Sunday, May 18, 2008

BERITA TERKINI: ULASAN LENGKAP KONSERT MINGGU KESEMBILAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 YANG TELAH BERLANGSUNG DI DEWAN SIVIK MBPJ PADA 17 MEI 2008


Ulasan Konsert Minggu Kesembilan Akademi Fantasia Musim Ke-6


Pengacara konsert mingguan Akademi Fantasia Musim Ke-6: AC Mizal

Hello salam daripada sapphire blu untuk semua sekali lagi dalam kemas kini ulasan konsert kesembilan Akademi Fantasia musim ke-6 yang telah berlangsung semalam, 17 Mei 2008 dari Dewan Sivik MBPJ, di Astro Ria Saluran 104.

Kepada sesiapa yang ingin pergi ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 24 Mei 2008 untuk menonton Tiket untuk menonton Konsert Minggu Ke-10 (Konsert Terakhir) Akademi Fantasia musim ke-6 atau Konsert "Finals", tiket sudah mula dijual dengan harga RM20, RM40 dan RM60 dan boleh juga dihubungi di talian 03-77115000.

Selain itu anda boleh melayari laman web di www.axcess.com.my untuk tempahan tiket. Jangan lupa untuk menyaksikan konsert minggu terakhir, konsert minggu ke-10 pada jam 9 malam.

Seandainya anda ingin mengikuti siarannya secara langsung di rumah sahaja, Konsert Final Akademi Fantasia musim ini juga disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, saluran 104 pada 24 Mei 2008, tepat jam 9 malam. Bagi peminat Akademi Fantasia yang tidak dapat menonton dari TV anda akan dapat mendengarnya dari radio menerusi ERA FM.

Konsert Minggu Ke-9 yang baru berlalu semalam, 17 Mei 2008 pembukaannya dimulakan dengan:


Persembahan daripada Fabulous Cats dengan lagu "Bawaku Terbang"








Kedudukan peratusan Afundi 6 pelajar sebelum konsert bermula

Stacy 19%
Riz 19%
Nadia 17%
Nubhan 17 %
Stanly 14%
Toi 14%


Pengkritik pertama konsert minggu ke-9 Akademi Fantasia Musim Ke-6: Fauziah Ahmad Daud atau dengan panggilan Kak Ogy


Pengkritik kedua konsert minggu ke-9: Ning Baizura


Pengkritik ketiga dan beliau merupakan Pengkritik jemputan untuk konsert minggu ke-9: Afdlin Shauki


Persembahan pelajar yang pertama: Stacy


Beat It: Stacy

Kak Ogy: Sebutan kurang jelas. Malam ini macam Stacy kurang bertenaga. Itu pandangan saya tetapi apapun, jangan risau Stacy tetap akan masuk Final.

Ning Baizura: Kita dah tahu your ability you can dance and you can sing very well. We love what you did. Itu pujian harus diberikan because anda telah menyahut cabaran. But at the same time, kadang-kadang kakak rasa macam tone Stacy tak konsisten mungkin sebab first time menyampaikan lagu ini dan tak pernah mendengar lagu ini sebelum ini.

This is a very classic song. We all know this song and we were all for the era. Kadang-kadang it sounds very throaty macam you nak menelan terlampau banyak sangat. You don't have to scream sayang. Your voice is beautiful dah. You have to watch your tone don't lose that focus because if you want to be a star you have to have everything.

Afdlin Shauki: Awak telah berjaya membawa lagu ini dengan baik. Lagu ini memang tak senang. Anda telah dapat menyampaikannya dengan amat bagus sekali.


Persembahan kedua: Toi


Toi: "Kau Yang Bernama Seri"

Kak Ogy: Saya nak awak ucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar anda. Bukan kerana Hari Guru kerana anda membuat saya terpukau dengan persembahan anda pada malam ini. Kenapa dari awal-awal lagi tak nak buat macam ni? I wish you all the best. Toi, betul-betul saya terasa tadi. Ada rasa betullah. Good luck to you Toi.

Ning Baizura: Malam ini baru Kakak tengok Toi buka mulut. Buka mulut besar pula tu. Kalau cakap mengenai vokal, kita semua sedar, tonight you really have improved so much. Tempo dah much better. Just need to work a little bit more and give more colours. Warnakan sikit your vokal. Just a little bit more variety okay!!

Afdlin Shauki: Di dalam dunia ini, ramai orang yang boleh menyanyi. Anda adalah di antara orang-orang itu. Tetapi ada perbezaan di antara seorang penyanyi yang hanya menyanyi dan a performer. Saya ada masalah sikit dengan performance. Nyanyian A tak ada masalah. Performance saya rasa bila kita tengok penyanyi rock yang lain,contohnya Amy Searchke, Awie ke siapa-siapa mereka hidup dengan lagu dia orang. Saya rasa awak telah menyanyi tadi maknanya mesti lebih emosi dik, kenakan dengan lebih honest lagi.


