Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB
Penghargaan:
Januari 2012 :
Sinetron Paling Berkilau
Judul : Aliya
Episode : Global
Pemain :
Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus
Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan,
Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege
Elisa
Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)
Sinetron Aliya mulai Episode 1 - Malay subtitle/sarikata Bahasa Malaysia
Sila klik di sini untuk mengikuti video klip sinetron Aliya mulai Episode 1 - 56 ( 21 November 2012 - 26 Februari 2013)
Sinopsis ringkas Aliya Episode 82 pada 11 April 2013
Bermula
dengan lagu tema pembukaan Aliya seperti biasa hari ini, kisah Aliya
menceritakan tentang Zaki dan Pram pergi ke mantera dukun untuk mencari
jodoh. Kata dukun itu apakah Zaki akan mendapat jodoh atau tidak
semuanya bergantung pada Pram.Kata dukun itu lagi, Pram adalah kunci
suksesnya. Zaki memandang ke arah Pram lalu memberitahu Zaki bukankah
dukun yang cakap begitu. Malah dukun yang lama juga cakap begitu. Jadi
sama ada Zaki akan mendapat jodoh semuanya bergantung pada Pram. ram
beritahu Zaki bahawa itu dikatakan musyrik namanya. Pram tanya Zaki
sebelum itu dukun itu tahu nama Pram dari mana. Jelas Zaki dia mendapat
nama Pram melalui sms tadi.
Pram
keluar meninggalkan tempat itu. Zaki mengikut Pram. Pram tanya apa yang
Zaki mahu lagi. Apakah Zaki mahu petunjuk lagi dan dia masih belum
insaf. Zaki cuba merayu pada Pram untuk menolongnya sekali lagi. Sambung
Pram itu merupakan satu pelajaran bagi Zaki bagaimana untuk mendapat
jodoh. Zaki ingin mencatatnya terlebih dahulu agar tiada kesilapan
nanti.
Menurut Pram: Pertama, Zaki tak perlu guna dukun.
Kedua,
Zaki tak perlu guna sebarang mantera kerana seorang gadis perlukan
seorang lelaki yang berwibawa. Pram juga menasihati Zaki bahawa dia
harus jadi kaya untuk menjadi lelaki berwibawa.
Pram
terus memberitahu Zaki bagaimana untuk menjadi orang kaya. Zaki tanya
Pram apakah setelah dia jadi kaya dia akan mendapat jodoh. Jawab Pram
bukan saja seorang gadis malah dia boleh mendapat beberapa orang gadis.
Pram terus memberi keyakinan pada Zaki bahawa jangan katakan satu
Marina, tetapi lima Marina langsung kalo Zaki kaya. Sebelum Pram beredar
dari situ, dia minta Zaki jangan menemuinya lagi lalu dia menasihati
Zaki terus laksanakan. Zaki mengucap terima kasih atas cadangan Pram
itu. Zaki berkata pada dirinya kalau dia ingin mendapat jodoh bererti
dia harus jadi kaya.
Babak seterusnya: Pintu
rumah Wisnu diketuk seseorang. Wisnu fikirkan pasti Shinta sudah pulang
lalu dia dan Gisha pergi ke depan pintu dan membukanya. Sandra mulai
berasa bimbang sekiranya itu Shinta, pasti dia akan memberitahu Wisnu
apa yang telah dilakukan Sandra terhadapnya.Namun Wisnu silap. Kedua
orang polis tanya pada Wisnu apakah benar itu rumahnya Shinta. Polis
tersebut memberitahu Wisnu bahawa beberapa jam yang lalu dua pemancing
ikan telah menemui jenazah seorang wanita di sungai. Menurut perkiraan
polis itu, jenazah tersebut sudah diserang oleh buaya. Disebabkan
kondisinya sudah hancur, susah untuk dikenali.
Wisnu
tanya kenapa mereka ke situ. Tanya Wisnu pada mereka apakah mereka mahu
memberitahunya bahawa itu adalah jenazah isterinya. Wisnu tidak percaya
isterinya dimakan buaya, pasti ada kesalahan. Polis itu memberi bahan
bukti pada Wisnu. Bagaimanakah reaksi Wisnu, Gisha dan Sandra? Apakah
Shinta benar-benar sudah meninggal atau diselamatkan oleh seseorang?
Terus ikuti kisah Aliya dalam babak-babak seterusnya.
