Thursday, March 7, 2013

Sinopsis Episode 62 (7 Mac 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sinopsis ringkas Aliya Episode 62 

Gisha memberitahu Ruben bahawa Galang hilang. Ruben ingin manfaatkan tentang kehilangan Galang. Dita ingin menggagalkan rancangan Marina walau selicik Marina mana pun. Ruben pergi menemui Dita. Ruben tanya kenapa Dita pusing. Kata Ruben dia tahu kenapa Dita bersikap begitu. Pasti gara-gara kehilangan Galang. Sambung Ruben lagi dia barulah jodoh Dita dan bukannya Galang. Ruben suruh Dita usah mencari Galang lagi kerana Ruben mencintainya. Menurut Dita dia akan terus berasa pusing sekiranya Ruben tetap di situ. Dita mengusir Ruben dari rumahnya. Dalam hati Ruben dia berharap Galang tidak akan ditemui lagi. 

Winda mengambil kunci dari poket Marina untuk menolong Galang dilepaskan. Winda mahu Galang pergi dari situ sebelum Marina tahu. Marina mendapati kunci stornya hilang. Sebelum Galang pergi, Winda minta Galang memaafkan Marina. 

Sinopsis ringkas Aliya penghujung Episode 62

Gisha mendapat tahu bahawa Marina yang menculik Galang. Pada mulanya Gisha ingin memberitahu Shinta mengenainya namun setelah seketika dia bertukar fikiran katanya sendirian lebih baik dia ke sana daripada memberitahu mamanya. Dengan begitu mamanya akan mengetahui Gisha yang menyelamatkan Galang dan mamanya akan lebih menyayanginya nanti.

Dengan tidak sengaja sewaktu Dita lalu di tempat kerja Faris, dia terkena kotak-kotak besar berat yang dibawa Faris. Faris meminta maaf pada Dita. Dita menjelaskan pada Faris bahawa dia lagi buru-buru ingin menyelamatkan Galang. Kata Dita Galang diculik sama Marina.
Faris: Apa, Galang diculik sama Marina? Sejak kapan?
Dita: Sejak dua hari yang lalu. 
Dita beritahu Faris bahawa dia buru-buru ke sana kerana dia sudah mengetahui di mana Galang sekarang.  Dita minta diri untuk menyusul ke sana segera.

Faris terkenang semula temu janji Aliya dan Galang dua hari yang lalu di mana Aliya telah menunggu Galang selama 5 jam.
Suara hati Faris: Berarti Galang nggak bohong. Dia memang mahu temui Aliya di restoran waktu itu. Tetapi dia diculik. Aku harus beritahu soal ini ke Aliya.

Ruben tanya Gisha dia tahu dari mana saudaranya diculik.Gisha menjelaskan pada Ruben bahawa dia mengetahui hal itu sewaktu Marina omongin hal itu di telefon dan sekarang Gisha harus mencari Galang. Gisha tanya Ruben apakah dia mahu menemaninya. Pada mulanya Ruben enggan berbuat demikian tetapi setelah difikir-fikir mereka berdua menyusul mencari Galang. 

Mutia hairan dengan sikap Marina. Sebenarnya apa yang dia mahu. Kata Mutia pada Aliya. Mutia minta Aliya tenang saja kerana menurutnya Galang pasti bisa melawan Marina. Aliya menerima panggilan daripada Faris.
Faris: Aliya,  kamu dah tau ke belum kalau dua hari ini Galang diculik?
Aliya:  Iya, Ris aku dah tau. Dan menculik Galang itu Marina. Yang bikin aku tambah sedih, aku nggak tau Galang itu di bawa ke mana sama Marina. Jadi aku nggak bisa nyari Galang. 
Faris:  Aku tau tempatnya di mana. 
Aliya: Kamu tau? Serius?
Faris:  Ya Anindita yang kasi tau ke aku. Kalau gitu aku ke sana ya, aku jemput kamu, kita cari bareng-bareng ya?
Aliya: Ya, aku ada di Jalan Kelapa Sawit.  
Faris: Okey, aku ke sana kamu tunggu aku, ya? 
Setelah panggilan ditamatkan dalam hati Faris berkata, meskipun dia tidak bisa mendapat perhatian Aliya, setidaknya dia bisa jadi orang yang berguna buat Aliya. 

Faris meminjam mobil Hotel Perdana untuk meneruskan pencarian Galang. Hal itu didengar oleh Dana tanpa disedari Faris.  Suara hati Dana berkata bahawa itu merupakan peluangnya untuk memburukkan Faris di depan papanya. Sebelum Faris sampai untuk mengambil mobil tersebut, Dana telah melakukan sesuatu pada mobil tersebut. Dana sempat sembunyi sewaktu Faris tiba. Dengan tidak sengaja, Dana terlanggar tong sampah yang berdekatan. Faris curigai sesuatu telah berlaku namun dia ternampak seekor kucing di situ lalu Faris fikir semua itu disebabkan kucing yang lalu di situ saja. Faris meneruskan perjalanan untuk menjemput Aliya. 

Pada waktu itu, Wisnu, Shinta dan Sandra juga menyusul ke Bogor setelah mendapatkan alamat di mana Marina berada.  Kata Shinta mereka harus ke sana sebelum Marina pergi.

Babak seterusnya menceritakan orang suruhan Marina terus mencari Galang.  Galang tiba di tebing sungai. Dia tidak bertenaga lagi untuk pergi jauh. Galang naik ke atas tebing dengan perlahan kerana badannya terlalu lemah. Suara Galang didengar oleh mereka. Kedua anak buah Marina berjaya menjejak Galang. Mereka membawa Galang pergi.

Marina senang mendapat tahu tentang Galang yang  sudah mereka temukan. 
Marina: Ya, udah kalian tunggu di sana biar gue saja yang menjemput Galang. Okey!!
Marina menarik tangan Winda dan suruh mamanya mengikutnya pergi.  
Winda: Kamu ini mau bawa mama ke mana lagi, sih?
Marina: Mama udah.  Kita nggak punya banyak waktu. Ayo. Nanti mama juga tau sendiri. Ayo...
Marina diberitahu orang suruhannya ada mobil berhenti di depan.Marina suruh mereka menjaga mamanya sementara dia pergi melihat mobil siapa itu.

Marina ternampak Wisnu turun dari mobil. Dia berasa panik dan terus kembali suruh mamanya pergi dari situ dengan cepat. Winda enggan.  Katanya dia nggak mau ikut. Apabila Winda mahu pergi menemui Wisnu, Marina cuba menghalang mamanya dari pergi.
Winda: Rina, mama nggak mau ikutan kegilaan kamu itu. Ini harus diberhentikan semuanya. Mama nggak mau. Mengarti kamu?
Marina tetap berdegil enggan mendengar kata-kata mamanya lalu disuruh salah seorang dari pada mereka membawa mamanya ke mobil yang lain dan yang seorang lagi ikuti Marina.

Wisnu cuba mengejar Marina tetapi dihalang oleh anak buah Marina. Marina sempat masuk ke dalam mobilnya. 

Shinta dan Sandra turun dari mobil.  Kisah Aliya terhenti di sini dan akan bersambung semula pada 10 Mac 2013 dalam Episode 63
 
Sinetron Aliya Episode 62 pada 6 Mac 2013

Sinetron Aliya Episode 62 Part 1

Sinetron Aliya Episode 62 Part 2

Sinetron Aliya Episode 62 Part 3

Sinetron Aliya Episode 62 Part 4-4

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by