Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - (Ayah Dennis)
Triningtyas - (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sinopsis Global Separuh Aku
ADARA (Asmirandah)adalah putri adalah putri seorang makelar/pemasuk ikan yang bernama SUDIRO (Adipura) dan MARNI (Vira Yuniar).
Sudiro adalah orang yang sangat pelit dan perhitungan. Ia bahkan
menghitung biaya hidup yang ia keluarkan untuk membesarkan Adara. Oleh
karenanya, ia memaksa Adara untuk menikah dengan DENNIS (Miller Khan),
anak pengusaha kaya di kampung itu, yang sedikit tuli tetapi berwajah
tampan. Sudiro berharap mahar dari keluarga Dennis bisa menutupi
pengeluarannya selama ini.
Adara yang tumbuh besar di perkampungan nelayan dan berjiwa bebas tidak
begitu saja menerima perintah ayahnya. Di saat Dennis dan keluarganya
datang melamar, Adara yang berjiwa petualang besar dan banyak akal pun
kabur dari rumah dengan meminta pertolongan REZA (Kevin Andrean), sahabatnya. Reza yang tidak tegaan akhirnya menemani Adara kabur ke Jakarta, walaupun pacarnya, NANING (Putri Anne) tidak setuju akan sikap Reza.
Di Jakarta Adara dan Reza luntang lantung tidak ada tujuan. Mereka
terlalu kagum akan keindahan kota Jakarta dan bertingkah norak. Saat
sedang mengagumi kolam Bundaran HI, mereka bertemu dengan MAYA (Michella Putri) yang baru saja bertengkar dengan ayahnya, PAK SANDY (Ari Wibowo).
Adara dan Maya terlibat perselisihan. Adara tidak menyadari bahwa Pak
Sandy adalah ayah kandungnya yang tidak pernah ia kenal selama ini.
Merasa Jakarta bukanlah tempatnya, Adara dan Reza pun berencana kabur pindah kota. Di stasiun ia bertemu dengan RAMA (Rezky Aditya), laki-laki easy going
yang terpaksa mengurus ketiga keponakannya yang masih kecil-kecil, ANDI
(Suheil), ADIT (Malaki) dan ANDIEN (Shelsi Valencia), karena ditinggal
oleh kedua orangtuanya, yang tak lain adalah kakak Rama. Adara meminta
bantuan Rama untuk membelikannya tiket karena antrian yang panjang.
Saking girangnya mendapatkan tiket, Adara sampai lupa membayar tiket
tersebut ke Rama. Rama merasa dijebak. Adara yang tiba-tiba sadar akan
kelalaiannya mulai mencari Rama.
Adara kemudian dipertemukan kembali dengan Rama. Karena tanpa sengaja
Adara menolong ketiga keponakan Rama yang karena kenakalan mereka sempat
Rama hukum di rumah. Rama sebenarnya tidak tega, tetapi ia benar-benar
tidak tahu bagaimana cara mengatur mereka. Ternyata Adit, Andi dan
Andien justru sangat nurut dengan Adara. Mereka bahkan menginginkan
Adara menikah dengan Rama. Adara yang mulai menikmati perannya mengurus
keponakan Rama ini pun gundah.
Bagaimanakah kelanjutan kisah Adara ?..
Apakah Sudiro dan Dennis diam begitu saja atas kaburnya Adara ?
Sinopsis Separuh Aku Episode 1
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 1
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 2
Sinopsis Separuh Aku Episode 3
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 3
Sinopsis Separuh Aku Episode 4
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Separuh Aku Episode 4
Sinopsis Separuh Aku Episode 5
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 5
Sinopsis Separuh Aku Episode 6
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Separuh Aku Episode 6
Sinopsis Separuh Aku Episode 7
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Separuh Aku Episode 7
Sinopsis Separuh Aku Episode 8
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 8
Sinopsis Separuh Aku Episode 9
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis ringkas Separuh Aku Episode 9
Sinopsis Separuh Aku Episode 10
Episode 10 mulai menceritakan Adara ingin menyiapkan makanan buat mereka. Sewaktu Adara mengambil bekal makanan daripada Rama Maya ternampak tangan Adara tersentuh tangan Rama. Mereka berdua memberi senyuman antara mereka. Maya cemburu. Maya hairan kenapa mereka bisa berkumpul lagi.
