Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro RiaSila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)Pelakon/Pemain
SynopsisIt begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.
Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.
Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.
Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.
Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.
Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 23 Part 1Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 23 Part 2Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 23 Part 3Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 23 Part 4Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 23Sambungan dari Episode 22 menceritakan Kirana berasa amat risau dan panik kerana perbualannya dengan Raka terhenti apabila tiba-tiba Raka ditimpa kemalangan jalan raya.
Jono: Ada apa, mas?
Raka: Maaf saya menganggu.
Raka: Kereta saya rosak.
Jono: Aduh, gimana mas ya. Bengkel kami dah tutup.
Raka: Maaf tapi saya amat perlukan bantuan awak...
Sebelum Raka sempat meneruskan kata-katanya dia ternampak Piyu yang mirip dengan Galang. Raka terkejut melihat Piyu.Piyu tanya Jono siapa yang telah datang.Raka seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Suara hatinya berkata Piyu adalah Galang. Dia sampai tidak dapat berkata apa-apa lagi. Piyu tanya Raka kenapa dia lihat dia seperti itu. Kata Jono mungkin Raka terkejut kerana dia baru dapat musibah. Jono menunjukkan tempat di mana letaknya Wartel agar Raka dapat menelefon ke Jakarta dan terminal bas . Raka cuma dapat menyimpan keingintahuannya tentang Piyu dan tidak boleh tanya dengan lebih lanjut tentang Piyu kerana Piyu akan bertunang dengan Fara pada malam itu. Raka mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana telah menolongnya. Katanya lagi kalau bukan kerana mereka berdua, sudah pasti dia tersadai di situ. Raka juga mengucapkan tahniah atas pertunangan Piyu. Piyu dan Jono teruskan perjalanan ke kediaman Fara. (Fara pada waktu itu sedang menunggu Piyu penuh dengan kerisauan dan dia mengamuk kerana Piyu masih belum sampai ke pesta pertunangan meeka)
Kirana pengsan dan histeris apabila tidak mendapat berita daripada Raka tetapi dia berasa lega setelah Raka menelefonnya. Raka menelefon Kirana dan memberitahunya dia berada dalam keadaan baik-baik saja dan minta Kirana usah risaukannya.Baim bertambah sedih apabila dia dapat rasakan Kirana menyukai Raka. Dalam hatinya dia tahu bahawa tiada harapan untuknya bersama Kirana. (towards the shinystar)
Raka serba salah samada mahu memberitahu Kirana tentang pertemuannya dengan Piyu(Galang) atau tidak. Dia khuatir sekiranya dia memberitahu Kirana tentang Galang Kirana dia tahu Kirana cuma akan kecewa sekiranya orang itu bukan Galang.
Pertunangan Piyu dan Fara dilangsungkan.
Nenek Sita: Apa yang kamu fikirkan. Raka benar-benar mencintai kamu. Dia selalu melakukan apa saja yang kamu mahu, Kirana.
Nenek Aida: Nenek yakin kamu sama Raka pasti bahagia.
Kirana: Tapi saya sendiri tak faham dengan apa yang saya rasakan. Saya masih mencintai Galang dan saya yakin Galang pasti akan kembali.
Nenek Aida: Kau harus berhenti bermimpi mengharapkan Galang kembali. Sekalipun Galang itu cucu nenek, tapi nenek tak suruh kau tunggu dia. Nenek tahu dia itu sudah meninggal dan dia tidak akan kembali. KIrana sayang, kau harus melangkah ke depan. Nenek Aida dan Nenek Sita nak sangat tengok kau bahagia. Nikahlah dengan Raka, sayang.
Benny memberitahu Linda dia harus pergi uruskan kereta Raka. Linda diberitahu kereta Raka:
Benny: Kereta Raka ada dibengkel, bu. Malam tadi dia terlanggar sesuatu.
Linda: Apa? Raka kemalangan?
Linda risaukan keadaan Raka lalu pergi menemuinya.
Linda: Raka, kau tak apa-apa kan sayang? Tadi mama dengar dari Pak Benny katanya kamu kemalangan. (towards the shinystar)
Raka: Saya tak apa-apa, ma. ( Raka cepat-cepat menyimpan cincin yang mahu diberikan kepada Kirana di dalam laci kerana tidak mahu mamanya tahu)
Linda: Kau tu bawa kereta tak berhati-hati. Kalau sesuatu terjadi pada kau, mama akan gila.
