Tuesday, August 26, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-51 YANG DISIARKAN PADA 26 OGOS 2008 SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-51 YANG DISIARKAN PADA 26 OGOS 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Episod 50

Dalam episod semalam iaitu episod 50 menceritakan Tatia telah hilang dari pandangan diculik oleh Bayu setelah menekup mulut Tatia sewaktu Tatia sedang bercakap dengan Adel melalui telefon bimbit. Robin Hood moden dan Rafli telah menjumpai telefon bimbit Tatia dan terdapat kesan darah di lantai. Apakah sebenarnya berlaku kepada Tatia?

Episod 51 pada 26 Ogos 2008, Selasa jam 2.30 hingga 3.30 petang:


Episod 51 - 1

Episod 51 bermula dengan sedutan episod 50... Adel hairan kenapa Tatia menjerit dengan begitu kuat sewaktu dia bercakap dengannya melalui telefon bimbit. Robin Hood moden dan Rafli sangat risau dengan keadaan Tatia.

Rafli bertanya kepada Robin Hood moden samada benar dia terdengar jeritan seseorang. Robin Hood moden menjawab mungkin itu adalah jeritan Tatia. Tatia pengsan atas buatan Bayu dan dia membawanya ke suatu tempat. Robin Hood moden dan Rafli terus mencari Tatia di sekitar kawasan rumah itu.


Episod 51 - 2


Episod 51 - 3

Bayu bercadang untuk membunuh Tatia tetapi pisaunya hilang. Rafli menjumpai pisau Bayu dan dia menunjukkan pisau itu kepada Robin Hood moden. Bayu hampa kerana mereka telah menjumpai pisaunya. Robin Hood moden meminta Rafli supaya berhati-hati kerana kemungkinan orang itu adalah merbahaya. Bayu masuk ke dalam rumah dan bersembunyi disitu. Dia membawa masuk Tatia yang telah pengsan bersamanya masuk melalui tingkap bilik air. Bayu masuk ke dalam salah sebuah bilik dan dia mendapati banyak topeng di situ. Dia terpegun melihat keadaan di kamar itu.

Bayu pakai salah satu topeng ke mukanya dan tergelak seorang diri. Kemudian dia bercadang untuk mengaburi Tatia dan semua orang dengan topeng itu. Tiba-tiba dia teringat Tatia yang telah mengaburinya dengan topeng. Kini dia telah faham selama ini Vivian dan Nico mengetahui hal ini.

Robin Hood moden memberitahu Rafli bahawa penculik itu(Bayu) telah sembunyi di dalam salah satu bilik di rumahnya. Bayu mengambil dua topeng, katanya satu untuknya dan satu lagi untuk Tatia supaya dia boleh terselamat apabila keluar dari situ dan tiada sesiapapun yang akan mengenali mereka.


Episod 51 - 4

Robin Hood moden dan Rafli puas mencari penculik yang telah menculik Tatia tetapi tidak berjaya. Bayu membawa Tatia keluar dari rumah itu dan dia bercadang untuk memberi satu kejutan. Rafli terdengar anjing menyalak dari luar dan mereka teruskan pencarian mereka.

Rafli dan Robin Hood moden tertipu oleh Bayu yang telah memakai topeng dan ini bermakna Bayu telah berjaya mengaburi mereka. Bayu meneruskan perjalanannya dan dia begitu gembira dan mengatakan tiada seorangpun yang dapat menghalangnya daripada membuat apa sahaja dengan adanya topeng.

Apabila ditanya Nico, Adel memberitahunya bahawa Tatia telah mengatakan ayahnya, Bayu sanggup membunuh anaknya sendiri. Nico minta Adel untuk berterus terang sahaja dan akhirnya Adel menjelaskan bahawa dia terdengar jeritan Tatia dan selepas itu talian telefon putus.


Episod 51 - 5

Nico menelefon Rafli dan dia diberitahu huru hara telah berlaku dan Tatia diculik. Adel mencuri dengar perbualan Nico dan Rafli dan dia juga seperti agak terkejut mendengar akan hal itu. Robin Hood moden mendapat tahu mereka berdua telah tertipu dan dipermainkan oleh penculik itu kerana dia mendapati koleksi topengnya berkurangan.Robin Hood mengatakan bahawa Bayu telah tersilap mengambil topeng iaitu wajah seorang bernama Jarwo yang kini dalam buruan polis.



Nico mendesak Rona untuk memberitahunya di mana Bayu berada. Rona menipunya bahawa Bayu berada di dalam bilik air tetapi apabila Nico tidak menjumpainya di situ dia memberitahu Rona, dia akan mencarinya sendiri.

Tatia berjaya melarikan diri apabila Bayu dipukul oleh sekumpulan penjahat yang ingatkan bayu adalah Jarwo. Bayu membuka topengnya dan mereka meminta Bayu buang topeng tersebut kerana mereka hampir tersilap orang.






Rafli dan Robin Hood moden tiba di tempat kejadian. Begitu juga dengan Nico dan Timo. Rafli memberitahu Nico bahawa mereka sedang tidur sewaktu Tatia diculik. Tiba-tiba Nico menunjuk ke arah Tatia yang sedang lari ketakutan.







Bayu mengejar Tatia dengan senjata besi yang dirampasnya daripada seorang pemuda yang telah membantu Tatia membuka topeng di mukanya. Tatia menjerit ketakutan dan terus berlari. Apabila tiba di landasan keretapi Tatia terjatuh dan bertanya kepada Bayu(sedang memakai topeng) siapakah dia? Bayu menjawab dia adalah orang yang ingin membunuhnya. Selepas itu Bayu menggunakan sejenis senjata dan memukul memukul kepala Tatia dengan sejenis senjata besi yang dirampasnya daripada seorang pemuda yang telah membantu Tatia membuka topengnya.









Sebuah keretapi sedang menuju ke arah Tatia yang masih berada di landasan keretapi. Adakah Tatia akan terselamat atau sebaliknya? Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku episod 52 pada hari Rabu, 27 Ogos 2008, jam 2.30 hingga 3.30 petang.

Online Visitors

Thank you for dropping by