Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-65 (EPISOD TERAKHIR) YANG DISIARKAN PADA 18 SEPTEMBER 2008,KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Tema Anakku Bukan Anakku
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Menampilkan: Benny Ruswandi
Marcelino Lefrandt
Dinda Kenyadewi sebagai Noni
Kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku sudah tiba di penghujungnya dalam episod 65 (episod terakhir) yang akan disiarkan pada hari ini pada 18 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Penghujung episod 64 yang telah disiarkan pada 17 September 2008:
Anakku Bukan Anakku Episod 65 - 1 (Episod Terakhir)
Episod terakhir Anakku Bukan Anakku: Episod 65
Tatia: Kenapa Raf? Rafli: Adel di mana? Dari tadi dia tidak kelihatan. Tatia: Oh.. dia akan muncul sekejap lagi. Rafli: Tatia, awak tiada pembantu rumah yang baru sehingga Adel yang bawakan minuman? Kami rasa tak selesa pula. Tatia: Bagaimana lagi? Adel pembantu kami. Tatia: Mari Adel. Ke sini. Ke sini. Jangan malu-malu. Cepat beri minuman itu.
Selepas Adel menghidangkan minuman kepada mereka...
Tatia: Duduklah di sini. Jangan terus masuk ke dapur. Tatia: Kenapa? Tak salahkan kita duduk sekali dengan anak pembantu? Dahlia: Kita makan di luar saja. Marilah, mari. Tatia: Marilah Raf. Rafli: Awak pergilah dulu. Saya masih nak duduk di sini.
Sewaktu Tatia dan rakan-rakannya duduk di ruang tamu, Rafli mendapati Adel tiada bersama mereka dan tidak lama kemudian, Adel kelihatan berpakaian seperti pembantu rumah membawa kepada mereka minuman. Tanya Rafli kepada Tatia, adakah rumah itu tiada pembantu sehingga Adel perlu mengambil minuman untuk mereka. Kata Tatia kepada Rafli lagi bahawa sememangnya Adel adalah seorang anak pembantu jadi tidak salah dia memberi layanan kepada mereka.
Mereka bercadang untuk keluar tetapi Rafli keberatan untuk keluar bersama-sama mereka. Rafli memberitahu Adel dia ingin bersama Adel tetapi dengan sedih dan berlinangan air mata, Adel memberitahu Rafli bahawa dia bukan Tatia dan dia adalah Adel yang berkelakuan jahat.
Anakku Bukan Anakku Episod 65 - 2
Rafli pula menerangkan kepada Adel lagi, dia pergi ke rumah Nico bukan kerana Tatia tetapi untuk menemui Adel. Adel enggan menerima Rafli kerana dia merasakan dirinya tidak layak untuk bersama Rafli. Akhirnya Rafli melamar kepada Adel dan Adel menerima cinta Rafli dan lamarannya.
Tatia dan rakan-rakannya yang lain turut bergembira kerana rancangan mereka untuk menyatukan Tatia dan Rafli telah berjaya.
Vivian: Awak masih tetap anak mama dan papa, sayang. Adel: Apa? Nico: Benar, Adel. Kamulah anak kami yang sebenarnya. Bukan Tatia.
Taufan: Tatia tidak berniat jahat kepada awak. Dia juga ingin tahu samada Rafli benar-benar mencintai awak atau tidak. Ian: Rafli, ayah sangat bangga dengan awak. Awak ternyata anak ayah yang bersifat penuh dengan kelakian.
Ian bangga dengan apa yang telah Rafli lakukan. Vivian dan Nico terus menganggap Adel seperti anak mereka sendiri. Robin Hood melawat Tatia dan keluarganya dan dengan gembira dia memberitahu Tatia bahawa dia bangga mempunyai adik seperti Tatia. Mereka juga berbincang tentang hal perkahwinan Tatia bersama Taufan dan Adel bersama Rafli.
Anakku Bukan Anakku Episod 65 - 3
Nico berkata, dia akan meminta kebenaran dari penjara untuk mengizinkan Rona keluar dari penjara untuk sehari bagi merestui perkahwinan Adel. Bayu masuk ke dalam rumah Robin Hood moden sewaktu tiada orang di rumah. Dia mengambil salah satu topeng dari situ untuk mengaburi semua orang apabila dia pergi ke rumah Nico sewaktu hari ulang tahun Tatia dan Adel.
Bayu berjaya masuk ke rumah Nico menyamar sebagai salah seorang pekerja(pelayan tetamu). Ulang tahun Tatia dan Adel disambut dengan meriah. Rona berasa gembira ternampak Bayu di situ. Bayu mengeluarkan pistolnya dan menuju ke arah Tatia untuk menembaknya tetapi berjaya dihalang oleh Robin Hood moden yang telah menyamar sebagai salah seorang tetamu di situ kerana dia tahu Bayu pasti akan pergi ke situ.
Ketua jururawat: Kamu berdua masih ingat kepada saya? Vivian: Ya, ya.. Awak kan ketua jururawat sewaktu saya bersalin? Ketua jururawat: Encik Bayu, saya juga tidak pernah lupa pada awak. Bayu: Siapa awak? Ketua Jururawat: Pada masa itu, saya pernah terserempak dengan awak. Sewaktu awak sedang menukar bayi, ingat? Lepaskan dia encik. Ketua jururawat: Lepaskan dia encik. Pegawai polis: Apa? Ketua jururawat: Tolong lepaskan dia. Serahkan pistol itu, encik.Tolong serahkan pistol itu kepada saya.
