"Cucu Betong" sebuah Drama Lagenda yang mengandungi 20 episode terbitan J.S. Pictures mula bersiaran di TV3 & TV9 mulai 8 Disember 2009 - Episode 3 pada 10 Disember 2009***********************************************************************
Barisan pelakon/Dibintangi oleh:Ezany Nazarif sebagai Zaman
Fizz Fairuz sebagai Jagat
Sheila Ruslysebagai Malika
Mohd Naim Daniel sebagai Raqib (cucu betong)
Fimi Don sebagai Akmal
Daniel Zulkifle sebagai Irfan
Mohd Amir - Hafiz
Farisha Irwayu sebagai Melissa
Maya Matahari sebagai Naya
Sofia Jane sebagai Ratu Solowangi
Emilda Rosmila sebagai Katrina
Noorkhiriah sebagai Cikgu Diana
Shahrol Nizam sebagai Ustaz Shafie
Amir Raja Lawak siamang yang bernama Sayang
Ungku Faridah sebagai Ibu Melissa
Shanaross sebagai Bibik
Sheila Rusly kembali lagi memegang watak sebagai Malika dalam sambungan Drama Lagenda "Anak Betong" iaitu "Cucu Betong" - Pencarian Keris Bimasakti -
Kisah "Anak Betong" menceritakan Malika merupakan seorang manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menghapuskan keturunan Hassan. Walaupun dia tidak berjaya memgpergunakan Jagat untuk melaksanakan rancangannya, Malika cuba mendekati dan mempergunakan anak Jagat pula, Raqib. Berjayakah Malika memiliki apa yang dihajatinya?
Sinopsis Drama Lagenda Cucu Betong
Malika meminta pertolongan daripada Ratu Solowangi untuk kembalikan wajah, tenaga dan ilmunya tetapi syarat yang diberikan oleh Ratu Solowangi sungguh berat. Malika terpaksa akur dengan syarat itu asalkan segala kemahuannya dapat dikembalikan.
12 tahun yang lalu, sikap Raqib (cucu betong) sungguh baik. Dia sering menjadi bahan buli oleh rakan rakan di sekolah yang diketuai oleh ketua pembuli iaitu Akmal. Ketika ini dia masih belum mempunyai ilmu silat. Malissa mengingatkan Zaman tentang perlunya menjaga Raqib betul betul sebagai pewaris Warisan Corp kerana keadaan mereka yang masih belum punya zuriat..
***********************************************************************
Sambungan kisah Drama Lagenda Cucu Betong Episode 3 -Sinopsis Episode 3Bermula dengan bibik berasa takut. Melissa tanya kenapa dan minta air daripadanya. Dalam kegelapan Melissa seperti lihat sesuatu. Melissa memanggil dengan kuat "Hei" selepas itu Malika hilang dari pandangannya.
Melissa mengambil air dari meja untuk diberikan kepada Raqib.
Raqib minum air yang diberi oleh Melissa. (Malika pulang ke kediamannya dan dia tanya pada dirinya siapakan perempuan itu yang sebenarnya)
Babak yang lain/A different sceneMelissa: Sayang, kenapa Raqib macam tu?Zaman: You ni tanya.. biasalah budak-budak. Selalu mengigaukan?Melissa: Tak adalah I tengok Raqib selalu sangat macam tu macam.. kerap sangat kan..Zaman: Tidur ya. Saya masuk bilik air kejap.Babak yang lain/A different scene:Malika terus meneliti Raqib melalui cerminnya.
Raqib bangun awal pagi, jam di dinding menunjukkan pukul 3.00 pagi. Dia menghabiskan kerja sekolah untuk Akmal, Hafiz dan Irfan kerana takut dibuli lagi sekiranya kerja sekolah mereka tidak siap. Melissa masuk ke bilik Raqib pada pukul 6.45 pagi. Melissa tanya kenapa Raqib masih buat kerja sekolah lagi. Melissa minta Raqib siapkan diri untuk ke sekolah sebab tak lama lagi bas sekolah akan sampai.
