Monday, August 17, 2009

BERITA TERKINI MENGENAI INFLUENZA A(HINI) PADA 17 OGOS 2009 - DUA LAGI KEMATIAN DICATATKAN


All About Influenza A(H1N1)
(Source: http://www.intellicare.com)

***********************************************************************

Dua lagi kematian dicatatkan akibat A(H1N1)
17/08/2009 11:40am

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos, 2009 - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak dua kematian akibat wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkatkan kepada 64 kes.

Katanya, sebanyak 33 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara manakala 284 pesakit dirawat di wad biasa.

"Sehingga hari ini, jumlah kes terkumpul akibat jangkitan H1N1 di Malaysia adalah 4,225 kes," katanya pada sidang akhbar di luar pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini. - Utusan.

***********************************************************************
Kerajaan kaji jadikan penutup mulut dan hidung barang kawalan

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menjadikan penutup mulut dan hidung sebagai barang kawalan bagi tempoh tertentu jika pembekal menaikkan harga barangan itu sewenang-wengangnya.

Beliau berkata kerajaan mendapati penutup mulut dan hidung kini dijual dengan harga yang mahal berikutan permintaan tinggi ketika penularan wabak Influenza A (H1N1) di negara ini.

"Kalau harga 40 sen dinaikkan kepada RM5, ini namanya mencekik darah. Kalau harga daripada 30 sen naik sehingga 60 sen masih boleh kita terima," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ke pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, di Jalan Berapit di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata jika penutup mulut dan hidung itu diwartakan sebagai barang kawalan, pembekal perlu mendapatkan lesen untuk menjual barangan itu.

"Kalau sudah diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946, tindakan boleh diambil kepada pembekal yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

"Siapa yang nak berniaga kena minta lesen untuk tempoh setahun selepas wabak itu dan jika wabak itu sudah dapat dikawal, lesen tersebut boleh dihantar balik," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang turut berada di pusat penamaan calon itu, menyambut baik cadangan menjadikan penutup mulut dan hidung sebagai barang kawalan terutamanya ketika negara menghadapi wabak itu.

"Topeng muka (penutup mulut dan hidung) itu perkara penting untuk mengawal wabak daripada merebak. Siapa yang ada simptom influenza itu wajib pakai topeng mulut (penutup mulut dan hidung)," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya. BERNAMA

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://mstar.com.my, http://www.utusan.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

PENTAS AKHIR PILIH KASIH DISIARKAN SECARA LANGSUNG PADA 16 OGOS 2009 DI KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD, SEREMBAN: Iqbal Mazlan - JUARA PILIH KASIH


Sepuluh peserta telah beraksi di Pentas Akhir Pilih Kasih di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada malam ini adalah seperti berikut: - GELARAN JUARA PILIH KASIH MUSIM PERTAMA ADALAH IQBAL MAZLAN. TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

***********************************************************************


Video klip Keputusan untuk Naib Juara hingga Tempat Kelima Pilih Kasih Musim Pertama


Video klip Keputusan untuk Juara Pilih Kasih Musim Pertama

***********************************************************************

KEPUTUSAN PENTAS AKHIR PILIH KASIH PADA 16 OGOS 2009

Nur Raihan Mat Zaki, 21 (Wanina Zaki) - PELAKON WANITA TERBAIK
Mohamad Sofian Bujang, 24 (Sofian Bujang) - PELAKON LELAKI TERBAIK


Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) - JUARA PILIH KASIH


Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi) - NAIB JUARA


Abdul Hafiz Abdul Alim, 25 (Indera Hafiz) - TEMPAT KETIGA

***********************************************************************
1. Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan)
2. Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz)
3. Nabila Ali Dally, 18 (Nabila Dally) - Tempat Keempat
4. Abdul Hafiz Abdul Alim, 25 (Indera Hafiz)
5. Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Rea Rameshan)
6. Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi)
7. Mohamad Sofian Bujang, 24 (Sofian Bujang)
8. Nur Raihan Mat Zaki, 21 (Wanina Zaki) - Tempat Kelima
9. Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi)
10. Laurendia Fiona Bernard, 21 (Fiona Benard)

***********************************************************************
HADIAH-HADIAH YANG DIMENANGI OLEH PEMENANG PILIH KASIH MUSIM PERTAMA PADA 16 OGOS 2009

Tempat pertama (Iqbal Mazlan): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat kedua (Reza Hasbi): Wang tunai RM5,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat ketiga (Indera Hafiz): Wang tunai RM3,000, trofi, pakej percutian ke Jakarta bernilai RM2,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM600 dan biasiswa pengajiandi Aswara.

Tempat keempat (Nabila Dally): Trofi serta RM1,000.

Tempat kelima (Wanina Zaki) : Trofi serta RM1,000.

Lima peserta teratas tersebut akan ditawarkan kontrak berlakon selama setahun dalam drama dan filem 'Kekasih' terbitan Suhan Movies yang dimiliki oleh Rosyam Nor.

***********************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV2,http://mstar.com.my,http://www.utusan.com.my, http://www.sinarharian.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by