Wednesday, January 30, 2013

Sinopsis Episode 40 (29 Januari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

 Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinopsis Episode 40

Gisha sedih apabila mamanya tidak mahu berjanji dengannya tidak akan menemui Aliya lagi. Shinta pergi menemui Aliya. Aliya minta maaf kerana gara-garanya. Shinta berantam dengan mamanya, Mutia dan gara-garanya juga Gisha kecelakaan. Aliya memutuskan akan pergi dari kehidupan Shinta.


Walaupun berat untuk Aliya melakukannya, dia terpaksa buat begitu dan menurut Aliya anting-anting itu adalah barang yang berharga buat dirinya tetapi Aliya terpaksa memulangkan anting-anting tersebut pada Shinta. Kata Shinta Aliya seperti permata hatinya.



Shinta mahu Aliya berjanji padanya kalau dia butuhkan sesuatu, Shinta akan membantu Aliya. Shinta mahu Aliya janji sama dia bahawa mereka akan saling bantu di mana dan kapan pun. Aliya janji dengan Shinta.

Gisha pergi menemui Faris dan mengucapkan terima kasih padanya kerana telah menolongnya. Faris nasihati Gisha menghargai nyawanya. Pram tanya siapa Gisha. Apakah Gisha itu pacarnya. Kata Pram lagi paras Gisha dan Faris itu mirip bagai kakak dan adik. Kata orang kalau mirip itu jodoh. Dana muncul tanya apa hubungan Gisha dengan Faris. Dana menuduh Faris dekati Gisha kerana Gisha anak orang kaya.

Ibu Puspa tanya pada Hendri kalau Gisha itu anaknya Shinta kenapa dia belikannya mobil. Kata Hendri, Gisha adalah keponakannya dan dia ingin menebuskan kesalahannya pada Shinta. Ibu Puspa senang apabila dia fikirkan yang Hendri masih belum tahu Gisha adalah anak kandung Hendri dan Shinta masih menepati janjinya.


 Ruben, calon suami Dita memberi amaran pada Galang kalau dia masih berurusan dengan Dita dia tidak akan melepaskannya begitu saja.


Aliya terserempak dengan beberapa orang jahat. Aliya cuba mengelak daripada mendekati mereka lalu beredar dari situ.
Suara hati Aliya: Kenapa mereka pandang saya begitu, menakutkan!!
Namun dia di pukul oleh mereka hingga pengsan.
Anting-anting yang diberikan Shinta pada Aliya terjatuh. Perasaan Shinta kurang enak. Begitu juga denan Anjar,  seperti ada sesuatu yang telah terjadi. Anjar terus berfikirkan tentang Aliya.

Marina menelefon Mutia lalu Marina berkata pada Mutia bahawa dia tidak akan diam atas perbuatan Mutia yang telah memalukan Marina hari itu. Kata Marina lagi dia akan melakukan sesuatu yang akan membuat Mutia menyesal atas semua keputusan Mutia waktu itu.
Mutia: Udahlah Marina. Kamu gak usah mengancam saya. Kamu itu cuma anak kecil yang masih hingusan. Kamu gak tau apa-apa. Lagi pula ancaman kamu itu tak pengarah sama saya.
Mutia mematikan hp itu.
Marina: Berani banget dia tutup telefon dari gue. Lihat aja. Siapapun yang meremehkan Marina pasti akan menyesal.



Aliya dibalingkan ke dalam sebuah perigi yang berisi air. Angkara siapakah itu?


Mutia menerima panggilan dari roang yang sama lagi. Lelaki itu tanya bilakah Aliya akan keluar dari rumah itu. Mutia mematikan panggilan tersebut dan merosakkan kad SIM hpnya agar dia tidak menerima sebarang panggilan daripadanya lagi.  Anjar tanya Mutia kenapa dia patahkan kad SIM tersebut. Namun Mutia berkata itu bukan urusan Anjar.


Marina tanya pada penjahat upahannya apakah mereka telah melakukannya.
Marina: Sudah kalian jalankan rencana itu?
- Beres non, semua selesai seperti yang diperintahkan.
Marina: Ini, sesuai dengan yang dijanjikan.
- Kalau begitu kami permisi dulu, non.
Balas mereka, semuanya seperti yang Marina arahkan. Marina membayar wang upahan pada mereka.



Aliya panik kenapa mulutnya ditutup begitu dan dia berasa takut kenapa dia boleh sampai di tempat seperti itu. Diya menelefon Anjar bertanyakan tentang khabar Aliya. Namun Anjar tidak tahu di mana Aliya berada. Diya mulai risau tentang keselamatan Aliya. Anjar berjanji pada Diya akan mencari Aliya dan setelah Aliya ketemu, dia akan segera memberitahu mertuanya. Mutia tanya Anjar kenapa dengan Aliya.

Anjar minta kebenaran untuk meminjam mobil Wisnu untuk mencari anaknya, Aliya. Mutia suruh Shinta usah risaukan hal itu kerana dia akan menemani suaminya mencari Aliya. Hujan mulai turun, Aliya semakin takut. Hujan semakin lebat dan Aliya berasa panik. Dia cuba melepaskan dirinya tetapi gagal melakukannya. Aliya kesedihan mengenang nasibnya. Air perigi semakin tinggi dan Aliya harus mencari jalan keluar secepat mungkin sebelum dia lemas.


