Monday, October 18, 2010

Episode 48 - Sinetron Cinta Kirana pada 18 Oktober 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon/Pemain



Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/

Sambungan kisah Cinta Kirana Mulai Episode 48

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 48 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 48 Part 2

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 48 Part 2a

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 48 Part 3

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 48 Part 4


Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 48 yang disiarkan pada 18 Oktober 2010 di Astro Ria

Episode hari ini bermula dengan menceritakan Galang tanya pada Kirana seandainya dia bernikah dengannya adakah dia akan garang padanya.

Kirana: Tak mungkinlah. Aku ni gadis manis yang baik hati. Jadi aku tak mungkin garang. Tapi aku akan berubah jadi nenek sihir kalau kamu macam-macam aku akan berubah kamu jadi kodok.
Begitulah gurauan KIrana pada Galang tetapi kata Galang:
Galang: KIrana, janganlah buat muka seram macam tu. Muka macam biasa kamu aku dah takut.
Kirana: Oh jadi selama ini kamu takutkan aku sebab muka aku yang menyeramkan?
Tiba-tiba Galang terdengar suara Riana di luar.



Kirana terpaksa menyembunyikan dirinya di kamar mandi. Setelah itu Galang bergegas mengajak Riana meninggalkan rumah sakit itu. Dia memberitahu Riana tidak mengapa sekiranya dia tidak menjenguk Randy dahulu kerana keluarga Randy juga akan sampai sebentar lagi. Mujur Riana tidak mengesyaki apa-apa dan semuanya selamat. Doktor memberitahu Kirana dia sudah boleh pulang ke rumah.




Aida meminta Kirana beristirehat dahulu sementara dia akan memasak makanan kegemarannya. Kirana hairan bagaimana Nenek Aida tahu apakah makanan kegemarannya. Kemudian Sita berkata:
Sita: Nenek Sita yang jadi gurunya kan?
Aida: Sebentar ya, Na.
Kirana baru sedar Galang belum mengetahui dia sudah keluar dari rumah sakit dan dia menelefon Galang.






Suara hati Riana: Orang tua itu nak apa lagi telefon Galang ini?
Galang cepat-cepat mengambil hpnya daripada Riana dan pura-pura memanggil Kirana nenek.
Kirana: Helo, Lang ini aku.
Galang: Ya, ya tunggu sebentar ya.
Riana, kamu masuk dulu ya nanti aku menyusul.
Riana: Oh ya.

Galang: Ya, Na.
Kirana: Aku cuma nak memberitahu yang aku ada di rumah.
Galang: Aku dah jadi tak sabar nak cepat-cepat pulang.


Galang memberitahu Kirana dia merinduinya dan minta dia tunggu kepulangannya.


Riana: Nampaknya kamu gembira sangat dapat panggilan daripada nenek.
Galang: Aku gembira sebab tadi nenek beritahu aku yang Randy dah boleh keluar dari rumah sakit. Jadi besok dia boleh kerja. Sebab itu aku gembira.
Riana berasa amat hairan kerana Galang begitu mengambil berat tentang Randy.


Sementara itu Sementara itu, Linda terus berusaha mendekatkan Raka dan Joana dan persahabatan antara Raka dan Joana semakin rapat.


Video klip Galang berjanji akan menjaga Kirana dan tidak akan membiarkan hal yang buruk terjadi pada Kirana. Galang akan membahagiakan Kirana.

Galang pulang ke rumah dan Nenek Sita dan Nenek Aida memberitahu Galang Kirana sedang berehat di kamarnya setelah makan ubat. Galang menemui Kirana di kamarnya dan dia berjanji pada Kirana:


Galang: Aku janji, Na
Aku tak kan biarkan perkara buruk terjadi sama kamu. Aku akan jaga kamu. Aku akan buat kamu bahagia.




Randy/Kirana: Hari ini adengan mana yang mahu diambil, Lang?
Galang: Adengan yang ini.


Kirana: Aku tak sabar nak tengok reaksi Riana bila dia buat syuting adengan ini.
Galang: Yang pasti dia akan ingat semua yang dia dah buat pada keluarga kita.
Kirana: Ya, kamu benar, Lang.


Riana kelihatan cemas apabila dia membaca skrip syuting adengan itu.
Riana pada dirinya: Scene ini...
Apabila Galang tanyakan pada Riana dia kenapa, Riana cuma menjawab:

Riana: Tak ada apa-apa, Lang.
Galang: Betul tak ada apa-apa?
Riana: Ya, aku baik-baik saja.
Galang: Baguslah sebab sebentar lagi kita akan buat syuting.



