Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB
Penghargaan:
Januari 2012 :
Sinetron Paling Berkilau
Judul : Aliya
Episode : Global
Pemain :
Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus
Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan,
Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege
Elisa
Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)
Sinetron Aliya mulai Episode 1 - Malay subtitle/sarikata Bahasa Malaysia
Sila klik di sini untuk mengikuti video klip dan sinopsis sinetron Aliya mulai Episode 1 - 3 (26 November 2012)
Sambungan sinopsis sinetron Aliya Episode 5
Laila tanyan Shinta kenapa dia tidak mengizinkannya membicara soal anaknya.
Shinta: Karna aku nggak mau suamiku tau yang aku punya ibu yang jahat. Seorang nenek yang kejam buang cucunya sendiri darah dagingnya sendiri.
Operasi Mutia berjalan lancar. Gisha memberitahu ibunya dia sudah mendapat pekerjaan di hotel Perdana
Mulia.
Ibunya terkejut mendapat tahu tentangnya hingga menyebabkannya
hampir tercekik sewaktu makan. Ibunya tanya bagaimana dia mendapat
pekerjaan tersebut. Menurut Gisha dia memohon pekerjaan itu setelah dia
melihat ada jawatan kosong di akhbar. Gisha tanya kenapa ibunya
sebenarnya ada apa. Namun ibunya cuba merahsiakan daripada Gisha
Di kamar, suara hati ibu Gisah tanya apakah keluarga Hendri masih memiliki hotel tersebut.
Laila tidak dapat melelapkan matanya memikirkan tentang kata anaknya.
Shinta: Untuk kedua kalinya aku kehilangan anak, ibu nggak tau? Ibu punya perasaan tak? Kalaulah ibu beritahu saya semalam. Ibu tak berhak membohongi saya.
Laila terus terkenang Shinta memberitahunya dia tidak mahu suaminya mengetahui yang Shinta mempunyai seorang ibu yang jahat dan seorang nenek yang kejam yang telah membuang cucunya sendirii, darah dagingnya sendiri.
Mutia selamat dioperasi dengan berkat Aliya mengadaikan cincinnya untuk biaya pembayaran operasi tersebut namun Mutia tidak menghargai apa yang Aliya lakukan katanya kenapa dia tidak melakukannya terlebih awal hingga menunggu hingga waktu kritikal. Sambung Mutia lagi, usianya panjang. Macam mana kalau dia meninggal. Hati Aliya begitu pedih mendengar kata-kata Mutia tetapi dia tetap menahan kesedihannya dan mengaku yang dia lambat bertindak. Aliya lalu meminta maaf pada Mutia tetapi Mutia tidak mengendahnya. Dengan suara gementar kerana kesedihan dia minta diri untuk pergi kerja.
Setelah Aliya pergi, eyang tanya Mutia kenapa dia harus bercakap begitu mengenai Aliya. Kata Mutia dia sendiri juga tidak tahu kenapa. Setiap kali dia melihat Aliya dia akan teringat tentang perselingkuhannya Mas Anjar terus. Mutia akan terus naik marah apabila dia melihat Aliya.
Susi, pembantu mereka memberitahu Shinta bahawa dari subuh nenek tiada di kamarnya. Katanya kan biasanya dia yang bangunkan nenek.
Shinta mencari ibunya di mana-mana akhirnya dia menemui sepucuk surat daripada ibunya. Laila minta maaf pada anaknya dan katanya dia bersalah bukan pada Shinta saja malah pada cucunya juga. "Sekarang ibu mendapat hukuman atas kesalahan ibu dan ibu akan berusaha memperbaikinya, Shinta. Ibu akan berusaha mencari cucu ibu...."
Shinta terus mencari ibunya di sekitar rumah lalu ditanya Shinta pada satpam apakah dia ternampak ibunya. Tetapi satpam tidak melihatnya lalu Shinta minta satpam mengambil kunci mobil. Shinta panasaran ke mana ibunya telah pergi.
Kebetulan Anjar ingin menemui Pak Wisnu tetapi Shinta tidak nampak Anjar sewaktu dia keluar. Anjar memberitahu satpam yang dia ada temujanji dengan Pak Wisnu. Wisnu ingin memperkenalkan Anjar pada isterinyaagar dia kenal juga dengan Anjar.
Wisnu memanggil Susi tetapi Susi memberitahu Wisnu yang Shinta sudah keluar. Wisnu hairan ke mana isterinya pergi pagi-pagi begini. Susi menjelaskan pada Wisnu yang Shinta sudah keluar mencari nenek yang tiba-tiba pergi dari rumah setelah mereka bertengkar kemarin. Namun Susi tidak tahu sebabnya.
