Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri,
Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil,
Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sambungan sinetron Separuh Aku Episode 52 pada 7 Disember 2012
Anak-anak sampai di pusara mama dan papa mereka.
Andi: Mama, papa kita kanget banget sama papa dan mama.
Mereka bertiga menangis teresak-esak. Tidak lama selepas itu,
Andien mengajak adik-adiknya pulang kerana akan hujan sebentar lagi. Bunyi petir semakin kuat kedengaran mereka harus buru-buru.
Andien
tersilap langkah dan terjatuh di dalam lubang yang besar. Andien
menjerit meminta tolong. Andi dan Adit mengambil kayu untuk menolong
kakak mereka naik ke atas semula tetapi keadaan lebih memburuk lagi
apabila Adit juga terjatuh ke dalam.
Andi menjerit sekuat hatinya meminta tolong. Rama, Dennis dan Adara terus mencari anak-anak. Rama menelefon Adara apakah dia sudah ketemu sama anak-anak. Tiba-tiba panggilan terputus. Telefon Rama nggak aktif. Sekarang Adara risau tentang keadaan Rama, Adara takut Rama tak konsentrasi di jalan kerana memikirkan tentang keberadaan anak-anak.
Adara terus mahu mencari anak-anak walaupun hari akan hujan. Dennis beritahu Adara bahawa dia pantas menjadi ibu kepada anak-anak karna sifat keibuan Adara itu. Hujan mulai turun. Dennis mengambil payung sambil dia memberi jaketnya pada Adara. Dalam hati Adara dia dapat rasakan semua yang Dennis lakukan adalah untuknya. Pencarian anak-anak diteruskan.
Anak-anak dibasahi air hujan. Kata Andi mereka sepatutnya minta Kakak Dara menemani mereka kesana. Andien mahu Andi mendapatkan pertolongan tetapi Andi tidak terdaya disebabkan hujan yang begitu lebat pada waktu itu.
Adara tanya Rama apakah dia sudah ketemu dengan anak-anak. Namun Rama juga belum menemui mereka. Hari semakin gelap. Andien, Andi dan Adit ketakutan.
Rama akhirnya menemui Andi dan dia terus memapah Andi bangun kerana terjatuh. Rama terdengar jeritan keponakannya lalu dia terus menolong mereka keluar dari lubang tersebut.
Adara dan Dennis yang sedang bersama Andi juga membantu Rama menolong keponakannya.
Tiba-tiba dahan di sebuah pohon berdekatan di situ terkena panahan petir dan kilat. Dennis terkena dahan tersebut dan jatuh pengsan ke dalam. Rama sekali lagi masuk ke dalam untuk memberi bantuan pada Dennis.
Babak seterusnya menceritakan Dennis sudah sedar kembali di rumah. Bu Ida beritahu Dennis bahawa Adara dan Rama yang menghantarnya pulang ke rumah tadi. Dennis juga mendapata tahu yang anak-anak berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Adara harap Rama dapat luangkan waktu untuk anak-anak kerana mereka sudah tidak punya orang tua lagi. Kata Adara lagi mereka bertiga sangat membutuhkan keberadaan, perhatian dan kasih sayang Rama.
Adara bawa bekal buat Dennis. Tetapi Pak Eddy tidak menghargainya malah dia buangkan makanan tersebut di atas lantai. Dennis terjaga dari tidur lalu keluar dari kamarnya. Sekali lagi alat pendengar Dennis tercabut dari terlinganya. Pak Eddy marahkan Adara yang masih bawa makanan buat Dennis. Pak Eddy tanya apakah dia mahu meracuni Dennis lagi. Adara tidak dapat berkata apa-apa. Dia cuma berdiam diri dimarahi Pak Eddy. Pak Eddy tuduh Adara jahat sama anaknya sementara Dennis begitu mencintainya.
Adara menyetujui kata-kata Pak Eddy. Katanya mungkin Pak Eddy memang benar dan dia seorang yang jahat jadi dia nggak pantas buat Dennis yang terlalu baik. Adara beredar dari rumah Pak Eddy sambil berlinangan air mata. Dennis mengejar Adara yang sudah pergi dari situ.
