Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA
POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 10 April 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini:Sinopsis Intan terkini: Episode 213
KLIP VIDEO OPENING TEMA BARU INTAN
Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
* Naysila Mirdad sebagai Intan * Dude Harlino sebagai Rado * Glenn Alinskie sebagai Ello * Ingka Noverita sebagai Lila * Meriam Bellina sebagai Nadine * Anwar Fuady sebagai Arman * Mathias Muchus sebagai Ardi * Ninok Wiryono sebagai Kasih * Nani Widjaya sebagai Lastri * Umar Lubis sebagai Dr. Frans * Rico Tampatty sebagai Fajar * Indah Indriana sebagai Rena * Rama Michael sebagai Romi * Manfreed sebagai Jemmy * Nunu Datau sebagai Wina * Salma Paramitha sebagai Bintang * Alyssa Tardipa sebagai Tiara * Kevin Julio sebagai Kevin * Virgo Brody sebagai Mico * Ricardo Senzienz sebagai Bobby *Rio Reifan sebagai Dewa
Sambungan sinopsis Intan Episode 214 pada 14 April 2009
Dr. Ardi meminta Rado untuk bertemu dengan mamanya tetapi kata Rado yang penting sekarang, mereka ingin cari Bintang yang sudah hilang. Intan pergi menemui Kasih dan Kasih berasa amat gembira kerana dapat bertemu dengan Rado dan Intan semula. Intan dan Rado berjanji dengan Kasih mereka akan tinggal di rumahnya sementara mencari Bintang.
Bintang mengikuti Nadine dan akhirnya setelah tiba di rumah Nadine, Nadine dapat tahu Bintang telah mengikutinya. Dia sangkakan Bintang yang telah mencuri dompetnya walaupun Bintang cuba menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku. Intan pada waktu itu muncul dan dia berasa amat gembira kerana dapat menemui anaknya kembali. Intan, Rado dan Bintang bersatu kembali..
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 214 Part 1
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 214 Part 2
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 214 Part 3
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 214 Part 4
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 214 Part 5
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)
DIARI AF7 MINGGU KEENAM HARI KE-2 DITERUSKAN. KINI CUMA TINGGAL 8 PELAJAR SAHAJA YANG MENERUSKAN PENGAJIAN MEREKA DALAM AKADEMI. APAKAH CERITA MEREKA PADA HARI INI?
DALAM DIARI SEBENTAR TADI, AISHAH DAN CLAUDIA PERGI MAKE OVER. AISHAH DI KEHENDAKI CABUT TIGA DARIPADA GIGINYA DAN CLAUDIA PULA DUA GIGI TARINGNYA YANG DI HADAPAN. SELEPAS PROCESS TERSEBUT, KINI MEREKA KELIHATAN BERBEZA. HENDAK TAHU APAKAH PERBEZAAN PADA DIRI MEREKA? CUBA LIHAT GAMBAR DI ATAS? SENYUMAN MEREKA BERDUA MANISKAN?
********************************************************************************** KEDUDUKAN AFUNDI TERKINI UNTUK 8 PELAJAR AF7 PADA 14 APRIL 2009:
DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH MULAI 7 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DAN 8.30 MALAM DI TV9 - Drama Lagenda ini merupakan sebuah lagenda yang telah diadaptasi dari filem lagenda "Bawang Putih Bawang Merah" yang telah dimodenkan dan Merah dan Puteh adalah adik-beradik tiri lelaki dan bukannya perempuan seperti yang kita selalu dengar atau baca. - EPISODE 5
Dibintangi oleh:
Ellyas Abdullah Zahiril Adzim Dira Abu Zahar Tania Zainal Nadia Aqilah
Sinopsis ringkas sambungan Lagenda: Merah Puteh: Episode 5
Mastura memberitahu Mulan dia serba salah siapakah pilihannya untuk Merah samada Anggun atau June. Dia memberitahu Mulan dia tidak mahu kegagalan berulang lagi setelah 20 tahun. Mastura tidak mahu waris Rahayu menikmati kebahagiaan. Ayah Merah berkata isterinya terlalu manjakan Merah tetapi Mastura menafikannya. Katanya Merah adalah seorang yang baik. Mastura juga menyalahkan suaminya kerana telah membeli scooter untuk Puteh. Jehan sangka selama ini Mastura adalah seorang mama tiri yang penuh dengan kasih sayang.