Raka: Saya cuma mahu bertemu dengan Kirana. Semalam ada pesta perayaan buat Kirana. Mama kan tahu, dia udah menerima penghargaan. Mama dah ucapkan tahniah kepada Kirana ke belum?
Kirana melawat Raka dan bertemu dengan Linda. Dia meminta izin untuk menemui Raka.
Kirana: Boleh saya jumpa dengan Raka, bu?
Linda: Kamu tidak perlu berpura-pura sopan di depan saya. Apa pun yang kamu lakukan tidak akan pernah mengubah pendapat saya tentang awak. Kamu memang pembawa malang. Dulu kamu membuat tunangan kamu mati. Dan sekarang kamu melakukan perkara yang sama terhadap anak saya. Kamu fikir kedatangan kamu di sini membuat anak saya semakin baik? Hmm. tidak akan. Saya minta kamu jauhi anak saya karena kamu hanya akan membahayakan dia.
Linda kemudian meninggalkan Kirana di situ. Kirana kelihatan sedih apabila bertemu dengan Raka.
Raka: Kirana kamu kenapa?
Kirana: Aku memang pembawa malang, Raka. Aku cuma boleh buat orang yang aku sayang, terluka. Aku pembawa malang.
Raka: Kenapa kau cakap begitu?
Kirana: Kau kemalangan kerana aku. Sebelumnya Galang kemalangan juga kerana aku sampai dia... dia...
Raka: Kirana...
Kirana: Raka, kamu memang harus menjauhi aku. Kalau kamu terus dekat sama aku, aku cuma bisa bikin kamu terluka.
Raka: Itu tak benar, Kirana. Kau sebaliknya adalah penyelamat aku. Aku boleh berdiri di sini semuanya kerana kau, Kirana. Kau yang buat aku hidup berdikari. Aku jadi seperti sekarang semuanya kerana kau. Berada di sisi kau sentiasa membuat aku bahagia. Kalau memang itu yang kau katakan malang, aku tak keberatan hidup malang seumur hidup aku. Kirana, kau tahu kan, betapa pentingnaya kau dalam hidup aku. Jadi jangan pernah keluarkan kata-kata seperti itu lagi dari mulut kamu. Dan jangan pernah menitiskan air mata yang sia-sia untuk hal seperti ini, ya?
Kirana: Raka, kamu tahu tak? Kamu tahu tak malam tadi aku risau sangat. Aku takut apa-apa terjadi pada kau.
Raka: Kau jangan takut, Kirana. Aku tak akan pernah tinggalkan kau. Tidak akan.Surti terus menjaga Tejo dan memberinya bekal makanan. Surti bersetuju untuk menikahi Tejo tetapi katanya biar luka Tejo sembuh dahulu. Tetapi menurut Tejo dia sudah sembuh.
Surti: Awak nak ke mana?
Tejo: Nak ke rumah ketua kampung... terus ke masjid untuk uruskan surat pernikahan kita.
Surti berasa senang hati mendengar apa yang dikatakan Tejo. Mereka akan bernikah tidak lama lagi.
Raka pergi ke bengkel mengambil keretanya yang sudah dibaiki. Jono hairan kenapa Raka asyik tanyakan tentang hal Piyu. Jono dapat rasakan pasti ada sesuatu yang mencurigakan. Jono minta Pak Mahmud menolongnya.
Jono: Pak Mahmud saya nak minta tolong.
Bapak lihat tak lelaki di sebelah sana tu?
Pak Mahmud: Ya.
Jono: Tolong bapak dekati dia dan awasi dia. Terima kasih pak, ya.
Pak Mahmud kepada Raka: Awak mahu guna telefon, ya? Kalau waktu begini, tuan punya warung telefon selalu keluar. Sudah berapa kali saya bilang, warung telefon ini jangan ditinggal-tinggalkan. Maklum namanya anak muda. Awak pasti bukan orang sini sebab saya tak pernah tengok awak.
Raka: Ya pak. Kebetulan saya di sini kerana nak ambil kereta saya dari bengkel yang ada di sana.
