Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 72 dan 73 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam
**********************************************************************
Tema Pembukaan Baru Sekar
**********************************************************************
Profile/Biodata pelakon(pemain) sinetron Sekar
- Naysila Mirdad sbg Sekar
- Kevin Andrean sbg Rendra
- Asmirandah sbg Karina
- Giovani L.Tobing sbg Andrean
- Ashraf Sinclair sbg Brama
- Rionaldo Stockhorst sbg Rimba
- Fanny Ghassani sbg Talia
- Meriam Bellina sbg Maryam
- Sigit Hardadi sbg Husni
- Ninok Wiryono sbg Risma
- Anwar Fuady sbg Ferdi
- Robby Tumewu sbg Ardi
- Nunu Datau sbg Clara
- Mieke Wijaya sbg Rati
- Winda Viska sbg Lirna
- Yurike Prastika sbg Yurika
- Sisi Syahwardi sbg Tuti
- Kevin Julio sbg Kevin
- Jessica Mila sbg Vivi
- Fuad Zulkarnaen sbg Gigis
- David Hoffman sbg Seno
- Annie Anwar sbg Mirtha
- Cut Syifa sbg Shifa
- Adena Gayatri sbg Winda
Gambar-gambar dari petikan Sekar Episode 72
Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 72 pada 1 Oktober 2009
Seorang jejaka yang bernama Rimba(Rionaldo Stockhorst) menyelamatkan Sekar. Rimba membawa Sekar ke hospital tetapi dia cuma dapat memberi semua wang yang ada untuk wang permukaan walaupun masih belum mencukupi. Karina risau kerana Sekar berjaya terlepas dari penculik yang diupah mereka tetapi ibunya mintanya tenang dan berkata orang yang diupah mereka adalah profesional dan usah khuatir. Risma tanya Sekar siapa yang telah menyelamatkannya tetapi Sekar kata dia tidak sempat berterima kasih kepadanya lagi dan dia berhutang nyawa dengannya. Sekar tidak dapat melihat wajah lelaki yang menolongnya dengan jelas jadi dia tidak mungkin akan tahu siapa dia.
Sekar keluar kota ke Sukabumi kerana ada undangan mengenai kerjasama dengan Biro Jodoh Sukabumi - Sekar ingin pulang ke Jakarta tetapi kereta rosak. Sekar bertembung dengan Rimba sekali lagi tetapi dia tidak mengenalinya. Rimba sedang berlawan dengan beberapa orang. Sekar marah Rimba dan mintanya jangan ambil barangnya sebarangan. Rimba juga menggunakan baju Sekar untuk mengelap darah di hidungnya dan juga berkata Sekar garang seperti gorila.
Rimba mengajak Sekar untuk pergi ke Jakarta bersamanya kerana dia juga akan ke sana. Sekar terkejut kerana dia terpaksa duduk belakang bersama Rimba dalam pick up di belakang bersama kambing-kambing. Sekar tidak mempunyai wang untuk naik kenderaan lainkerana wangnya telah diberikan kepada pemandu kereta syarikat untuk baiki kereta. Oleh itu, dia terpaksa naik pick up itu saja bersama-sama Rimba.
Rimba tahu dan ingat Sekar adalah wanita yang telah dia tolong tempoh hari tetapi dia cuma berdiam diri saja kerana pada waktu itu Sekar masih pengsan dan sudah pasti tidak akan ingat apa-apa tentangnya. Kisah Sekar Episode 72 bersambung...
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 72
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 72 Part 1
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 72 Part 2
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 72 Part 3
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 72 Part 4
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 72 Part 5
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 72 Part 6
**********************************************************************
Sinopsis kisah sambungan kisah sinetron Sekar dalam Episode 73
Rendra sudah sembuh dan sudah bolehberjalan, Sekar terkejut melihatnya. Sekar tanya adakah Rendra telah sihat tetapi Rendra kecewa melihat Sekar yang masih pakai baju tidur berada di rumah Brama. Rendra langsung berfikir macam-macam tentang Sekar dan Brama. Rendra minta Sekar jangan pegang tangannya dan menurutnya lagi di antara mereka berdua sudah tiada apa-apa hubungan. Sekar sedih dan menangis kerana dia tidak dipedulikan oleh Rendra lagi.
