Saturday, December 29, 2012

Sinopsis Episode 59 (Epsode Akhir) - Layar Drama Indonesia: Mega Sinetron Separuh Aku mula menemui penonton pada 15 Oktober 2012 setiap hari pukul 19.00 WIB di RCTI

Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)

Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's

Pemain Separuh Aku:

Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan

Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan  sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka   - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai    Sudiro  - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai  Andien - (Keponakan Rama)

Sambungan sinopsis Separuh Aku Episode 59 (Episode Akhir) pada 27 Disember 2012

Maya membawa Rama keluar dari rumah sakit. Adara mencari Rama di mana-mana tetapi dia tidak menjumpai Rama. Adara risau tentang keselamatan Rama. Dalam mobil Adara cuma berdiam diri kerana dia tidak tahu apa yang harus dikatakan pada papanya.

Adara takut dia akan salah omong nanti. Adara tidak mahu papanya semakin stress. Sandy meminta maaf pada Adara kerana dia telah membohongi Adara. Sandy mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Adara tentang Rama. Sambung Sandy sebenarnya dia sudah mengetahui sejak awal lagi bahawa Maya yang telah membawa Rama pergi. Adara ingin tahu kenapa papanya harus bohong sama dia. Sandy jelaskan pada Adara yang dia fikirkan pada awalnya itu untuk kebaikan semuanya. Di satu sisi Sandy ingin melindungi Maya, Sandy tahu itu cuma sifat keanak-anakannya Maya untuk merebut Rama dari Adara, di sisi lain Sandy tidak mahu hubungan Adara dan Maya menjadi lebih retak lagi. Namun sekarang Sandy tahu keputusan yang diambilnya itu adalah satu keputusan yang salah. Justeru apa yang Sandy lakukan telah mengecewakan hati Adara. Sandy minta maaf pada Adara. Namun Adara mengerti dan dia tahu pasti papanya kesukaran melakukan hal itu.

Dalam perjalanan Adara ternampak Andien berada di angkot biru. Mereka tidak mahu hilang jejak Andien. Adara dan Andien bertemu semula. Andien memeluk Adara dengan erat. Andien takut pada Sandy. Walaupun Adara cuba jelaskan pada Andien bahawa Sandy itu papanya tetapi menurut Andien, Sandy juga adalah papanya Mayadan Maya adalah orang yang telah menculik mereka bertiga. Adara tanya Andien di mana Andi dan Adit tetapi Andien tidak tahu mereka telah dibawa ke mana sama Tante Maya. Andien berjaya lepaskan diri dengan loncat dari mobil dan dia terus pengsan setelah itu. Sandy berasa amat marah dengan Maya yang sudah keterlaluan. 

Andien dirawat doktor di rumah Adara. Doktor memberitahu mereka bahawa Andien masih trauma dan berada dalam keadaan keadaan ketakutan. 

Rama merindui ketiga orang keponakannya yang masih belum dapat dia temui.  Maya menelefon Adara. Sandy minta Adara berhati-hati sewaktu bercakap dengan Maya nanti agar dia tidak emosi dan menyebabkan Maya marah. Adara menjawab panggilan Maya yang memberitahunya yang dia tahu Adara pasti panasaran memikirkan di mana Maya sembunyikan Rama. Maya suruh Adara lupakan Rama saja kerana dalam fikiran Rama cuma ada satu nama yang dia ingati iaitu MAYA. Tiba-tiba Sandy menerima panggilan untuk menghadiri meeting bersama klien. Sandy serba salah kerana Maya masih belum ditemui lagi. Pada mulanya Adara mahu naik taksi tetapi menurut Sandy lebih baik Adara menggunakan mobil sahaja sementara dia naik taksi. 

Maya ternampak mobil papanya tetapi dia rasa tidak mungkinMaya terlupa bawa dompet dia terpaksa pulang ke rumah semula. Adara mencari jalan untuk masuk ke rumah itu di mana Maya telah menyembunyikan Rama. Terus ikuti babak-babak seterusnya untuk mengikuti kisah episode terakhir Separuh Aku.

Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 59 (Episode Akhir) pada 27 Disember 2012

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 59 Part 1

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 59 Part 2

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 59 Part 3-3

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
  Channel
 MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by