Adit enggan makan. Rana cuba memujuk Adit makan agar dia cepat sembuh tetapi Adit tetap tidak mahu. Adara beritahu Adit apakah dia tahu makanan itu adalah makanan yang paling seru. Andien pula tanya Adara seru gimana. Kemudian Adara terangkan pada Adit dan Andien iaitu makanan sebegitu adalah makanan yang paling sihat dan berkhasiat. Setiap orang yang disuap makanan itu akan meniru suara binatang. Andien terpegun mendengar kata-kata Adara. Akhirnya Adit mahu disuapkan oleh Adara. Rama tersenyum cara yang berkesan Adara memujuk Adit untuk makan.
Maya ternampak Dennis masuk dan dia berkata pada dirinya siapakah Dennis. Suara hati Dennis berkata untuk mengambil hati Dara dia juga harus mengambil hati anak-anak. Dennis membawa makanan kesukaan Adara iaitu nasi goreng seafood. Namun Adara minta Dennis letak di situ sahaja kerana dia masih belum lapar.Maya teringat siapa Dennis, Adara pernah memberitahunya tentang Dennis. Kata Andien dan Andi mereka tidak mahu teruskan permainan lagi dan mahu pulang sahaja ke rumah mereka tanpa mengetahui yang rumah itu sudah disita. Andien menjelaskan pada Adara bahawa mereka tinggal di rumah kumuh tetapi menurut Andien mereka sudah keletihan dalam permainan itu.
Maya muncul dan apabila Adara tanya bagaimana dia boleh berada di situ, Maya menceritakan pada Adara yang dia telah menghantar mamanya ke rumah sakit dan dia ternampak Rama, jadi dia mengikut Rama hingga ke situ. Maya menuju ke arah Adit dan tanya khabarnya tetapi tidak diendahkan oleh Adit. Adara tanya Maya apakah masalah tabrak lari sudah selesai tetapi Maya tidak mahu hal itu diketahui orang. Rama tanya siapa yang tabrak lari. Dengan suara yang sidikit gugup Maya memberitahu Rama mamanya dituduh tabrak lari tetapi semuanya beres. Adara dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dalam hal itu. Maya pergi ke arah Rama dan dia memberitahunya dia ada hal yang harus dicakapkan pada Rama. Rama suruh Maya kalau ada apa-apa dicakapkan di situ sahaja. Maya mahu mereka bercakap di luar sahaja tetapi Rama enggan. Namun Rama terpaksa keluar dengan Maya apabila dimohon begitu.
Maya mendapat tahu rumah Rama disita bank. Sambung Rama lagi buat masa ini dia dan anak-anak tinggal di rumah kumuh. Maya cuba menolong tetapi kata Rama dia tidak perlukan pertolongan orang lain kerana dia tahu dia dapat mengatasi masalahnya sendiri. Rama tanya siapa yang telah menyebabkan masalah sebegitu berlaku dan rumahnya disita tidak lain daripada papa Maya. Jadi sia-sia sahaja kalau Maya mahu minta pertolongan daripada papanya. Dari jauh, mama Maya tanya pada dirinya kenapa anaknya bersama lelaki itu lagi.
Maya dan Rama masuk ke dalam semula dan Maya tanya Andien dia sedang memegang foto siapa. Maya tanya apakah dia boleh melihatnya tetapi menurut Adara, itu adalah foto orang tua mereka. Andien memberi foto tersebut pada Maya tetapi sebelum Maya sempat melihatnya, mamanya muncul dan membawa Maya pergi. Sebelum itu Andien mengambil semula foto itu.
