Tuesday, July 22, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-32 YANG DISIARKAN PADA 23 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-32 YANG DISIARKAN PADA 23 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Gambar Dude Harlino sebagai Taufan
Gambar Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian ke-4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian pertama hingga ke-4)

Episod 32

Edo bertembung dengan Tatia pada episod yang lalu. Dia tidak percaya bahawa Tatia masih lagi hidup. Edo tertanya-tanya tentang sebab Tatia tidak pulang ke rumahnya walaupun masih hidup. Taufan dan Tatia makan di sebuah restoran dan Taufan berkata bahawa dia tidak pernah berasa begitu bahagia. Taufan termenung seketika kerana bimbang Tatia akan dirampas oleh orang lain pada suatu hari nanti kerana dia begitu cantik sekali. Seorang pemain biola di restoran tersebut menyalahfahamkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri, maka Tatia berkata bahawa dia tidak akan menyesal jika Taufan menjadi suaminya.

Rafli menghantar Adel pulang ke rumah dan mencium pipi Adel (hanya kerana diminta oleh Adel). Ternyata Rafli melakukannya dengan langsung tidak rela. Sewaktu Adel tiba di hadapan pintu rumahnya, kedengaran bunyi muzik yang amat kuat yang dipasang oleh Bayu dan Rona.Nico berasa sangat marah sehingga ingin memarahi mereka tetapi Adel menawarkan diri untuk melakukannya. Sebenarnya, mereka memasang muzik dengan begitu kuat hanya untuk mendera Timo sehingga mukanya melecur dengan amat parah. Bayu menjelaskan kepada Adel tentang apa yang sedang berlaku. Vivian terlihat dari jauh cara Bayu dan Adel bercakap den berasa amat hairan tentang hubungan mereka. Bayu dan Rona terus mendera Timo yang menangis kesakitan. Bayu menyapu garam pada muka Timo untuk memburukkan lagi lukanya.

Kembali ke tempat di mana Tatia dan Taufan sedang makan, Edo yang tidak percaya bahawa Tatia masih hidup mengikuti Tatia sewaktu dia hendak ke tandas. Edo menunggu Tatia di luar tandas dan berpura-pura untuk mengemop lantai. Apabila Tatia ingin lalu, dia tidak membenarkannya. Mujur Taufan muncul tetapi dia juga ingin ke tandas lalu meninggalkan Tatia di luar. Sementara itu, Edo memberitahu Tatia bahawa dia tahu Tatia bukannya bernama Nur. Selepas Taufan keluar, mereka meninggalkan tempat itu. Tatia berasa amat takut dan Taufan berjanji untuk melindunginya.

Luci meminta suaminya untuk mendapatkan telefon untuknya kerana ingin menelefon Nico. Suaminya enggan berbuat demikian, malah membuat Luci tersungkur. Vivian memberitahu Nico bahawa Adel membelai-belai Bayu seperti ayah kandungnya. Mereka berasa amat hairan dan pelik. Luci menelefon Nico untuk memberitahu tentang hubungan Adel dan Rafli serta cuba meminta wang daripada Nico untuk membuka syarikat Rafli. Luci mengajak Nico untuk keluar untuk berbincang tentang hal tersebut dan meminta wang cek sebanyak 10juta rupiah. Nico terperanjat apabila mendengarnya. Vivian berasa amat marah setelah mengetahuinya.

Adel tiba-tiba muncul dan menyuruh Nico untuk menurut kehendak Luci. Apabila Tatia dan Taufan tiba di rumah mereka, Tatia risau dan takut Edo akan mengikutinya pulang ke rumah. Taufan cuba meyakinkan Tatia bahawa walau roh Edo pun tidak akan ke rumah mereka.

Pada pengakhir episod ini, syaitan itu muncul dan seterusnya Edo keluar dari belakang "jeep" Taufan. Apakah yang akan berlaku setelah Edo berjaya mengetahui tempat tinggal Tatia?



Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod 33 akan bersambung pada hari esok, 24 Julai, 2008, Khamis. Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang pasti akan lebih menceriakan petang anda.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-31 YANG DISIARKAN PADA 22 JULAI 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-31 YANG DISIARKAN PADA 22 JULAI 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan



Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Gambar Dude Harlino sebagai Taufan
Gambar Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-4


video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-5 (2.49 minit sebelum berakhirnya episod ke-31)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian 1 - 5)

Episod 31

Rakan-rakan di sekolah menanya Rafli kenapa dia berjanji untuk keluar bersama Adel setelah apa yang Adel telah lakukan terhadap Tatia. Rafli menjelaskan bahawa dia cuma mencintai Tatia seorang sahaja dan tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya.

Rafli menceritakan bagaimana maminya, Luci bersungguh -sungguh inginkan Rafli mengahwini Adel tetapi ditolak oleh Rafli. Apabila Rafli enggan menurui hasrat maminya, Luci minum racun dengan cubaan untuk membunuh diri.

