Main cast and characters/ Pelakon
Jericho Rosales
as Christian Soriano - Orphaned at a young age, he is groomed to handle
the family’s vast powerful companies. He falls in love with Ara, not
knowing that she holds a past that could ruin them altogether.
Sebagai Christian Soriano-Seorang yang mewah dan berjaya dalam
perniagaan dan hidupnya. Pertemuan dengan Arabella telah mengubah
persepsi dirinya terhadap wanita. Beliau mengetahui kebenaran dan saat
kebahagiaan mereka punah setelah mengetahiu bahawa keluarga Arabella
adalah apa yang didendaminya selama ini. Beliau hampir gila apabila
mengetahui Arabella telah mati dan bertindak untuk membunuh diri namun,
Ara diselamatkan oleh orang lain yang terperangkap dalam sebuah
kecelakaan kemalangan keretapi. Beliau kemudiannya bertemu dengan Mary
Ann iaitu seorang wanita muda, berbakat cerah yang akan mengubah wawasan
hidupnya tetapi bagaimana sekiranya Arabella kembali semula?
Kristine Hermosa
as Arabella Grace Garcia - She also happens to be the daughter of
Elizabeth who grows up without knowing the love of her mother. She falls
in love with Christian, not knowing that this will cause her great
pain.
Kristine Hermosa sebagai Arabella Grace Garcia-Seorang wanita muda yang
ditinggalkan oleh ibu kandungnya dan membesar bersama ayah dan nenek
angkatnya. Mendapat pendidikan yang tinggi serta berhati luhur. Sanggup
mengorbankan dirinya demi kebahagiaan ayah dan neneknya. Bartuah kerana
bertemu dengan Kristian yang menjadikan beliau kekasih sejati. Namun
disebabkan salah faham, Kristian bertindak menghalau beliau dari
hidupnya. Konflik menjadi lebih rumit lagi apabila Arabella bertemu
kembali ibu kandungnya yang selama ini adalah ibu angkat Christian.
Arabella kemudian bertemu dengan Leonardo yang berjaya mengubati lukanya
bersama ketika Christian.
Diether Ocampo
as Leonardo Madrigal III - Leo is the eldest grandson of Don Marcelo, a
wealthy plantation owner. And Ramon is his younger brother. They are a
product of a broken family since their mother left them at an early age
to marry someone else in America. Both brothers were left under the care
of Don Marcelo. Leo is also an artist and would rather follow his
passion on arts and music rather than manage the hacienda. He is a
loving grandson, and is brave enough to fight for what he believes in or
for the woman he would eventually fall in love with.
Diether Ocampo sebagai Leonardo Madrigal III-Jejaka kacak dari keluarga
kaya yang telah bertemu dengan Arabella. Beliau telah menyelamatkan
Arabella dan ibunya semasa kecelakaan kemalangan keretapi dan
menyembunyikan identiti Ara serta ibunya dari pengetahuan umum begitu
juga Christian. Keikhlasan beliau bertukar menjadi cinta terhadap Ara
lebih-lebih lagi apabila datuk beliau menganggap Ara adalah bakal isteri
beliau. Namun Leo terpaksa memendam perasaan disebabkan Ara masih
menyayangi Christian. Walaubagaimana pun Ara bertindak menerima cinta
Leo disebabkan terhutang budi terhadap Leo walaupun hatinya masih
mencintai Christian.
Angelika dela Cruz
as Mary Ann Santos - Mary Ann is a very cheerful person. Everyone
around her is affected by her gaiety. In spite of her troubled past. Her
mother was a GRO, who married a man who would do anything for money
even if meant, “selling” his stepdaughter. Having escaped her past, she
is determined to fulfill her dream of becoming a recording artist. Brave
and street mart, in spite of not being able to finish her studies, she
would do everything to attain her goals and would do everything for the
man she would eventually fall in love with.
Angelika Dela Cruz sebagai Mary Ann Santos-Penyanyi wanita kelab malam
di mana tempat Shane bekerja. Beliau merupakan seorang wanita yang
berbakat besar dan bersungguh-sungguh di dalam hidup dan pekerjaannya.
