Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-58 YANG DISIARKAN PADA 8 SEPTEMBER 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Tema Anakku Bukan Anakku
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli Nabila Syakieb sebagai Tatia Raya Kohandi sebagai Adel Dude Harlino sebagai Taufan Krisna Mukti sebagai Nico Raslina Rasidin sebagai Vivian Eeng Saptahadi sebagai Bayu Vicky Burki sebagai Syaitan Femmy Permatasari sebagai Luci Ana Pinem sebagai Rona Boy Irshandi sebagai Ian Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan Him Damsyik sebagai Pengemis Buta Menampilkan: Benny Ruswandi
Marcelino Lefrandt
Dinda Kenyadewi sebagai Noni
Episode 58 - 1
Episod 58 - 2
Sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku pada 7 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3 dalam slot sinetron:
Sinopsis Episod 58:
Rafli: Adel. Kenapa datang lewat begini? Adel: Ya. Rafli: Ada apa? Adel: Saya baru saja berjumpa dengan mama awak. Rafli: Malam-malam begini. Ada apa? Adel: Tanyalah ibu awak sendiri. Semoga mama awak ceritakan yang sebenar. (Adel cakap seorang diri: Mak Cik Luci akan bercakap jujur? Tidak mungkinlah. Dia mata duitan. Saya yakin dia tak nak kehilangan segalanya).
Rafli tiba di rumahnya dan dia bertembung dengan Adel. Rafli hairan kenapa Adel masih berada di situ walaupun telah lewat malam. Adel meminta Rafli bertanya kepada mamanya sahaja apa yang dia telah ceritakan kepadanya.
Rafli: Kenapa dengan mami? Ian: Papi tak tahu, Rafli. Tadi mak cik terdengar jeritan mami. Semasa dia masuk, dia sudah pengsan. Rafli: Papi tak tanya Adel? Ian: Sudah tapi dia tak beritahu apa-apa.
Apabila Rafli masuk ke dalam rumahnya dia ternampak mamanya yang telah pengsan didukung oleh papanya ke kamar. Apabila Luci tersedar, Rafli menanyakan kepada mamanya apa yang telah Adel ceritakan kepadanya tetapi Luci berkata "Tak ada apa-apa". Luci cuba sembunyikan hal yang sebenarnya daripada Rafli.
Adel: Sorry, awak ni siapa? Jimbo: Awak pula siapa? Adel: Saya siapa? Saya pemilik rumah ini. Jimbo: Saya minta maaf. Saya sungguh mengagumi rumah awak. Adel: Kenapa? Awak juga nak bina rumah? Jimbo: Memang itulah rancangan saya. Adel: Saya ingatkan awak. Jangan cuba nak buat hal. (Selepas itu, Adel masuk ke dalam rumah)
Rakan A: Siapa dia? Jimbo: Pemilik rumah ini.
Noni: Hello Cik Adel. Adel: Awak buat apa di rumah seharian. Noni: Wah, tadi saya berseronok di rumah. Cik Adel mahu tahu saya berseronok dengan siapa? Adel: Dengan siapa? Noni: Di dapur bersama Rona. Adel: Apa? Apa yang ada di dapur?
Adel: Bercakap seorang diri. (Seandainya saya boleh tarik topeng itu dan bunuh awak... dasar budak kampung. Tak perlu bimbang. Tak lama lagi Bayu akan bunuh awak.) -Selepas itu Adel beredar ke ruang makan.
Noni: Berkata seorang diri (Saya tahu, mesti dia mahu bunuh saya. Tapi saya bukan Tatia, Adel. Awak tak boleh memijak kepala saya.)
Jimbo sampai di depan rumah Nico dan apabila Adel ternampaknya, dia memberitahu Adel bahawa dia cuma berasa kagum melihat rumah mereka. Adel tanya kepada Nico kenapa Timo boleh duduk semeja dan makan malam bersama mereka. Nico memberitahu Adel, mereka telah menganggap Timo seperti anak mereka sendiri dan mulai hari itu, Timo sudah boleh makan semeja dengan mereka. Adel terdengar jeritan datang dari tingkat atas. Nico memberitahunya itu adalah jeritan Rona. Vivian meminta Adel bertanya kepada Rona sendiri apa yang sebenarnya berlaku kepadanya.
Adel: Kenapa? Apa yang terjadi? Bayu: Tangannya melecur. Adel: Bagaimana boleh jadi begitu? Bayu: Kalau awak dengar cerita ini. Pasti awak akan terkejut separuh mati.