Melissa: Raqib belum sarapan lagi kan?Raqib: Mama, boleh tak kalau hari ni Raqib tak sekolah. Raqib tak sihatlah mama.Melissa: Raqib ni asyik cuti saja lah. Tak lama lagi kan UPSR? Ke Raqib ada apa-apa masalah kat sekolah? (Raqib menggelengkan kepala) Habis tu kena buli dengan kawan-kawan? (Raqib gelengkan kepalanya sekali lagi) Raqib, mama tak suruh Raqib jadi doktor, lawyerke, engineer ataupun businessman macam papa. Tapi mama mesti paksa Raqib untuk terus menuntut ilmu. Mama tak naklah anak mama tak ada pengetahuan. Knowledge is power. Kalau Raqib tak ada pengetahuan maknanya Raqib akan jadi orang yang lemah. Mama tak naklah anak mama jadi lemah. Raqib nak?Raqib: (Geleng kepala)Babak yang lain/A different scene: Di luar halaman rumah ZamanPeace be with you
Melissa: Peace be with you.Lelaki itu: Selama pagi cik. Suami cik ada di rumah?Melissa: Tak ada. Pagi pagi dah pergi kerja dah kenapa?
Lelaki itu: Maafkan saya ( I am sorry we came here to visit and preach. I like to remind myself and you that we should always remember Allah. What's important in our life is the five prayers because that is the first deed Allah will justify in the hereafter world.)
Melissa: Terima kasih encik sebab mengingatkan saya.
Lelaki itu: Dan terima kasih kerana sudi menerima kami sebagai tetamu. (And thank you for accepting our visit. Peace be with you. )
Melissa: (Peace be with you too)Melissa tutup gate dan ingin masuk semula ke rumahnya tetapi...
Lelaki itu: Cik maafkan saya(Forgive me) Saya ada perkara yang ingin saya cakapkan pada cik.Melissa: Apa tu?
Lelaki itu: Er.. saya rasa sekarang ni cik ( I think you're troubled by something now. Everyone has problem) Semua orang ada masalahnya sendiri. Tapi kebelakangan ini saya pasti cik ada banyak perkara yang belum terjawab kan? Cik boleh baca jawi dan Al-Quran kan?(You can read jawi writing and the Koran right? I can)Lelaki itu: jadikan amalan sebanyak berapa yang mungkin ( Make this a routine. If God willing with that verse, all your problems will be solve one by one ) Nota bacaan zikir itu diberikan kepada Melissa.
Babak yang lain/A different sceneMelissa: (Where's the email from the Majoa administrator)Setiausaha: Setakat ini yang saya tahu Encik Zaman aje yang ada email itu sebab dia tak nak orang ramai tahu pasal email penguasa tu. Err... lagipun itu email peribadi dia Puan. Melissa: Tak apalah saya cari dalam bilik dia. Melissa masuk ke bilik suaminya dan ....
Babak yang lain/A different scene: Dalam kelasKeputusan ujian diedarkan kepada murid-murid dan Akmal, Irfan serta Hafiz mendapat markah tinggi.
Cikgu Diana: Ahh... suka kan dapat markah tinggi. Bagus, cikgu pun bangga dengan kamu bertiga sebab apa tau? Ada peningkatan dalam ujian kamu bertiga dan yang penting kamu bertiga perlu berterima kasih dengan si Raqib. (You won't waste your life time like this. I'm so proud with your marks)Bunyi loceng berbunyi. Cikgu Diana ingatkan mereka siapkan kerja sekolah dan esok dia ingin melihatnya. Sebelum Akmal dan dua orang rakannya jumpa Raqib, Raqib cepat cepat beredar dari kelas. Akmal mempunyai rancangan lagi untuk suruh Raqib siapkan paper Sains untuk mereka. Kalau tidak mereka akan mengalami masalah nanti bila cikgu tanya. Mereka dapat tahu Raqib sudah tiada dalam kelas dan terus mencarinya.
Babak yang lain/A different scene - Di pejabat ZamanMelissa terjumpa gambar Fatihah dalam buku year planner suaminya.
Babak yang lain/A different scene: Di kawasan sekolahRaqib risau kerana bas sekolah masih tiada di situ. Dia berlari cari tempat lindungan sebelum Akmal, Hafiz dan Irfan sampai. Apabila mereka bertiga tiba, mereka hairan ke mana Raqib telah pergi. Akmal tertanya-tanya ke mana Raqib pergi. Katanya cepatnya dia balik. Bukan ke selama ini bas dia lambat. Mereka mengagak kemungkinan Raqib menyorok di dalam kawasan sekolah dan mereka bertiga pun mulakan pencarian mencari Raqib. Mereka mencari di merata-rata tetapi Raqib masih belum ditemui juga.
Hafiz rehat sebentar minum air tetapi dia tidak menyedari bahawa Raqib berada di atas pokok. Hafiz kata dia tidak jumpa Raqib. Raqib turun dari pokok apabila dia rasa sudah agak selamat.