Sinetron Aliya Episode 82 pada 11 April 2013
Sinetron Aliya Episode 82 Part 1
Sinetron Aliya Episode 82 Part 2
Sinetron Aliya Episode 82 Part 3-3
Sinopsis ringkas Aliya Episode 83
Aliya
menangis kesedihan di pusara mamanya, Shinta lalu dia memberitahunya
bahawa dia adalah anak Shinta yang selama ini dicarinya. Aliya sedih
kenapa dia tidak boleh memanggil nama mamanya. Gisha tanya kenapa dia
berada di pusara mamanya. Gisha dengan perasaan marah tanya Aliya kenapa
dia memanggil mamanya dengan sebutan mama. Gisha tanya apakah Aliya
berharap dapat warisan mamanya. Gisha menolak Aliya dan mengusirnya
pergi dari situ. Kata Aliya dia belum taburkan bunga lagi di pusara
Tante Shinta namun Gisha tidak peduli dan terus mengusir Aliya.
Semua
harta Hendri disita. Ibu Puspa terkejut mendengar berita itu dan tanya
bagaimana ia boleh terjadi. Hendri memberitahu Ibu Puspa itu semua
gara-gara Dana yang tidak membayar cukai selama lima tahun untuk hotel
mereka. Ibu Puspa tidak mahu hidup dalam kemiskinan. Ibu Puspa
menjerit-jerit memarahi Dana. Ibu Puspa minta anakanya, Hendri
pertahankan hartanya tetapi menurut Hendri semuanya sudah terlambat.
Kata Ibu Puspa lagi suami Shinta seorang yang kaya dan dia boleh
meminjam wang daripada mereka. Hendri menjelaskan itu semua tidak
mungkin kerana Shinta baru saja meninggal. Hendri tidak sanggup minta
bantuan Wisnu detik itu memandangkan keluarga Wisnu mengalami masalah
yang lebih besar.
Babak yang lain menceritakan Aliya
terkenang semula tentang Gisha yang telah mengusirnya sebentar tadi.
Aliya berhasrat untuk pergi ke tempat Shinta ditimpa kemalangan. Galang
ternampak Aliya naik angkot dan dia mengikut ke mana Aliya pergi.
Faris
pergi menemui Aliya. namun jawab Zaki kebetulan Aliya sudah keluar.
Zaki minta Faris telefon Aliya saja untuk mengetahui di mana dia pergi.
Faris menelefon Aliya. Aliya menejelaskan pada Faris bahawa dia ke makam
Shinta tadi dan dia tidak dapat pergi fisioterapi. Sambung Aliya lagi
dia mahu pergi ke tempat Tante Shinta ditemui. Faris risau tentang
keadaan Aliya dan dia ingin mengusul Aliya.
Aliya
terpaksa tabur bunga di sungai tempat Shinta ditemui. Galang tiba dan
memeluk Aliya dari belakang. Kata Galang, Tante Shinta pasti senang
Aliya masih ingatkannya. Aliya teringat tentang kata-kata Diya tentang
hubungannya dengan Galang. Tiba-tiba Aliya menolak Galang kerana dia
tidak mahu menjadi beban pada Galang. Aliya minta Aliya tinggalkannya.
Namun Galang enggan. kata Galang selama ini dia sudah bersabar dan
sekarang dia tidak mahu menjauhi dari Aliya lagi. Galang tetap berdegil
tidak mahu pergi dan dengan tidak sengaja dia menolak Galang ke sungai.
Aliya menangis kebimbangan. Galang memanggil nama Aliya dan dia membantu
Galang naik atas semula. Tanpa tidak disedari Aliya dapat berdiri tanpa
sebarang bantuan dan Aliya boleh berjalan semula. Tema Aliya
berkumandang dengan rasa kegembiraan Aliya dan Galang. Aliya memeluk
Galang dengan perasaan senang. Kata Galang Aliya sembuh kerana panik.
Ini bermakna dia mencintai Galang.
Faris memanggil
Aliya. Aliya melepaskan pelukannya. Kata Aliya pada Galang dia boleh
berjalan bukan kerana Galang tetapi keajaiban Allah. Lalu dia pergi ke
arah Faris dan memeluknya. Faris bersyukur kerana Aliya boleh berjalan
semula. Bagaikan hati yang hancur Galang terpaksa pergi dari situ. Aliya
cuma dapat menangis kesedihan mengenangkan nasib mereka. Tanya Faris
sebenarnya Aliya boleh berjalan lagi kerana bantuan Galang kan? Ini
menunjukkan cinta Galang yang begitu besar pada Aliya. Kata Faris lagi
cinta tidak boleh dipaksa dan dia tidak dapat melakukan apa-apa. Faris
menansihati Aliya agar tidak bersedih keana adanya dia. Kata Faris dia
akan selalu ada buat Aliya. Bila saja. Faris tidak kisah pukul berapa
Aliya menelefonnya, yang pasti Faris akan sentiada ada buat Aliya. Bila
Aliya perlukan Faris dia akan datang kalau mungkin. Hati Faris selalu
siap untuk mendengar keluh kesah Aliya. Aliya mengucapkan terima kasih
pada Faris dan dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kebaikan Faris.
