Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)
Pelakon/Pemain
- Nia Ramadhani sebagai Kirana
- Randy Pangalila sebagai Galang
- Kiki Farrel sebagai Baim
- Tsania Marwa sebagai Riana
- Mama Dahlia sebagai surti
- Revand Narya sebagai Raka
- Poppy Bunga sebagai Nadira
- Yatti Surachman sebagai Sita
- Arthur Tobing sebagai Rama
- Erly Ashy sebagai Aida
- Emma Waroka sebagai Sandra
- Annie Anwar sebagai Linda
- Fandy Christian sebagai Choky
- Unang sebagai Tejo
- Indah Ayu Putri sebagai Joana - (sumber: http://id.wikipedia.org/)
Synopsis
It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.
Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.
Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.
Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.
Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.
Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 30 Part 1
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 30 Part 2
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 30 Part 3
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 30 Part 4
Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 30
Kirana terkejut mendengar cadangan Aida untuk menemukan Riana dengan Galang agar ingatan Galang akan pulih. Kirana bingung tetapi dia harus melakukan semua itu dan bersetuju demi kesembuhan Galang.
Sita: Kirana, hal ini memang tidak mudah bagi kau tapi kita tidak ada pilihan lain, Kirana.
Kirana: Ya, saya mengerti. Aku tak keberatan kalau nenek panggil Riana.
Aida: Terima kasih ya, Kirana.
Kirana: Nenek tak perlu mengucapkan terima kasih karna aku juga mahu ingatan Galang kembali.
Sementara itu, Raka asyik mengenangkan dia bersama Kirana sewaktu di Game Center.
Raka: Apa semua ini akan berakhir di sini, Kirana?
Tiba -tiba Choky muncul dan tanyakan khabar Raka.
Choky: Kenapa dengan kau ni? Rasanya setiap kali kau jumpa aku, muka kau selalu muram. Masalah Kirana lagi?
Kirana menatap gambar pertunangan dia bersama Galang sambil berkata: Galang, kau dah ada dekat aku. Tetapi kenapa aku rasa kau tetap jauh. Aku ingin ingatan kau kembali tapi di sudut lain aku takut. Aku takut kalau kau ketemu sama Riana lagi. Aku takut kalau dia makin mengusutkan keadaan.
Choky terkejut mendapat tahu Galang telah ditemui. Kata Raka sepatutnya dia rasa gembira apabila melihat Kirana gembira tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Choky memberi kata semangat pada Raka:
Choky: Friend, kau harus kuat, kau pernah bilang pada aku mencintai itu boleh dengan banyak cara. Ya, mungkin kau harus mencintai Kirana dengan merelakan dia untuk Galang.
Raka: Aku tak pernah sangka yang aku akan benci sangat dengar kata-kata itu. Tapi mungkin kau benar. Cinta itu tak semestinya harus memiliki. Aku selalu rasakan yang aku akan dapat memiliki Kirana. Tapi ternyata semua itu mimpi. Mungkin aku ditakdirkan untuk mencinta Kirana. Tapi aku juga ditakdirkan untuk tidak dicintai oleh Kirana. Apa yang boleh aku lakukan sekarang cuma membuat Kirana itu bahagia. Karena itu gue harus selalu berada dekat dia dan menyokong dia.
Raka menemui Kirana dan tanya padanya:
Raka: Kenapa dengan kau, Kirana? Galang dah ditemui kan? Kenapa kau masih bersedih? Seharusnya kau itu gembira.
Kirana: Doktor bilang, untuk mengembalikan ingatan Galang kita mesti temukan Galang dengan Riana, Raka.
Raka: Riana? Gadis yang selalu berusaha untuk menyusahkan kau dulu?
Kirana: Sekarang Nenek Aida lagi ke rumahnya Riana. Raka, Riana tu benci sangat pada aku dan Galang. Aku takut dia akan lakukan sesuatu pada Galang.
Galang terjaga dari mimpi. Dia bermimpi bertemu dengan seorang gadis yang menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan. Riana muncul dalam mimpi Galang tetapi Galang tidak tahu siapa gadis itu dan...
pada waktu itu Kirana dan Raka yang sedang membincangkan tentang ingatan Galang, mereka mendengar jeritan Galang dan terus pergi melihat keadaannya.
Kirana: Galang, kamu kenapa?
Galang: Aku bukan Galang. Aku Piyu.
Kirana amat risau tentang keadaan Galang.
Kirana; Kamu kenapa sih?
Galang: Aku mimpi, aku kemalangan. Kereta aku terlanggar pokok. Di sana ada seorang wanita yang menyebabkan kemalangan itu. Apa itu kamu?
Kirana berasa amat sedih Galang berfikiran begitu dan dia terus meninggalkan kamar Galang.
Kirana berkata pada dirinya bahawa:
Kirana: Kamu benar, Galang. Aku yang menyebabkan kau kemalangan.
Raka: Kirana, Galang tak bermaksud begitu. Dia cuma bilang kalau ada perempuan yang menyebabkan kemalangan tu, itu saja. Jadi, tolong kau jangan ambil hati dengan kata-kata dia. Kirana, tolong keluar. Aku mahu bicara sama kamu. Kirana...
Akhirnya Kirana keluar dari kamarnya untuk menemui Raka yang cuba memujuknya dari tadi.
Aida pergi menemui Riana untuk minta pertolongannya menemui Galang. Tetapi Riana dan Sandra terus menolak permintaan Aida dan mengusirnya dari rumah mereka. Bukan itu saja, Riana bahkan menyuruh sekuriti kediaman mereka untuk membawa Aida keluar dari rumah mereka. Namun Aida nekad bertahan di depan rumah Riana.