Babak yang lain/A different scene:Melissa buat temu janji dengan Katrina lagi. Katrina tanya Melissa tidak kah Zaman pernah cerita kepadanya tentang ex-girlfriendnya kepada Melissa. Kata Melissa, Zaman bukan jenis yang bercerita. Kalau ditanya, Zaman akan jawab dia akan jawab. Kalau tidak dia akan terus diam diri saja dan simpan dalam hatinya. Katrina tanya kepada Melissa di mana Fatihah sekarang. Melissa kata Fatihah sudah lama meninggal.
Melissa hairan kenapa foto Fatihah yang tak pernah ada dalam year planner Zaman boleh muncul di situ. Melissa rasa Zaman nak letak tempat lain tetapi terletak dalam year plannernya. Katrina tanya kenapa pula Melissa risau sangat. Melissa kata apa yang ada pada Fatihah dia tidak ada. Contohnya Fatihah pakai tudung sementara Melissa tidak. Katrina tanya adakah Zaman cuba-cuba minta Melissa pakai tudung.
Jawab Melissa, kalau macam sindir-sindir tu biasalah. Melissa pernah cakap dengan Zaman dia masih belum bersedia lagi. Melissa tidak mahu hari ini dia pakai dan esok pula rambut ke mana tudung ke mana lagipun pakai tudung bukan suatu benda yang boleh main-main. Melissa kata lagi ia mesti ada suatu commitment yang besar. Kalau dia ready dia akan pakai.
Daripada apa yang dikatakan oleh Melissa, Katrina dapat rasakan dia ada keinginan untuk pakai tudung setelah dia tengok gambar Fatihak. Melissa kata niat itu ada, tetapi dia akan fikirkan sekali lagi, tengok macam mana nanti. Katrina kata itu adalah hal peribadinya dan tidak tahu apa yang harus dia katakan lagi. Menurut Melissa lagi sekiranya dia ingin pakai tudung, hatinya terbuka sendiri dan bukannya sebab disuruh oleh suaminya.
Babak yang lain/A different scene: Di sekolahAkmal dan rakan-rakannya buli Raqib lagi. Akmal keluarkan semua buku Raqib dan buang dalam longkang. Kata mereka itulah balasannya kerana telah melarikan diri daripada menolong mereka buat kerja sekolah. Kata Akmal, kerana Raqib tidak mahu menolong mereka, dia terpaksa mengutip semua bukunya di dalam longkang.
Babak yang lain/A different scene: di rumahZaman beritahu bibik mulai hari itu Jagat abangnya akan tinggal bersama-sama mereka dan katanya abangnya tidak berapa sihat. Zaman minta bibik bantu menjaganya dan ingatkan bibik jangan lupa untuk beri Jagat makan ubat.
Bibik serba salah apa yang harus dia lakukan dan bagaimana hendak menjaga Jagat kerana dia tidak boleh bercakap dan bagaimana pula dia akan tahu apa yang dikehendaki dan diperlukan Jagat.
Malika: Wahai anak yang bernama Raqib anak Suria dan Jagat.Malika: Bangkitlah semangat hitammu dan bangunlah bersamaku (wake the dark side of you and rise with me. Aku Malika... kau telah minum (you have drand my potion) air ramuan... ayuh... bangkit.. bersamaku.Malika menggunakan kuasanya untuk membangkitkan Raqib untuk bersamanya tetapi dia tidak berjaya. Bibik berasa takut kerana terhidu bau yang sama yang menakutkan lagi. Bibik terus berdoa agar dia dilindungi dari semua syaitan. (Oh Allah, please protect me from the devils).
Malika: Aku harus(I need help from the Ratu) dapatkan pertolongan dari sangnya ratu.(The boy is not as obedient as I thought to conduct my command). Budak ini bukan semudah yang aku sangka yang boleh mengikut segala perintahku. Aku akan kembali, Raqib. Malika....
Hari keesokannya - tiba waktu untuk Raqib bangun pergi ke sekolah:Bibik bangunkan Raqib untuk pergi ke sekolah tetapi Raqib tidak berasa sihat. Raqib minta tolong bibik. Dia demam tinggi.
Zaman dapat rasakan sesuatu aneh yang berlaku di rumahnya dan dia memeriksaan di sekeliling bilik.
Melissa: (Honey, don't forget to bring down my bag with you)
Melissa: Kesian anak mama. Makin panas bik. Abang cepat sikit bang..
Malika: Jagat... Jagat... aku Malika Jagat.. Aku datang Jagat.
Malika tahu Zaman mencurigai sesuatu lalu dia menghilangkan diri dari situ. Apabila Zaman masuk ke bilik Jagat, dia mendapati Jagat sedang tidur lena di katil. Melissa menggesa agar Zaman cepat sedikit.
