

Dayana (Siti Amirah Dayana), 10 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan merupakan Juara Idola Kecil 2 yang telah berlangsung pada 2 Januari 2009 di Pusat Konvensyen Shah Alam. Ketiga-tiga orang juri, iaitu Adnan Abu Hassan, Atilia dan Ahmad Idham Omar telah memilih Dayana sebagai juara musim ini.
SILA KLIK DI SINI UNTUK LIRIK LAGU SATU IMPIAN - DAYANA (JUARA IDOLA KECIL 2)

Dayana berjaya membawa pulang gelaran juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, dan sebuah medal. Selain itu, pemenang Idola Kecil 2 ini juga berjaya memenangi anugerah Idola Popular Dutch Lady dengan hadiah sebanyak RM5,000.

Naib Juara Idola Kecil 2 adalah Azzam (Muhammad Azzamuddin), 12 tahun berasal dari Kuala Lumpur. Azzam membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan sebuah medal.

Tempat Ketiga Idola Kecil 2 adalah Ain (Zur'ain), 12 tahun berasal dari Selangor Darul Ehsan. Ain membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan sebuah medal.
Senarai nama 6 finalis dan komposer/penulis lirik:
Dayana: Jika Kau Ubah Fikiran/Satu Impian
lagu:Alfa Booty & lirik: Tisya
Azzam: Aku Rindu Sayang Kamu/Kekasihku
lagu: Ajai & lirik: Rumie
Ain: Sembilu/Cokelat dan Bunga
lagu & lirik: Intan
Arill: Peronda Jeket Biru/Diriku, Dirimu
lagu & lirik: Delly
Tasha: Cinta Adam Dan Hawa/Berdua
lagu: Alfa Booty & lirik: Tisya
Maulud: Zakiah/Ku Perlukan Cinta
lagu: Marlin & lirik: Ad Samad
**********************************************************************










































Gambar-gambar saat kemenangan pemenang-pemenang Idola Kecil 2 Final pada 2 Januari 2010
**********************************************************************
Keputusan: Episode 8 - Idola Kecil 2 - Jiha tidak berjaya ke peringkat Akhir(Final) bersama 6 peserta yang lain pada 2 Januari 2010
**********************************************************************
Profile/Biodata Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga Idola Kecil 2

Blog Dayana: http://dayanaamerda.blogspot.com/
Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah(Dayana) - JUARA IDOLA KECIL 2
Umur: 10 Tahun
Asal: Negeri Sembilan
Berat: 25 kg
Tinggi: 128 cm
Cita-cita: Doktor
Penyanyi Kesukaan: Ning Baizura

Muhammad Azzammuddin Lop Hamzah (Azzam) - NAIB JUARA IDOLA KECIL 2
Umur: 12 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Berat: 31 kg
Tinggi: 142 cm
Cita-cita: Jurutera
Penyanyi Kesukaan: Sudirman

Zur'Ain Abd Rahim (Ain) - TEMPAT KETIGA IDOLA KECIL 2
Umur: 12 Tahun
Asal: Selangor Darul Ehsan
Berat: 29 kg
Tinggi: 134 cm
Cita-cita: Akauntan
Penyanyi Kesukaan: Stacy
**********************************************************************
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.tv9.com.my/, http://www.gua.com.my, http://ms.wikipedia.org , http://dukelucedellamore.blogspot.com/, youandme1810 Channel dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)