Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro RiaSila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)Pelakon/Pemain
SynopsisIt begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.
Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.
Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.
Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.
Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.
Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 24 Part 1Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 24 Part 2Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 24 Part 3Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 24Episode 23 menceritakan Kirana mengembalikan cincin pertunangan mereka kepada Raka. Raka terkejut dengan keputusan Kirana lalu pulang dengan hati yang pedih dan terpukul. Bagaimana pula kisah selanjutnya dalam Episode 24?
Episode 24: Galang dan Fara pergi berjalan-jalan. Setelah mereka pergi, Jono memberitahu Pak Deh dan Mak Deh bahawa seorang jejaka yang bernama Raka telah pergi ke bengkel dan dia bertanya tentang Piyu. Mak Deh tanya bila dan siapakah dia?
Jono: Namanya Raka, dia pernah datang ke bengkel semasa keretanya rosak. Tapi ada yang aneh. Waktu dia nampak Piyu dia seperti kenal sangat dengan Piyu.
Pak Deh minta Jono awasi Raka dan jangan sampai dia tahu tentang Piyu sebab mereka tidak mahu Piyu dibawa pergi oleh Raka. Kata Pak Deh lagi semua ini demi Fara sepupu Jono. Jono minta mereka berdua tenang saja sebab semuanya sudah selesai dan mudah-mudahan Raka tidak akan datang lagi. Kata Mak Deh kebahagiaan Fara terletak pada Piyu.
Nenek Sita dan Nenek Aida hairan kenapa Raka pergi begitu saja. Kirana memberitahu mereka bahawa semuanya telah berakhir kerana dia telah memutuskan pertunangan dengan Raka. Kirana kata dia masih belum melupakan Galang dan dia juga tidak dapat berhenti daripada mencintai Galang.
Nenek Sita: Apa kau tak fikir tentang perasaan Raka? Kau buat dia sedih dan kecewa. Kau dah patahkan hatinya.
Kirana: Kenapa aku harus menyakiti orang yang aku sayang dan orang yang sayang pada aku, nek? Kenapa?
Raka pulang dengan hati yang kecewa. Benny memanggilnya tetapi Raka tidak menghiraukan Benny dan terus masuk ke kamar.
Sita: Aku benar-benar tak faham fikiran Kirana. Kenapa dia terus larut dalam kenangan Galang?
Aida: Sabarlah Sita. Saya juga berharap dia boleh lupakan kenangan masa lalunya, kesedihannya dan kemudian meneruskan hidupnya.
Sita: Aida, apakah ini yang diingini Rama?
Aida, Maksud kamu apa, Sita?
Sita: Rama selalu ingin Kirana dan Galang bersatu. Mungkin ini menyebabkan Kirana selalu sedih, Aida. (towards the shinystar)
Benny yang khuatir dengan keadaan Raka menelefon Linda. Linda meminta Benny siasat apa yang sebenarnya berlaku pada Raka dan selepas itu beritahunya. Setelah itu Linda berkata pada dirinya:
Linda: Apa halnya si Raka itu? Pasti perempuan itu sudah rosakkan otak anak saya.
Surti dan Baim pergi ke rumah Kirana untuk menjemput mereka sekeluarga ke majlis pernikahan Pak Tejo dan Surti. Mereka juga ingin menjemput Raka. Baim melihat mereka dalam kesedihan dan bertanya apa yang telah berlaku.
Baim: Nenek, nenek kenapa?
Aida: Kirana, Baim.
Baim: Kirana, dia kenapa, nek?
Aida: Kirana memutuskan pertunangannya dengan Raka.
Baim terkejut dengan apa yang didengarnya. Mereka risaukan keadaan Kirana. Sementara itu, Kirana terus bersedih mengenangkan Galang.
Baim: Kirana, kau ni kenapa?
Baim: Aku ke sini bukan suruh kau berubah fikiran atau lupakan Galang. Tapi aku cuma minta kau bayangkan dirikau sebagai Raka. Bayangkan macam mana kalau kau jadi dia?
Pasti sakitkan, Kirana? Dia tu sayang sangat pada kau, bahkan kau pun dah terima lamarannya. Tapi kerana kenangan kau bersama Galang... kau berundur begitu saja. Cuba kau bayangkan perasaan dia. Pasti sakit sangat. Kau boleh untuk tidak melupai Galang tapi kita tak baik terus-terusan hidup dalam kenangan orang yang udah meningggal kerana itu cuma akan buat dia tidak tenang di sana.
Benny meminta pertolongan Coky dan Nadira untuk memujuk Raka yang masih menguncikan dirinya di dalam kamar.
Choky memberitahu Raka pada pendapatnya Kirana tidak menutup pintu hatinya tetapi dia menenangkan hatinya untuk mencintai Raka tanpa mengkhianati cinta Galang. Raka tidak tahu berapa lama dia harus menunggu Kirana. Kata Choky, selama cinta Raka masih tetap ada dihatinya
Choky: Kalau kau menyayanginya mencintainya dan mengambil berat tentang dia, kau mesti buktikan kata-kata kau itu.
Nadira: Raka, cinta itu bukan sekadar kata-kata tapi harus keluar dari hati kita. Jadi kau kena buktikan padanya yang kau amat mencintai dia dan kau harus berjuang untuk mendapatkan cinta dia. Ya, mungkin agak menyakitkan tapi itu memang wajar, ya.
