Thursday, December 27, 2012

Sinopsis Episode 22 (27 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sinopsis ringkas Aliya Episode 22


Dana memukul Faris dan berkata dia sudah mencurigai Faris sejak dulu lagi dan menuduh Faris menggunakan cara licik untuk rampas jawatannya dan dia tidak akan biarkan semua itu dan tinggal diam dan dia juga berhasrat untuk menghancurkan Faris.

Marina pura-pura berasa takut dengan Shinta yang garang padanya. Namun Wisnu minta Marina menghubunginya sekirannya dia berubah fikiran dan ingin tinggal bersama mereka lagi.


Sandra tertumpah minuaman pada kemeja Wisnu dan dengan ini Wisnu terpaksa gantikan pakaiannya dengan baju Galang. Marina menuduh Anjar ribut banget uruskan hal keluarga Wisnu. Kata Marina semua itu tiada kaitan dengan Anjar. Marina tanya sebenarnya apa hubungan Anjar dengan Shinta kerana dia kelihatan mencurigakan.

 Marina mempunyai rancangan untuk mengenakan Wisnu dengan kemeja Wisnu yang baru digantikannya dengan kemeja Galang sebentar tadi.



Aliya membawa kueh pada Galang sebagai tanda terima kasih kerana dia telah menemukan cincinnya.Namun Galang menolak pemberian Aliya dan dia terus naik ke dalam mobilnya dan beredar dari situ begitu saja.



Aliya terpaksa buang kueh tersebut kerana kueh itu telah rosak sewaktu ditolak oleh Galang. Namun Faris mahu makan kueh itu dan memuji kesedapan kueh itu.

Aliya minta Gisha jangan salah faham sebab mama Gisha yang sakit tetapi Aliya yang berasa kurang enak. Aliya menyuapkan makanan pada Shinta. Gisha dapat rasakan mamanya akrab dengan Aliya seperti ibu dengan anak. Aliya tidak faham kenapa ibunya masih sakit malah dia ke rumah Shinta dan dekat sama dia lagi.

Shinta tanya baju siapa yang dipakai Wisnu. Shinta tanya apakah suaminya selingkuh. Anjar muncul pada waktu itu untuk melihat apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba Shinta berkata dia cuma bercanda tetapi wajah Wisnu kelihatan shock begitu. 

Gisha dimasukkan ke rumah sakit dan dia memerlukan darah golongan O tetapi golongan darah Shinta berbeda dari golongan Gisha. Hendri terjaga dari tidur. Rupa-rupanya dia cuma bermimpi. Hendri pergi menemui Shinta dan Hendri dijemput masuk. Hendri tanya Gisha apakah dia mempunyai saudara lain selain dari dia. Namun kata Gisha dia tidak tahu menahu tentang hal itu dan ibunya juga tidak pernah menceritakan padanya. Hendri menunjukkan foto bayinya bersama Atikah pada Gisha. Shinta memulangkan foto itu pada Hendri dan suruhnya tinggalkan rumahnya.

Shinta menandatangani bungkusan untuk Wisnu. Dia terkejut mendapat tahu bungkusan itu daripada Sandra dan di dalamnya ada kemeja dan nota daripada Sandra. Shinta berasa sakit hati lalu dia terus pergi ke kantor Wisnu sambil memberi bungkusan tersebut pada Wisnu. Shinta tanya kenapa Wisnu bohonginya dan apa yang dia lakukan bersama Sandra sementara dia berkata bahawa dia sedang meeting bersama klien. Anjar muncul dan Shinta tanya kenapa Anjar tidak bersikap jujur padanya dan membohongi padanya tentang keberadaan Wisnu. Sambung Wisnu semua itu adalah kesalahannya dan Anjar tidak bersalah dalam hal itu. Shinta tidak mahu dengar dengan lebih lanjut lagi dan berkata mereka berdua itu pembohong.