Adel: Tunggu dulu. Adel: Saya rasa saya tahu. Bayu: Awak dah tahu? Adel: Mesti Tatia yang lakukan semua ini. Rona: Nico dan Vivian sudah menceritakan kesemuanya? Mereka seronoklah tengok saya menderita. Adel: Mereka tak memberitahu apa-apa. Rona: Habis tu siapa? Adel: Tatia. Dia beritahu saya segala-galanya pada saya. Bayu: Dia yang beritahu? Adel: Bukan itu saja. Dia sendiri yang memberitahu dia berseronok bersama ibu di dapur tadi. Bayu: Dia berkata begitu? Adel: Bukan itu saja. Dia cuba mempermainkan dan mentertawakan saya. Adel: Ayah, adakah dia Tatia yang sebenar? Bayu: Maksud awak? Betullah tu. Ayah sendiri yang nampak semasa dia memakai topeng itu. Kemudian dia membuka topeng... memang dia adalah Tatia. Adel: Tapi kenapa sikap dia... lebih kasar dan berani. Bayu: Dia sengaja berkelakuan seperti itu supaya kita tidak tahu dia adalah Tatia. Adel: Jadi, kita mesti berdiam diri? Bayu: Maksud awak? Adel: Hari ini dia dah cederakan ibu. Mungkin esok dia akan cederakan saya dan ayah. Rona: Betul kata Adel tu, bang. Tatia memang dah melampau. Bayu: Bertenanglah dulu. Bertenang....Kamu berdua tak perlu kecoh-kecoh. Adel: Maksud ayah? Bayu: Begini. Apabila mereka dah tidur termasuk Tatia, selepas itu baru ayah akan tangkap mereka.
Adel curiga dengan kelakuan Tatia(Noni) yang telah berubah dan tidak seperti Tatia yang dikenalinya sebelum ini. Dia memberitahu hal ini kepada Rona dan Bayu. Bayu berkata kemungkinan Tatia berbuat demikian adalah untuk mencegah daripada rahsianya yang telah menyamar sebagai jururawat peribadi Vivian akan terbongkar.
Bayu dan Rona berhasrat untuk membunuh Tatia apabila semua orang yang berada di rumah termasuk Tatia telah tidur. Di kediaman Taufan, nenek dan Taufan berjanji akan menolong Tatia tanpa sebarang syarat. Tatia memberi keyakinan kepada Taufan bahawa cintanya terhadap Rafli adalah satu kesilapan dan sebenarnya dia mencintai Taufan. Akhirnya Taufan menerima cinta Tatia.
Tatia menerima panggilan daripada Noni. Noni memintanya pergi ke rumah Nico pada malam itu untuk menggantikannya untuk sementara waktu hingga esok pagi. Katanya dia ada urusan. Tatia meminta pertolongan Taufan membawanya ke rumah Nico.
Episod 58 - 3
Rakan Jimbo: Jimbo, awas berhati-hati. Jimbo: Selamat. Jimbo: Tak ada orang yang jaga. Tiada pengawal di sini.(Jimbo memberitahu rakan-rakannya supaya bersembunyi kerana ada orang yang telah ke mari).
Timo:Pagar dah dikunci. Dah selamat.(berkata seorang diri tanpa mengetahui Jimbo telah masuk ke dalam kawasan rumah Nico).
Jimbo yang telah menceroboh masuk ke kawasan rumah Nico menunggu peluang untuk mencari di mana Noni berada sementara dua orang rakannya menunggu di luar pintu pagar. Apabila keadaan telah selamat mereka berdua juga masuk mencari Noni bersama-sama dengan Jimbo. Vivian menyediakan kamar baru untuk Tatia(Noni) tidur. Noni tahu Vivian berbuat begitu adalah demi keselamatan Tatia(Noni).
Episod 58 - 4
Rafli curiga apa yang telah diceritakan oleh Adel kepadanya hingga menyebabkannya pengsan. Tetapi Luci tetap enggan berterus-terang memberitahu Rafli sebabnya.
Episod 58 - 5 (penghujung episod 58)
Bayu mengambil tali bersamanya dan meminta Rona dan Adel untuk pergi menangkap Tatia(Noni) di kamarnya. Adel berkata dia ingin berada di luar pintu menunggu mereka sahaja sementara Bayu dan Rona teruskan rancangan mereka.
Bayu: Saya mesti melakukan apa cara sekalipun untuk membunuh budak itu. Bayu: Ah... nanti awak pegang dia, sewaktu saya masukkan racun ini ke dalam mulut dia. Setelah dia mati, kita terus lari. Rona: Abang yakin, budak itu akan mati? Bayu: Awak tak percaya saya boleh bunuh dia? Rona: Saya percaya, saya hanya bergurau saja, bang.
Bayu dan Rona cuba mencari Tatia(Noni) di kamar barunya dan juga di kamar lamanya. Mereka tidak menjumpai Tatia(Noni). Apabila mereka kembali ke kamar mereka, mereka terkejut melihat Tatia(Noni) sedang menunggu mereka. Tatia(Noni)telah tahu rancangan mereka terlebih dahulu.
Noni: Maafkan saya Enick Bayu dan Puan Rona. Kamu berdua tidak menemui saya di kamar saya. Tapi saya sendiri datang ke sini tunggu kamu berdua.
Untuk mengetahui adakah Tatia sempat menggantikan tempat Noni dan kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 59 pada hari Selasa, 8 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30petang.
Episod 58 kisah sinetron Anakku Bukan Anakku berakhir di sini.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008
Sekian daripada sapphire blu untuk semua.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)