Mama Maya tidak mahu melihat Maya bersama mereka lagi. Dia tanya apakah anaknya mengerti yang linkungan itu akan mempegaruhi masa depan mereka. Dia suruh Maya masuk ke dalam kereta dan mereka pulang. Maya bercadang untuk bercakap dengan papanya untuk mengembalikan rumah Rama semula. Rama tidak tahu bagaimana hendak melunaskan bayaran rawatan Adit. Rama memberitahu masalahnya pada Adara yang dia sedang bingung memikirkan bagaimana hendak membayar biaya pengobatan Adit. Rama tidak tahu di mana dia boleh dapat wang itu.
Dennis muncul dan dia berkata semua biaya rumah sakit dia yang tanggung. Adara tanya Dennis apakah dia serius tentang hal itu. Dennis memberi pertolongan dengan tulus. Sambung Dennis lagi dia memang suka membantu orang. Adara tersenyum mendengar apa Dennis kata. Tetapi Rama kata, dia cuma meminjam daripada Dennis. Tetapi menurut Dennis selagi dia dapat bantu dia akan berbuat demikian, bukankah mereka harus tolong menolong. Apa lagi mereka sudah saling mengenali. Rama berterima kasih pada Dennis. Sewaktu Adara masuk semula ke dalam, Dennis duduk bersebelahan dengan Rama dan dia memberitahu Rama setelah dia menolong Rama, disuruhnya usah mendekati Adara lagi. Dennis mahu Rama berjanji dengan dia. Rama minta Dennis jangan fikir yang bukan-bukan kerana tahun depan dia akan bernikah dengan Adara dan dia tidak akan menganggu mereka. Rama mahu Dennis tenang sahaja.
Maya memperkenalkan dirinya pada Dennis dan dia memberitahu Dennis Adara pernah bercakap padanya bahawa Dennis adalah calon suaminya. Apabila Dennis mendengarnya dia berminat untuk bercakap dengan lebih dalam lagi dengan Maya. Maya memberi amaran kepada Dennis yang Adara sekarang sudah begitu dekat dengan Rama.Kata Maya dia mengetahuinya kerana dia dan Rama sudah berteman sejak dari kecil lagi. Katanya Rama boleh membuat Adara jatuh cinta padanya. Bahkan Adara boleh melupai janji nikahnya sama Dennis. Tetapi Maya minta Dennis tenang sahaja kerana mereka boleh memisahkan Rama dengan Adara. Itupun kalau Dennis mahu bekerjasama dengan Maya. Dennis tanya kenapa mereka harus kerjasama. Maya menerangkan padanya yang dia telah tergila-gila pada Rama sejak dulu lagi dan dia tidak mahu Rama jatuh cinta pada Adara. Dennis setuju untuk bekerjasama dengan Maya.
Maya dan Dennis berbincang dengan rancangan mereka seterusnya di luar.Sudiro menelefon Adara tanya samada ibunya sudah ketemu atau belum. Adara memberitahu abahnya dia akan mencari ibunya setelah menjenguk keponakan Rama yang berada di rumah sakit. Sudiro menuduh Adara lebih mementingkan anak orang lain sementara ibunya yang sudah bersusah payah melahirkan dia dan kini Adara tidak mempedulikan ibunya. Sudiro terus terus memarahi anaknya dan berkata semua itu terjadi kerana dia telah pergi ke Jakarta.
Sewaktu Maya berbincang dengan Dennis tentang rancangannya, secara tidak sengaja, alat pendengar Dennis terjatuh ke jalan. Dennis tidak dapat mendengar apa yang Maya bincangkan. Maya terpaksa mengulangi kata-katanya iaitu Maya bawa Adara sementara Dennis pula bawa Rama ke kafe dan menyebabkan kekacauan berlaku di situ.
Bu Siti tanya Adara apakah ibunya hilang lagi. Bu Siti selalu panggil nama Adara dengan panggilan Dora. Sebelumnya dia telah bertemu dengan Marni yang memberitahunya dia sedang mencari Adara anaknya. Tetapi kata Bu Siti yang dia kenal adalah Dora dan bukannya Dara. Bu Siti itu sentiasa lupa apa yang baru didengarnya.