Merah bawa Anggun keluar dan Anggun rasa kurang tentang hal itu. Merah tanya Anggun samada dia masih teringat sewaktu mereka masih kecil di mana mereka selalu ke tempat itu. Anggun ingatkan Puteh akan ke sana tetapi Merah kata tidak. Merah dan Anggun tidak perasan Puteh juga berada di situ pada waktu yang sama. Tidak lama kemudian, Anggun ternampak seseorang di belakang sepohon pokok dan Anggun mengajak Merah untuk beredar dari situ sahaja tanpa mengetahui bahawa itu adalah Puteh.
June membuat panggilan kepada Merah tetapi Merah tidak menjawab panggilannya kerana pada waktu itu Merah ada bersama Anggun. Merah ingin menghantar Anggun pulang tetapi sebelum itu mereka singgah di "Pet Shop" kerana dia ingin membeli sesuatu untuk Puteh.
Puteh pulang ke rumah dengan hati yang sedih kerana dia sukar untuk melupakan Anggun. Puteh memberitahu ikannya, K tentangnya. Katanya apa yang dipendam dalam hatinya sukar untuk dilafazkan kepada Anggun. Puteh rasa mungkin dia tiada jodoh dengan Anggun. Sewaktu Puteh sedang termenung dan fikirkan tentang Anggun, Merah masuk ke biliknya dan memberinya bekas aquarium untuk K. Merah ingin bawa Anggun ke motor show tetapi menurut Puteh Anggun tidak akan pergi kerana kebanyakan wanita tidak akan ke tempat itu. Merah memberitahu Puteh, Anggun seperti tiada apa yang hendak dikatakan kepadanya sewaktu mereka keluar tadi.
Ana dan June pergi ke rumah Mulan. Menurut Mulan dia selalu ke rumah Mastura untuk aura therapy tetapi June kata Mastura nampak tua tidak seperti Mulan yang masih kelihatan muda dan cantik. Di college, June sangkakan Merah memberi senyuman kepadanya tetapi dia kecewa apabila Merah menuju ke arah Anggun. Ana ingin belanja Merah makan chocolate tetapi Merah enggan menerimanya. June yang juga ada bersama dengan Ana pada waktu itu rasa kurang senang hati kerana Merah tidak mengendahkannya. Mastura dapat rasakan Anggun tidak sukakan Mulan. Mulan meminta Mastura untuk mendapatkan rambut Merah untuknya kerana dia akan tahu apa yang perlu dilakukan.
Yusuff meminta Jehan untuk memberinya nombor telefon Mulan. Tetapi Jehan memberitahunya dia tiada nombor telefon Mulan dan akan mendapatkannya untuk Yusuff daripada Mastura. Merah minta Anggun keluar ke balcony rumah dan Merah menyanyi sebuah lagu untuknya tetapi Anggun cuma mendengarnya untuk seketika dan masuk ke biliknya semula. Merah membawa Anggun ke restoran untuk makan tengahari dan order "siput" untuknya tetapi menurut Anggun dia suka "seafood" dan bukan "siput". Merah memberitahu tentang masalahnya kepada Puteh. Tetapi Puteh cuma dapat berdiam diri.. Bersambung dalam episode 6 pada hari esok.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.budiey.com dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Tbilisi, Georgia - The Republic of Georgia has its confirmed representative for Miss Universe 2009: 18-year-old Lika Ordzhonikidze, a model from Tbilisi.
Lika was the first runner-up at the Miss Georgia 2008 pageant, whose winner represented her country in Miss World 2008.