Wednesday, January 2, 2013

Sinopsis Episode 25 (2 Januari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis


Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinopsis kisah sinetron Aliya Episode 25 pada 2 Januari 2013




Aliya cuma dapat doakan keselamatan Shinta. Tiba-tiba sewaktu dia memikir, Aliya ternampak jendela di kamarnya dan dia terpaksa meminta maaf pada mamanya kerana dia ingin keluar menemui Shinta untuk memastikan Shinta baik-baik sahaja.

Wisnu dan Anjar terus mencari Shinta. Wisnu cuba menghubungi Shinta namun hpnya nggak aktif lagi. 

 Aliya cari Shinta di mana-mana. Aliya risau kerana hari sudah nak hujan dan Aliya tidak tahu hendak cari Shinta di mana lagi.

Aliya tanya Galang kenapa dia sms nya. Aliya hairan kenapa Galang cari Shinta kerana selama ini dia tidak sukakan Shinta. Kata Galang pada Aliya dia cuma mahu tahu kenapa Shinta membela dia di depan mamanya. Namun Aliya tanya di mana mereka hendak mencari Shinta. Galang ajak Aliya cari Shinta bersamanya kerana Aliya lebih akrab dengan Shinta jadi dia mungkin tahu Shinta berada di mana.

Faris fikirkan Hendri ingin menemuinya tetapi apa yang didapatinya adalah Dana mengupah tiga orang penjahahat untuk memukul Faris dengan teruk. Faris mengalami kecederaan tetapi dia berjaya membalas pukulan mereka bertiga. Dana muncul dan dia memukul Faris hingga pengsan.

Pencarian Shinta diteruskan. Gisha terus berdoa agar mamanya dilindungi walau di mana dia berada. Faris cedera parah dipukul oleh Dana dan konco-konconya. Gisha menemui Faris di masjid dan dia menghantarnya ke rumah sakit.

Galang jatuh bersama Aliya ke dalam jurang sewaktu dia ingin menolong Aliya. Mereka berdua pengsan. Mutia dan Diya mendapati Aliya hilang dan Mutia berpendapat Aliya seorang yang nakal. Kaki Aliya terseliuh dan Galang cuba memberi rawatan padanya.

Telefon bimbit Gisha tidak aktif. Gisha menelefon rumah untuk mencari orang tuanya kerana dia butuh uang sebanyak RP5 juta. Hendri yang berada di rumah Shinta pada waktu itu terdengar perbualan telefon mereka. Dia terus ke rumah sakit untuk membayar biaya rawatan Faris.

Galang dan Aliya bersyukur kerana berjaya diselamatkan oleh beberapa orang yang lalu berdekatan di situ.Aliya dan Galang saling minta maaf kerana mereka berpelukan tadi. Sewaktu mereka diberi bantuan tiba-tiba tali yang mengikat mereka terputus dan mereka hampir terjatuh ke dalam jurang semula namun akhirnya mereka berjaya diselamatkan. Aliya memeluk Galang dengan erat dan mereka mengucapkan terima kasih pada kedua orang yang telah beri bantuan kepada mereka.

Hendri rasa aneh apabile Gisha mengucapkan terima kasih padanya. Faris terselamat dan dia dipindahkan ke ruang rawat. Gisha dan Hendri pergi menjenguk Faris. Hendri tanya apakah Gisha dekat sama Faris. Tetapi menurut Gisha Faris cuma atasannya sahaja. Gisha juga hairan kenapa dia senang banget sudah menyelamatkan Faris sedangkan mereka tidak dekat dan ngobrol saja tidak pernah malah golongan darah mereka sama walaupun mereka tiada tali ikatan keluarga. Hendri terkejut mendengar Faris dipukul orang hingga menyebabkan dia begitu.

Galang memapah Aliya yang tidak bermaya untuk berjalan kerana kakinya yang terseliuh disebabkan terjatuh ke dalam jurang tadi.


Babak yang lain menceritakan mobil yang dipandu Shinta tiba-tiba hilang kawalan dan kecelakaan berlaku.

Sewaktu memandu, tiba-tiba perasaan Anjar tidak enak. Apabila ditanya Wisnu, Anjar jelaskan pada Wisnu bahawa ada kucing yang lalu di situ. Wisnu menggesa Anjar meneruskan perjalanan mencari Shinta dengan segera.

