Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-62 YANG DISIARKAN PADA 15 SEPTEMBER 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Tema Anakku Bukan Anakku
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli Nabila Syakieb sebagai Tatia Raya Kohandi sebagai Adel Dude Harlino sebagai Taufan Krisna Mukti sebagai Nico Raslina Rasidin sebagai Vivian Eeng Saptahadi sebagai Bayu Vicky Burki sebagai Syaitan Femmy Permatasari sebagai Luci Ana Pinem sebagai Rona Boy Irshandi sebagai Ian Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan Him Damsyik sebagai Pengemis Buta Menampilkan: Benny Ruswandi
Marcelino Lefrandt
Dinda Kenyadewi sebagai Noni
Kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku sudah tiba episod 62 di mana dalam episod yang lalu banyak peristiwa telah berlaku dan kisah ini akan berakhir tidak lama lagi iaitu pada hari Khamis, 18 September 2008:
Sedutan daripada episod 61 - Adel keluar dari but belakang kereta. Episod 61 berakhir di sini. Adakah Adel berjaya menolong Rafli, Taufan dan Tatia?
Anakku Bukan Anakku Episod 62 - 1
Episod 62:
Adel keluar dari but kereta dan memikirkan cara untuk masuk ke dalam rumah yang besar itu untuk menyelamatkan Tatia, Taufan dan Rafli. Tetapi dia tidak tahu bagaimana kerana rumah itu terlalu besar dan dia tidak tahu di mana mereka berada.
Gimbo terus berbincang dengan rakan-rakan sepenjenayahnya bagaimana untuk mendapatkan wang daripada ibubapa orang tebusan mereka.
Rona panik mendengar Bayu menerangkan apa yang telah didengarnya dari jendela tentang gadis yang mereka sangkakan adalah Tatia selama ini sebenarnya adalah Noni. "Nampaknya rumah ini lebih menyeramkan" begitulah kata-kata Rona kepada Bayu selepas itu. Dia meminta Bayu untuk meninggalkan rumah Nico bersamanya sebelum semua terlambat tetapi Bayu enggan. Bayu bercadang untuk membunuh Tatia dan merampas rumah Nico.
Anakku Bukan Anakku Episod 62 - 2
Setelah sekian lama, baru Timo mendapat tahu daripada Vivian bahawa Tatia masih hidup lagi dan Noni juga memberitahu mereka bahawa semua yang telah berlaku besar kemungkinan adalah kerja Gimbo dan juga berkata Gimbo adalah seorang yang sangat merbahaya.
Anakku Bukan Anakku Episod 62 - 3
Adel menjumpai tempat di mana Taufan, Tatia dan Rafli dikurungkan. Rafli berkata Adel akan menolong mereka.Adel berkata kepada Tatia bahawa dia akan menyelamatkan mereka walaupun dengan apa cara sekalipun.
Anakku Bukan Anakku Episod 62 - 4
Gimbo tidak mahu percaya bahawa Tatia adalah anak pembantu dan akhirnya Tatia terpaksa memberi nombor telefon rumah Nico kepada Gimbo. Gimbo meminta wang tebusan sebanyak 100 juga rupiah daripada Vivian tetapi Vivian berjanji untuk memberinya 200 juta rupiah dan tambahan 20 juta lagi supaya Tatia dilepaskan dan 20 juta rupiah tambahan itu adalah untuk tidak mengembalikan Noni kepada Gimbo.
Anakku Bukan Anakku Episod 62 - 5
Gimbo: Awak ni mesti pembantu. Saya mahu bercakap dengan majikan awak atau puan awak. Di mana dia? Cepat. Luci: Apa? Awak kurang siumankah? Awak kata suara saya seperti pembantu? Saya ni majikannya, tahu tak? Gimbo? (ketawa) Beginikah suara seorang majikan? Luci: Berani awak cakap sembarangan. Gimbo: Awak ni seperti suara kambing pekak. Gimbo: Awak panggil saya kambing? Gimbo: Anak awak berada di tangan saya. Luci: Apa? Kenapa dengan Rafli? Gimbo: Anak awak tiba-tiba datang ke kawasan saya dan memasuki rumah saya. Sekarang ni dia ada di tangan saya. Luci: Saya tak kenal awak. Kenapa saya harus percaya dengan kata-kata awak? Gimbo: Awak sendiri cakap dengan dia.
Rafli: Mi. Ini Rafli. Luci: Rafli, Rafli awak di mana? Awak bersama siapa sayang. Awak bersama Adel kan? Rafli: Rafli bersama Tatia, mi. Luci: Tatia?
Gimbo menelefon nombor telefon rumah Rafli. Luci menjawab panggilan tersebut. Gimbo tidak percaya bahawa Luci adalah Ibu Rafli ingatkan dia cuma adalah seorang pembantu rumah mereka. Tetapi Luci pula berkata, suara Gimbolah yang seperti "kambing pekak".
Anakku Bukan Anakku Episod 62 - 6 (Penghujung episod 62)
Ian, suami Luci terdengar perbualan telefon di antara Luci dan Gimbo melalui telefon yang berada di dapur.
Gimbo: Bagaimana, anak kesayangan awak telah berada di tangan saya. Kalau awak nak dia selamat tolong sediakan duit sebanyak 500 juta rupiah. Luci: Jangan risau tentang saya. Saya akan beri awak sebanyak satu million.
Luci: Tapi awak mesti bunuh budak perempuan gila itu, Tatia.
Syaitan: Luci... ketika kejahatan mula menghilang... kerana makhluk seperti Tatia. Saya tetap mempunyai seorang seperti Luci. Sedikit harapan, simpul kejahatan... yang sebenarnya.. yang akan membunuh Tatia. Kejahatan akan menang dan kebaikan akan kalah.
Episod 62 berakhir di mana Adel berjaya masuk ke dalam rumah tersebut melalui pintu utama. Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya, jangan lupa untuk terus mengikuti kisah sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 63 pada hari esok, 16 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)