Wednesday, October 6, 2010

Episode 40 - Sinetron Cinta Kirana pada 6 Oktober 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon/Pemain



Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 40

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 40 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 40 Part 2


Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 40 Part 3


Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 40 Part 4

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 40 Part 5


Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 40

Riana kesal dan berasa marah kerana Galang menunjukkan naskah yang mengandungi kisah yang sama dengan cara dia merancangkan pembunuhan terhadap Galang dalam kemalangannya.

Riana: Yang pentingnya aku tak mahu Galang, Aku tak mahu syuting filem ini.


Riana meninggalkan Galang di situ. Galang menelefon Kirana dan menceritakan bagaimana reaksi Riana setelah membaca naskah tersebut.

Galang: Helo Kirana. Dugaan kita benar. Riana tak mahu berlakon filem rancangan kita itu.
Kirana: Bererti cerita dalam naskah itu ada benarnya.
Galang: Aku juga semakin yakin, Na yang Riana dalangnya dalam kemalangan aku.
Kirana: Sekarang kau jangan kejar dia dulu.
Jangan telefon dia. Biar dia berfikir dulu. Karna kalau kau terus memaksa dia nanti dia fikir kau tidak hilang ingatan. Kamu tunggu di sana ya. Aku jemput kamu sekarang.


Pada waktu Kirana ingin keluar dari kantornya untuk menjemput Galang, Kirana bertemu dengan Raka dan dia terus bersikap dingin terhadap Raka setelah Raka menceritakan padanya apa yang berlaku pada dia dan Nadira.


Kirana: Aku memang mahu tak menyalahkan kau tapi sampai sekarang aku masih belum dapat menerima kelakuan kau.
Kirana pergi meninggalkan Raka yang berasa sedih kerana Kirana masih tidak dapat maafkannya.


Sandra: Kamu kenapa, Riana?
Riana: Mama benar, ternyata selama ini dia menipu saya. Dia tahu siapa saya.
Sandra: Kamu serius, Riana?
Riana: Maafkan Riana, ma. Selama ini Riana jahat sama mama cuma karena Galang. Tapi ternyata...

Sandra: Itulah, kau tak nak dengar cakap mama. Inilah, Riana cuma kerana lelaki bodoh yang tak penting kamu hilang pekerjaan kamu. Kamu harus kembali kerja, Riana.
Sandra minta Riana menelefon produser filem dan meminta maaf untuk mohon bekerja semula tetapi produsernya, Pak Marlon tidak mahu mengambil Riana untuk berlakon dalam filemnya lagi dan kata pada Riana bahawa peranannya telah diganti oleh pelakon yang lebih baik daripadanya.


Riana geram dengan produsernya. Dia menyesal kerana telah menelefon Pak Marlon.
- Produser yang tak berguna. Berani dia cakap begitu pada aku.
Riana memberitahu mamanya dia akan membuat produser itu malu dengan membuat filem yang lebih bagus daripadanya.
Sandra: Bagaimana nak bikin filem yang lebih bagus kalau tak ada filem yang dibikin? Aneh kamu ini.
Riana kembali ke kamarnya dengan rasa kesal.
- Riana, Riana tak pernah mahu dengar cakap aku.


Galang menelefon Riana tetapi Riana masih belum dapat lupakan tentang naskah itu dan dia tidak mahu memaafkan Galang. Galang minta maaf pada Riana kerana menyebabkan Riana tidak suka dengan naskah tersebut. Riana tidak mahu berkata apa-apa lagi dengan Galang kerana dia masih marah padanya lalu mematikan talian tersebut. Aida dan Sita risau tentang Riana mungkin akan tahu mengesyaki Galang tetapi menurut Galang dia tidak boleh undur sekarang begitu juga kata Kirana.
Kirana: Kalau Galang undur sekarang, Riana akan tambah curiga. Yang harus kita fikirkan sekarang adalah bagaimana untuk menghilangkan rasa curiga Riana. Tiba-tiba Kirana mendapat satu idea.



