Episod 14 Sinetron "Salah Mencinta" pada 25 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang
Dibintangi oleh pelakon:
Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun
Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline
Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik
Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo
Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo
Episod 14Santi mengajak Sinta pulang ke rumah mereka untuk bertemu dengan mama mereka. Sinta agak keberatan dan ingin meminta izin daripada suaminya, Fahri dahulu. Fahri tidak berapa setuju tetapi Sinta memberitahunya bahawa dia akan pulang ke rumah sebelum Fahri habis bekerja.
Setibanya di rumah mereka mendapati mama mereka tiada di rumah pada ketika itu. Sinta membubuh sesuatu ke dalam minuman oren Sinta. Sebelum sempat Sinta minum oren itu, mama mereka pulang bersama Fahri tepat pada waktunya dan melarang Sinta daripada minum.
Dia mengesyaki Santi telah cuba untuk membuat sesuatu dan terus bertanya Santi apa yang telah dibubuhnya dalam minuman tersebut. Santi tidak mengaku dan untuk memastikannya Asti, mama mereka telah minum sedikit daripada minuman itu. Tidak lama kemudian dia sakit perut. Fahri dan Sinta menghantarnya ke hospital dengan segera. Mujur Asti dapat diselamatkan kerana dia cuma minum sedikit sahaja minuman itu. Santi berasa kecewa kerana rancangannya tidak berjaya.
Fahri menasihati Sinta supaya tidak mendekati atau menghubungi Santi yang licik itu lagi. Menurutnya lagi Santi tidak akan berubah dengan begitu senang. Santi pergi berjumpa Dodi dan memberinya maklumat data syarikat papanya kepadanya. Dodi hairan kenapa Santi sanggup berbuat begitu terhadap ayahnya sendiri. Santi berkata bahawa papanya telah menyakiti hatinya dan menamparnya. Oleh itu dia ingin membalas dendam terhadap papanya, mamanya dan juga Sinta. Dia ingin melihat mereka menderita seorang demi seorang.
Pada suatu pagi, Sinta menerima sepucuk surat daripada Santi mengatakan dia ingin membunuh diri. Sinta risau akan keadaan adiknya tetapi Fahri cuba menyakinkannya bahawa tidak terlintas langsung di hati Santi untuk membunuh diri. Dia lebih rela membuat orang lain menderita dan membunuh orang daripada membunuh dirinya sendiri.
Aryo begitu marah dan tertanya-tanya bagaimana maklumat data syarikatnya dapat sampai ke tangan Dodi dan Iwan. Dia menerima hadiah sejambak bunga disertakan dengan pita rakaman. Setelah mendengar isi kandungan tersebut, Aryo berkata kepada dirinya bahawa dia tidak akan memaafkan anaknya Santi yang sanggup mengkhianatinya.
Di pusat membeli belah, Santi ternampak seorang jejaka bernama Bayu ingin membeli patung dari sebuah kedai. Walaupun dia menawarkan untuk membayar patung tersebut dengan harga beberapa kali ganda, pemilik kedai tersebut memberitahu Bayu bahawa patung tersebut telah dijual dan tidak akan dijualkan kepadanya walau ditawarkan dengan berapa harga sekalipun. Bayu naik marah dan mencampakkan patung itu ke lantai lalu pecah. Kemudian dia meminta pembantunya membayar pemilik kedai itu dengan empat kali ganda sebagai pampasan.
Santi amat mengemari sikap Bayu yang menyerupai sikapnya iaitu " sekiranya dia tidak dapat memiliki benda tersebut tiada siapa yang akan dapat berbuat demikian." Episod ke-14 sinetron Salah Mencinta berakhir di sini dan akan bersambung dalam episod ke-15 pada hari Isnin jam 1.00 hingga 2.00 petang dan siaran ulangannya adalah pada jam 11.00 malam.
Sekian, daripada sapphire blu untuk semua.