Riana berasa terganggu sewaktu syuting dan dia tidak dapat menumpukan perhatiannya.
Galang: Kamu kenapa, Riana?
Riana: Tak ada apa-apa, Lang.
Pengarah: Bagaimana, Ri boleh kita teruskan?

Kirana memberitahu Pak Tejo tak lama lagi Riana akan semakin terganggu dengan adengan-adengan yang ada dalam skrip.
Pak Tejo: Dia akan berasa berdosa.


Kirana: Akhirnya dia akan mengakui semua kesalahannya.



Raka menelefon Kirana sewaktu Kirana berada di lokasi syuting. Raka tanya pada Kirana adakah dia boleh pergi menemuinya di kantor kerana ada beberapa kontrak yang harus Kirana tantatangan.
Raka: Aku tak boleh ke lokasi sebab kalau Riana nampak aku pasti dia akan halau aku terus.
Kirana: Baiklah aku ke sana sekarang, ya.


Riana dan Galang meneruskan syuting filem mereka. Sedang mereka buat syuting dalam salah satu adengan, Riana teringat pada masa lalunya bersama Galang dan ini membuat Riana tertekan. Galang pura-pura mengambil berat tentang Riana dan menanyakan masalahnya. Tetapi Riana berusaha menutupi kegelisahannya dan berkata bahwa ia hanya memikirkan rumah barunya. Terlebih ini adalah pertama kalinya, ia tinggal sendirian. Jadi dia agak gugup.
Galang: Oh soal itu. Kalau soal itu kamu tenang saja. Aku akan bantu kamu selesa di rumah itu.


Kirana tiba di kantor Raka.
Kirana: Aku datang... Kenapa kamu terdiam, Raka?
Raka: Tidak, aku cuma rasa macam kita balik ke masa lalu. Ya lah dua tahun yang lepas kamu memang berpakaian macam ini.
Kirana tersenyum dan berkata:
Kirana: Udah. Cukup mengenang masa lalunya. Kita harus menghadapi yang sekarang. Mana fail yang harus aku tandatangani.


Raka: Ini... lalu dia memberikan fail tersebut kepada Kirana. Jadi, kita dah dapat klien yang baru. Mereka bersedia beli produk kita dengan jumlah yang banyak. Tapi sebelum itu kita kena siapkan kontrak ini dulu.
Kirana: Siap. Selesai.
Kirana: Kamu hari ini kelihatan beda, deh. Kamu kelihatan lebih ceria. Apa ini ada hubungannya sama Joana?
Raka menafikannya... dan dia cuba menjelaskan pada Kirana:
Raka: Ada-ada sajalah kamu ini. Joana itu kan teman mama aku. Tak ada hubungan apa-apa.
Kirana: Ya, tapi mungkin saja suatu saat nanti ada apa-apa.
Raka: Tak mungkinlah, Kirana. Joana bukan gadis yang aku suka.


Kirana ketawa mendengar kata-kata Raka.


Linda memberitahu Joana dia sangat senang kerana Joana ada di rumahnya yang boleh menemaninya untuk berbual. Kata Joana dia juga begitu. Menurut Joana dengan kehadiran Linda rasa rindu pada mamanya juga hilang. Linda mencadangkan pada Joana untuk menolongnya menguruskan perniagaannya di pejabat. Joana boleh belajar dan sekali gus menemaninya.
Joana: Tapi saya tak mempunyai apa-apa pengalaman tentang perniagaan, mak cik.
Linda: Itu perkara mudah. Mak cik akan ajarkan kamu. Atau untuk langkah permulaan kamu boleh belajar daripada Raka. Macam mana, kamu mahu kan?


Suara hati Joana: "Yang akan berlaku nanti sebaliknya, mak cik kerana mak ciklah yang akan menyesal nanti".


Kirana: Ya udah deh, kalau semuanya dah selesai aku balik ke lokasi ya?
Raka: Ya udah. Kamu hati-hati ya.
Kirana: Beres bos.
Tiba-tiba Kirana minta maaf daripada Raka... Raka.. maafkan aku ya. Aku dah susahkan kamu. Kamu tentu penat uruskan semua kerja pejabat seorang diri.
Raka: Tak mengapalah Kirana. Lagipun siapa kata aku sendirian. Kan ada Opi, ada Pak Benny. Kamu tak perlu rasa segan dengan aku sebab aku tak pernah rasakan kamu susahkan aku.
Kirana kemudian mencadangkan agar Raka meminta Joana bekerja di sana dan menjadi asisten Raka. Kemungkinan dia akan banyak membantu. Raka kata dia akan fikirkan hal itu dulu.


