Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Sinetron Setinggi Bintang mulai 5 Oktober 2009 di Astro Aruna pukul 6.00 petang dalam Episode 8
Sinopsis ringkas sinetron Setinggi Bintang:
Ketika cinta, hasrat, kehilangan dan kebahagiaan terangkai dalam satu kisah kehidupan yang dibalut dendam.
Dibintangi oleh:
Dhini Aminarti Arifin Putra Nikita Willy Happy Jansen Rana Audi Marissa Syalwa
*********************************************************************** Sambungan sinopsis permulaan sinetron Setinggi Bintang Episode 8 versi gambar pada 14 Oktober 2009
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 8 Part 1
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 8 Part 2
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 8 Part 3
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 8 Part 4
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 8 Part 5
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 8 Part 6
*********************************************************************** (Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Aruna, Multivision Plus dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 78 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam
********************************************************************** Sinopsis sinetron Sekar Episode 81 versi gambar
Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 81 pada 14 Oktober 2009
Talia nampak Rendra memeluk Sekar di depan pintu rumah Sekar lalu dia terus menuju ke arah Sekar dan memarahinya. Sewaktu Talia ingin menampar Sekar, Rendra menghalangnya. Rimba menyamar sebagai teman lelaki kaya Eva dan pergi melawat ibu Eva. Rimba memperkenalkan dirinya sebagai Fendi kepada ibu Eva.
Dalam episode ini kapal terbang yang dinaiki oleh Brama terhempas dan Brama terkorban. Yurika menuduh Sekar adalah penyebab kematian anaknya begitu juga Talia yang juga telah menjelaskan kepada Syifa bahawa papanya terkorban kerana ingin pulang ke Jakarta menolong Sekar setelah mendengar bahawa Sekar telah dipenjarakan. Syifa yang pada mulanya ingatkan dia adalah penyebab kematian papanya, akhirnya mula mempercayai juga semua ini adalah kerana Sekar. Bagaimanakan nasib Sekar seterusnya apabila dia dan ibunya diusir keluar dari kediaman mereka kerana menurut Yurika rumah yang mereka sedang tinggal itu adalah dibeli oleh Brama. Bersambung...
********************************************************************** (Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)
Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me
Lagu Tema: Why Do You Love Me Pencipta: Yok Koeswoyo Penyanyi: Rio Febrian
Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"
The time has come That we must be apart The memory is still in my mind But you have gone and leave me alone
Why do you love me So sweet and tenderly I'll do everything to make you happy oh...ohh....ohh...
Why do you love me So sweet and tenderly I'll do everything to make you happy oh...ohh....ohh...
ohh...ohhh...
But you have gone and you love me...
Why do you love me why do you love me...
*********************************************************************** Sambungan sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11 pada 14 Oktober 2009
Tia: Tolong saya, Mas. Ada penculik kejar saya. (kata Tia kepada tiga orang penjahat yang ditemuinya sewaktu dia melarikan diri dari Arjuna) Apabila Arjuna tiba, dia tanya mereka adakah mereka terjumpa seorang gadis berbaju putih dan berselendang pink. Mereka kata gadis itu telah lalu di situ. Arjuna mempercayai mereka dan meneruskan mencari Tia. Selepas itu, ketiga-tiga orang penjahat itu tergelak.
Arjuna: Tia dalam bahaya. Mana dia? Walaupun Tia berada dalam ketakutan tetapi dia masih sempat menendang ketiga-tiga penjahat itu dan melepaskan diri. Apabila Arjuna sampai Tia sudahpun tiada di situ. Romy yang berada berdekatan di situ ternampak Arjuna sedang mencari Tia lalu dia merancangkan sesuatu kepada orang-orang suruhannya. Mereka pura-pura menangkap Tia dan kemudiannya menuduh bahawa itu adalah arahan Arjuna. Romy pura-pura menyelamatkan Tia dan memberitahunya Kendil telah menunggu Tia. Ini membuat Arjuna hairan. Arjuna kata semua itu adalah bohong kerana dia tidak mengarahkan orang untuk menangkap Tia tetapi Tia berasa marah kepada Arjuna Romy kemudiannya menghantar Tia pulang. Tia kecewa kerana dia menyangka Arjuna bukannya seorang yang baik.
Tia: Buah-buahan, bunga dan cincin itu untuk siapa?Mama Tia: Kami telah putuskan untuk merestui hubungan kamu dengan Kendil. Kami nak mengajak kamu ke rumah bu Warti dan bertemu dengan Kendil. Ini cincin tunang kamu berdua... dan cincin pertunangan ini hadiah daripada kami. Tia: Terima kasih, pa... terima kasih ma...
Warti: Saya jadi segan pula. Seharusnya kami yang hantar semua ini pada keluarga pihak perempuan. Saya rasa rendah diri pula. Mama Tia: Tak apalah bu Warti. Encik Martin: Anggap sajalah ini tanda restu kami atas hubungan mereka berdua. Encik Martin: Kendil, malam ini kami nak langsungkan majlis pertunangan kamu berdua. Kamu datanglah. Sekarang, mari bertukar cincin.