Pegawai polis: Apa awak nak lakukan? Ketua jururawat: Percayalah kepada saya, encik. Saya tahu apa yang harus saya lakukan. Ini adalah satu cara. Sekarang pistol sudah ada di tangan awak. Sila bunuh jika awak mahu. Nico: Apa semua ini? Ketua jururawatL: Encik Nico jangan bimbang. Dia tidak akan membunuh anak awak tetapi dia akan membunuh anak dia sendiri. Bagaimana Encik Bayu? Awak dah lupa pada peristiwa malam itu? Ya, semasa saya ternampak awak, awak sedang mencuba untuk menukar bayi. Awak jangan ingat bahawa awak telah berjaya anak awak dengan anak Encik Nico. Allah tidak pernah terlepas memandang anak-anakNya.
Polis ingin menangkap Bayu tetapi tiba-tiba muncul seorang perempuan yang berkata dia adalah ketua jururawat yang bekerja di hospital sewaktu Adel dan Tatia dilahirkan. Dia menerangkan apa yang sebenarnya berlaku pada waktu Bayu menukarkan bayinya dengan Nico. Akhirnya setelah dia selesai menerangkan semua peristiwa yang berlaku pada hari penukaran bayi, ternyata Tatia adalah anak kandung Bayu dan Rona kerana dia telah berjaya menukarkan semula bayi itu apabila Bayu telah beredar.
Ketua jururawat: Encik Nico, Tatia bukan anak kandung kamu berdua. Tapi Adellah puteri anda. Ketua jurawat: Encik Bayu, kamu dah tahu perkara yang sebenar kan? Silakan tembak Tatia jika awak mahu. Vivian: Bagaimana Bayu? Kalau awak masih mahu tembak Tatia, silakan. Tatia: Cepat ayah, setelah 20 tahun ayah menyeksa saya serta berusaha membunuh saya sekarang saya berdiri di depan ayah . Silakan bunuh saya
Ketua jururawat itu meminta Bayu teruskan rancangannya untuk membunuh Tatia, anak kandungnya sekiranya dia ingin berbuat begitu. Bayu berasa bersalah dan melutut di depan Tatia dan kemudian pengsan.
Nico: Anak awak berdua akan bernikah. Dia nak kamu berdua hadir untuk memberi restu. Bayu: Padahal kami dah banyak melukakan hati dia. Dia masih mahu kami hadir. Dia benar-benar memerlukan kamu berdua.
Rona dan Bayu: Terima kasih, Ya Allah.
Nico memberi kad jemputan pernikahan Tatia kepada Rona dan Bayu yang telah dipenjarakan. Bayu dan Rona telah insaf dengan apa yang mereka lakukan selama ini.
Pada hari pernikahan Tatia bersama Taufan dan Adel bersama Rafli:
Rona: Saya tak sanggup berjumpa dengan Tatia, bang.
Bayu: Saya juga. Kita sudah menyeksanya sepanjang hidupnya. Mesti dia akan membenci kita.
Vivian: Tak mungkin Tatia akan membenci kamu berdua. Dia adalah darah daging kamu berdua.
Nico: Sudah berjam-jam Tatia menunggu kamu berdua. Pergilah berjumpa dengan Tatia sekarang.
Tatia: Ibu, ayah.
Rona: Tatia, maafkan kami berdua.
Bayu: Maafkan kami, Tatia.
Bayu: Maafkan ayah, nak.
Rona: Maafkan ibu, Tatia.
Tatia: Ibu, jangan. Kamu ibubapa saya. Saya sangat meyayangi kamu berdua.
Tatia: Hari ini hari yang paling bahagia untuk saya.
Adel: Ibu, ayah.
Rona: Adel.
Pada hari pernikahan Tatia, Vivian dan Nico memberitahu Rona dan Bayu bahwa Tatia telah menunggu mereka berjam-jam lamanya untuk merestui pernikahannya. Tatia berjumpa dengan ibubapanya dan dia memberitahu mereka bahawa dia amat menyayangi mereka. Adel juga keluar dan memeluk Rona dan Bayu.
Pengemis buta: Tatia, Tatia! Tatia: Datuk. Pengemis: Tatia! Tatia: Mari, datuk. Akhirnya datuk datang juga pada hari pernikahan saya. Pengemis buta: Saya mesti datang... kerana awak dah bebas. Tatia: Mari kita masuk, tuk. Pengemis buta: Tidak, sayang. Datuk tak ada banyak masa kerana masih banyak Tatia- Tatia yang memerlukan datuk.
Setelah Tatia mengembalikan gelang tersebut yang diberikan oleh pengemis tua kepadanya untuk melindunginya
Pengemis buta: Allah memberkati awak, nak. (Selepas itu, pengemis buta beredar dari situ meninggalkan Tatia dan mereka yang lain.)
Pengemis buta: Bunga mekar.
Luci: Encik Nico, bagaimana kalau kita melangsungkan acara pernikahan ini?
Bayu: Tunggu, tunggu sebentar. Saya nak baca doa dulu. Bayu: Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa yang telah hamba lakukan terhadap anak hamba. Semoga perkara ini tidak akan berlaku kepada ibubapa orang lain. Nico: Ya Allah Nico: Berkatilah semua keluarga dan keturunan ini agar mereka saling bahagia dan menyayangi satu sama lain.
Dipenghujung episod 65, bisikan syaitan berkata Bayu telah mengkhianatinya dan kebaikan telah mengatasi kejahatan. Syaitan akan mati bersama ularnya.
Syaitan: Mustahil, Bayu! Awak pengkhianat! Sanggup awak mengecewakan saya, Bayu! Sanggup awak nak buat begitu. Awak pengkhianat! Akhirnya kebaikan datang, kejahatan pula akan musnah bersama saya. Ular saya akan mati. Mati bersama saya.
Tamat. Sinetron Anakku Bukan Anakku berakhir di sini.
Sekian, daripada sapphire blu untuk anda.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)