Pak Eddy dan isterinya, Ida sampai di Jakarta. Ida tanya Pak Eddy bagaimana mereka hendak mencari Dennis kerana Jakarta sebuah kota yang besar. Dennis menerima panggilan daripada papanya. Namun Dennis minta Sudiro atau Reza sahaja yang jawab panggilan itu. Tetapi mereka keberatan untuk menjawabnya. Akhirnya Dennis terpaksa bercakap dengan papanya sendiri. Dennis gembira kerana papanya tidak marahkan dia malah cuma tanyakan khabarnya dia. Pak Eddy ingin tahu alamat tempat tinggal Dennis tetapi Sudiro tidak memebenarkan Dennis beritahu papanya kerana dengan itu Pak Eddy akan susul ke sana. Apabila Dennis mendapat tahu papanya mengirim bekal seperti kewangan untuknya dia serba salah samada mahu beritahu alamatnya kepada papanya. Sudiro dan Reza izinkan Dennis beritahu papanya di mana dia tinggal. Dennis sms alamatnya kepada papanya. Sudiro tidak mahu Reza beri alamat yang salah kerana sekiranya tersalah alamat, uangnya bisa hangus, begitulah kata-kata Sudiro.
Sudiro dan Dennis terkejut melihat Pak Eddy tiba di tempat tinggal mereka. Pada mulanya mereka sangka yang Pak Eddy akan mengirimkan wang itu kepada mereka melalui pos dan tidak terlintas di fikiran mereka sekali yang Pak Eddy dan Bu Ida akan ke situ sendiri. Mereka bercadang untuk kabur dari situ tetapi Pak Eddy dan isterinya ternampak mereka dan minta anaknya jangan lari. Pak Eddy memarahi Sudiro kenapa dibawa lari anaknya. Pak Eddy mahu laporkan Sudiro pada polis tetapi Sudiro inta Pak Eddy sabar dahulu. Sudiro cuba menyakinkan Pak Eddy sebenarnya Dennis yang bawa dia ke Jakarta untuk mencari Adara di situ. Namun Pak Eddy tidak mempercayainya dan berkata Sudiro yang pujuk Dennis ke situ lalu dia suruh Dennis ikut dia pulang dari tempat kumuh begitu. Salah seorang ibu di situ terdengar apa yang Pak Eddy katakan lalu dia memarahi Pak Eddy yang mengatakan tempat mereka kumuh. Pak Eddy memaksa anaknya pergi dari situ.
Bu Siti mengajak Marni tinggal bersamanya dan sebagai balasan Marni tolong Bu Siti di warungnya pada keesokan hari. Marni sedih memikirkan keadaan Adara.Tiba-tiba gempa bumi berlaku di tempat tinggal Adara dan Marni menyebabkan huru-hara. Apabila semuanya sudah reda semula, Adara ternampak ibunya Marni di situ. Adara memeluk ibunya dengan penuh kerinduan. Akhirnya mereka bertemu semula setelah terpisah. Sudiro begitu gembira dapat bertemu dengan Adara dan Marni semula tetapi Marni masih belum dapat memaafkan suaminya.Tanpa mempedulikan Sudiro, Marni terus memeluk Adara.
Pada keesokan harinya Rama pergi mencari Adara dan tanyakan pada Adara apakah tempatnya berlaku gempa bumi. Rama tanya keadaan Adara. Malah Adara amat bersyukur gara-gara musibah itu dia sudah menemui ibunya. Adara juga memberitahu Rama yang ibunya tinggal bersama tetangganya yang bernama Bu Siti. Kata Rama lagi mulai besok ketiga orang keponakannya akan mula bersekolah semula. Adara mahu menghantar mereka ke sekolah kerana hari itu merupakan hari pertama mereka masuk ke sekolah sekali lagi.
