Wednesday, April 23, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA 6 MINGGU KEENAM HARI KETIGA PADA 23 APRIL 2008


Diari minggu keenam hari ketiga Akademi Fantasia 6 pada 23 April 2008


Sarimah Ibrahim adalah hos Diari Akademi Fantasia untuk musim ini

Kedudukan AFundi terkini 8 pelajar Akademi Fantasia 6 pada 23 April 2008

STACY 16%
ALIF 15%
RINA 14%
NADIA 11%
STANLY 11%
NUBHAN 11%
RIZ 11%
TOI 10%



Helo, kita berjumpa lagi dalam kemaskini sapphire blu pada hari Rabu ini. Sekejap lagi akan disiarkan American Idol di waktu yang sama dengan diari AF. Anda pilih yang mana satu? Diari Akademi Fantasia 6 atau "Top 6 American Idol Performance"?













Dalam diari bahagian pertama hari ini, Datuk Jalaludin Hassan dan Matta menjadi tetamu undangan di Akademi. Selain daripada nasihat yang diberikan kepada Stanly supaya tidak berputus-asa kerana masih risau tentang ibunya yang masih sakit tenat, beliau juga berkongsi pengalaman yang dilaluinya masa lampau. Beliau juga memberitahu Stanly bahawa kadang kala pengalaman begini akan memberi semangat untuknya untuk terus buat yang terbaik.


Pengetua mengajar para pelajar terutama sekali Nubhan yang dikatakan masih mempunyai suara yang mendatar


Nubhan cuba untuk fokus dan menyanyi dengan menggunakan vokal yang betul tetapi nampaknya masih belum berjaya mempertingkatkan prestasi vokalnya.


Walaupun Nubhan cuba menyanyi beberapa kali lagu yang sama "Belaian Jiwa" tetapi nampaknya tidak berjaya membawa lagu itu.


Selepas Pengetua menguji melodi vokal para pelajar yang lain, cuma Stacy sahaja yang dikatakan oleh Pengetua boleh membawa lagu itu dengan baik.


Sewaktu Cikgu Siti Hajar mengajar para pelajar "bubbling" tiba-biba kedengaran bunyi muzik yang kuat di sebelah bilik. Kenapa ye?












Sebenarnya mereka ada tetamu, kumpulan Matta dari Indonesia datang melawat mereka. Bestkan!! Mereka berkongsi bersama dengan para pelajar Akademi. Alangkah beruntungnya meeka.


Wah, 8 pelajar di Akademi mendapat cenderahati cd daripada Kumpulan Matta sebelum mereka pulang. Seronoknya menjadi pelajar Akademi Fantasia. Mereka berpeluang berjumpa dengan Jalaludin Hassan dan Kumpulan Matta dari Indonesia hari ini.



Lihat bagaimana aksi Cik Kutip meminta tolong kerana para pelajar ingin memukulnya. Sungguh menarik ye, jom kita menonton bersama bagaimana aksi Cik Kutip dengan gelagatnya yang lucu nanti. Sebenarnya para pelajar cuma bergurau dengannya sahaja. Main-main aje. Olok-olok aje.




Stanly pergi merawat di kelinik kerana lengannya tercedera sewaktu berlatih dalam kelas tarian.

Sejak awal pagi lagi Alif pergi ke Hospital Pakar Shah Alam untuk buat "MRI". Mengikut doktor specialist, sewaktu Alif mengalami kecederaan di lutut terdapat rekahan bermakna ada tulang patah di dalam tetapi bukan sebenarnya patah betul, dia macam rekahan.







Oleh itu sekiranya Alif lompat dan sewaktu "landing" akan rasa sakit. Dia akan pulih sendiri tanpa berbuat apa-apa mengikut kata doktor tersebut lagi. Dalam tempoh sebulan ini Alif akan berasa sakit pada lutut dan dia tidak boleh buat lompatan landing. Apabila Alif bercangkung dan buat "twist" sewaktu latihan tarian dia akan berasa kesakitan di lutut buat masa ini. Doktor melarang Alif daripada buat pergerakan berpusing "twist", landing "mencangkung" terpaksa dielakkan.









Buat sementara ini doktor cuma boleh memberi ubat untuk menghilangkan sakit dan but "terapi" di bahagian yang sakit tetapi itu cuma untuk bertahan dahulu untuk sementara waktu, masalah kesakitan pada lutut belum diselesaikan lagi. Sekiranya pembedahan dilakukan, Alif dikehendaki berehat dan menggunakan tongkat untuk berjalan untuk lebih daripada sebulan.

Oleh itu, apa yang Alif dikehendaki lakukan selain daripada apa yang telah dinasihati oleh doktor pakar tersebut, dia tidak boleh membuat pergerakan yang berkaitan dengan "pusingan pada lutut" dan duduk bercangkung. Dia perlu beri lebih perhatian pada lututnya yang telah tercedera.










Harap Riz akan buat yang terbaik dalam konsert minggu keenam pada 26 April 2008 nanti. Terus AFundi Riz sekiranya dia merupakan pelajar kegemaran anda.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua yang telah singgah di sini. Hingga kita bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

Online Visitors

Thank you for dropping by