Monday, September 1, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-54 YANG DISIARKAN PADA 1 SEPTEMBER 2008 ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-54 YANG DISIARKAN PADA 1 SEPTEMBER 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Dinda Kenyadewi

Sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku pada 1 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3 dalam slot sinetron:



Episod 54


Episod 54 - 1

Adel membawa masuk bunga dan beg Vivian dan dia berasa hampa kerana Vivian masih hidup. Vivian begitu gembira dan selesa sekembalinya di rumah semula. Dia memberitahu suaminya dia begitu seronok berada di rumah. Pencuri itu memuji rumah Vivian dan Nico anggun sendirian tetapi dia hairan kenapa wajah Vivian kelihatan sedih.



Vivian: Abang, saya betul-betul tak sangka jika ternyata...akhirnya saya boleh balik ke sini.
Nico: Awak dahpun balik.
Vivian: Tadi saya berfikir, hanya jasad saya yang akan balik ke sini.
Nico: Jangan kata begitu. Hari ini hari kegembiraan kitakan? Awak mesti gembira. Senyumlah.
Vivian: Saya akan tersenyum apabila melihat wajah Tatia.

Vivian berkata dia cuma akan tersenyum setelah dia nampak Tatia sekalipun dia memakai topeng. Pencuri yang mencuri dengar perbualan mereka berasa hairan melihat Vivian yang sedih dan dia berkata sendirian bahawa Nico pasti amat menyayangi Vivian. Vivian tidak selesa dan rasa terganggu dengan kemunculan Adel di depannya.


Episod 54 - 2

Rona dan Bayu turun dari tangga menepuk tangan(kononnya menyambut kepulangan Vivian)
dan memberi bunga kepada Vivian. Nico memberitahu Bayu dan Rona bahawa Vivian perlu berehat tetapi mereka berdua mengatakan bahawa ternyata Tatia masih hidup lagi. Vivian dan Nico terkejut mendapat tahu mereka telah tahu tentang Tatia.

Nico bertanyakan adakah Bayu telah bertemu dengan Tatia sendiri. Tiba-tiba Rafli muncul dan membawa pegawai polis bersamanya. Pencuri itu menyembunyikan dirinya apabila melihat pegawai polis. Rafli memberitahu pegawai polis itu bahawa Bayu telah membunuh Tatia tetapi Bayu telah menafikan yang dia telah menolak tatia ke landasan keretapi kerana Tatia adalah anaknya. Vivian sakit kepala mendengar tentang hal Tatia yang telah dibunuh oleh Bayu.

Pegawai polis meminta Vivian usah bersedih dahulu kerana tiada kesan mayat Tatia di landasan keretapi. Kemungkinan Tatia masih hidup. Pencuri itu bercadang untuk melarikan diri sebelum dijumpai.


Episod 54 - 3

Bayu digari oleh pegawai polis. Rona cuba membela suaminya tetapi pegawai polis mengatakan bahawa dia telah ditahan kerana menculik Tatia. Bayu berkata dia mempunyai bukti bahawa dia tidak ada kena mengena dengan hal itu. Luci muncul dan memperkenalkan dirinya kepada pegawai polis bahawa dia adalah isteri kepada Ian dan berkata jangan katakan Bayu mahu membunuh tetapi matikan lalat juga dia tidak berani. Luci menjelaskan lagi bahawa Bayu dan Adel telah pergi ke rumahnya kerana Bayu ingin minta pertolongan semoga Tatia dijodohkan dengan Rafli.

Adel memberitahu pegawai polis itu bahawa semua kenyataan Bayu dan Luci adalah benar. Adel berkata bahawa memang benar Bayu dan Luci telah bertemu setelah Luci membuat panggilan telefon. Pegawai polis terpaksa melepaskan Bayu kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk menangkap Bayu. Mereka beredar dari rumah Nico selepas itu. Bayu terlepas daripada tuduhan dan terselamat.


Episod 54 - 4

Nenek Taufan dan pembantunya ternampak Tatia sedih duduk bersendirian lalu memanggilnya. Tatia berkata dia rindukan Vivian. Nenek Taufan memberitahu Tatia kenapa dia tidak pergi bertemu dengan Vivian tetapi Tatia tidak mahu mengambil risiko itu dan dia berbisik sesuatu ke telinga nenek. Nenek bersetuju menolong Tatia.


Episod 54 - 5

Tatia memakai tudung menutupi mukanya dan pergi menemui dengan Robin Hood moden. Tatia meminta menutup pintu depan. Robin Hood begitu terharu dan terkejut melihat Tatia masih hidup lagi lalu memeluknya kegembiraan. Robin Hood moden bertanyakan di mana Rafli tetapi Tatia tidak mahu Rafli mengetahui bahawa Tatia masih hidup. Robin Hood hairan kenapa Tatia membuat keputusan seperti itu.

Tatia berkata memang benar dia mencintai Rafli tetapi semua itu adalah demi keselamatan semua orang. Dia tidak mahu apa-apa terjadi terhadap Rafli dan Tatia tidak mahu mengambil risiko lagi. Tatia meminta pertolongan Robin Hood moden untuk topeng yang telah pernah dipinjamnya sebelum ini. Rafli bertembung dengan Tatia tetapi Robin Hood berkata gadis itu adalah Miranda dan bukannya Tatia. Rafli ingin melihat wajah gadis itu tetapi Robin Hood tidak mengizinkannya. Tatia beredar dari situ selepas itu.




Episod 54 - 6

Vivian pergi ke dapur untuk mengambil minuman. Rona memukul Vivian dari belakang dan Vivian pengsan. Kemudian Rona meletakkan kain di tepi cerek di atas dapur gas. Api bernyala dan pencuri itu sempat menyelamatkannya.





Vivian menyangka bahawa pencuri itu adalah Tatia dan dia membawanya pergi berjumpa dengan Nico. Nico gembira melihat pencuri itu (Nico sangka bahawa pencuri itu adalah Tatia) lalu memeluknya.



Tatia tiba di rumah Nico dan dia berharap semoga dia tidak akan bertembung dengan Adel ataupun Rona dan Bayu nanti. Tatia yang sedang memakai topeng pencuri itu tiba di jendela kamar rumah Nico dan dia ternampak pencuri begitu juga dengan pencuri tersebut.

Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku berakhir di sini dan akan bersambung dalam episod 55 pada hari esok, 2 September 2008 pada waktu yang sama. Adakah Tatia akan terus memakai topeng itu untuk menemui Vivian dan Nico dan apakah yang akan berlaku kepada pencuri yang berwajah serupa dengan topeng Tatia?









Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 55 pada hari Selasa, 2 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30petang.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

Online Visitors

Thank you for dropping by