Shinta yang sedang memandu ternampak ibunya tetapi sayangnya Shinta tidak berjaya menahan ibunya. Aliya ternampak Shinta hampir ditabarak motor. Namun Aliya sempat menyelamatkan Shinta dari ditabrak. Shinta menatap wajah Aliya.
Kemudian mereka duduk di suatu tempat dan berbual sebentar. Shinta minta maaf pada Aliya kerana telah bersikap kasar padanya selama ini. Tetapi Aliya tidak pernah menyalahkan Shinta kerana dia telah lama memaafkannya. Kemudian Aliya teringat yang dia harus pergi bekerja kerana takut terlambat nanti.
Shinta memegang tangan Aliya dan dia mempelawa untuk menghantar Aliya. Pada mulanya Aliya menolak kerana katanya dia boleh naik angkot saja tetapi menurut Shinta tadi Aliya telah membantunya dan sekarang gilirannya pulan menolong Aliya. Dalam perjalanan Aliya teringat tentang Gilang yang telah memberitahu Aliya ibunya seorang yang baik. Aliya setuju dengan pendapat Gilang. Shinta dapat merasakan hatinya hangat banget saat bersama Aliya.
Gisha menunjukkan hotel tempat dia akan bekerja. Katanya mudah-mudahan dia akan betah bekerja di situ. Aliya mengucapkan terima kasih pada Shinta yang telah menghantarnya.
Shinta tanya pada Aliya sejak bila dia mula bekerja di situ. Menurut Shinta tidak lama yang mengajaknya bekerja di situ adalah Faris. Tiba-tiba Shinta berasa tidak sedap hati mendengar nama Faris disebut. Shinta memuji kebaikan hati Faris. Shinta menghalag Aliya dari terus bercakap tentang Faris. Aliya ingin tahu kenapa. Kata Shinta pada Aliya Faris yang telah menyebabkan kemalangan Gilang dan dia telah membunuh Gilang. Shinta tidak mahu nama Faris disebut-sebut lagi di depannya kerana dia tidak suka.
Aliya tanya Pram, ayah Faris apakah Faris yang menyebabkan Gilang meninggal. Aliya melawat Faris di rumah sakit. Aliya melawat Faris dan dia memberitahu Faris dia suah mengetahui semuanya. Sebenarnya itu semua salah Pak Pram dan bukannya Faris. Faris harap Aliya tidak membenci bapanya namun Aliya yakin bapanya tidak sengaja melakukannya.
Laila yang sudah meninggalkan Shinta dari rumah bertemu dengan seorang yang mirip dengan suster lalu dia cuba memanggil suster itu tetapi kerana berasa pening dia terjatuh namun dia dia ditolong oleh suster tersebut. Laila tanya suster tentang cucunya. Suster tersebut memberitahu bayi itu diadopsi oleh seorang wanita kaya. tetapi dia tidak tahu siapa mereka.
Marina dan ibunya mencari Dana di kediamannya. Namun mereka dihalau. Papa Dana pulang dan tanya apa yang telah berlaku. Winda memperkenalkan dirinya dan dia memberitahu yang Dana sudah menyebabkan Marina hamil. Tetapi Dana menafikannya. Mereka berbahas tentang hal itu.
Papa Dana sarankan mereka buat test DNA sahaja dan kalau terbukti hasilnya negatif mereka diminta jangan mengganggu keluarganya lagi namun sekiranya positif dia akan menyuruh Dana bertanggung jawab.
Dana tanya kenapa tidak dibayar sahaja kepada Marina dan tidak perlu melakukan sebarang test DNA tetapi papanya tanya apakah Dana risaukan yang Marina telah mengandungkan anaknya.
Aliya tertanya-tanya pada dirinya di mana papanya berada kerana dia tahu ibunya merindui papanya. Anjar menjadi supir di keluarga Wisnu.
Aliya pergi menemui Shinta. Dia minta maaf kalau dia menganggu. Aliya ingin sampaikan hal penting pada Shinta. Aliya minta Shinta mencabut tuntutannya itu namun Shinta enggan tetapi tiba-tiba Wisnu meninggikan suaranya terhadap Aliya.
Wisnu meghalau Aliya. Shinta ternampak tanda lahir di bahu Aliya dan dia berasa sedikit curiga mengenai hal itu. Sewaktu Aliya keluar, Shinta terus terbayangkan tanda lahir di bahu Aliya.
Shinta asyik memikirkan tentang gadis yang memakai kalung itu yang dibilang ibunya kemungkinan anaknya dan suatu sudut yang lain dia memikirkan tentang Aliya.