Mutia tanya kenapa Aliya asyik menyusahkan orang saja. Anjar suruh Mutia berhenti meleter. Pencarian Aliya diteruskan. Badan Aliya digigit sejenis lintah yang menghisap darah. Anjar dan Mutia pergi ke rumah Sandra mahu mencari Marina. Mutia tanya di mana Aliya. Marina pura-pura tidak tahu-menahu tentang kehilangan Aliya. Mutia mendesak Marina untuk memberitahu di mana Aliya. Mutia memberitahu Galang Marina telah disembunyikan Aliya.


Marina mengancam Mutia untuk membongkar rahsia itu pada Wisnu. Akhirnya Marina memberitahu di mana keberadaan Aliya. Mereka terus pergi mencari Aliya. Sandra memarahi Marina kerana telah memburukkan suasana. Sandra tanya kenapa Marina menculik Aliya. Sandra hairan pada Marina kenapa dia selalu bertindak sebelum berfikir. Sambungnya lagi dia mula mencurigai jangan-jangan Wisnu benar, Marina tidak waras. Kata Sandra lagi dia harus bawa Marina ke pakar psikiatri. Marina geram kenapa Sandra juga mulai menentangnya. Marina tidak mahu kehilangan kepercayaan Sandra setelah dia kehilangan Wisnu.

Dita menerima panggilan daripada Marina. Marina tanya Dita apakah dia boleh pergi ke tempatnya. Marina senang dia masih mempunyai sahabat baik seperti Anin. Dita merancang akan melakukan sesuatu pada Marina. Dia menunggu kedatangan Marina.


Shinta berasa risau dengan keadaan Aliya. Shinta menelefon Anjar dan tanya tentang Aliya. Mutia merampas hpnya dan marahkan Shinta. Mutia meninggikan suaranya pada Shinta dan berkata Aliya itu anaknya dan bukan anak Shinta. Mutia suruh Shinta uruskan anaknya sendiri. Mutia tanya Anjar apa maksudnya Shinta menelefon Anjar. Jawab Anjar Shinta khawatir sama Aliya.
Anjar: Shinta itu dekat sama Aliya dan Aliya pernah pacaran dengan anak tirinya.
Mutia: Iya, yang namanya Gilang, Gilang itu kan? Itu dulu, Anjar. Dulu...
Kata Mutia Aliya tak pernah mengenali Shinta sewaktu Gilang hidup. Shinta mendekati Aliya hanya selepas Gilang meninggal. Sambung Mutia lagi apa maksudnya kalau bukan cari muka.  Anjar dan Galang  hampir kecelakaan tetapi dia sempat menghentikan mobil itu. Galang hairan kenapa jalan itu ditutup.

Gisha tanya apakah Shinta mahu ikuti cari Aliya sementara hari sudah malam. Gisha tanya bagaimana kalau sesuatu terjadi pada mamanya nanti. Shinta tiada masa untuk berbahas dengan Gisha lagi, katanya dia harus buru-buru. Apabila Gisha tidak terdaya menghalang mamanya daripada menyusul pencarian Aliya, Gisha beritahu Wisnu, Shinta menyusul mahu mencari Aliya. Wisnu mengingatkan Shinta bahawa Aliya bukan anaknya kenapa dia harus cari Aliya. Shinta nekad mahu mencari Aliya. Walaupun Wisnu cuba menghalang Shinta, tetapi Shinta tetap pergi.


Gisha menangis kerana mamanya lebih memilih Aliya daripadanya. Hendri menelefon Gisha. Hendri tanya kenapa dia menangis. Gisha mengadu pada Hendri bahawa mamanya lebih pentingkan Aliya dibandingkannya.
Hendri menelefon Gisha.
Hendri: Gisha, kok suara kamu seperti itu? Kenapa sih? Kamu habis menangis ya? Gisha ada apa sih? Apa yang bikin kamu sedih?
Gisha: Om, mama lebih mementingkan orang lain dibandingkan aku.
Hendri tanya Gisha Shinta pentingkan siapa sampai Gisha sedih begini. Sambung Hendri lagi bukankah Gisha saja satu-satunya anak mamanya.

Gisha: Mama lebih pentingkan Aliya dibandingkan Gisha.
Hendri: Aliya? Siapa Aliya itu?
Gisha menjelaskan pada Hendri bahawa Aliya adalah anak yang hampir kecelakaan waktu candelier jatuh di hotel itu. Gisha terus mengulangi bahawa mamanya lebih pentingkan Aliya daripada dirinya.
Dalam hati Hendri dia menyedari Shinta lebih peduli sama orang lain daripada Gisha padahal dia bilang mahu memperlakukan Gisha seperti anak kandungnya sendiri.


Beberapa saat sebelum penghujung episode terus menceritakan bahawa hujan terus turun dengan lebat menyebabkan air di perigi semakin naik hingga ke paras muka Aliya. Aliya meronta-ronta dalam air perigi dan akhirnya penutup dimulutnya dan tali yang diikat pada tangannya tertanggal. Aliya kesejukan dan dia terus menjerit meminta tolong dengan sekuat hatinya. Aliya tidak mahu menyerah begitu saja. Dia harus berusaha untuk keluar dari situ tetapi bagaimana? Tiba-tiba Aliya hilang dari pandangan dalam air itu dan dia tidak kelihatan lagi. Apakah Aliya akan terselamat. Semuanya akan terjawab dalam Episode 41.

Sinetron Aliya Episode 40 pada 29 Januari 2013

Sinetron Aliya Episode 40 Part 1

Sinetron Aliya Episode 40 Part 2

Sinetron Aliya Episode 40 Part 3

Sinetron Aliya Episode 40 Part 4-4

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by