Adara minta maaf pada Dennis kerana dia nggak bisa mencintai Dennis. Adara juga minta maaf kerana nggak bisa menikah sama Dennis. Namun Dennis tidak mendengar apa yang Adara cuba katakan padanya. Dennis menjelaskan pada Adara yang alat pendengarnya tertinggal di rumah. Dia ingin kembali ke rumah mengambilnya. Menurut Dennis, tadi apa papinya bilang sama Adara juga dia tidak dengar. Dennis minta Adara tunggu dia di sana sementara dia pulang ke rumah. Nanti apabila dia kembali, dia mahu Adara mengulangi ceritanya padanya. Adara sedih kerana apa yang telah diomongnya tadi semuanya percuma saja kalau Dennis nggak dengar.
Maya memberitahu Rama yang dia ragu Adara akan menjadi isteri yang baik pada Rama kerana seharusnya dia menemani anak-anak dan bukan menyebabkan kerja Rama terganggu. Dalam hati Rama, dia berfikir ada benarnya juga kata-kata Maya tetapi Rama tidak mahu memaksa Adara untuk sentiasa bersama anak-anak.
Penghujung Episode: Ada orang yang ingin beli kueh dari kedai burger Dennis tetapi Dennis memberitahu pelanggan tersebut stoknya sudah kehabisan.
Kata Dennis pada Adara, Adara dan anak-anak telah membawa rezeki kepada kedai burgernya jadi Dennis berharap yang Adara tidak akan meninggalkannya dan kedai burger tersebut. Andien menjelaskan pada Dennis bahawa setelah Kakak Dara dan Rama sudah menikah, dia tidak dapat menjaga kedai burger Om Dennis lagi tetapi dia akan menjaga mereka bertiga di rumah. Sambung Andi lagi setelah itu, Kak Dara nggak boleh kerja, temani mereka setiap hari. Anak-anak memeluk Adara.
Dennis mempelawa Adara mahu menghantarnya pulang tetapi ditolak oleh Adara. Kata Adara dia harus mengambil cincin tunangannya dan Rama di mall bersama anak-anak terlebih dahulu. Namun Dennis terus mahu menghantar Adara walaupun menurut Adara dia tidak enak sama Dennis. Andien setuju dengan cadangan Dennis untuk menghantar mereka kerana mereka capek naik turun angkot. Oki juga mahu ikut bersama tetapi Dennis tidak membenarkannya dan suruh dia naik angkot saja dengan alasan mobilnya dah "full".
Adara mengambil cincin tunangannya dari toko perhiasan. Adara memuji terpegun melihat kecantikan cincin itu. Kata Andien apa lagi kalau disarungkan ke jari Adara oleh Rama.
Dennis yang juga berada di situ mahu menyarungkan cincin itu ke jari Adara. Dennis tanya pada Adara apakah dia mahu bertunangan dengannya. Adara tidak tahu kenapa dia berasa tertekan begini melihat Dennis.
Rama sampai di toko perhiasan. Rama fikirkan mungkin Adara belum sempat ke situ jadi Rama ingin pergi mengambil cincin tersebut itu terlebih dahulu. Rama memberitahu Maya yang dia mahu ambil cincin tunangannya sama Adara sebentar. Maya bosan mendengar nama Dara disebut lagi oleh Rama tetapi dia harus bersikap sabar di depan Rama dan tidak mahu buat Rama curiga.
Di toko perhiasan, Adara kelihatan berat hati mahu coba menyarungkan cincin tunangan tersebut ke jari Dennis. Rama dan Maya melihat Adara dan Dennis di sana sedang mencoba cincin tunangan itu. Rama seperti tidak mahu percaya dengan apa yang telah dilihatnya. Rama berjalan ke arah Adara. Terasa pedih dihati Rama.
Sewaktu menonton babak di mana Adara menyarungkan cincin pertunangan ke jari Dennis, sapphire dapat rasakan yang Rama begitu sedih melihatnya. Tetapi Maya yang berada di samping Rama pada waktu itu senang hati.
Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 52 pada 7 Disember 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 52 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 52 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 52 Part 3
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 52 Part 4-4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sin...
9 years ago