Babak yang lain/A different sceneZaman: (What's wrong with my son, doctor)Dia ni sakit apa sebenarnya?Doktor: Cuma demam panas saja. Tak ada simtom-simtom yang menunjukkan dia dijangkiti virus. (There's no symtoms of viral infection) Err... paru-paru dan tekaknya saya dah periksa tiada juga simtom yang dijangkiti virus. Kemungkinan saya rasa dia mengalami tekanan perasaan.Babak yang lain/A different scene: Di rumahBibik menyuapkan makanan kepada Jagat. Melissa mengingatkan bibik supaya dia tidak lupa beri Jagat ubat setelah dia makan.
Bibik: Bapak Jagat dengar kan apa ibu Melissa bilang. lepas makan kita makan ubatnya pula yah. Bapak kena rajin makan ubat supaya lekas sembuh. Nanti lepas makan ubat, bapak berehat yah.Melissa menjenguk Raqib di biliknya dan dia terasa ada sesuatu yang tidak kena di situ. Melissa terus baca ayat-ayat suci (Melissa prayed for Raqib so nothing disturbed him) Selepas itu semuanya tenang semula.
Melissa sayangi anaknya, Raqib dan dia tidak mahu sesuatu yang tidak diingini terjadi kepadanya.
Melissa mendapat tahu selama ini Raqib telah buat kerja sekolah untuk rakan-rakannya di sekolah, Akmal, Hafiz dan Irfan. Dia jangka keadaan Raqib begitu adalah disebabkan masalah perasaan tekanan.
Akmal, Hafiz dan Irfan tidak dapat hantarkan buku latihan mereka kerana Raqib tidak hadir. Cikgu Diana beritahu mereka bahawa dia tahu bukan semua murid yang telah hantar kerja sekolah mereka dan ada yang masih belum beri buku latihan itu kepadanya lagi. Setelah seketika apabila Cikgu Diana kata bahawa dia akan adukan saja perkara itu kepada guru disiplin. Mereka bertiga takut dihukum oleh guru disiplin lalu mengaku.
Akmal dan dua orang rakannya yang lain berdiri dan membuat pengakuan bahawa mereka lah yang masih belum hantarkan lagi. Mereka dimarahi oleh Cikgu Diana. Mereka bagi berbagai alasan kenapa baru sekarang mereka mengaku. Mereka dihukum berdiri dalam kelas sewaktu Cikgu Diana memberi latihan kepada murid-murid yang lain.
Cikgu Diana menerima suat panggilan dan dia minta murid-murid salin apa yang diajarnya sebentar. Melissalah yang menelefon Cikgu Diana dan memberitahunya bahawa Raqib tidak dapat hadir ke sekolah pada hari itu dan keesokan hari. Doktor memberi Raqib cuti (MC) dua hari sebab dia demam panas. Cikgu Diana kata pada Melissa tidak mengapa kerana selama ini pun dia tak pernah risau tentang pencapaian akademiknya. Melissa beritahu Cikgu Diana bahawa selain daripada itu, dia ada suatu hal yang hendak disampaikan kepadanya iaitu doktor telah beritahunya yang Raqib demam panas bukan disebabkan jangkitan tetapi disebabkan stressed.
Cikgu Diana tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Melissa dan tanya kenapa disebabkan stress. Melissa kata dia tidak syak apa-apa tetapi kebetulan dia cuti pada hari itu. Oleh itu dia tengok buku-buku Raqib. Melissa nampak ada buku latihan pelajar-pelajar lain. Nama pelajar-pelajar tersebut adalah Hafiz, Irfan dan Akmal. Memang tulisan itu adalah berbeza sedikit dengan tulisan Raqib tetapi Melissa yakin bahawa Raqib telah buat kerja-kerja sekolah untuk mereka. Cikgu Diana mengucapkan terima kasih kepada Melissa dan dia kata dia akan mengambil tindakan dalam hal itu. Cikgu Diana sampaikan salam kepada Raqib.
Hafiz, Irfan dan Akmal dihukum oleh Cikgu Diana mencuci tandas sekolah atas kesalahan yang mereka lakukan. Walaupun setelah mereka selesai bersihkan tandas, Cikgu Diana suruh mereka bertiga ikut dia pergi ke bilik guru.
Cikgu Diana: Sekarang bagi tau dengan cikgu. Macam mana buku kamu bertiga ada dekat tangan Raqib. Mereka cuba beri alasan tetapi Cikgu Diana mahu mereka berterus terang saja. Kalau tidak mereka akan dibawa berjumpa dengan cikgu disiplin.