Walau bagaimanapun, pembantu rumah mereka pecah tembelang Luci dengan memberitahu mereka bahawa racun yang disangkakan mereka adalah air sirap sahaja. Luci terus mengugut/mengancam akan betul-betul membunuh diri sekiranya Rafli masih degil dan enggan menurut kehendaknya. Oleh itu Rafli tiada pilihan lain.

Vivian dan Nico risau Adel akan dipergunakan Rona dan bayu dan mereka bercadang untuk memindahkan kamarnya ke bawah bersama mereka. Oleh sebab Taufan mencintai Tatia dia berjanji tidak akan minum arak lagi dan dimintanya salah seorang daripada pembantu mereka menanam semua botol arak di halaman rumah.

Bayu yang bersikap kejam mendera anaknya, Timo dengan mamatahkan tangannya menggunakan "motar" batu lesung dan membutakan matanya dengan serbuk cili. Bukan sekadar itu sahaja, Rona juga mengambil air panas dan menuangkannya ke dua belah mata Timo yang masih kesakitan. Ini memudaratkan mata Timo.(kasihan Timo didera begitu)Timo melaung kesakitan.

Vivian dan Nico tidak terdaya untuk membuat apa-apa kerana menurut Bayu dan Rona mereka bukan lagi pembantu mereka sewaktu kunci tingkat atas kediaman mereka diserahkan kepada mereka.





Edo terserempak dan terlanggar Tatia tetapi Tatia yang telah hilang ingatan tidak mengenalinya. Edo kelihatan marah dan sudah tentu dia akan melakukan sesuatu yang buruk terhadap Tatia lagi.

Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 akan bersambung pada hari esok, 23 Julai, 2008, Rabu. Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang pasti akan lebih mencerikan petang anda.


Gambar pelakon sinetron Anakku Bukan Anakku

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON "SALAH MENCINTA" EPISOD KE-11 PADA 22 JULAI 2008 DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod 11 Sinetron "Salah Mencinta" pada 22 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang

Dibintangi oleh pelakon:

Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Episod 11 pada 22 Julai 2008 pada jam 1.00 - 2.00 petang

Andre memberitahu Tia dan Sinta(Andre menyangka Sinta adalah Santi) bahawa gambar dia meniduri Tia adalah bohong belaka. Andre kemudiannya berpakat dengan mereka untuk membongkarkan rahsia Dodi.

Pertemuan Andre meminta wang daripada Dodi dan perbualan mereka dirakamkan. Majlis pertunangan Sinta dan Dodi bermula dan sedetik sebelum mereka bertukar cincin, Tia muncul dan memberi cakera padat kepada Aryo. Rahsia penipuan Dodi terbongkar. Aryo begitu marah dan menampar Dodi dengan kuat. Tamparan(Iwan pura-pura berasa marah terhadapa anaknya) kedua diberikan oleh ayahnya, Iwan. Selepas itu Dodi dihalau keluar.

Iwan membohongi Aryo bahawa dia tidak tahu langsung kenapa Dodi bersikap demikian dan melakukan kesalahan sebegitu. Tetapi kemarahan Aryo masih belum reda menegaskan itu bukannya dinamakan kesalahan tetapi niat buruk. Aryo minta untuk bersendirian dan tidak mahu meneruskan perbualannya dengan Iwan.

Tia tidak putus asa, dia terus memberitahu Sinta suatu hari nanti pasti Dodi akan kembali ke pangkuannya. Iwan dan Dodi cuba merancang bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan Aryo semula. Tia enggan menggugurkan kandungannya kerana cintanya yang dalam terhadap Dodi.

Andre sedar bahawa dia telah menolong Sinta yang telah menyamar sebagai Santi. Santi memberitahu Andre bahawa dia berjanji akan meminta Dodi memaafkannya dengan syarat dia menolong menjayakan rancangan untuk merosakkan perhubungan Sinta dengan Fahri.

Andre menekup hidung dengan saputangan yang telah ditaburkannya dengan serbuk kloroform. Sinta pengsan dan kemudiannya dikunci dalam kuliah bersama seorang rakan lelaki yang lain. Setelah mereka sedar, mereka menyedari bahawa mereka telah dipermainkan oleh orang lain yang mengunci mereka.

Aryo memberi amaran kepada Fahri supaya menjauhi dirinya daripada Sinta ataupun dia tidak akan melepaskannya. Pengawal kampus ternampak Sinta dan rakan sekuliahnya sewaktu membuka pintu dan mereka dibawa berjumpa dengan pengetua. Pengetua memberi amaran kepada mereka dan setibanya di rumah, Sinta ditegur oleh papanya, Aryo dan dia diberi amaran supaya tidak berjumpa dengan Fahri yang disangkanya jahat lagi.
Episod 11 sinetron Salah Mencinta berakhir di sini.

Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron Salah Mencinta dalam episod ke-12 pada 23 Julai 2008, Rabu pada waktu yang sama.

Sekian, daripada sapphire blu untuk semua.

Online Visitors

Thank you for dropping by