Sementara itu Galang berdiri di depan rumah Riana untuk menunjukkan sekiranya dia telah menyesal kerana perbuatannya yang telah membuat Riana marah. Riana tidak mahu percaya Galang lagi tetapi satpam di rumah Riana memberitahu Riana kalau Galang telah menunggu semalaman di depan rumah hingga menyebabkan dia kesejukan dan kemudian pengsan. Jadi satpam menelefon keluarganya untuk membawa Galang pulang. Riana kasihan dengar kata-kata satpam. Riana bercadang untuk pergi menemui Galang di rumahnya.


Setibanya Riana di rumah Galang, dia mendapati Galang sedang memarahi penulis naskah itu dan Galang suruh penulis itu ubah jalan cerita skrip yang lebih sesuai untuk Riana. Kata Galang dia mahu skrip yang sempurna untuk teman wanitanya, Riana. Riana lega mendengar hal itu. Riana tidak tahu samada mahu percaya pada Galang atau mamanya.
Galang dan Kirana bercadang untuk meneruskan langkah selanjutnya kerana Riana sudah mulai mempercayai kata-kata Galang. Kirana memberitahu Galang ada dua hal yang dibenci oleh Riana. Salah satu daripadanya adalah bunga mawar putih.
Kirana: Kita harus menggunakan informasi itu untuk menjayakan rencana kita.



Riana tambah percaya pada Galang lagi apabila dia menerima bunga mawar putih daripada Galang. Riana fikirkan Galang masih hilang ingatan dan dia percaya kalau Galang memang tidak berniat untuk membohonginya.



Galang dan Kirana gembira rancangan mereka berhasil lagi.
Galang: Ya Riana kamu dah terima kiriman bunga aku?
Kamu suka?
Riana: Ya Lang. Tetapi kenapa mawar putih?
Galang: Oh itu sengaja aku pilih warna bunga itu untuk kau. Itu menandakan isi hati aku. Aku tulus mencintai kau.
Riana: Jadi kamu memang tak ingat yang aku bencikan mawar putih?
Galang pura-pura tidak tahu bahawa Riana tidak suka pada mawar putih lalu dia segera minta maaf pada Riana.
Galang: Aku cuma mahu minta maaf daripada kau. Tak ada niat lain.
Suara hati Riana berkata: Galang sepertinya ingatannya memang belum kembali.
Riana terdiam seketika dan Galang terus tanya pada Riana.
Galang: Riana, adakah ini bermakna aku akan kehilangan kau? Maafkan aku, Ri. Aku tahu aku bersalah. Kalau kau tak boleh maafkan aku, aku minta maaf sekali lagi.
Riana: Galang, Galang jangan putuskan panggilan.
Galang: Ya, Ri?
Riana: Aku mahu kita berjumpa lagi.
Galang: Benarkah Riana?
Riana: Ya.
Galang: Terima kasih sangat, ya Riana. Aku tak akan kecewakan kamu.
Riana: Okey, nanti aku telefon kamu lagi ya?
Galang gembira dan dia memberitahu Kirana rancangan mereka berhasil dan Riana berhasrat untuk bertemu dengannya lagi.


Kirana: Rancangan kita dah dekat menghampiri akhir, Lang. Sekarang kita harus melakukan satu hal lagi.

Raka minta Benny meminta Benny untuk memberitahu kedua orang tua Khansa bahawa dia ingin menemui mereka dan membincangkan dengan mereka tentang hal pertunangan antara dia dan Khansa. Benny kata dia akan terus memberitahu Linda hal itu juga.


Sandra: Riana, masalah Galang yang kau tak ingat mawar putih bukan bererti kalau dia benar-benar lupa. Mungkin saja kau dibohongi Galang.
Riana: Riana hairanlah. Mama suka fikirkan hal yang tak penting. Dahlah Riana letih.

Untuk membantu mengembalikan ingatan Galang, Kirana membawa Galang ke lokasi kemalangan disana. Galang hairan Kirana menelefonnya walaupun mereka berada dalam kereta yang sama tetapi Kirana minta galang jawab saja panggilannya.



Cintaku padamu seperti hujan yang menghiasi awan.
Seperti merah, kuning, hijau yang menghiasi pelangi.
Seperti pantai dan gelombangnya.
Kerana cintaku padamu seperti malam yang dihiai bulan dan bintang.
Seperti titisan hujan dan awannya.
Seperti pelangi dan semua warnanya.
Cintaku padamu tak boleh dipisahkan.
Kerana cintaku padamu tak memerlukan alasan.
Cintaku padamu seperti matahari yang terus menyinari bumi.
Walaupun bumi menolak.

