarnya sendiri sahaja. (Dalam hati Noni dia mengatakan biarkan apa yang Rona dan Bayu ingin lakukan. Pada pendapat sapphire kemungkinan Noni mempunyai rancangannya sendiri untuk membela dirinya dalam bahaya).

Vivian khuatir akan keselamatan Tatia(Noni) tetapi Timo berkata dia akan lebih berwaspada demi keselamatan Tatia(Noni). Timo berjanji untuk menunaikan permintaan Vivian.


Luci: Adel, minumlah dulu, sayang.
Adel: Terima kasih.
Adel: Oh ya. Makcik nak cakap tentang apa hal ni?
Luci: Beginilah Adel. Bayu selalu minta duit daripada mak cik. Jadi mak cik fikir kenapa dia tidak bercakap terus dengan awak saja. Jadi boleh mak cik tahu hal sebenar?
Adel: Mak cik ingin mahu tahu tentang apa?
Luci: Begini Adel. Mak cik fikir kenapa Bayu nak duit yang banyak sekali... sebagai balasan rahsia yang dia ingin ceritakan pada mak cik?
Adel: Jadi, mak cik sudah tahu rahsianya?
Luci: Nampaknya sudah.
Adel: Apa rahsianya?
Luci: Nampaknya ia berhubung dengan Tatia.
Adel: Nampaknya apa mak cik?
Luci: Mak cik cuma fikir. Kenapa Rona dan Bayu amat membencikan Tatia? Kenapa harus Bayu membunuh Tatia? Jangan lupa, Adel. Bukan sekali. Tapi dia cuba membunuhnya dua kali kan?
Adel: Mak cik memang hebat. Jadi, ada apa lagi mak cik?
Luci: Mak cik juga fikir kenapa Rona dan Bayu amat risaukan awak, Adel? Dan juga mereka amat mencintaimu. Sehinggakan mereka rela berkorban untuk awak.
Adel: Jadi mak cik dah mampu membuat kesimpulan?
Luci: Adel sayang.. kalau mak cik dah tahu kesimpulannya kenapa mak cik minta awak datang ke sini kan?
Adel: Fikirlah dengan otak. Saya yakin kalau mak cik boleh buat kesimpulannya.
Luci: Mak cik nak awak ceritakannya saja.
Adel: Okey.


Adel: Kalau mak cik ingin tahu, saya boleh ceritakannya. Tapi sebelum itu mak cik harus habiskan minuman dulu.
Luci: Apa maksud awak, Adel?
Adel: Apa yang bakal ceritakan akan membuat mak cik naik darah. Mak cik mungkin pengsan.
Luci: Sudah. Mak cik dah minum. Cakaplah cepat.
Luci: Ayuh.
Luci: Adel. Cukup mak cik bukan orang bodoh.
Adel: Nanti suami mak cik dengar. Diam!
Adel: Mak cik. mak cik nak tahu mak cik ini sebodoh apa?
Luci: Apa yang awak cakap Adel?
Adel: Mak Cik Luci.. Mak Cik Luci... cuba mak cik dengar segalanya.
Adel: Mak cik nak tahu kenapa Bayu dan Rona nak bunuh Tatia? Kerana...
Luci: Kerana apa?
Adel: Kerana Tatia bukan anak mereka.


Adel: Diam. (Adel menampar Luci dan meminta dia diam)
Adel: Dengar saya dulu.
Adel: Mereka menyayangi saya kerana...
Luci: Kerana apa?
Adel: Kerana saya anak kandung mereka.


Luci: Oh Tuhan!
Adel: Ada seperkara lagi mak cik.


Adel: Kalau mak cik dengar ini.. kalau mak cik... kena serangan jantung jangan salahkan saya. ya?
Adel: Tatia adalah anak kandung Nico dan Vivian.
Luci: Apa? Adel... (Selepas itu, Luci pengsan)









Adel pergi berjumpa dengan Luci dan Luci bertanya kepada Adel tentang Rona dan Bayu begitu begitu bencikan Tatia sehingga ingin membunuhnya. Luci juga hairan kenapa Adel begitu disayangi oleh Rona dan Bayu. Luci meminta Adel menceritakan semuanya kepadanya.

Adel meminta Luci minum minumannya dahulu sebelum dia menceritakan segalanya kepadanya. Adel memberitahu Luci bahawa Rona dan Bayu ingin membunuhnya kerana Tatia bukan anak mereka. Adel juga mengaku bahawa dia adalah anak kandung Rona dan Bayu. Luci terkejut mendengar apa yang telah dilafazkan oleh Adel kepadanya. Dengan berlinangan air mata Adel juga mengaku bahawa Tatia adalah sebenarnya anak kandung Nico dan Vivian.



Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 58 pada hari Isnin, 7 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30petang.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

Online Visitors

Thank you for dropping by