Maya pergi ke bengkel tempat Rama bekerja. Katanya dia tidak tega melihat Rama kerja di situ. Maya mahu membantu Rama tetapi menurut Rama sekiranya dia ingin memberitahu Rama yang dia mahu minta papanya memberi pertolongan, kata Rama padanya lebih baik Maya pergi dari situ sahaja. Rama tidak mahu Maya ganggu dia bekerja. Rama terus suruh Maya pergi dari situ. Maya meninggalkan bengkel itu. Dalam hati Maya dia berkata, lihat saja nanti dia akan membuat situasi Rama separah mungkin sehingga Rama cuma dapat minta pertolongannya.
Adara mula mengajar di kelas Andien, Adit dan Andi sebagai guru seni. Andien terkejut melihat Adara. Begitu juga Andi dan Adit, mereka memanggilnya "Kak Dara" tetapi Adara beri isyarat mereka tidak boleh panggilnya begitu di kelas. Andien, Adit dan Andi terpaksa pura-pura tidak menegetahui nama Adara. Adara memperkenalkan dirinya dan katanya mereka boleh memanggilnya dengan sebutan "Ibu Dara" tetapi jangan dipanggil "burung dara" sebab dia tidak mempunyai sayap untuk terbang. Adara memberitahu murid-murid yang tugasnya adalah mengajar mereka tentang kesenian, mewarnai dan menggambar. Adara diberi enam hari lagi untuk mengetahui samada dia sesuai untuk mengajar di sekolah itu atau tidak.
Dennis ternampak Adara di sekolah itu dan dia mendapat tahu dia mengajar di situ lalu dia pergi ke warung yang berdekatan di situ.Dennis berhasrat untuk berdagang di situ apabila dia mendapat tahu yang kedai burger itu akan dijual berserta dengan isi-isinya.
Andi memberitahu Adara dia berasa lapar begitu juga dengan Andien dan Adit. Adara membawa mereka ke kedai menjual burger itu dan di situ mereka ternampak Dennis menjual burger. Adara terkejut melihat Dennis di situ. Adara tanya Dennis kenapa dia berada di situ. Dennis cuba menjelaskan pada Adara yang bukankah dia pernah bilang dia ingin membangun bisnes di Jakarta. Disebabkan tempat itu mahu disewa, Dennis ingin mencoba nasibnya di situ. Andien tanya apakah mereka akan mendapat diskaun apabila membeli burger di situ. Kata Dennis: oh pokoknya bukannya cuma diskaun yang om kasi tapi gratis free of charge kalian mau makan apa saja pun om kasi gratis free.
Adara tanya Dennis apakah dia mempunyai maksud lain buka kafe itu. Namun Dennis tetap memberi alasan yang dia di Jakarta cuma mahu bikin bisnes. Bukankah dia juga tidak boleh mengganggu Adara jadi dia harus mencari kesibukan dengan contohnya dia bangun usahanya sendiri. Adara tidak mahu mempercayai Dennis begitu sahaja. Dia tahu Dennis pasti ada apa-apa. Dennis pura-pura baru mengetahui Adara kerja di sana. Adara terpaksa pergi menemani mereka bertiga makan apabila Andi mengadu yang dia sudah lapar. Burger dihidangkan dan Adara. Adara mendapati burger yang disediakan oleh Dennis sedap juga dan dalam hatinya dia berfikir kemungkinan Dennis kebetulan sahaja membuka usaha di situ.
Sementara Adara dan anak-anak itu sedang makan, Dennis keluar untuk menelefon Maya. Katanya pada Maya dia bersiap sedia untuk meneruskan rancangan mereka. Maya: "Bagus, karna setelah malam ini Rama akan menjadi milik aku dan Dara akan menjadi milik kamu selamanya..
Bersambung dalam Episode 11 pada 25 Oktober 2012
Kerjasama untuk diberikan kredit pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 10 pada 24 Oktober 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 10 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 10 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 10 Part 3
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 10 Part 4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment