Wednesday, April 1, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 205 YANG BERSIARAN PADA 1 APRIL 2009, JUMAAT DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 1 April 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 205


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan

* Naysila Mirdad sebagai Intan
* Dude Harlino sebagai Rado
* Glenn Alinskie sebagai Ello
* Ingka Noverita sebagai Lila
* Meriam Bellina sebagai Nadine
* Anwar Fuady sebagai Arman
* Mathias Muchus sebagai Ardi
* Ninok Wiryono sebagai Kasih
* Nani Widjaya sebagai Lastri
* Umar Lubis sebagai Dr. Frans
* Rico Tampatty sebagai Fajar
* Indah Indriana sebagai Rena
* Rama Michael sebagai Romi
* Manfreed sebagai Jemmy
* Nunu Datau sebagai Wina
* Salma Paramitha sebagai Bintang
* Alyssa Tardipa sebagai Tiara
* Kevin Julio sebagai Kevin
* Virgo Brody sebagai Mico
* Ricardo Senzienz sebagai Bobby
*Rio Reifan sebagai Dewa

Review/Sinopsis Episode Akhir Intan:

Doktor memaklumkan bahwa mereka tidak berjaya menyelematkan mama Kasih. Doa memberitahu amanat terakhir mama Kasih kepada Dr Frans, Intan dan Rado. Mama Kasih meminta supaya diberikan kedua matanya kepada Intan. Intantidak rela menerima permintaan itu. Intan ga bisa kerana dia bakal¡ melihat¡ ketiadaan mamanya. Doktor pun tidak memaksa dan memberi masasupaya Intan berfikir semula. Majlis pengkembumian mama Kasihdiselubungi kesedihan. Kebanyakan ahli keluarga Intan berada di situ.Termasuk Kak Gery, Kak Sinta, Kak Jemy dan Bunga (yang agak lama tidak muncul).

Bintang akhirnya sadar. Ingatannya juga sudah pulih.Bintang bertanya keberadaan mama Kasih. Rado pun memberitahu kalau omaKasih sudah meninggal.
Dr Frans menonton video yang ditinggalkan Kasih untuknya. Di video itu Kasih memberitahu kalau sakit jantungnya sudah parah. Intanteringat saat-saat permulaan dia mengenali mama Kasih. Intan sedihkarena dia merasakan seumur hidupnya dia hanya bikin mama Kasih bersedih. Rado bertanya apakah Intan ga mau merubah keputusannya untukmenerima donor mata dari mama Kasih. Intan tetap bingung. Intandan Rado menjemput Bintang pulang. Bintang pinta supaya dibawa ke suatutempat- kubur oma Kasihnya.

Bintang mengucapkan terima kasih kepada omaKasih.
Dr Frans datang bertemu Intan dan Rado untuk menyerahkan rekaman peninggalan mama Kasih. Di rekaman itu, mama Kasihmenyatakan hasratnya memberikan kedua matanya kepada Intan. Intan berasa sangat sedih. Intan akhirnya menjalani operasi mata. Radodan Bintang meraikan ultah Intan di rumah sakit. Kali pertama dibuka balutan matanya, Intan ga bisa melihat apa-apa. Disuruh cuba skali lagi oleh doktor. Akhirnya Intan bisa melihat semula. Dr Fransbertemu sama keluarga Nadine dan papa Fajar untuk membincangkan pestakejutan sempena ultah Intan. Pesta itu sebenarnya sudah dirancang olehmama Kasih.

Rado membawa Intan ke tempat pesta dan memberitahukalau ianya sengaja dirancang oleh mama Kasih. Saat itu juga rekamandari mama Kasih ditayangkan. Kesedihan menyelubungi lagi.
Semuamuncul dengan nyanyian lagu Happy Birthday buat Intan. Mama Wina danpapanya Rado juga ada! Bintang pun menyampaikan lagunya kepada mamanya.Sesudah itu dipanggil Intan ke pentas menyanyi bersama. Tiba-tibamuncul sang penyanyi sebenar Letto. Intan menjerit terperanjat. Semuapun menyanyi! Intan melihat mama Kasih, Ello (!!!), nenek Lastri dan Rangga di atas langit melambai-lambai kepadanya. Dokter Rado, Intan dan Bintang mengucapkan TERIMA KASIH SEMUA!! (review by:saeah85)

Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 205:



Intan telefon Dewa dan memberitahunya bahawa dia tidak dapat pergi ke rumah Dewa. Intan meminta Dewa sampaikan salam kepada Bintang. Ibu Dewa pulang dari Singapura yang telah bercuti selama dua bulan. Dewa memberitahu mamanya bahawa entah kenapa dia anggap Bintang seperti anaknya. Dewa membawa Bintang ke salon Intan kerana Bintang tidak berhenti menangis. Rado muncul dan berkata semua itu cuma alasannya sahaja dan sebenarnya Dewa masih ada perasaan terhadap Intan.



Sekembalinya Dewa di rumahnya, Dewa membakar foto Intan.. Dia cuma simpan perasaannya terhadap Intan dalam hatinya sahaja. Didi dapat rasakan dirinya diikuti orang. Dr. Ardi mendapat tahu di mana Didi tinggal. Dr. Ardi pergi ke rumah Didi tetapi Didi sudah tinggalkan tempat itu dan tidak dapat dicari.

Intan pastikan Rado bahawa dalam hatinya cuma ada Rado seorang sahaja. Rado minta maaf kepada Intan dan dia tidak mahu kehilangan Intan. Rado meletakkan jawatan dari bekerja dari syarikat Dewa tetapi Dewa mengoyakkan surat perletakan jawatan dan dia berkata dia tidak ada niat apapun terhadap Intan. Dewa tegaskan kepada Rado sekali lagi dia tidak ada niat untuk merosakkan rumah tangga Rado dan Intan. Dewa tidak mahu kehilangan seorang pekerja yang berkebolehan seperti Rado.



Bintang tidak berhenti-henti menangis tetapi setelah didukung oleh Rado buat pertama kali sahaja, Bintang terus berhenti dari menangis. Dewa terfikirkan perkara yang sama juga apabila Intan mendukung Bintang buat pertama kalinya, Bintang tidak menangis lagi. Rado meminta kebenaran daripada Dewa untuk Intan menjaganya kerana di pejabat Dewa tiada orang yang menjaganya. Nadine berkata Bintang lucu dan dia juga mahu jadi oma kepada Bintang juga.

Dewa pergi ke salon Intan dan mengucapkan terima kasih kepada Intan kerana menjaga Bintang tetapi Intan berkata bukan dia yang harus Dewa berterima kasih. Dewa kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Nadine Nadine berkata Dewa boleh membawa Bintang ke rumahnya pada bila-bila waktu sahaja sekiranya Dewa tidak senang. Rado memberitahu Intan bahawa seperti ada perhubungan Bintang dengannya.. Ibu kandung Pelangi bertanya kepada Mardan di mana anaknya. Apa yang akan berlaku selepas ini? Kisahnya bersambung...


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 205 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 205 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 205 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 205 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 205 Part 5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

SAMBUNGAN SINOPSIS DRAMA LAGENDA JULIA JULI EPISODE 18 PADA 1 APRIL 2009 PADA JAM 4.30 PETANG DI TV3 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS



JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI SEBUAH LAGI DRAMA BARU BERJUDUL "JULIA JULI" (Jula Juli Bintang Tiga) MELALUI SLOT LAGENDA DI TV3 MULAI 3 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS/TV9 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 8.30 MALAM - EPISODE 17

Barisan pelakon yang membintangi "Julia Juli" adalah:

Misha Omar sebagai Julu
Sayiddah sebagai Jula
Dynaz sebagai Juli
Zed Zaidi
Danny X-Factor
Abby Abadi
Rahim Jailani
Syawal AF5
Aqasha
Imuda
Irene Tan

Sambungan Drama Lagenda Julia Juli Episode 18 pada 1 April 2009, Rabu:


Julia melawat Adrian di hospital. Dia menggunakan kuasa ajaibnya untuk menolong Adrian sedar sewaktu Connie keluar sebentar. Sewaktu Connie dan Julia pulang ke pejabat, keadaan Adrian masih sama.(Adakah Adrian akan sedar tidak lama selepas itu)

Ayah Remy memaksa Remy agar bertunang dengan Hani tetapi Remy enggan. Selepas Remy beredar, ayah Remy memberitahu ibu Remy bahawa Remy adalah seorang yang kurang ajar kerana tidak mendengar kata-katanya. Connie menerima panggilan dari doktor mengenai adiknya. Connie memberitahu Julia adiknya, Adrian dah membuka mata. Doktor memberitahu Connie dan Julia selalunya kalau keadaan begini mengambil masa untuk pesakit sedar semula tetapi dalam keadaan Adrian pula dia boleh membuka matanya dalam masa 24 jam. Connie mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana telah mengambil berat tentang Adrian sewaktu Adrian dalam koma.

Arif gembira kerana Julia telah berbaik semula dengan Connie. Julia menjawabnya bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Julia memberitahu Arif dia sudah seperti tidak boleh percaya dengan Arif dan dia berkata jawapannya ada pada Arif sendiri. Sofia menerima panggilan bahawa Izwan sedang bersama Linda di JI Club. Pemanggil itu tidak memberitahu Sofia siapa dia dan dia cuma memberitahu Sofia dia kasihankan Sofia sebab itulah dia memberitahu Sofia tentang hal Izwan. Sofia menelefon Julia dan dia meminta Julia menolongnya tentang hal Izwan dan dia tidak dapat pergi kerana ada "shooting"/penggambaran. Julia dan Ju pergi ke JI Club untuk mengetahui apa yang berlaku dengan lebih lanjut.