Marina pergi ke kantor Sandra lalu memberitahu Sandra bahawa dia ada berita yang amat penting yang mahu disampaikan pada Sandra. Kata Marina ternyata Wisnu dan Shinta itu bertengkar. Sandra tanya Marina apakah cerita sebenarnya. Marina menceritakan pada Sandra bahawa dia ingin ke kantor Wisnu untuk ucapkan terima kasih kemarin Wisnu sudah menjaganya. Lalu Marina nampak Shinta bergaduh besar dengan Wisnu. Ternyata setelah Marina curi-curi dengar sedikit, Marina dengar Shinta marah sangat kerana dia tahu Wisnu datang ke rumah Sandra. Sandra terbangun dari tempat duduknya dan tanya dari mana Shinta tahu yang Wisnu ke rumahnya.

Menurut Marina mereka bertengkar disebabkan kiriman pos yang yang dikirimkan Marina menggunakan nama Sandra sebagai pengirimnya. Marina minta maaf kerana dia tidak minta izin daripada Sandra. Marina menunjukkan rakaman hpnya pada Sandra. Sandra tersenyum apabila dia melihat rakaman pertengkaran Shinta dan Wisnu. Sambung Marina lagi Shinta kelihatan cemburu kerana dia tahu Wisnu telah pergi ke rumah Sandra. Marina pura-pura tanya pada Sandra apakah dia salah berbuat begitu. Namun Sandra tidak marahkan Marina malah dia berterima kasih pada Marina kerana katanya dia telah melakukan hal yang paling benar.

Di rumah Shinta masih marahkan Wisnu dan enggan mendengar sebarang penjelasan daripada Wisnu. Shinta mengeluarkan selimut dan bantal dan diberikannya pada Wisnu lalu disuruhnya tidur di sofa. Wisnu tidak putus asa dan terus mengetuk pintu kamar Shinta. Wisnu tidak tahu harus buat bagaimana lagi untuk memujuk isterinya yang masih marahkannya. Anjar yang memandang dari jauh cuma dapat mengasihani Shinta.

Di dapur Wisnu tanya apakah Shinta masih marahkannya. Wisnu minta Shinta dengar penjelasannya tetapi jawab Shinta dia sedang masak dan tidak mahu diganggu. Wisnu minta maaf pada Shinta dan jelaskan semuanya pada Shinta kenapa dia berada di rumah Sandra. Namun Shinta tidak mendengar apa yang dijelaskan oleh Wisnu kerana dia sedang mengisar makanan, Wisnu mulai hilang kesabarannya dan tanya Shinta sampai kapan dia ingin seperti itu. Wisnu mengaku dia bersalah tetapi semua itu ada alasannya. Kata Wisnu dia mengambil berat tentang Marina kerana dia mengandungkan anak Gilang iaitu cucunya. Apakah Shinta akan izinkan kalau Wisnu cakap yang dia mahu menjenguk Marina. Apa lagi dia akan ke rumah Sandra pasti nggak mungkin. Sebab itu dia membohongi Shinta kerana dia tidak mahu Shinta marah.

Kemudian Wisnu pula salahkan Shinta katanya semua itu tidak akan berlaku kalau bukan kerana Shinta. Shinta memandang ke arah Wisnu tanpa berkata apa-apa. Wisnu tidak perlu ulang-alik jenguk Marina kalau Shinta tidak menghalaunya. Dan Sandra nggak ada alasan lagi untuk menyuruhnya ke rumahnya. Sambung Wisnu lagi.  Shinta cuma beri jawapan pada Wisnu "Alasan saja kamu itu". Wisnu cuba terangkan pada Shinta itu bukan alasan tetapi dia omong apa adanya.Kenapa Shinta masih tidak mengerti. Namun Shinta sangka Wisnu sedang berbohong. Wisnu tidak mahu bercakap dengan Shinta lagi. Katanya susah hendak dia bercakap dengan Shinta yang tak pernah mengerti lalu dia beredar dari situ begitu saja.