Pak Mahmud: Bengkel Piyu dan Jono? Tak usah risau kalau di tangan dia. Dia memang pakar.
Raka: Bapak kenal sama Piyu?
Pak Mahmud: Saya kenal dia sejak dia masih kecil. Bahkan dia sering main dengan cucu saya.
Raka: Jadi Piyu dah tinggal di sini sejak kecil?
Pak Mahmud: Ya orang tuanya sudah meninggal kerana kemalangan sejak Piju masih remaja. Jadi sekarang ini dia tinggal di sini sama Jono.
(Raka berasa lega mendapat tahu Piyu bukan Galang yang disangkakannya selama ini. Piyu cuma adalah seseorang yang mirip Galang.) Pak Mahmud sebenarnya cuba menutupi hal itu daripada Raka kerana alasan lain. Mungkin mereka tidak mahu Piyu meninggalkan kampung itu.
Baim gembira mendapat tahu ibunya akan bernikah dengan Pak Tejo pada minggu itu. Aishah dan Nasrun turut tumpang gembira mendengar berita itu. Nasrun kata akhirnya usaha Pak Tejo tak sia-sia. Katanya lagi: "Nikah juga mak Baim dengan Pak Tejo. Mereka bercadang untuk membincangkan tentang persiapan pernikahan Ibu Surti dengan Pak Tejo. Mereka mahu menyediakan makanan yang sedap-sedap sewaktu majlis pernikahan itu nanti.
Kirana hairan kenapa setiap kali dia berada di luar hujan pasti turun.
Kirana tanya Raka yang sewaktu muncul di situ, kenapa dia berada dia buat apa di sana. Nanti dia akan sakit. Tetapi Raka tersenyum dan kata pada Kirana:
Raka: Aku mahu tunjukkan sesuatu untuk kau.
Kirana: Tunjuk apa, Raka?
Raka melamar Kirana dan Kirana bersetuju dengan hati yang senang tanpa berfikir panjang.
Raka: Kau dah jadikan aku orang yang paling bahagia di dunia. Aku harap kau mahu pakai cincin itu selamanya.
Sita ternampak Kirana dan Raka di luar dan dia memanggil Aida dengan perasaan yang gembira.
Sita: Aida mari sini.
Aida: Apa halnya kau menjerit-jerit ini.
Sita: Itu, lihat...
Aida turut gembira melihat semua itu.
Raka: Kita kena buat majlis itu secepat mungkin, Kirana.
Kirana: Jangan dulu. Minggu depan Mak Cik Surti dan Pak Tejo nak rasmikan hubungan mereka. Tadi Baim beritahu aku.
Raka: Akhirnya mereka jadi menikah juga. Okey tak apalah, aku sabar demi kamu, walau selama manapun aku terus menunggu.
Aida: Mudah-mudahan dia akan bahagia dengan Raka.
Sita: Mudah-mudahan. Sudahlah nanti kalau dia lihat kita, dia malu.
Kirana mimpikan Galang lagi.
Galang: Aku mahu cincin aku kembali, Kirana. Pulangkan cincin aku.
Kirana: Buat apa kau nak cincin itu semula?
Galang: Kau tak tunggu aku, Kirana. Apa kau dah melupakan aku? Apa cuma sebegitu cinta kau pada aku?
Kirana: Tak, aku tak pernah melupakan kau. Aku tak akan pernah melupakan kau, Galang.
Galang: Ini cincin siapa?
Kirana merayu pada Galang agar tidak menganggalkan cincin pemberitan Raka padanya. Tetapi Galang tidak menghiraukan Kirana dan terus mengambil cincin tersebut dan membuangnya.
Kirana terjaga dan dia mengambil keputusan untuk menolak lamaran Raka.
Pada hari keesokan, Raka membeli sejambak bunga untuk Kirana tetapi:
Raka: Kirana, kau kenapa?
Kirana: Maafkan aku, Raka. Aku tak boleh terima cincin ini.
Raka terkejut apabila Kirana memulangkan cincin itu kepadanya.
Kisah selanjutnya Cinta Kirana bersambung dalam kemas kini yang akan datang dalam Episode 24.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/http://id.wikipedia.org/sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)