Sambung Faris lagi dia melakukan semua itu demi kebahagiaan Aliya.
Shinta
memandang dari jauh Sandra cuba menyarungkan cincin pernikahan ke
jarinya. Sandra memuji kecantikan cincin tersebut lalu memeluk suaminya,
Wisnu. Shinta sedih lalu pergi dari situ. Namun dia tidak melihat Wisnu
mengelak daripada pelukan Sandra. Wisnu suruh Sandra menjaga sikapnya.
Shinta masih terkenangkan kejadian sebentar tadi dan dia menuju ke
makamnya. Kata Shinta pada dirinya. Mereka menguburkannya di situ.
Shinta pengsan di pusara itu.
Terus ikuti kisah Aliya dalam babak-babak seterusnya.
Sinetron Aliya Episode 83 pada 15 April 2013
Sinetron Aliya Episode 83 Part 1
Sinetron Aliya Episode 83 Part 2
Sinetron Aliya Episode 83 Part 3
Sinetron Aliya Episode 83 Part 4-4
Sinopsis ringkas Aliya Episode 84
Kisah
hari ini bersambung menceritakan tentang Dita tanya di mana Tante
Sandra. Marina beritahu Dita bahawa Tante Sandra sudah keluar. Marina
tanya Dita kenapa dia tidak mahu menyerah saja. Kata Marina dia bertuah
pada waktu itu kerana Om Wisnu telah berinya 5 percent daripada
hartanya. Kata Marina Om Wisnu tidak akan melepaskan Marina begitu saja
dengan adanya cucu Om Wisnu dalam kandungannya. Kata Marina Tante Sandra
dan Om Wisnu percaya bahawa anak yang dikandungnya adalah anaknya
Gilang. Dita dapat rasakan Marina amat menjengkelkan. Dita tidak tahu
apa yang harus dilakukan. Dita mahu menghalang Marina daripada merebut
Galang daripadanya.
Marina kemalangan. Marina pengsang
dan terbaring di tepi jalan. Kebetulan Aliya berada di tempat kejadian
dan dia membawa Marina ke rumah sakit. Marina mengalami pendarahan.
Sandra yakin Aliya yang menyebabkan Marina pendarahan lalu menamparnya.
Galang tanya bagaimana mamanya tahu Aliya perlakunya. Apakah dia berada
di tempat kejadian pada waktu itu. Sandra menuduh Aliya perlakunya.
Doktor memberitahu Sandra bahawa Marina berada dalam keadaan kritikal
dan mereka harus segera mengeluarkan bayinya. Wisnu memarahi Aliya dan
Wisnu mengusir Aliya dari rumah sakit. Aliya tetap bersabar walaupun
dimarahi Wisnu. Dia minta diri untuk pergi dari situ. Dita lega kerana
tiada orang yang mencurigainya.
Marina masih belum
sedarkan diri setelah dioperasi. Bayinya selamat dilahirkan melalui
pembedahan namun bayinya terlalu kecil dan harus dijaga dengan baik.
Dita geram mendengar berita tersebut.
Shinta
diselamatkan oleh seorang jejaka tetapi dia berasa sukar untuk
mempercayai sesiapapun setelah apa yang telah dilakukan Sandra
terhadapnya.
Dana pergi menemui Marina tetapi dia
diberitahu oleh pembantu rumah bahawa Marina ke rumah sakit. Marina
sedar semula dan dia memberi nama anaknya Putra Gilang Utama. Marina
minta Wisnu selalu sering menjenguk anaknya kerana kedua orang neneknya
sudah meninggal. Dana pergi menemui Marina dan meminta wang sebanyak
wang Rp.1 billion.
Anjar pergi ke makam Shinta tetapi
dia dipukul Wisnu. Laila yang sedang bersama Wisnu ketika itu teringat
tentang Anjar. Anjar ingin memohon maaf daripada Laila tetapi Wisnu
menghalangnya daripada menganggu mertuanya. Wisnu melarang Anjar pergi
ke makam Shinta lagi.
Ibu Puspa tanya di mana Dana
mendapat jumlah wang sebanyak itu untuk mereka tinggal di hotel selama
sebulan. Menurut Dana itu adalah wang simpanannya. Apakah Ibu Puspa akan
percaya dengan kata-kata Dana itu?
Shinta baru saja
bangun dari istirahat. Shinta meminta maaf pada Vano kerana dia telah
mencurigai Vano lalu memukulnya. Namun Vano mengerti perasaan Shinta.
Shinta minta diri mahu pergi dari situ tetapi Vano bimbang dengan
keadaan Shinta yang masih lemah. Shinta menjelaskan pada Vano bahawa dia
mahu ke makam di mana dia pengsan semalam. Vano izinkan Shinta pergi
dengan syarat dia ikut bersama.