Fara menelefon Piyu.
Fara: Kenapa kau tinggalkan aku. Kenapa kau pergi?
Jono mendapat tahu tentang Fara menghubungi Piyu terus mematikan talian percakapan mereka dan ini menyebabkan Fara:
Fara: Mas Jono... kenapa Mas Jono matikan telefonnya. Fara kan sedang omong sama Piyu.
Jono: Maafkan mas, Fara. Mas harus melakukan itu.
Fara: Kenapa sih, mas. Fara kan masih omong sama Piyu. Fara kan lagi minta Piyu pulang. Fara mahu Piyu pulang sekarang juga.
Jono: Dia bukan Piyu. Dia Galang. Namanya Galang.
Fara: Dia Piyu. Dia milik Fara.
Jono: Galang ada kehidupannya sendiri. Kehidupan yang dirampas oleh kemalangannya. Kehidupan dengan keluarga dan orang yang disayanginya. Kamu kan tahu Galang sudah bersama kita selama dua tahun. Dan sekarang saatnya dia kembali bersama keluarganya. Mereka lebih berhak di sisi Galang berbanding kita. Kamu harus merelakan dia.
Fara: Tidak, dia tetap Piyu. Piyu milik Fara. Mana mungkin Fara merelakan Piyu.
Fara menunjukkan cincin pertunangan dia dengan Piyu. Kata Fara lagi, itu menunjukkan tanda percintaanya terhadap Piyu.
Fara yang terpukul itu tidak mahu mendengar nasihat Jono yang mintanya jangan tenggelam dalam kesedihan, Jono juga minta Fara keluarkan cincin dari jarinya dan lupakan Piyu. Farah tidak mahu dan dalam kesedihan dia terus mengurungkan dirinaya di kamar.
Fara menguncikan dirinya di kamar. Sasti dan Handoko (Pak Deh & Mak Deh) risaukan keadaan Fara begitu juga Jono. Jono menjelaskan pada mereka dia cuma mahu Fara menerima kepergian Piyu.
Piyu memutuskan untuk pergi mencari Fara. Supir Kirana cuba untuk mencegah pemergian Piyu tetapi Piyu tetap mahu pergi. Kemudian supir Kirana menawarkan untuk menghantar Piyu saja.
Kirana mendapat tahu Piyu sudah pergi meninggalkan rumah. Kirana juga diberitahu oleh pembantunya bahawa Ibu Sita telah keluar sebentar nak beli barang tetapi hingga saat itu masih belum pulang lagi. Kirana kemudian menelefon Pak Kisman dan mintanya
Kirana memberitahu Raka yang sedang bersamanya bahawa dia telah meminta supirnya, Pak Kisman untuk patah balik dan mereka akan jumpa di suatu tempat dan Kirana akan cakap dengan Galang supaya dia tidak jadi pergi. Kirana amat berharap Galang akan mendengar kata-katanya itu. Kirana memberitahu Raka dia tidak mahu kehilangan Galang buat kali kedua.
Piyu ternampak Nenek Aida ditolak oleh seorang gadis sewaktu kereta yang dipandu oleh Pak Kisman lalu di rumah Riana. Piyu bergegas keluar dari kereta itu dan berlari ke arah Aida menolongnya. Kirana dan Raka juga ternampak kejadian itu lalu pergi ke arah mereka juga. Piyu berteriak meminta gadis itu jangan...
Galang/Piyu: Eh.. kamu jangan buat hal...
Riana terkejut melihat Galang begitu juga Galang. Kirana dan Raka yang menghampiri mereka terkejut melihat Galang dan Riana saling bertatapan. Begitu juga Nenek Aida.
Riana memanggil nama "Galang"
Kepala Galang tiba-tiba sakit apabila melihat Riana. Rupa-rupanya Rianalah gadis yang selalu muncul dalam mimpinya dan ...
Galang: Kamu yang mencederakan aku...
Galang pengsan. Riana yang ketakutan terus pergi meninggalkan tempat itu masuk ke rumahnya. Galang dihantar ke rumah sakit dibantu oleh sekuriti di situ. Riana yang berasa amat risau memberitahu mamanya bahawa Galang sudah tahu semuanya. Kata Riana lagi Galang mengenalinya dan Riana khuatir rahsia mereka akan diketahui dan terbongkar. Tetapi Sandra memberitahu anaknya bahawa tidak mungkin Galang akan tahu.
Riana: Mana saya tahu, ma. Bagaimana kalau Galang bongkar rahsia kita. Aduh... semuanya akan hancur.
Sandra tanya sekuriti rumah mereka keadaan Galang dan adakah mereka telah membawa Galang ke rumah sakit. Sekuriti itu berkata dia dibawa ke Rumah Sakit Harapan.
Di rumah sakit, Galang terjaga dan kepalanya berasa amat sakit kerana mengenang peristiwa dia ternampak Riana lagi dalam mimpinya itu. Doktor terus memeriksa Galang dan mintanya bertenang.
Kirana yang terdengar jeritan Galang ingin pergi melihat Galang tetapi Raka
Raka: Jangan. Biar doktor saja yang menguruskan Galang. Nenek Aida juga menasihati Kirana dan berkata tidak ada apa yang boleh lakukan sekiranya mereka berada di dalam sana itu. Sita yang baru tiba di rumah sakit tanya keadaan Galang. Doktor memberi suntikan pada Galang untuk menenangkannya.
Bersambung pada 23 September 2010.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)