Ju tidak mahu Remy dikatakan sebagai anak derhaka kerana dia. Remy kata dia tidak akan berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Remy tetap memberitahu Ju dia tidak mahu berkahwin dengan Hani. Ju kata dia pun tidak boleh berkahwin dengannya. Ju kata sudah tiba masanya dia menolong Remy dalam hal ini (Bagaimana Ju akan menolong Remy? Adakah dengan cara berpisah dengannya?)

Connie memberitahu Arif bahawa dia tahu kenapa Julia lebih berhak untuk bersama dengan Arif.

Julia mengambil gambar Iwan dari jarak yang jauh. Apabila Ju ingin pergi dengan lebih dekat lagi, Julia menghalangnya dan mereka berdar dari tempat itu. Julia kata kepada Ju semua itu terpulang kepada Sofia untuk membuat keputusan. Julia menasihati Sofia supaya tidak sedih dan berkata adalah lebih baik Sofia mengetahui hal itu lebih awal sebelum mereka berkahwin. Menurut Ju dia pun ada masalah bahawa dia akan meninggalkan Remy untuk kebaikannya. Walaupun Remy tidak akan menerima keputusan yang dibuat oleh Ju, Ju tidak mahu Remy berdosa disebabkannya. Ibubapa Julia gembira kerana anak-anak mereka sudah bersatu. Ibu Julia kata walaupun tidak dapat mendengar suara anak-anak mereka, itu semua sudah mencukupi dengan melihat wajah mereka sahaja.

Connie memberitahu Julia bahawa Adrian memberitahunya dia dengar apa yang semua dia cakap. Connie berterima kasih kepada Julia dan mengajaknya pergi melawat Adrian bersama-sama selepas kerja. Hani pergi ke rumah Julia untuk menemui Ju bertanya apa yang Hani buat di situ. Hani memberi amaran kepada Ju supaya menjauhi dari Remy. Ju memberitahu Sofia Hani adalah sepupu Remy. Sofia hairan perempuan begitu ke Remy nak jadikan isteri. Ju menjawab, itu semua kehendak ayah Remy dan Ju juga tidak mahu berkahwin dengan orang yang memberi masalah dalam dirinya. Remy tidak sanggup kehilangan Ju tetapi dia tidak boleh memaksanya. Menurutnya lagi Ju akan berundur. Ibunya tidak dapat berbuat apa melainkan menasihatinya sahaja.

Tuanku: Memang kamu tak perlu tergesa-gesa. Beri masa, beri ruang banyak masalah nampaknya biarkan mereka selesaikannya sebagai manusia dulu.
Dino: Tapi tuanku permaisuri nak sangat mereka patik balik ke bumi semula, tuanku.
Tuanku: Permaisuri memang begitu. Tetapi beta fikir adalah lebih baik membiarkan anak-anakanda beta menyelesaikan masalah mereka dengan cara mereka tapi kalau kamu yang ingin menyelesaikannya mudah sekali. Tetapi itu bukan caranya. Biarlah anak-anakanda beta belajar betapa susahnya barulah mereka tahu betapa susahnya hidup di bumi. Betapa indah dan syadunya tinggal di negara yang indah ini.
Dino: Kalau itu yang tuanku inginkan patik bersetuju benar tuanku. Lagipun di bumi keadaannya sibuk tuanku... memang banyak pencemaran. tuanku.
Tuanku: Beta tahu, beta maklum. Itulah sebabnya beta biarkan anak-anakanda beta bersusah-payah dahulu kerana itulah sebaik-baik pelajaran sebelum mereka memerintah negara ini.
Dino: Sungguh bijaksana strategi tuanku itu. Kalau begitu, izinkan patik pergi dahulu.
Tuanku: Silakan.
Dino: Terima kasih, tuanku.



Dalam satu babak yang lain:

Connie: Arif ada tanya
Julia: Tanya apa?
Connie: Kenapa awak jauhkan diri daripadanya. Sayapun perasan awakni dah tak cakap dengannya dan tak keluar dengannya.
Julia: Saya tak nak fikirlah sekarang ni. Kalau saya fikir nanti saya pening kepala.
Connie: Dengan sayapun awak malas nak cerita?
Julia: Lagipun sekarang ni saya nak awak tumpukan perhatian awak pada urusan adik awak. Lebih penting daripada urusan saya dengan Arif.
Connie: Tak apa, awak perlu... yang adik saya tu, tak apa lain kali saja.


Connie dapat rasakan bahawa Julia cuba menjauhi dari Arif. Julia berkata dia tidak mahu bercakap dengan tentang hal itu. Julia meminta Connie tumpukan urusannya terhadap adiknya, Adrian. Kisahnya bersambung...


Sambungan kisah Drama Lagenda: Julia Juli: Episode 18 Part 1


Sambungan kisah Drama Lagenda: Julia Juli: Episode 18 Part 2

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada videoklcom Channel)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, tv9 dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by