Beliaulah yang telah menyelamatkan Christian daripada membunuh diri
akibat kehilangan Ara. Sejak dari itu beliau dan adiknya telah tinggal
bersama-sama di rumah Christian. Disebabkan rasa terhutang budi,
Christian telah merealisasikan impian beliau untuk menjadi seorang
penyanyi yang terkenal. Bait-bait cinta antara mereka mulai berputik
namun Christian tetap menganggap beliau hanyalah rakan baiknya kerana
perasaan cintanya terhadap Ara masih utuh dan melihat diri Ara ada dalam
diri Mary Ann. Mary Ann terpaksa akur kerana perbezaan darjat dan
statusnya berasal dari dunia yang berbeza.
Synopsis:
Falling victim to a freak accident on a ship
sailing, Christian (Jericho Rosales) and Ara (Kristine Hermosa) get
trapped in an isolated island and fell in love. Reality stepped in when
they were rescued and had to go back to their own lives. She felt the
difference in their social status. Despite all odds, he promised his
eternal love for Ara, unaware of her family’s involvement in his painful
past.
Upon discovering the truth Christian was driven with
anger, which made Ara and her family decided to escape his revenge. This
tragic journey leads Ara to meet a rich and carefree painter, Leo
(Diether Ocampo). She learned to bury things as they are. And Leo’s
unconditional love helped her to start anew. Christian, on the other
hand, finds comfort with kindhearted Mary Ann (Angelika dela Cruz), an
amusing friend who slowly wins Christian’s trust and affection.
When romance seems perfect for estranged lovers, fate
stepped in and brought Christian back into Ara’s life. Ara must now
confront her unfinished business with Christian…
What lies beneath their intertwined past? Will Christian and Ara’s romance bind together again?
Sinopsis Sana'y Wala Nang Wakas
Cerita
ini mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan insan
bernama Ara@Arabella Grace Garcia (lakonan Kristine Hermosa) bersama
Kristian Soriano (lakonan Jericho Rosales). Pertemuan yang tidak
disengajakan di atas kapal sewaktu kali pertama bertentang mata dan
beberapa insiden-insiden kecil telah membuatkan mereka bermusuhan. Namun
takdir telah menyebelahi mereka apabila sekali lagi Ara bertemu
Christian sewaktu beliau menjalani latihan pertama bekerja sebagai
jurucakap pelancong di Pulau Corregidor.
Tragedi jatuh dari bot tersebut telah membawa mereka
ke sebuah pulau terpencil di mana bermulanya destinasi percintaan
mereka. Setelah diselamatkan selama beberapa hari terperangkap dari
pulau tersebut, Ara dan Kristian memulakan hidup masing-masing di kota
Manila. Kristian peneraju Swan Airlines dan pengarah bagi majalah Metro
berasal dari golongan berada serta kaya, manakala Ara pula setelah
ditinggalkan ibunya kira-kira 15 tahun yang lalu tinggal bersama nenek
angkatnya iaitu Choleng serta ayahnya Anton yang menjalani hukuman di
penjara.
Hidup Ara dihiasi dengan suka dan duka turut ditemani
rakan-rakan baiknya iaitu Shane dan Newton. Pertemuan demi pertemuan
antara Ara dan Kristian telah menerbitkan bait-bait cinta antara mereka.
Sikap romantis seta penyayang yang ada pada diri Christian telah
membuka pintu hati Ara untuk menerima Christian sebagai kekasihnya. Bagi
mereka, cinta yang agung ini tidak akan terpisah dan mereka percaya
bahawa cinta suci ini akan tetap kekal abadi walaupun pelbagai halangan
dan rintangan di dalam perhubungan mereka.
Namun konflik masa lampau akibat dosa-dosa silam ibu
bapa mereka telah memisahkan hubungan percintaan dua insan ini. Ara yang
mengetahui bahawa ayahnya yang menjalani hukuman penjara selama 15
tahun adalah pembunuh kepada ibu bapa Kristian telah nekah memutuskan
hubungan mereka. Namun rahsia ini terbongkar apabila nenek kepada
Christian dan adiknya Rain iaitu Dona Veleria Velencia ( Gloria Ramero)
mengkucar kacirkan keadaan dengan menuduh ibu kandung Ara iaitu
Elizebeth@Yvette yang telah membunuh Emilio Soriano dan Rhodora Soriano
pada malam dia ingin lari bersama Richard. DVV yang sememngnya berdendam
kepada Elizabeth kerana anak kesayangannya iaitu Richard telah memilih
Elizabeth perempuan sederhana dari kampung sebagai kekasihnya dan
menolak Bettina gadis pilihan beliau.