Tiba-tiba kepala Galang terasa amat menyakitkan dan Kirana risau keadaan Galang dan dia menjerit nama Galang yang hampir kemalangan lagi. Mujur mereka sempat menghentikan kereta itu. Galang menjerit:

Galang: Tidak! tolong hentikan semua ini. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Kenapa selalu mimpi-mimpi itu menghantui aku?



Kirana: Tenang Galang..
Galang: Aku tak kuat.
Kirana: Maafkan aku kerana aku telah buat kau macam ini.



Aida: Kirana, kenapa dengan Galang?
Kirana: Nanti saya ceritakan. Tolong telefon Dr. Harsha, nek.


Fara: Pak Tejo, macam mana sakit gigi? Dah sembuh ke belum?
Pak Tejo beritahu Fara sakit giginya sudah sembuh.
Fara: Kami bosan ni, tak ada kerja di sini. Baim, mari kita memancing. Macam mana?
Pak Tejo: Daripada kita memancing lebih baik kita buat pertandingan. Tiup gula-gula getah. Yang menang dapat hadiah daripada saya.
Nasrun: Hadiah pak?
Pak Tejo: Ya, daripada saya. Rp200 ribu.
Nasrun: Mimpi apa ini, tak kedekut?
Surti: Saya pun nak masuk.
Pak Tejo: Mama masih boleh tiup?
Surti: Awak jangan hina saya. Walaupun dah begini. Dulu hobi saya tiup gula-gula getah.


Pak Tejo: Okey kalau dah sedia semuanya sediakan gula-gula getahnya.
Fara: Ini dia, pak.


Mereka memulakan pertandingan meniup gula-gula getah.



Kirana: Macam mana, doktor?
Dr. Harsha: Dia dah tenang.
Apa kamu membawa dia ke lokasi kemalangan?
Kirana: Ya, doktor.
Dr. Harsha: Sebenarnya tindakan kamu itu ada benarnya, Tapi kamu harus tahu semua itu ada risikonya. Galang boleh ingat semuanya atau semua itu boleh membunuh Galang.




Kirana: Jadi, doktor...
Dr. Harsha: Kamu harus hati-hati dengan semua tindakan kamu untuk mengembalikan ingatan Galang. Jangan sampai mengancam nyawanya.



Choky: Kamu mahu bertunang? Kenapa sekarang baru beritahu? Okey, okey aku pasti datang, friend.
Nadira: Kamu kenapa, Choky? Nampak macam gembira sangat.
Choky: Macam mana aku tak senang. Akhirnya sahabat aku memutuskan untuk mengakhiri masa bujangnya.
Nadira: Maksud kamu siapa?
Choky: Raka. Dia mahu bertunang petang ini. Kau bersiaplah. Kita mahu pergi ke sana.



Nadira keberatan untuk pergi bersama-sama dengan Choky. Dia minta Choky pergi menghadiri majlis pertunangan Raka dan Khansa sendirian saja dengan memberi alasan dia kurang sihat.
Choky: Tak boleh begitu, sayang. Seganlah dengan Raka. Begini saja. Sekarang kamu minum ubat dan istirehat sebentar. Kemudian kita pergi ke sana, ya?
Aku ganti baju dulu ya?



Nadira tidak tahu adakah dia benar-benar harus menghadiri majlis pertunangan Raka dan Khansa.




Kirana: Galang, aku minta maaf ya. Harusnya aku tak ajak kau ke tempat itu. Harusnya aku tahu yang kamu belum siap.
Galang: Kamu jangan fikir tentang reaksi aku tadi. Aku cuma tiba-tiba terfikir yang Riana muncul depan kereta aku dan kemalangan berlaku seperti dalam mimpi aku, Na. Dan aku semakin yakin kenapa Riana selalu muncul dalam mimpi aku. Pasti dia yang menyebabkan kemalangan aku. Apa-apa pun yang terjadi aku takkan biarkan dia lepas. Kerana dia telah menyakiti aku dan keluarga aku. Dia harus dapat balasannya.




Bersambung dalam Episode 41 pada 7 Oktober 2010 pada hari dan waktu yang sama.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by