Baim kata pada Kirana, selama dua tahun ini Kirana cuma memikirkan tentang Nenek Aida, Nenek Sita dan kerjanya tetapi dia tak pernah fikirkan dirinya. Pada pendapat Baim, sekarang adalah masa yang tepat untuk fikirkan perasaannya sebab masih lagi banyak kesempatan untuk Kirana. Kesempatan mencintai, dicintai dan kesempatan untuk melupai masalah Kirana.
Raka berasa lebih lega setelah mendengar nasihat daripada Choky dan Nadira.
Nadira: Raka, macam mana? Dah rasa lebih baik?
Raka: Sekarang ni jauh lebih baik daripada masa yang teman aku bercinta dengan tunang aku. (secara bergurau)
Choky: Gimana ya, jelas aura aku lebih hebat daripada kau. Buktinya Nadira tak dapat menolak penahan cintaku.
Nadira: Eee... perasanlah kau, Choky. Hey.. aku itu mahu menerima kau kerana aku kasihankan kau.
Choky: Oh gitu, jadi cuma kasihan?
Nadira: Ya, cuba kau tengok cermin.Muka kau tu menyedihkan kalau merayu-rayu pada aku. Jadi aku tak sanggup nak menolak kau.
Choky tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian Nadira tergelak dan berkata:
Nadira: Sayang, aku cuma bergurau. Aku tu mahu menerima kau kerana kau baik pada aku, kau menyenangkan, kau ambil berat tentang aku dan apa lagi, ya? Dan masa dia merayu dengan muka sedihnya dia comel sangat. Yang pentingnya aku sayang kau.
Choky ketawa kegembiraan.
Nadira: Kenapa kau ketawa macam tu?
Choky: Awalnya kau puji tapi penghujungnya tetap saja menghina.
Nadira: Tidak aku bergurau. Aku benar-benar sayang sama kamu.
Raka: Terima kasih, ya. Kalian berdua memang sahabat yang paling baik.
Choky: Kita ni memang teman yang baik tapi kau tu menyakitkan hati.
Baim: Kau jangan putuskan apa-apa dulu. Fikirkan dengan baik. Jangan sampai keputusan yang kau ambil buat kau menyesal. Ya, udahlah sekarang lebih baik kau turun ke bawah. Kerana Nenek Aida dan Nenek Sita dah menunggu kau. Mereka sangat risaukan tentang kau, Kirana.
Kirana: Terima kasih, Baim.
Baim: Sebenarnya aku juga boleh jadi suami kau tapi kau saja yang tak mahu.
Jangan risaulah, aku cuma bergurau. Bagi aku, kalau tak kehilangan kau sebagai teman aku dah bahagia. Ya, udahlah aku tunggu di bawah.
Benny hairan dengan sikap Linda dan berpendapat Linda seorang ibu yang aneh kerana dia berasa gembira apabila anaknya patah hati.
Kirana memerhatikan photo-photo Galang yang diambil bersamanya dan berkata: Semua yang dikatakan orang betul, Galang. Aku harus berusaha mengenang kamu tapi aku tak boleh hidup dalam kenangan kamu.
Kirana turun ke bawah dan memanggil kedua orang neneknya tetapi mereka tidak menjawab dan tiba-tiba rumah itu menjadi gelap. Kirana memandang ke sana sini.
Raka muncul.
Raka: Aku tak akan sekali-kali berhenti mencintai kau. Sehingga kau boleh menerima dan mencintai aku.
Kirana: Raka...
Raka: Maafkan aku, ya.. Kirana.
Kirana: Tidak Raka. Aku yang harus meminta maaf.
Raka: Aku inginkan kita mulakan dari awal. Aku tak mahu kehilangan kau. Kerana itu aku akan sabar menunggu sampai panah cinta aku mengenai hati kau dan terus menusuk di sana.
Linda: Raka, tahniah ya. Mama dengar daripada Pak Benny yang pertunangan kau dengan Kirana telah dibatalkan. Mama gembira, Raka. Akhirnya kau boleh ambil keputusan yang tepat kerana mama yakin kau tak akan bahagia bersama perempuan itu.
Raka: Maaf ya kalau aku sudah mengecewakan mama. Kirana memang sudah membatalkan pertunangan aku tapi aku tidak. Karena sampai kapan pun cintaku hanya untuk Kirana. Dan aku tidak akan pernah berhenti mencintai dia.
Raka kemudian beredar dari situ. Linda tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.
Pak Tejo dan Surti akhirnya bernikah. Majlis perkahwinan diadakan dengan meriah. Pak Tejo gembira kerana akhirnya impiannya untuk memperisterikan Surti terlaksana juga.
Kirana dan Opi berbelanja di pasar untuk perniagaan jamu mereka. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Kirana hampir di langgar kereta. Orang yang memandu kereta itu mirip Galang. Kemudian, Kirana terkenang dan imbas kembali saat-saat dia bersama Galang.
Kirana terpaku di situ kerana dia fikirkan dia ternampak Galang. Dia tidak tahu yang Galang telah hilang ingatan dan kini dia adalah Piyu. Kisahnya bersambung dalam episode seterusnya dalam Episode 25 pada 15 September 2010 (towards the shinystar)
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/http://id.wikipedia.org/sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)