DVV merupakan bekas perempuan simpanan Nicanor Soriano
iaitu datuk kepada Christian dan Rain melahirkan Richard dan tinggal
bersama keluarga Soriano sanggup mengambil upah sebagai orang gaji
keluarga tersebut kerana semata-mata ingin berada bersama Soriano. Namun
luka menjadi lebih parah buat DVV apabila Soriano tidak meniktiraf
beliau sebagai isteri dan tetap menyayangi isterinya sehingga ke akhir
hayat beliau. Dengan itu DVV tekat untuk membalas dendam terhadap
keluarga Soriano dengan mengadakan pelbagai rancangan dan tipu helah
untuk menghancurkan Christian dan Arabella.
Setelah Elizabeth mengetahui bahawa Ara adalah anak
kandungnya yang ditinggalkan selama 15 tahun, dia kembali bersama
keluarga Ara, Choleng dan Anton dan tinggal bersama mereka. Namun
kebahagiaan itu tidak lama kerana DVV mengadakan pelbagai rancangan
untuk menghancurkan mereka sehinggalah mereka lari meninggalkan tempat
tersebut.
Sewaktu di dalam perjalanan, keretapi yang membawa
mereka telah mengalami kemalangan sehingga mengorbankan Choleng dan
Anton, namun Ara dan Elizabeth telah diselamatkan oleh seorang lelaki
yang ketika itu bersama-sama menaiki keretapi tersebut iaitu
Leo@Leonardo Madrigal III ( Diether Ocampo ). Leo telah menyembunyikan
identiti Ara dan Elizabeth dari pengetahuan umum sehinggalah Christian,
DVV dan rakan-rakan Ara menganggap mereka semua telah mati semasa
kemalangan itu. Leo telah membawa Ara ke kediamannya dan memperkenalkan
Ara bersama keluarganya. Datuk Leo iaitu Don Marcelo Madrigal telah
terpikat pada Ara dan menganggap bahawa Ara adalah kekasih sebenar
cucunya-Leo.
Sementara Christian yang kecewa nekad untuk membunuh
diri kerana beranggapan dia telah kehilangan segala-galanya akibat dari
kematian Ara. Namun Christian telah diselamatkan oleh Marry Ann (
Angelika dela Cruz ) sewaktu beliau terjun ke dalam sungai. Tragedi itu
telah membawa Marry Ann dalam hidup Christian. Christian telah membawa
Marry Ann bersama-sama adiknya untuk tinggal bersama beliau atas rasa
terima kasih beliau kerana telah menyelamatkannya. Christian juga
menganggap Marry Ann adalah umpama Ara kerana sikap sungguh-sungguhya
dan minatnya terhadap sesuatu bidang yang diceburinya. Christian juga
turut merealisasikan impian Marry Ann selama ini iaitu untuk menjadi
penyanyi dan mempunyai album serta studio record sendiri.
Sesungguhnya kehadiran Marry Ann dalam hidup Christian
dan Leo dalam hidup Arabella telah membawa sinar dalam kehidupan
mereka. Namun hati mereka tetap merindui kenagan-kenangan manis sewaktu
bersama-sama dahulu. Dapatkah Christian dan Arabella bertemu kembali?
Dan dapatkan mereka menerima semula setelah hati dihancurkan sehingga
ruang kosong itu telah terisi?
Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 1 - 50
Sila klik di sini untuk mengikuti Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 1 - 50
Sanay Wala Nang Wakas Episode 51 ( With Malay Subtitles)
Sila klik di sini untuk mengikuti Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 51 - 90
Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 91
Sila klik di sini untuk mengikuti Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 91
source: Thank you and credits to
http://www.astro.com.my/
http://en.wikipedia.org/wiki/
http://sanaywalanangwakaslover.blogspot.com/
http://hanisbarbiedoll.blogspot.com/
azmitabalkis02 Channel
Malia1424 Channel
aftalentaesb Channel
and all sources for the information and pictures