Tuesday, October 13, 2009

EPISODE 7 - SINETRON SETINGGI BINTANG MULA MENEMUI PENONTON PADA 5 OKTOBER 2009 DI ASTRO ARUNA PUKUL 6.00 PETANG - DIBINTANGI OLEH NIKITA WILLY


Sinetron Setinggi Bintang mulai 5 Oktober 2009 di Astro Aruna pukul 6.00 petang dalam Episode 7

Sinopsis ringkas sinetron Setinggi Bintang:

Ketika cinta, hasrat, kehilangan dan kebahagiaan terangkai dalam satu kisah kehidupan yang dibalut dendam.


Dibintangi oleh:

Dhini Aminarti
Arifin Putra
Nikita Willy
Happy Jansen
Rana Audi Marissa
Syalwa

***********************************************************************




Sambungan sinopsis sinetron Setinggi Bintang Episode 7 versi gambar - Gambar-gambar dari petikan Episode 7 pada 13 Oktober 2009

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 7


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 7 Part 1


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 7 Part 2


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 7 Part 3


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 7 Part 4

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Aruna, Multivision Plus dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

EPISODE 80 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 13 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 78 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************

Profile/Biodata pelakon(pemain) sinetron Sekar
**********************************************************************





Sinopsis sinetron Sekar Episode 80 versi gambar

**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 80 pada 13 Oktober 2009

Sekar diberkas kerana disyaki "BIRO JODOH SEKAR" adalah tempat pelacuran. Sekar minta pihak polis jangan tuduh sebarangan. Walaupun Rimba juga kata Sekar tidak bersalah, tetapi mereka tidak mengendahkan Rimba dan tetap memberkas Sekar dan dibawa ke balai polis penjara. Rimba memaklumkan perkara itu kepada Syifa dan Risma. Risma risau tentang keadaan Sekar dan dia cuba menjelaskan hal itu kepada pihak polis bahawa anaknya adalah seorang wanita yang baik dan bermoral. Tak mungkin dia melakukan hal itu. Tetapi polis itu berkata siasatan akan dijalankan atas perkara ini.




Rimba: Saya saksinya. Saya bekerja di sana. Jadi saya tahu apa yang dibuat di pejabat itu. Itu bukan tempat pelacuran.
Pihak Polis: Ibu dan Mas tenang dulu. Puan Sekar masih disiasat. Kalau dia terbukti tidak bersalah, dia pasti akan bebas tapi masalahnya ada saksi yang tertangkap adalah pekerja biro jodoh itu. Dia cakap pejabat itu buat kegiatan pelacuran.








Karina lega melihat Biro Jodoh Sekar dalam siasatan polis. Karina mendapat pintu biro tersebut tidak dikunci dan dia masuk ke dalam dan ingin melakukan sesuatu. Apakah agaknya niat jahat Karina terhadap Sekar kali ini? Kisahnya bersambung...

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 80


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 80 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 80 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 80 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 80 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 80 Part 5


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 80 Part 6

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

EPISODE 10 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 13 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 10

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me


Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************





Romy mendapat tahu dari seorang dukun bahawa Arjuna adalah Kendil. Romy ingin tahu bagaimana dia boleh mencegah Kendil dari menjadi Arjuna kerana Romy tidak mahu Kendil bernikah dengan Tia. Romy ingin dukun itu lakukan sesuatu untuk menghalangnya dan dia berjanji akan menjadikan dukun itu kaya. Dukun itu meminta Romy datang lagi selepas matahari terbenam. Sementara itu dia akan mencari jampi serapah yang tepat.

Suara hati Kendil tertanya-tanya bilakah sumpahan itu akan berakhir. Kata Romy sendirian bahawa kebahagiaan Kendil tidak akan kekal lama. Encik Martin akhirnya bersetuju Tia berkawan dengan Kendil kerana dia telah salah sangka terhadapnya selama ini. Encik Martin memberitahu isterinya bahawa Tia berhak bertemu dengan sesiapapun.





Tetapi Romy datang ke kotejnya dan membisik sesuatu tentang Kendil kepada Encik Martin iaitu Kendil adalah syaitan jadian dan Arjuna adalah Kendil. Encik Marti rasa sukar hendak mempercayai Romy.

Encik Martin: Kamu ingat pak cik ini budak kecil yang percaya cerita dongeng begitu?
Romy: Saya tidak mereka cerita. Seorang dukun yang beritahu.
Encik Martin: Kenapa kamu percaya perkara-perkara begitu?
Mama Tia: Mak cik rasa kamu itu cemburu.
Romy: Begini saja, malam nanti semasa bulan mengambang mak cik dan pak cik ikut saya ke dalam hutan. Barulah kita boleh melihat Kendil berubah menjadi Arjuna. Pak cik dan mak cik boleh lihat dengan mata sendiri... tetapi dengan satu syarat. Mak cik dan pak cik harus ikut semua cakap saya.





Encik Martin: Kamu minta maaf dengan Tia kerana kamu telah salah menilai tentang Kendil.
Romy: Selama ini saya selalu menyaikiti Kendil. Itu hanya kerana saya cemburukan dia. Tetapi melihat kebaikan Kendil... saya rasa malu.
Mama Tia: Mak cik pun rasa bersalah selepas Kendil selamatkan bayi itu. Bukankah itu malukan?
Romy: Kendil lebih baik dari aku.
Romy: Saya mahu mereka berdua bernikah. Saya akan cuba yakinkan papa saya untuk teruskan usahanya dengan pak cik.

Tia terdengar perbualan papanya, mamanya dan Romy tanpa mengetahui semua itu adalah cuma lakonan mereka semata-mata. Romy pur-pura menyesal dengan perbuatannya salah sangkanya selama ini. Tia gembira sekali apabila mendengar yang Romy telah bersetuju dia bernikah dengan Kendil. Tia diberi kebenaran untuk menghadiri majlis kesyukuran. Encik Martin meminta maaf kepada Kendil di majlis kesyukuran.


Gambar-gambar dari petikan sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 pada 13 Oktober 2009


Romy: Dukun itu sudah memberitahu bagaimana caranya untuk melemahkan Kendil. Semasa Kendil berubah menjadi Arjuna, dia akan menjadi sangat lemah. Semasa itulah saya akan melepaskan enam ekor anjing hitam yang garang untuk menyerangnya. Apabila dia sudah luka parah akibat gigitan anjing-anjing itu saya akan taburkan serbuk itu sampai dia hilang.. lenyap ditiup angin. Tapi pak cik dan mak cik tak boleh buat Tia curiga malah pak cik dan mak cik mesti pura-pura suka sekali dengan Kendil. Bolehkan?

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 4


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 10 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by