Gisha cuba tenangkan mamanya dengan memintanya sabar. Jawab Shinta bagaimana dia tidak emosi kerana papanya telah membohonginya. Menurut Shinta dia tidak suka dibohongi oleh sesiapa pun. Kata Gisha dia faham perasaan mamanya tetapi dia yakin yang papanya nggak tega membohongi mamanya. Sambung Gisha siapa tahu mungkin papanya melakukannya kerana terpaksa. Gisha menasihati mamanya apa pun masalahnya jangan sampai itu berpanjangan. Gisha yakin papanya amat menyayangi mamanya. Buktinya kemarin papanya tidur di sofa apabila mamanya suruh dia buat begitu. Pasti papanya tidak mahu kalau dia tidak sayangkan mamanya. Pasti dia sudah pergi ke hotel. Jadi itu bermakna papanya mencintai mamanya.



Anjar ke ruangan Wisnu dan memberitahu Wisnu bahawa ada sesuatu yang ingin dia mahu bicarakan pada Wisnu. Namun Wisnu suruh Anjar bicaranya kemudian saja kerana dia lagi pusing. Menurut Anjar itu penting mengenai isteri Wisnu. Anjar mengatakan pada Wisnu ia punya hubungan dengan Shinta. Wisnu sangat marah sekali mendengarnya. Anjar bilang Wisnu marah saat ia bilang punya hubungan dengan Shinta, begitu pula dengan Shinta pasti akan marah pada Wisnu jika Wisnu punya hubungan dengan perempuan lain. Anjar harap Wisnu mengerti kemarahan Shinta dan segera minta maaf padanya. Biar bagaimana pun kesalahan itu adalah kesalahan Wisnu. Setelah itu Anjar minta diri untuk meninggalkan ruangan Wisnu.



Shinta marah pada Anjar dan tanya Anjar kenapa dia sebut tentang masa lalu mereka. Kata Shinta lagi dia muak lihat muka Anjar dan dia halau Anjar dari rumahnya. Bersambung dalam episode seterusnya pada hari Isnin, 31 Disember 2012 waktu yang sama.

Sinetron Aliya Episode 22 pada 27 Disember 2012
 
Sinetron Aliya Episode 22 Part 1

Sinetron Aliya Episode 22 Part 2

Sinetron Aliya Episode 22 Part 3-3


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Sinopsis Episode 58 (26 Disember 2012) - Layar Drama Indonesia: Mega Sinetron Separuh Aku mula menemui penonton pada 15 Oktober 2012 setiap hari pukul 19.00 WIB di RCTI

 Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)

Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's

Pemain Separuh Aku:

Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan

Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan  sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka   - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai    Sudiro  - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai  Andien - (Keponakan Rama)

Sambungan sinetron Separuh Aku Episode 58 pada 26 Disember 2012

Doktor memberitahu Adara akibat dari kecelakaan itu, Rama mengalami kerosakan otak. Rama akan kehilangan sebahagian pengetahuan dan ketampilannya. Selain itu Rama juga kesulitan untuk menulis, membaca, menentukan arah dan juga berhitung. Marni yang memandang dari luar berasa kasihan pada Adara. Dalam hatinya berkata cobaan apa lagi yang harus Adara terima. Adara memberitahu Rama yang sedang koma bahawa apa yang dia butuhkan adalah dia inginkan Rama bangun dan dia berjanji akan menunggu Rama sedar kembali dari koma. Adara juga akan sentiasa menemani Rama di situ dan berada disampingnya hingga dia sembuh.

Sandy tanya Adara  keadaan Rama.  Adara memberitahu papanya yang Rama mengalami kerosakan otak. Jelas Adara pada papanya lagi mereka tidak mungkin melanjutkan pernikahannya bersama Rama memandang keadaan Rama. Sandy minta Adara konsentrasi tentang keadaan Rama dahulu dan usah difikirkan tentang Maya. Sandy juga membohongi Adara tentang keberadaan Maya yang kini berada di rumah sakit.Sandy beritahu Adara mungkin Maya butuh tenangkan diri dahulu dan dia sengaja menghilang dan soal anak-anak pula Sandy masih minta pertolongan daripada orang untuk teruskan pencarian mereka. Sandy tidak mahu Adara khuatirkan apa-apa kecuali Rama.

