
Keputusan konsert minggu ke-lapan Akademi Fantasia Ke-6. Siapakah pelajar yang tersingkir?

Milik siapakah beg berwarna merah ini? Siapakah pelajar yang akan mengusung beg ini dari Pentas Dewan Sivik MBPJ di penghujung konsert? Semua penonton menanti keputusan dengan hati yang berdebar-debar yang diumumkan oleh Pengacara konsert mingguan, AC Mizal sebentar lagi. Mungkinkah selepas konsert malam ini akan dikurangkan kepada 5 pelajar sahaja?
Konsert minggu ke-lapan Akademi Fantasia Ke-6 baru sahaja berakhir dan keputusannya telahpun diketahui selepas undian ditutup. Siapakah agaknya pelajar yang tidak dapat bersama lagi dengan pelajar yang lain selepas malam ini? Kesemua 6 pelajar telah cuba sedaya yang boleh untuk membuat persembahan mereka dengan sebaiknya tetapi "jari menjadi juri". Semua keputusan terletak dalam tangan pengundi.

Dengan berakhirnya lagu "Menuju Puncak" undian ditutup akhirnya Pengacara AC Mizal mengumumkan bahawa tiada penyingkiran dalam konsert minggu ke-lapan ini.

Kesemua 6 pelajar yang baru membuat persembahan mereka akan berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka dalam konsert minggu yang ke-sembilan.
Seperti minggu yang lalu 6 pelajar Akademi Fantasia yang akan membuat pesembahan dalam konsert minggu berikut iaitu pada 17 Mei 2008 adalah:
Riz
Nadia
Stanly
Nubhan
Stacy
Toi
Jangan lupa untuk mengikuti siaran Diari Akademi Fantasia Minggu Ke-lapan mulai 12 Mei hingga 16 Mei 2008. Jangan lupa untuk menonton aksi 6 pelajar yang akan membuat persembahan mereka dalam Konsert Minggu Ke-sembilan Akademi Fantasia musim yang ke-enam pada 17 Mei 2008 nanti.
Sekian daripada sapphire blu untuk anda. Sehingga berjumpa lagi esok dalam kemaskini yang akan datang. Selamat malam.
