Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-53 YANG DISIARKAN PADA 28 OGOS 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli Nabila Syakieb sebagai Tatia Raya Kohandi sebagai Adel Dude Harlino sebagai Taufan Krisna Mukti sebagai Nico Raslina Rasidin sebagai Vivian Eeng Saptahadi sebagai Bayu Vicky Burki sebagai Syaitan Femmy Permatasari sebagai Luci Ana Pinem sebagai Rona Boy Irshandi sebagai Ian Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan Him Damsyik sebagai Pengemis Buta Dinda Kenyadewi sebagai wajah Tatia(setelah memakai topeng)
Episod 52
Sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku pada 28 Ogos 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3 dalam slot sinetron:
Adel: Apa makcik Luci buat di sini? Jangan-jangan dia yang menelefon Bayu.(Adel terus mengintip dan mencuri dengar perbualan antara Luci dan Bayu)
Dalam episod 53 bermula dengan Luci adalah orang yang telah menyamar sebagai pegawai polis yang ingin menolong Bayu. Luci berkata bahawa kini Bayu sedang mengalami masalah besar kerana dia telah membunuh Tatia.
Episod 53 - 1
Adel hairan bagaimana Luci mendapat tahu bahawa Bayu adalah orang yang telah membunuh Tatia. Luci terus memberitahu Bayu bahwa Nico telah membuat laporan di balai polis mengenainya. Bayu meminta Luci menceritakan segalanya. Luci berkata Nico telah ternampak Bayu di landasan keretapi dan dia mempunyai bukti sewaktu membuat laporan polis. Luci meneruskan lagi bahawa kemungkinan Bayu akan dipenjarakan melainkan dia mempunyai alibi yang kukuh. Luci berkata dia dapat menolong Bayu dalam hal ini.
Nico dan Timo sampai di rumah dan Bayu telah mengintip mereka dan memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Nico terhadapnya supaya dia disingkirkan. Nico memanggil Adel setibanya di dalam ruang tamu. Tetapi Adel pura-pura tidak dengar. Selepas itu Nico meminta Timo untuk mengejutkan Adel walaupun dia mendapat tahu daripada Timo bahawa Adel telah tidur. Timo pergi ke kamar Adel dan mengetuk pintu untuk mengejutkan Adel. Adel terpaksa membuka pintu kamarnya. Dia diberitahu oleh Timo bahawa ada sesuatu yang mengejutkan telah berlaku mengenai Adel dan sebab itulah dia diminta untuk turun ke tingkat bawah menemui Nico di kamarnya.
Episod 53 - 2
Rona cemas kenapa Nico mencari Adel pada waktu yang begitu lewat. Dia juga terjumpa botol yang pecah di atas lantai kamarnya. Bayu bercadang untuk mencuri dengar perbualan Nico dengan Adel melalui jendela kamar Nico yang sentiasa terbuka.
Apabila Adel tiba di dalam kamar Nico, Nico bertanya kepada Adel kenapa selama ini Adel telah menyembunyikan hal bahawa Bayu dan Rona telah mengugutnya. Adel serba salah dan tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Akhirnya Adel menjelaskan kepada Nico bahawa terdapat ramai orang yang bernama Adel sewaktu membuat laporan polis. Dia menafikan bahawa dia telah pergi berjumpa dengan pegawai polis.
Bayu yang telah mencuri dengar perbualan Adel dan Nico berkata seorang diri bahawa dia terpaksa melakukan sesuatu untuk mengelakkan Adel daripada membuat huru-hara lagi. Nico meminta Adel untuk berterus-terang sahaja atau dia akan bertanya sahaja kepada Rona dan Bayu sendiri. Sebelum Nico sempat menyambungkan kata-katanya, Bayu muncul dan dia menyuruh Nico memanggil pegawai polis itu datang sahaja ke rumahnya untuk mendapatkan kepastian. Apabila Bayu telah beredar, Adel juga berkata demikian kepada Nico.
Episod 53 - 3
Salah seorang jururawat di hospital berasa curiga terdap jururawat(syaitan)apabila dia ternampaknya ingin masuk ke wad Vivian. Walaupun jururawat(syaitan) memberitahunya bahawa dia baru bekerja di situ, jururawat itu kurang percaya dan jururawat(syaitan) menjelma semula menjadi wajah sebenarnya, syaitan. Apabila jururawat tersebut melihat wajah syaitan itu, dia terkejut dan syaitan itu menggunakan botol kaca lalu memukul kepalanya hingga dia pengsan.
Jururawat(syaitan) berjaya masuk ke wad Vivian dan dia ingin membunuh Vivian dengan suntikan ubat racun. Vivian terjaga dari tidur dan sewaktu jururawat(syaitan) cuba menyuntik Vivian dengan suntikan ubat racun, gelang yang dipakai oleh Vivian telah menyelamatkan nyawanya dan menyebabkan jarum suntikan itu terlepas daripada tangan jururawat(syaitan). Kemudian jururawat(syaitan) terjatuh dan mukanya menjadi hitam dan rambutnya kusut seperti terkena kejutan elektrik. Selepas itu dia terus lari keluar dari situ.
Vivian terkenang kembali bagaimana Tatia telah memberinya gelang tersebut dan memintanya untuk pakai untuk melindunginya. Taufan menceritakan bahagaimana dia telah menyelamatkan Tatia daripada digilis keretapi. Tatia amat berterima kasih kepada Taufan. Apabila Taufan ingin menghantarnya pulang ke pangkuan Rafli, Tatia enggan dan dia memberitahu Taufan bahawa dia telah membuat keputusan untuk bersama Taufan. Taufan berjanji kepada Tatia untuk mengikut kehendaknya.
Episod 53 - 4
Nico menjemput Vivian di hospital untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Vivian ternampak sebuah kedai bunga dan Nico berhenti untuk membeli sejambak bunga ros untuk Vivian. Tiba-tiba seorang pencuri perempuan telah masuk ke dalam but kereta Nico untuk sembunyi sewaktu dia dikejar. Nico dan Vivian meneruskan perjalanan pulang ke rumah mereka dan tidak mengetahui pencuri itu telah sembunyi di but kereta mereka.
Adel menyambut kepulangan Vivian dengan senyuman yang manis dan membawa masuk beg pakaian Vivian dan bunga ros yang telah dibeli oleh Nico. Dalam hati Nico dia berasa serba salah dan tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Vivian mengenai Tatia. Dia khuatir Vivian tidak dapat menerima kenyataan bahawa Tatia telah meninggal dunia.
Di penghujung episod 53, pencuri perempuan yang telah menyembunyikan dirinya di dalam but kereta Nico keluar dan dia membuka penutup kain dari mukanya. Wajahnya serupa dengan topeng yang pernah dipakai oleh Tatia. Adakah pencuri itu akan menyamar sebagai Tatia dalam episod yang akan datang?
Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 54 pada hari Isnin, 1 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30petang.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008