Polisi memberitahu Faris yang dia rasa ada yang tidak kena dengan keterangan yang diberikan Faris kemarin iaitu mengenai waktu kejadian kemalangan Gilang lalu polisi itu tanya Faris bukankah waktu kejadian dia sedang bekerja. Namun Faris membohongi polisi itu yang dia keluar tanpa memberitahu pegawai lain.. Setelah polisi mendengar penjelasan Faris dia memberi amaran pada Faris sekiranya dia didapati melindungi seseorang mereka akan disabit kesalahan dan sama-sama ditahan.Dalam hati Faris dia memebritahu dirinya dia harus berhati-hati jangan sampai bapanya ditahan juga.
Winda tanya Marina apakah Zaki ayah daripada bayi yang dikandungnya. Marina tanya mamanya kenapa dia harus mempercayai Zaki sedangkan dia tidak pernah mendekatinya. Winda beri amaran pada Marina jangan sampai dia memalukan mamanya. Marina minta mamanya percayakan yang anak yang dikandungnya itu adalah anak Dana. Akhirnaya Winda percaya pada Marina kerana dia juga tidak rela kalau Zaki adalah bapa kepada anak itu.
Aliya menziarahi Faris di penjara dan meminta maaf pada Faris kerana dia tidak dapat yakinkan Tante Shinta untuk cabutkan tuntutan ke atas Faris. Faris tetap mengucapkan terima kasih pada Aliya yang mempunyai niat baik untuk menolongnya, itu sudah membuat Faris senang. Apa yang Faris perlukan adalah meminta Aliya doakan yang semua masalah itu akan selesai dengan cepat.
Pram tiba-tiba muncul dan berkata setelah semalaman berfikir dia mahu mengaku sahaja. Tetapi Faris tidak membenarkan bapanya mengaku.
Aliya terfikir seandainya Om Wisnu mahu cabut tuntutannya.Rakan setugas Aliya memberitahu Aliya yang ada tamu yang ingin mencarinya. Yang ingin menemui Aliya sebenarnya Shinta. Aliya terus minta maaf pada Shinta kerana telah memaksanya. Tetapi kata Shinta dia datang ke situ justeru dia yang ingin meminta maaf pada Aliya kerana selama ini dia menyedari yang dia kasar terus sama Aliya. Tetapi menurut Aliya pula dia yang harus minta maaf dan tante tidak perlu minta maaf.
Shinta: Ya udah, daripada kita bertengakar mencari siapa yang salah siapa yang betul lebih baik kita berbaik saja.
Shinta mahu belanja Shinta makan memandangkan mereka sekarang sudah berbaik dan berkawan semula. Namun Aliya terpaksa minta maaf pada Shinta kerana terpaksa menolak perlawaannya untuk makan bersama. Shinta ingin tahu kenapa. Jawab Aliya habis bekerja nanti dia terpaksa ganti eyangnya menjaga amanya. Shinta tanya apakah mama Aliya sakit? Kata Aliya papa dan mamanya bertengkar lalu papanya tinggalkan rumah tidak tahu ke mana papanya pergi.
Shinta tanya Aliya apakah dia boleh menjenguk mamanya. Aliya memberitahu Shinta sudah tentu dia boleh menjenguk mamanya dan mamanya pasti akan berasa senang kalau Shinta melawatnya nanti. Aliya menunjukkan kamar mamanya pada Shinta.
Aliya membuka pintu kamar mamanya dan eyang muncul. Aliya memperkenalkan mama Gilang, pada eyangnya. Shinta terkejut melihat eyang Aliya. Shinta mendapat tahu yang eyang Aliya adalah ibu mertua pada Anjar mantan suaminya, Anjar. Shinta tanya pada Aliya jadi itu eyangnya. Aliya mengiakan soalan Shinta. Kemudian eyang Aliya pula sambung jawapannya yang Aliya adalah cucunya, anak Anjar dan Mutia. Aliya panasaran apa yang sedang berlaku antara eyang dan Tante Shinta. Apakah mereka saling berkenalan?
Bersambung dalam Episode 6 pada 29 November 2012, Khamis pada waktu yang sama. Sekian sinopsis buat kali ini. Bertemu lagi dalam sinopsis episode seterusnya.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Sinetron Aliya Episode 5
Sinetron Aliya Episode 5 Part 1
Sinetron Aliya Episode 5 Part 2
Sinetron Aliya Episode 5 Part 3
Sinetron Aliya Episode 5 Part 4-4
sumber sinopsis mulai Episode 1
(Special thanks and credits to/Terima kasih dan kredit diberikan kepada: dinna:
http://niazuramaria.blogspot.com/
http://pangeran229.wordpress.com/ dan lain-lain
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)