Persembahan kedua: Stanly


Stanly: Kerana

Kak Ogy: Terus terang saya ingin menyatakan bahawa lagu ini ianya penuh dengan emosi. Emosi Stanly kurang sampailah dik. Saya rasa ia adalah sebuah persembahan yang terlalu selamat. Jadi selamatlah jadinya. Itu saja.

Ning Baizura: Sekarang ni you have improved yourself in sounding less classical. You are sounding very much more commercial dan lagu ini memang susah nak bawa. Kalau kita nampak Alleycats nampak senang aje he has got this really beautiful very high register. He managed to hold his notes very well. You macam working a bit too hard on your tone. You have to practise more on your high notes and how to maintain and sustain. Just practise, practise, practise.

Afdlin Shauki: Stanly, di dunia ini ada orang yang akan bergerak bila mendengar muzik. Ada orang tidak bergerak. Anda tergolong dalam orang-orang yang tidak bergerak bila mendengar muzik. Suara anda okey, bagus tetapi saya rasa anda tak rasa muzik tadi. You kena rasa muzik itu dan sampaikan kepada kita. Suara okey.




Persembahan keempat: Nadia
Nadia: Lelaki Buaya Darat





Kak Ogy: Beryakinan, bertenaga dan tarian anda selari sungguh dengan penari-penari tadi. Saya suka dengan persembahan anda tadi. So good luck to you girl.

Ning Baizura: Nampak gaya hari ini awak betul-betul nyanyi and hit the note right okey. Ada banyak perubahan daripada minggu lepas cuma you have to be really really careful. Try not to macam shout. What I mean shout tadi you tak jerit banyak tapi at some notes, just becareful just relax on your voice you know. It will come and support you when you need it so have to work more on the colours of your voice okay!

Afdlin Shauki: Saya rasa di antara ramai-ramai ni awak akan pergi Final. Tapi saya rasa juga anda mesti meminta bantuan orang yang memakai baju untuk anda untuk mengelakkan memakai baju-baju seperti ini kerana saya amat distracted dengan baju awak. Sekarang ni awak nampak macam scout nak pergi camping. Lagunya adalah lagu muda pakaian muda sikit.


Persembahan kelima: Riz
Riz:





Kak Ogy: Once again I would like to congratulate the dancers, Linda. Membawa suasana zaman era itu. Tetapi Riz kenapa saya lihat Riz macam tak selesa, Riz ada terlupa steps, kiri kanan saya sedar, saya nampak Riz macam tak selesa and I was expecting you to give more, rock together with them. I expected that but I am sure you are going to get into the Finals.

Ning Baizura: Tempo kena jaga dik. Kalau daripada last week, it's much better this week. Awak tak ada banyak problem actually cuma kena practise more. You have to look like a performer and you are into it. Walaupun lagu ini saya yang suggest, terima kasih banyak-banyak.


Afdlin Shauki: Riz kalau Rock and Roll tinggal di sini, anda tinggal di sini. Rock and Roll tidak boleh dibeli dengan gel rambut sahaja. Dia kena datang dari sini. Tolong jangan nyanyi lagu Rock and Roll lagi.


Persembahan keenam: Nubhan


Nubhan: Tapi Bukan Aku

Kak Ogy: Saya cukup takut tadi bila suara awak crack. Awak akan hilang fokus dan bila sesuatu terjadi pada Nubhan kelemahan Nubhan ye! Setiap kali bila distraction berlaku Nubhan punya confidence level dan energy level Nubhan akan secara automatic menurun tetapi tadi anda berjaya mengawal. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda walaupun tadi ada sikit silap sana sini, tetapi anda dapat memberi emosi terhadap lagu ini. Tahniah. Good luck to you.

Ning Baizura: Kita semua tahu Nubhan ada suara yang unik dan suara yang paling komersial untuk seorang lelaki especially male vocals kita tak ada di Malaysia macam ini lagi. Mungkin adalah tapi awak punya serak-serak basah tu sedap. Teknik awak dah makin kemas. Sekarang anda kena jaga breathing, itu yang sangat penting sangat dik. Malam ini mungkin anda telah melayakkan diri anda ke Final. Good luck to you.

Afdlin Shauki: Nubhan, bila menyanyi terutama sekali bila anda berada di Akademi Fantasia ini saya punya sendirilah, saya tak suka orang pakai cermin mata pasal cermin mata hitam itu potong connection anda dengan audience. Dia tidak sampai. Bila awak buka tiba-tiba, eh.. eh Nubhan. Juara Akademi Fantasia mestilah seorang yang luar biasa bukan biasa-biasa. Anda kena buat performance anda luar biasa. Jangan terkucir, semua ini tak nak.


Persembahan lagu bonus pertama: TOI & STANLY : Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi/M Nasir)












Persembahan lagu bonus kedua: RIZ & NADIA : Endless Love (Luther Vendross / Diana Ross)








Persembahan lagu bonus ketiga: NUBHAN & STACY : Ada Cinta ( Acha / Irwansyah )



Keputusan terkini konsert kesembilan Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada 17 Mei 2008 telah diumumkan oleh Pengacara AC Mizal di penghujung rancangan selepas lagu "Menuju Puncak".