Mendengar berita pertunangan Tia dan Kendil, penduduk kampung berpendapat bahawa mereka berdua tidak padan kerana kata mereka Kendil hodoh dan Tia pula cantik. Mana ada si hodoh kahwin dengan gadis cantik. Mereka juga hairan Tia mahu pula pada Kendil kerana pasti ramai lelaki yang ingin memikat Tia. Mereka menganggap bahawa kemungkinan Kendil merayu kepada Tia. Mereka semua tidak bersetuju tentang hal ini. Tetapi ada juga yang setuju saja. Bagaimanakah kisah selanjutnya dan apakah yang akan berlaku pada malam pertunangan Kendil dan Tia?
Di penghujung Episode 11 sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa
Romy: Arjuna harus terkena bahan ini. Jika tidak dia takkan mati. Malam ini juga kamu semua mesti dapatkan Arjuna.
Arjuna terjatuh dalam arus sungai yang deras sewaktu Romy cuba semburkan serbuk yang akan melenyapkan Arjuna. Mereka tidak menjumpai Arjuna. Tiba-tiba mereka ternampak Arjuna yang dibawa arus sungai itu dan mereka cuba ikhtiarkan cara lain untuk menangkap Arjuna. Warti mimpi buruk tentang Kendil. Warti ingin pergi mencari Kendil. Romy menelefon Encik Martin memberitahunya Kendil sudah mati dan Tia sedang berada bersamanya. Enick Martin: Bagus, maknanya sekarang kamu akan segera bernikah dengan Tia.Romy: Mudah-mudahan pak cik. Sekarang giliran pak cik untuk buat rancangan seterusnya.
Apabila Arjuna hampir tiba di tebing sungai, orang-orang suruhan Romy ternampak Arjuna. Mereka menuju ke arah Arjuna membawa bersama-sama dengan mereka 6 ekor anjing hitam garang itu. Babak yang begitu mencemaskan. Adakah Arjuna akan terselamat dan siapakah lelaki yang berdiri di hadapan Arjuna? Kisahnya bersambung dalam Episode 12 yang akan disiarkan pada 15 Oktober 2009 pada waktu yang sama di TV3.
*********************************************************************** Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 11
*********************************************************************** (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Mis Lietuva 2009 Vaida Petraskaite to represent Lithuania in Miss World
VILNIUS, October 10, 2009 - 23 year-old Vaida Petraskaite was crowned Mis Lietuva 2009 after the conclusion of a reality show that began last June. She will represent Lithuania in Miss World 2009 in Johannesburg, South Africa on December 12, 2009.
Ibrahim Alkatiri Raffi Ahmad Dian Nitami Ramzi Qubil, Nizam Ali, Zayla Nisrina Billy Kurniawan Suhel
Sutradara:
Bobby Moeryawan, Siddik Cahyo Kusuma
*********************************************************************** Sinopsis ringkas BAIM ANAK SHOLEH
Ibrahim (Ibrahim Al Katiri), yang akrab dipanggil Baim adalah seorang anak yang lucu dan pintar. Setiap apa yang dilakukannya dia selalu mengingat Hadist-Hadist yang dibacanya. Ayah Baim (Ramzi), dan ibunya (Dian Nitami), tindakan atau perbuatan sengaja maupun tidak sengaja kedua orang tuanya dan orang-orang disekelilingnya memberikan pelajaran penting bagi Baim dalam memahami Hadist-Hadist yang akhirnya diketahui maknanya. Baim dan kawan-kawannya terkadang mengartikan Hadist-Hadist tersebut sesuai dengan pikiran mereka. Seperti Baim memandang Surga ditelapak kaki ibu, Baim memandangnya bahwa sepatu, sandal yang digunakan ibunya salah satunya ada Surga. Rafi (Raffi Achmad) dan Ustad membantu Baim dalam menuntaskan pemahaman Baim serta teman-temannya untuk mengerti makna Hadist-Hadist. Rafi dan orang tua Baim sebagai orang dewasa juga masih melakukan kekhilafan atau kesalahan yang mereka baru sadari ketika Baim mengingatkan. Terlihat ketika Baim membuat semua orang mau memaksakan diri bangun pagi dan melakukan kewajiban yang harus mereka lakukan selaku muslim.
Baim Anak Soleh adalah gambaran dimana anak-anak diajarkan lebih memahami makna Hadist-Hadist yang ada, hingga seorang anak dapat mengetahui baik buruknya perbuatan yang mereka lakukan sehari-hari dengan teman maupun keluarga. Apa yang mereka lakukan akan lebih sesuai dengan tuntunan ajaran agama.
*********************************************************************** (Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.rcti.tv, Fuschialicious Channel dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)