Thursday, June 26, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-17 PADA 26 JUN 2008 DI TV 3, JAM 2.30 PETANG. ADAKAH RAFLI AKAN MENURUT KEHENDAK TATIA?





Dibintangi oleh:


Roger Danuarta - Rafli


Nabila Syakieb - Tatia


Raya Kohandi - Adel

Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
HIM Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku - episod ke-17 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku - episod ke-17 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku - episod ke-17 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku - episod ke-17 bahagian ke-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku - episod ke-17 bahagian ke-5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel atas sumber video klip episod 17 sinetron Anakku Bukan Anakku)

Episod ke-17 bermula dengan: Tatia bertemu dengan Rafli dan memberitahu hasratnya untuk menyuruh Rafli menarik diri daripada pertandingan. Pada mulanya, Rafli sungguh terkejut dan enggan berbuat demikian. Namun, perasaan kasih sayangnya terhadap Tatia menyebabkan dia berlembut hati lalu menurut kehendak Tatia. Bapa Rafli, Ian, berasa sungguh kecewa kerana tidak mampu menolong anaknya lalu dia menelefon pengetua sekolah yang juga merupakan rakan karibnya untuk memikirkan jalan yang terbaik supaya Rafli boleh pergi ke gunung.

Akhirnya, pengetua bersetuju untuk menolong Ian dengan cara yang bijak. Beliau telah pergi ke pejabat Nico untuk menjelaskan bahawa ekspedisi ke gunung merupakan 20% daripada markah peperiksaan untuk membolahkan Rafli naik ke tingkatan lain tahun berikutnya dan oleh itu, Rafi wajib menyertainya. lantas, Nico telah bertemu dengan Rafli lalu menyuruhnya supaya menyertai ekspedisi ke gunung dan tidak perlu memikirkan tentang Adel kerana dia akan menjelaskan perkara tersebut kepada anaknya. Alangkah gembiranya Rafli setelah mendengar berita tersebut.

Bagaimanakah perhubungan antara Tatia dan Rafli setelah mereka telah tiba di puncak nanti?

Online Visitors

Thank you for dropping by