Sandy memberitahu anaknya, Maya bahawa doktor bilang Maya sudah sihat untuk pulang namun Maya enggan pulang. Sandy terpaksa menuruti kata Maya dan katanya lagi dia boleh tinggal di mana saja dia mahu, di apartmentnya atau di rumahnya terserah pada Maya saja. Adara pergi menemui Maya di kantornya dan menanya pada Maya di mana dia sudah sembunyikan mereka.

Namun sambil tersenyum Maya memberitahu Adara bahawa anak-anak manis itu sudah dia buang jauh-jauh. Kata Maya lagi kalau dia tidak dapat memiliki Rama begitu juga Adara. Tanya Adara pada Maya apakah maksud dia berkata begitu apakah Maya akan membiarkan Rama mati agar mereka berdua nggak bisa memiliki Rama. Dalam hati Maya dia serba ingin tahu apa yang dimaksudkan Adara dengan berkata begitu. Apakah Adara mahu memancing dia agar dia mengaku yang kecelakaan tersebut disebabkan olehnya. Adara dapat meneka yang kecelakaan itu adalah rencana Maya. Maya beri amaran pada Adara hati-hati kalau dia mahu omong sambil berkata bahawa dia bersumpah yang Adara tidak akan menikah sama Rama.

Adara pergi menemui Rama di ruangannya dan berkata pada Rama bahawa cinta Maya pada Rama lebih besar daripada apa yang mereka duga selama ini. Maya terobsesi sama Rama sehingga Maya sanggup melakukan apa saja untuk memisahkan mereka berdua. Sambil berlinangan air mata, Adara berkata seandainya dia tahu dari dulu lagi yang Maya itu adiknya, sudah pasti Adara nggak akan berani untuk jatuh cinta sama Rama. Sekarang setelah Adara tahu bahawa Maya adalah adiknya sendiri, Adara semakin rasa bersalah dan berat sekali menghadapi semuanya kerana Adara tahu dia sudah menghancurkan satu-satunya harapan Maya iaitu Rama.Menurut Adara lagi Rama merupakan satu-satunya sumber kekuatannya. Cuma Rama sajalah yang bisa membuat Adara kuat. Adara menangis teresak-esak kesedihan mohon agar Rama sedar kembali.

Dalam hati Sandy dia serba salah melihat keadaan Adara yang terpaksa membatalkan pernikahannya dengan Rama pada waktu itu semuanya demi Maya. dan semuanya sebetulnya ulahnya Maya. Maya menyamar sebagai doktor dan disuruhnya suster di situ tidak menunggu ahli keluarga Rama tetapi memindahkan Rama ke ruangan lain dari ruangan IICU. Dalam hati Maya, dia mempunyai rancangan tersendiri iaitu dia mahu menjaga Rama dengan caranya sendiri dan tidak mahu Adara atau siapapun menganggu Rama. Maya mahu memiliki Rama sepenuhnya.

Adara memberitahu Dennis rasanya dia melihat Rama,  tetapi kata Dennis mungkin Adara terlalu memikirkan tentang Rama hingga menyebabkan dia terlihat Rama dengan sesiapa yang dia nampak. Adara dan Dennis tiba di ruangan IICU di mana Rama berada tetapi mereka terkejut apabila melihat Rama tidak berada di situ lagi. Salah seorang suster di situ juga tidak faham kenapa Rama hilang begitu sahaja dari ruangan IICU. Adara dan Dennis diberitahu bahawa Rama tidak dipindahkan ke mana-mana ruangan yang lain di rumah sakit. Adara mulai panik apabila dia mengetahui Rama hilang begitu saja dari rumah sakit.

Adara menelefon Maya mahu menemuinya tetapi Maya enggan, katanya dia malas mahu bertemu dengan Adara.  Maya menunggu Adara tetapi Adara tidak muncul-muncul juga. Akhirnya Maya beredar dari situ. Sebenarnya Adara bercadang untuk mengikuti ke mana Maya akan pergi. Adara mendapat tahu di mana Maya menyembunyikan Rama.