Sinopsis sinetron Sekar Episode 73 versi gambar
Yurika mendapat tahu daripada Talia Maryam telah mendapat tawaran bekerja di luar negara. Rendra tanya kenapa Sekar berada di rumah mereka. Ia mengarang cerita bahwa Sekar dan Brama sudah tinggal serumah dan Rendra mempercayai hal tersebut. Kata Yurika, Sekar dan Brama telah duduk bersama dan sekarang Brama tidak berada di negara. Yurika tetap berusaha agar Sekar dan Rendra berpisah. Yurika juga berusaha agar Rendra mendekati dengan Talia.
Sekar rasa dirinya seperti orang bodoh kerana masih cintakan Rendra tetapi Risma terus menasihati Sekar bahawa percintaan harus ada pengorbanannya dan semua yang sudah Sekar lakukan dengan keikhlasan, ketulusan akhirnya tidak akan sia-sia. Yurika langsung menelefon Sekar untuk menjemput Syifa yang telah ditemui oleh anak buah Brama. Akhirnya Sekar dan Rimba bertemu kembali dan mereka bertengkar kerana Sekar sangka Syifa diculik oleh Rimba. Syifa menghentikan perkelahian antara Sekar dan Rimba lalu mengajak Sekar pulang. Sekar ingin berkenalan dengan Rimba tetapi tidak diendahkan Rimba. Sekar berpendapat Rimba pelik orangnya. Rimba terkejut mendengar nama Sekar, dia teringkat sesuatu pada waktu dia kecil di Kalimantan.
Talia tanya apa yang ada dalam fikiran Rendra dan Rendra memberitahu Talia bahawa walau macam mana sekalipun dia cuba lupakan Sekar, dia tidak tidak dapat berbuat demikian. Yurika mengajak Rendra tinggal di rumahnya dan dia bersetuju. Rendra tertanya-tanya adakah semua itu adalah salah faham sahaja dan Sekar masih cintakannya. Talia minta Rendra usah fikirkan semua itu dan semuanya sudah terbukti bahawa Sekar dan Brama sudah bersama. Rendra minta Talia menolongnya agar dia tidak terlalu memikirkan Sekar. Suara hati Talia mengatakan dia terlalu cintakan Rendra dan tidak boleh melepaskannya.
Rimba teringat zaman silamnya sewaktu kecil di Kalimantan. Rimba tertanya pada dirinya adakah Sekar masih ingatkannya kerana dia tidak pernah lupakan Sekar. Rimba berusaha mencari dengan mendatangi Sekar di tempat kerja. Rimba cuba memberitahu Sekar tentang waktu silam mereka tetapi Sekar sedikitpun tidak mengingat Rimba, malah dia tertawakannya. Rimba kecewa dan meninggalkan Sekar begitu saja.
Talia dan Rendra tiba di tempat Biro Jodoh Sekar. Di pejabat, Syifa berkata papanya sangat sesuai untuk Sekar seperti Romeo dan Juliet. Rendra ternampak Sekar dan Syifa di situ. Syifa marahkan Rendra kerana sikap angkuh di situ hanya kerana dia telah sembuh dan kata Syifa lagi Rendra sembuh kerana dibantu oleh neneknya, Yurika. Sekar minta mereka usah bertemu lagi dan Rendra kesal kerana telah ke tempat Sekar bekerja. Rendra tidak dapat membayangkan bahawa Brama sudah bersama Sekar. Rendra menyesal kerana bersikap kasar dengannya sebentar tadi. Sebenarnya dia amat rindukan Sekar dan cuma mahu menjenguknya sahaja. Sekar sedih hubungannya dengan Rendra jadi sedemikian. Kisahnya bersambung...
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 73 Part 1
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 73 Part 2
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 73 Part 3
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 73 Part 4
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 73 Part 5
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 73 Part 6
Sinopsis sinetron Sekar Episode 73 versi gambar. Di penghujung kisah ini menceritakan Yurika meminta Rendra melamar Talia untuk membalas budi Talia. Sewaktu Rendra ingin melamar Talia, Sekar bertembung dengan Rendra dan ini menyebabkan yang mengandungi cincin lamaran jatuh ke lantai. Apakah reaksi Sekar apabila dia ternampak kotak cincin tersebut terlepas dari tangan Rendra? Babak yang mencemaskan ini akan bersambung dalam Episode 74 pada 5 Oktober 2009.
**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)