Kirana menerima sms daripada Galang. Selepas itu, Kirana minta diri untuk balik ke lokasi.


Sandra berasa geram dengan Riana kerana menggunakan wang sebanyak Rp200 juta setahun untuk menyewa rumah lalu dia pergi menemui Riana di rumah sewanya.
Riana: Mengapa mama ke sini?
Sandra: Begitu caranya kamu bercakap dengan mamamu sendiri?
Galang meminta diri untuk ke belakang dulu.
Sandra: Riana, kamu telah membuat kesalahan besar. Kamu bukan saja hancurkan hidup kamu dengan memilih Galang tapi kamu juga menhabiskan semua yang kamu miliki dengan membuat keputusan bodoh seperti pindah ke rumah ini.



Kirana menelefon Galang yang masih berada di belakang rumah Riana. Pada waktu itu Riana masih bersama mamanya di ruang tamu.
Kirana: Lang, aku ada idea bagus untuk lancarkan rancangan kita. Ini ada kaitannya dengan rumah Riana.
Galang: Idea apa?
Kirana tersenyum...

Riana: Apa pun yang aku lakukan memang sentiasa salah di mata mama.
Sandra: Tentu saja. Kamu tu buat keputusan tak pakai otak. Kamu terlalu bawa perasaan kamu, Ri. Sebab itu otak kamu tak boleh berfikir dengan jelas.
Riana: Cukup mama. Mama usah banyak cakap. Selama ini mama selalu ajar saya perkara yang buruk. Itu buat aku rugi, ma. Tapi sekarang aku akan menghentikan semuanya. Karna aku tak peduli lagi sama mama.
Sandra: Riana, mama lakukan semua itu untuk kebaikan kamu juga. Untuk kebahagiaan kamu, Ri. Mama tak mungkin mahu menyakiti kamu atau merugikan kamu.
Riana: Kalau mama tak mahu merugikan aku, kenapa kemarin mama sengaja bakar lokasi syuting filem aku? Hah? mama tak fikir yang aku akan cedera?


Sandra cuba jelaskan pada anaknya tetapi Riana tidak mahu mendengar semua itu lagi lalu dia meminta mamanya pergi dari rumahnya sebelum dia heret mamanya keluar dari rumahnya. Riana terus menyuruh mamanya meninggalkan rumahnya.



Kirana dan Galang bersetuju dengan idea mereka untuk membuat Riana mengakui semua kejahatan yang pernah dilakukannya. Kirana lalu meminta bantuan daripada Tejo dan Baim untuk menolong menjayakan rancangan mereka. Mereka memulakan rancangan mereka pada malam itu juga:




Pak Tejo menyamar sebagai Rama yang ingin membalas dendam sementara Baim pula mematikan suis eletrik di rumah Riana. Riana ketakutan apabila dia melihat Rama yang palsu itu hingga dia terjatuh dan menjerit sekuat hatinya - "TAK MUNGKIN"


Pak Tejo dan Baim melaporkan kejayaan mereka menakutkan Riana kepada Kirana dan Galang yang menunggu mereka di kereta sejak tadi.

Pak Tejo: Saya takutkan Riana hingga dia terjatuh menggelonsor ke bawah. Kenapa boleh jadi begini. Terlupa..
Kirana: Bermakna rancangan kita sukses. Tak lama lagi Riana tentu akan mengaku semua perbuatannya.
Galang: Ya, Na.
Pak Tejo: Kamu berdua harus berterima kasih pada saya. Kerana apa? Kerana saya sudah melakonkan adengan ini dengan baik dan sempurna. Bukan begitu, Baim?
Baim: Bapak jangan lupa. Baim juga berjasa besar.






Rama: Atuk dah berlakon dengan sempurna kan? Sempurna.
Galang: Atuk memang raja mengusik cucunya.



Ada sesuatu tentang Pak Tejo menyebabkan Galang pada mengingatkan Atuk Rama. Galang terpaku dan memanggil nama atuknya
Galang: Aku ingat atuk, Na.
Aku ingat atuk pernah pakai baju macam Pak Tejo pakai. Aku ingat atuk aku, Kirana.
Kirana: Galang, kamu ingat atuk?
Galang memeluk Kirana dan memberitahunya dia ingat pada Atuk Rama dan dia mengingati semuanya.



Bersambung dalam Episode 49 pada 19 Oktober 2010

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by