Adara menyamar sebagai salah seorang suster di situ. Dia memikirkan cara bgaimana hendak mengambil data pasien tanpa dicurigai.  Kemudian dia setelah dia mendapat data informasi Rama, Adara terus menyamar sebagai suster dan pergi ke ruangan Rama. Sewaktu dia ingin membuka pintu, doktor memanggil Adara. Pada waktu itu Maya juga bersama doktor tersebut. Maya mahu doktor mengelakkan suster itu daripada mendekati Rama agar tidak dijangkiti. Apakah reaksi Maya sekiranya dia tahu suster itu adalah Adara?

Akhirnya Rama sedar kembali tetapi Rama yang sudah hilang ingatan cuma dapat mengingati nama Maya. Maya mahu suapkan makanan buat Rama tetapi Rama enggan makan.  Maya merancang untuk mengisi kenangan palsunya bersama Maya. Tetapi bagaimana caranya. Maya mula berfikir mungkin dia perlu menonton filem romantis untuk buat demikian supaya lebih efektif. Maya kemudian mula menceritakan kenangan palsu waktu pertama dia menemui Rama. Tba-tiba Rama imbas kembali tentang bagaimana dia bertemu dengan Adara. Rama hilang kawalan. Maya panik dan keluar mencari pertolongan daripada suster. Adara yang berada di situ pada waktu itu, masuk menemui Rama. Adara cuba tenangkan Rama. Tiba-tiba Rama menatap wajah Adara. Apakah dia ingat siapa Adara?

Kepala Rama kembali sakit kembali apabila imbas kembali tentang wajah Adara yang samar-samar. Rama mengambil pisau yang berdekatan untuk melindungi dirinya. Adara tidak mahu membuat Rama bingung apa lagi kaget. Adara tahu Rama pasti kebingungan mengingati masa lalunya. Doktor menjelaskan pada Maya semua itu terjadi munkin Rama trauma mengingati tentang masa lalunya. Maya, doktor dan suster terus ke ruangan Rama. Adara sempat mengelak daripada diketahui keberadaannya di situ oleh Maya.

Doktor menasihati Maya agar tidak putus asa dan coba dekati Rama agar dia mengingat memori masa lalunya. Supaya ingatannya cepat pulih. Maya pergi ke ruangan Rama semula tetapi Rama tidak berada di situ.

Fikiran Rama terus imbas kembali tentang masa lalunya bersama Adara dan anak-anak. Setiap kali itu berlaku, kepala Rama berasa sakit. Apabila Rama melihat Adara, wajahnya kembali dalam ingatannya waktu dia pertama kali menemuinya dalam keretapi. Kemudian wajah Adara dan anak-anak terus bermain di fikirannya. Kepala Rama kesakitan lagi. Adara begitu ingin memeluk Rama tetapi dia tidak boleh berbuat begitu kerana khuatir penyamarannya akan terbongkar. Adara tidak mahu dipisahkan daripada Rama. Adara tanya Rama siapakah Andien yang dipanggil Rama tadi. Jawab Rama siapa Andien. Rama terus memanggil nama Maya. Adara sedih kerana dalam ingatan Rama cuma ada Maya. Belum habis Adara berfikir dia menoleh ke belakang dan ternampak Maya sedang menuju ke arah Rama.

Adara terpaksa menyembunyikan diri lagi. Maya ingin menemani Rama ke kamar semula tetapi Rama cuba mengelak dan Maya terjatuh. Akhirnya dua orang suster membantu membawa Rama balik ke kamarnya. Maya terasa sesuatu yang aneh tentang Rama kerana Rama malah menuruti suster-suster itu daripadanya. Maya bimbang seandainya Rama dapat mengingati semuanya semula.

Adara yang sembunyi berdekatan di situ kasihani keaadaan Rama. Dalam hatinya berkata pasti Rama kebingungan sekarang dengan kondisinya. Adara harus melakukan sesuatu tetapi bagaimana dan Adara harus apa? Bersambung dalam episode seterusnya pada 27 Disember 2012 dalam Episode 59 nanti.

Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 pada 26 Disember 2012

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 Part 1

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 Part 2

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 58 Part 3-3

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
  Channel
 MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by