Persembahan lagu "Menuju Puncak" daripada 6 pelajar Akademi Fantasia Ke-6


Debaran daripada penonton di Dewan Sivik begitu terasa sewaktu Pengacara mengambil kad yang tercatat nama pmeilik beg bagasi yang berwarna merah itu. Siapakah pemiliknya?


Toi merupakan pelajar pertama yang diumumkan berjaya untuk ke konsert "Finals".


Walaupun Nadia adalah pelajar kedua yang dipanggil untuk ke depan tetapi nasibnya masih belum dapat ditentukan lagi. Bagaimana pula nasib pelajar yang lain.


Nubhan juga adalah salah seorang pelajar yang dapat beraksi di konsert "Finals"


Adakah Nadia akan terselamat?


Stacy, Riz dan Stanly. Siapakah di antara mereka yang akan mara ke Final juga?


AC Mizal mengumumkan Stacy juga akan ke konsert Akhir Akademi Fantasia ke-6


Nadia masih belum tahu akan nasibnya. Sudah berulang kali namanya disebut tetapi dia masih berada dalam tanda soal? AC Mizal juga mengumumkan yang keputusan Nadia ke Final atau tidak masih belum diketahui lagi.


Kak Ogy juga menunggu keputusan konsert minggu ini dengan penuh debaran. Begitulah magiknya Akademi Fantasia. Penuh dengan suspen dan debaran.


Nadia diminta untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Riz kerana Riz akan berada di konsert akhir pada minggu hadapan. Gambar di atas menunjukkan Stanly memberi pelukan kepada Riz. Bagaimana pula Nadia dan Stanly? Siapakah yang akan bersama dengan pelajar yang lain untuk kekal ke minggu kesempuluh?










Akhirnya AC Mizal mengumumkan bahawa pelajar yang akan meninggalkan konsert minggu ke-9 Akademi Fantasia ke-6 adalah Stanly. Ini bermakna Nadia akan bersama-sama dengan rakannya yang lain ke konsert akhir di minggu hadapan. Terus Afundi Nadia sekiranya dia merupakan pelajar kegemaran anda. Ini adalah kali kedua di mana dia hampir tersingkir.

Tahniah kepada Nadia dan juga rakan-rakannya yang berjaya beraksi di konsert akhir nanti pada 24 Mei 2008, di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang akan disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104.

Walaupun Stanly tersingkir dalam konsert minggu ini, tetapi dia telah buat persembahan dengan sebaiknya.



Konsert minggu kesembilan Akademi Fantasia sudah tiba di penghujung rancangan dan siapakah pelajar yang melangkah anak tangga yang terakhir menuju puncak di konsert "Finals" yang akan berlangsung di Bukit Jalil pada 24 Mei 2008?


Stanly (Stanley Maringai David Impi) 25 tahun dari Sarawak tersingkir dalam konsert minggu kesembilan yang telah diadakan di Dewan Sivik MBPJ di penghujung rancangan.





Stanly merupakan pelajar yang terakhir tersingkir dalam konsert minggu kesembilan selepas undian ditutup. "Jari Menjadi Juri" begitulah kata-kata yang kita selalu dengar dalam Akademi Fantasia.






"Jangan lupa undi kawan-kawan saya yang ada di atas stage" begitulah kata-kata Stanly sebelum dia mengusung bagasi berwarna merah dari pentas Dewan Sivik MBPJ





Stanly terpaksa akur dengan keputusan di mana dia terpaksa mengusung bagasi berwarna merah dari pentas Dewan Sivik MBPJ kerana tidak mendapat undian yang mencukupi untuk ke konsert yang terakhir dalam Akademi Fantasia musim ini. Walau bagaimanapun persembahan yang diberikan oleh Stanly sebelum undian ditutup tadi. Semoga Stanly akan terus berjaya dalam bidang nyanyian.



Lima pelajar yang akan beraksi dan teruskan perjalanan mereka ke konsert "Finals" pada 24 Mei 2008 di Bukit Jalil adalah:

Toi
Nubhan
Stacy
Riz
Nadia

Tahniah kepada lima pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 ini kerana berjaya sampai ke tangga "Menuju Puncak" dan seterusnya akan membuat persembahan dalam konsert minggu kesepuluh iaitu konsert terakhir Akademi Fantasia Musim Ke-6.

KEDUDUKAN PELAJAR SEBELUM KONSERT

Stacy 19%
Riz 19%
Nadia 17%
Nubhan 17 %
Stanly 14%
Toi 14%

KEDUDUKAN PELAJAR SELEPAS UNDIAN DITUTUP (Kedudukan Afundi terkini pada 17 Mei 2008)

Toi 19%
Stacy 19%
Nubhan 17%
Riz16%
Nadia 15%
Stanly 14%



"Satu harapan satu tujuan satu destinasi mengubah impian menjadi realiti" Sekian untuk kali ini daripada sapphire blu untuk semua. Segala silap salah dalam ulasan ini harap maafkan.

Hingga kita berjumpa lagi dalam kemas kini Diari Akademi Fantasia Musim ke-6 Minggu ke-10 mulai 19 Mei 2008.

Online Visitors

Thank you for dropping by