Akmal: Sebenarnya ceritanya macam ni. Yang si Raqib tu dia cakap kalau nak buat kerja-kerja sekolah orang itu memang hobinya. Jadi kami pun bagilah dekat dia, kita ingat kesian juga dekat dia tapi dia....Cikgu Diana: Akmal kamu jangan nak menipu cakap betul-betul. Hafiz dan Irfan cuba membela Akmal dan kata sebenarnya mereka hendak buat sendiri. Tetapi disebabkan Raqib hendak juga buatkan untuk mereka, mereka pun beri kepada Raqib sahaja buku-buku mereka. Cikgu Diana kata okey dia akan percaya kata-kata mereka untuk kali ini tetapi pada hari lusa nanti bila Raqib dah pergi ke sekolah seperti biasa, dia akan bawa Raqib bersama-sama dengan mereka bertiga untuk berjumpa dengan guru disiplin. Masa itulah mereka akan tahu cerita sebenar dan sekiranya mereka didapati menipu, Cikgu Diana tidak akan teragak-agak mengambil tindakan maksimum dan kedua orang tua mereka bertiga juga akan diberitahu.
Babak yang lain/A different scene:
Melissa: Niat Melissa memang ikhlas mak...kalau boleh memang Melissa hendak senangkan hati suami.Ibu Melissa: Itu betul, tapi bagi mak, itu persoalan kedua. Sekarang ni kau dengan Tuhan. Macama mana. Ada kau pakai tudung tu sebab hanya kerana nak bagi hati senang kat suami atau kau betul-betul bersedia yang kau tahu segala suruhan Tuhan tu betul (to make your husband happy or follow what Allah ask us to do)Melissa: Mak, dua-dua ada mak..Ibu Melissa: Ya yang mana yang sampai dulu? Niat hati kau nak pakai tudung tu ke atau kau dah tengok gambar Fatihah, bekas kekasih dia pakai tudung, kau nak pakai..Melissa: Mak... kalau itu yang boleh buatkan Abang Zaman lebih hormatkan Melissa, lebih sayang pada Melissa, bagi sepenuh perhatian kepada anak mak yang seorang ni, mak tak suka?Ibu Melissa: Eh..mana tak suka pulak? Mana ibu yang tak nak tengok anak dia bahagia? Tiap-tiap hari mak doa untuk anak mak ini, biar dia senang, mudah rezeki, kebahagiaan rumah dia, dapat zuriat.... Tiap-tiap hari lepas solat itulah mak doa. Doa untuk anak dulu baru doa untuk mak sendiri, kau tahu tak?Melissa: Habis mak tak setujulah kalau Melissa pakai tudung?Ibu Melissa: Apa pasal pula tak setuju? Awak dah dewasa dah boleh fikir sendiri dosa pahala, segala ilmu, pelajaran mak dan ayah dah bagi. Sekarang ni mak dah lepas dari tanggung jawab tau? Kau fikirlah sendiri baik buruknya. Tak kan itupun mak nak cakap.Babak yang lain/A different scene: Di penghujung Episode 3 "Cucu Betong"Malika meminta Ratu Solowangi menjelma pada mata kasarnya. Ratu Solowangi tanya apa hajatnya ingin berjumpa dengannya. Malika jawab memang benar kata-kata Ratu Solowangi iaitu Jagat masih belum pulih, semangatnya masih terlalu jauh untuk aku seru. Ratu Solowangi kata Malika harus sentiasa memerhati rumah itu (She has to always check on that household) Zaman tidak akan membiarkan abang kesayangannya lemah semangat begitu lama. Ratu Solowangi terus katakan lagi: Pada firasatnya Zaman akan menggunakan keris rebutan "Rima Sakti" itu untuk mengubati Jagat dan pada waktu itu juga Malika harus tahu di mana keris itu disembunyikan.
Malika: Tapi bagaimana dengan anak itu? Sudah ku seru, sudah ku jampi tapi dia enggak mahu datang padaku.
Ratu Solowangi: Pada malam Jumaat ini aku perintahkan hamba-hambaku mengiringi kamu.( I will instruct my servants to accompany you) sehingga selesai tugasan kamu.
Sekian, kemas kini Episode 3 "Cucu Betong daripada shinystar untuk kali ini. Hingga bertemu lagi dalam Episode 4 kisah drama lagenda ini minggu hadapan pada 14 Disember 2009 pada waktu yang sama. Selamat malam.
***********************************************************************
(Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3,
http://www.tv9.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)