Aliya juga rasakan bahawa ada sesuatu yang menyebabkan dirinya berasa nggak enak. Galang memapah Aliya masuk ke dalam mobil dahulu.


Mobil Shinta masuk ke jurang dan terbakar. Apakah Shinta terselamat. Di rumah, Wisnu menyalahkan dirinya tentang kehilangan Shinta. Katanya pada Anjar kalau dia mendengar cakap Shinta pasti semua itu tidak terjadi.

Wisnu menerima panggilan dari polisi dan dia terus pergi ke kantor polisi. Polisi memberitahu Wisnu bahawa Shinta meninggal akibat kecelakaan itu.

Penghujung Episode 25

Mobil Galang mogok. Dia meminta Aliya tunggu dalam mobil sementara dia periksa mobilnya dulu. Namun tanpa diduga hp Galang berdering. Galang mendapat khabar dari papanya iaitu Tante Shinta sudah meninggal. Aliya menatap wajah Galang seakan tidak percaya dengan berita yang barusan didengarnya. Aliya terus turun dari mobil itu dan dia temui Tante Shinta kerana katanya Tante Shinta nggak mungkin meninggal. Galang cuba tenangkan Shinta. Katanya dia tahu Aliya nggak mungkin percaya dengan semua itu tetapi dia harus tenang dan terus tabah.

Galang meminjam motor dari salah seorang tukang ojek yang lalu di situ dan dia memberi mobilnya sebagai jaminannya. Galang memberi tukang ojek kunci mobil dan uang sewanya. Setelah itu, Galang membawa Aliya bersamanya terus ke rumah sakit.


Wisnu diberitahu polisi  mayat istrinya sudah ada di ruang jenazah. Kalau Wisnu mahu melihatnya dia bisa hantar ke dalam. Wisnu masih shock tidak tahu hendak bagaimana. Anjar cuba tenangkan Wisnu. Kata Anjar walaupun apa yang terjadi Wisnu harus kuat menghadapinya. Setidaknya dia haus melihat wajah Shinta untuk yang terakhir kalinya. Wisnu menangis kesedihan.

Wisnu pergi melihat jenazah Shinta buat terakhir kalinya. Namun dia tidak kuat untuk membuka kain tersebut.



Anjar cuba tenangkan Wisnu sambil berkata dia harus kuat untuk melihat istrinya Pak Wisnu. Sambung Anjar lagi.


Gisha sampai di rumah sakit dan sambil menangis teresak-esak dia tanya apakah benar itu mamanya yang telah meninggal. Mereka sukar untuk menerima kenyataan tesebut. Wisnu minta Anjar saja yang angkat kain itu tetapi Anjar juga tidak sanggup.







Kata Galang biar dia saja yang membuka kain itu (apakah itu benar-benar Shinta?)


Faris sedar kembali.
Faris: Pak Hendri... Pak Hendri kenapa Pak Hendri bisa di sini? Dan aku bisa di sini?
Hendri: Gisha yang bawa kamu ke sini. Saya juga di kabari Gisha tentang kamu ini.
Faris: Gisha?
Hendri tanya apa yang telah terjadi padanya hingga menyebabkan dia terluka seperti itu.
Imbas kembali kejadian sewaktu konco-konco Dana memukul Faris. Faris menceritakan pada Hendri dia menerima sms yang mengatakan Hendri ingin menemuinya. Hendri minta Faris tenang dan dia akan menyelidiki tentang hal itu.  Hendri ingin menghubungi orang tua Faris.
Hendri: Faris, boleh saya tahu nombor telefon ayah kamu? Soalnya saya kesulitan untuk menghubungi siapa begitu juga dengan Gisha. 

Faris memberi nombor telefon ayahnya pada Hendri.

Apakah reaksi Hendri nanti apabila dia mendapat tahu bahawa ayah Faris adalah Pram? Bersambung dalam Episode 26 pada 3 Januari 2012 waktu yang sama.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Sinetron Aliya Episode 25 pada 1 Januari 2013
 
Sinetron Aliya Episode 25 Part 1

Sinetron Aliya Episode 25 Part 2

Sinetron Aliya Episode 25 Part 3-3

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by