Thursday, July 17, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-29 YANG DISIARKAN PADA 17 JULAI 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-29 YANG DISIARKAN PADA 17 JULAI 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Pelakon sinetron Anakku Bukan Anakku yang terdiri daripada 65 episode. Episod ke-29 pada hari Rabu, 17 Julai 2008

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Episod 28

Tatia mengikut nenek Taufan pergi membeli belah pada hari minggu. Sebelum mereka bertolak, Tatia meminta Taufan untuk memberi satu nama baru kepadanya kerana dia masih tidak dapat mengingati kisah silamnya. Apabila Taufan enggan berbuat demikian, neneknya memikirkan satu nama yang sesuai untuk Tatia. Akhirnya Tatia diberi nama baru iaitu NUR yang bermaksud cahaya.

Rona dan Bayu terus menggesa Vivian dan Nico memberi separuh daripada harta kepada mereka dan Bayu dan Rona menyatakan hasrat mereka untuk tinggal di tingkat atas kediaman keluarga Nico dan ini termasuk kamar utama mereka. Nico dan Vivian diberi tempoh sehari sahaja untuk mengemaskan barang mereka dan selepas itu semua yang terdapat di tingkat atas akan menjadi milik Rona dan Bayu.

Timo begitu marah terhadap kedua-dua ibu bapanya dan memikirkan jalan untuk membuat sesuatu dalam hal ini agar dapat menghalang perbuatan jahat ibu bapanya terhadap tuan rumah mereka yang telah menolong mereka selama ini. Timo berpendapat mereka telah melampaui batas dan berani melawan Nico dan Vivian.

Adel keluar bersama Rafli untuk makan dan dalam waktu itu, Adel bertanya kepada Rafli sekiranya Tatia benar-benar meninggal dunia apa yang akan terjadi. Rafli dengan tiba-tiba seperti ternampak Tatia. Adel cuba memberi kepastian kepada Rafli bahawa Tatia sememangnya sudah meninggal dunia. Apabila melihat Adel yang begitu cemas dia tergelak dan menyatakan bahawa dia sedang menguji Adel.

Walau bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan keluar dari tempat makan di sebuah tempat membeli belah, Rafli benar-benar ternampak Tatia tetapi tidak dapat mengejarnya. Adel dan Luci yang juga berada di pusat membeli belah pada masa itu cuba meyakinkan Rafli bahawa Tatia sudah meninggal dunia dan tidak akan kembali lagi.

Dalam perjalanan pulang di luar pusat membeli belah, Tatia (nama baru Nur) terjumpa sekuntum bunga yang mekar dan dia seperti teringat sesuatu yang tidak dapat dijelaskannya. Pembantu rumah Taufan mengatakan bunga mekar tersebut bermaksud "tuah". Tatia tersenyum setelah mendengar maksud bunga tersebut.

Vivian menerima satu panggilan di kediaman mereka dan panggilan tersebut adalah untuk Bayu. Nico meminta Vivian memanggil Bayu untuk menerima panggilan itu. Pada mulanya Bayu enggan menjawab panggilan yang dikatakan oleh Vivian dari puncak(gunung) tetapi kerana ingin tahu siapa yang menelefonnya dari situ, akhirnya dia menjawab dan sewaktu Bayu menjawab panggilan tersebut, dia kelihatan begitu terkejut dan terus pengsan.





Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku daripada episod 28 pada 16 Julai 2008 Ke-29 pada 17 Julai 2008 jam 2.30 petang.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-29 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-29 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-29 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-29 bahagian ke-4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku)

Episod 29

Setelah Nico memeriksa nadi Bayu, dia terus menefon doktor dan selepas itu, sewaktu Nico mengambil ubat untuk diberikan kepada Bayu, Bayu memberitahu isterinya, Rona bahawa Tatia masih hidup dan Rona turut pengsan. Adel terkejut melihat Bayu dan Rona yang masih pengsan. Vivian menjelaskan bahawa Bayu berkeadaan begitu setelah mendapat panggilan dari puncak (gunung). Adel seperti terkejut mendengar penjelasan mamanya.

Doktor memberitahu Bayu dan Rona begitu kerana terlalu terkejut dan menyebabkan dia mendapat darah tinggi. Nico membenarkan mereka tinggal di tingkat atas tetapi Bayu mengatakan supaya rancangan untuk tidur di tingkat atas ditangguhkan dahulu.

Badai yang telah mabuk masuk ke dalam kamar Tatia. Dia membangunkan Tatia dan memberitahunya bahawa dia tahu tentang asal-usul Tatia yang merupakan seorang perempuan murahan dan menuduh Tatia cuma berpura-pura hilang ingatan.

Sewaktu Badai cuba untuk mengajak Tatia yang berada dalam ketakutan untuk melakukan perkara yang tidak senonoh, Taufan telah muncul sebelum dia sempat mengapa-apakan Tatia. Taufan menyelamatkan Tatia sekali lagi.

Ketiga-tiga Rona, Bayu dan Adel sentiasa berada dalam keadaan takut memikirkan hal tentang Tatia yang mungkin masih hidup.

Bisikan syaitan mengatakan oleh sebab Rona dan Bayu adalah termaasuk dalam keluarga syaitan, dia akan membantu untuk mencari Tatia supaya mereka boleh membunuhnya. Rafli melawat Adel dan meluahkan perasaan cintanya terhadapnya. Dalam waktu yang sama, Adel menerima panggilan dari gunung. Dia terus pengsan.

Adakah panggilan yang diterimanya sama dengan Bayu ataupun sebaliknya?


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaaan hati dan Nurani".


Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod ke-30 pada minggu hadapan pada 21 Julai 2008, Isnin jam 2.30 hingga 3.30 petang.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

Online Visitors

Thank you for dropping by