Vano: Pokoknya kalo ibu mau ke makam kemarin saya ikut ya, bu? Saya nggak mau ibu kenapa-napa.
Penghujung Episode 84
mengisahkan Wisnu ingin pergi ke makam Shinta. Sandra sampai di
kediaman Wisnu. Kata Sandra dia mahu menemui Wisnu apabila Wisnu tanya
kenapa pagi-pagi begitu dia pergi ke sana. Sandra mahu pergi ke makam
Shinta bersamanya. Sandra menawarkan untuk memandu ke sana sementara
Wisnu boleh rehat.
Dalam hati Sandra dia berkata pada
dirinya dia harus terus mendekati Wisnu dan tidak boleh menyerah begitu
saja. Lama kelamaan Sandra pasti Wisnu juga akan rasa bahawa dia
perlukannya.
Di makam Shinta, Wisnu belum dapat
menerima kepergian Shinta. Malah dia tidak dapat membayangkan untuk
menjalani seumur hidup tanpa Shinta.
Shinta ternampak
Wisnu di makam itu. Dalam hatinya dia berfikir apakah Wisnu masih
memikirkan dirinya. Apakah Wisnu masih ingin Shinta ada di sampingnya?
Sandra minta Wisnu pulang saja memandang hari sudah mendung dan khuatir
akan hujan nanti. Sambung Sandra lagi Shinta tidak akan tenang kalau
Wisnu sedih begitu. Sandra mengajak Wisnu pulang saja.
Tiba-tiba
Wisnu terdengar suara Shinta memanggil namanya. Wisnu memandang ke arah
belakang tetapi pandangannya dihalang oleh Vano yang berada bersama
Shinta. Sandra hairan dengan sikap Wisnu yang memanggil nama Shinta.
Melihat keadaan Shinta yang masih lemah, dia minta agar Shinta pulang
saja bersamanya.
Suara hati Shinta: Secepat itu kamu
melupakan aku, mas? Apakah persamaan kita selama ini benar-benar nggak
ada artinya buat kamu? Secepat itu kamu bisa bersama Sandra lagi?
Vano: Bu, ayo bu..
Shinta fikirkan Wisnu begitu cepat Wisnu melupainya dan sudah bersama Sandra.
Sampai
di rumah, Laila memberitahu Sandra sarapan yang disediakan cuma cukup
untuk tiga orang iaitu Wisnu, Gisha dan dirinya. Laila tidak suka
tentang keberadaan Sandra di rumah Wisnu. Sandra terpaksa pergi dari
situ apabila Laila memberitahunya bahawa dia tidak berhak berada di
rumah itu kalau mereka berdua belum menikah. Sandra mengadu pada Wisnu
mertua Wisnu halaunya. Namun Wisnu tidak mahu Sandra bertengkar dengan
ibu mertuanya dan dia meminta agar Sandra pergi saja.
Wisnu harap Laila jangan salah faham melihat Sandra dekat samanya.
Laila: Sebetulnya,
saya ingin bicara dari kemarin. Saya cuma minta kamu menghormati
Shinta. Makamnya aja belum kering. Tapi kamu juga pergi bersama mantan
istri kamu.
Wisnu: Aku juga nggak mau itu, bu. Aku
dah larang Sandra. Tapi dia terus aja ikutin aku. Sekalipun Shinta udah
meninggal, dia selalu hidup buat aku. Dan nggak ada yang bisa
menggantikan itu.
Laila: Terima kasih, Wisnu. Ibu senang sekali mendengarnya.
Laila
mahu Wisnu menghormati isterinya, Shinta yang baru meninggal. Menurut
Wisnu tiada siapa yang dapat menganti tempat Shinta.
Faris
tanya ke mana Pak Hendri mahu pergi. Kata Pak Hendri dia mahu cari
kerja. Faris tidak faham dengan maksud Pak Hendri. Jawab Pak Hendri apa
saja yang penting halal. Pak Hendri minta diri untuk pergi memohon
pekerjaan. Pak Hendri mendapat kerja sebagai seorang buruh kasar di
sebuah tapak pembinaan.
Faris melihat dari jauh. Dia
tidak sanggup berasa marah pada Pak Hendri yang telah bersikap jahat
terhadap dirinya dan papanya, Pram.
Beberapa
saat sebelum berakhirnya episode 84, Zaki pergi menemui Pram lagi.
Dalam hati Pram, dia tidak tahu kenapa sentiasa Zaki mengikutinya. Zaki
minta pertolongan Pram untuk melariskan jualan produknya itu.
Bersambung...
Sinetron Aliya Episode 84 pada 16 April 2013
Sinetron Aliya Episode 84 Part 1
Sinetron Aliya Episode 84 Part 2
Sinetron Aliya Episode 84 Part 3
Sinetron Aliya Episode 84 Part 4-4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
lynnalynn01 Channel
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)