Tuesday, September 9, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-59 YANG DISIARKAN PADA 9 SEPTEMBER 2008 SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-59 YANG DISIARKAN PADA 9 SEPTEMBER 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Tema Anakku Bukan Anakku



Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Menampilkan: Benny Ruswandi


Marcelino Lefrandt


Dinda Kenyadewi sebagai Noni

Sinopsis Anakku Bukan Anakku Episod 59:

Kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku sudah tiba episod 59 di mana dalam episod yang lalu banyak peristiwa telah berlaku:

- Luci telah mengetahui bahawa Adel bukanlah anak kandung Nico dan Vivian.

- Tatia tidak mahu menyusahkan Rafli walaupun dia masih mencintainya. Dia memberitahu Taufan bahawa dia mencintai Rafli adalah satu kesilapan.

- Nico dan Vivian menganggap Timo seperti anak kandung mereka dan Timo boleh duduk makan semeja dengan mereka.

- Jimbo, kekasih Noni mendapat tahu alamat di mana Noni tinggal.

- Bayu dan Rona masih belum putus asa mahu membunuh Tatia tetapi mereka telah menyangka Noni adalah Tatia.


Episod 59 - 1


Episod 59 - 2


Episod 59 -3


Episode 59 - 4


Episod 59 - 5 (Penghujung episod 59)

Episod 59:

Noni pura-pura menjadi Tatia apabila Bayu dan Rona berkata bahawa mereka telah mengetahui rahsianya memakai topeng. Noni(Tatia) tetapi Bayu yang licik itu menyuruh memberi alasan bahawa dia masuk ke kamar mereka adalah untuk mengurut Rona. Rona hampir percayakan Noni(Tatia) tetapi Bayu yang licik itu menyuruh Rona jangan diperdayakan oleh Noni(Tatia).

Bayu memukul Noni menggunakan tali yang dibawa bersamanya. Noni terjatuh ke lantai dan Bayu cuba terus memukul Noni tetapi Noni melawan balik dengan menarik tali itu ke arahnya dan giliran Bayu pula yang terjatuh. Rona juga ditolak oleh Noni ke sofa. Selepas itu Noni terus mengerjakan Bayu dan ternyata Bayu bukan lawannya. Apabila Rona memarahi Noni, Rona juga turut dipukul oleh Noni. Noni memukul mereka berdua dengan kuat menggunakan tali.

Jeritan kesakitan yang kuat didengar oleh seisi rumah termasuk Jimbo dan dua orang rakan sepenjenayahnya yang berada di luar rumah Nico. Vivian dan Nico terkejut melihat sikap Noni(disangka oleh mereka adalah Tatia) yang telah berubah sama sekali menjadi ganas dan berani.

Adel juga hairan bagaimana Tatia(Noni) menjadi begitu. Begitu juga Rafli yang baru tiba di rumah itu. Rafli melihat dari jendela dan sukar untuknya mempercayai kenapa Tatia(Noni)jadi seperti itu. Rafli bercakap keseorangan kenapa Tatia sanggup bertindak sedemikian terhadap Rona dan Bayu.

Vivian cuba meminta Noni berhenti memukul mereka berdua tetapi tidak diendahkan oleh Noni. Vivian tidak tahan lagi dengan keadaan sebegitu dan ini membuat Vivian menampar Noni. Noni terpaksa berhenti memukul Rona dan Bayu.



Jimbo dan dua orang rakan spenjenayahnya bercadang untuk memantau keadaan di sekelling mereka sebelum mereka teruskan rancangan mereka. Apabila Bayu enggan mengaku bahawa dia ada niat yang jahat membunuhnya di kamarnya, Timo mengambil kunci pendua dari kocek Bayu. Ini membuktikan bahawa mereka benar-benar cuba membunuh Tatia(Noni) di kamarnya.





Noni tidak membenarkan Bayu dan Rona tinggal di tingkat atas kerana menurutnya mereka berdua cuma pembantu rumah sahaja. Vivian juga menyokong kata-kata Noni dan mereka tidak lagi boleh naik ke tingkat atas untuk berehat. Mulai saat itu mereka dikehendaki tinggal di kamar lama mereka yang terletak di belakang rumah.



Tatia menelefon rumah Nico sewaktu Vivian dan Nico sedang bercakap mengenai kenapa sikap Tatia berlainan. Noni menjawab panggilan itu terpaksa berkata salah nombor supaya tidak disyaki apa-apa.(Tatia menelefon Noni menyatakan dia telah sampai di situ.

Rafli ternampak Tatia di luar rumah bersama Taufan tanpa memakai topeng dan dia agak kehairanan bagaimana Tatia boleh berada di dua tempat dalam masa yang begitu singkat. Jimbo dan dua orang rakannya tadi juga ternampak Tatia dan Taufan.


Taufan: Jadi sekarang kau nak pakai topeng dan masuk ke rumah kan?
Tatia: Betultu Taufan. Kita dah tak ada cara lain.
Taufan: Kita akan menghadapi masalah.
Tatia: Masalah apa?


Jimbo: Topeng ini akan berterusan memberi masalah pada awak. Jadi saya mesti mengambil tindakan. Topeng ini akan dibakar. Ianya akan hancur.




Tatia: Taufan, topeng itu Taufan!


Jimbo: Kenapa?

Sebelum Tatia sempat memakai topeng untuk masuk ke rumah Nico, Jimbo merampas topeng itu daripada Tatia dan membakar topeng tersebut. Rafli yang berada di situ ternampak apa yang telah berlaku.


Episod 59 berakhir di sini.

Episod 59 kisah sinetron Anakku Bukan Anakku berakhir di sini. Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah ini dalam episod 60 yang akan disiarkan pada hari esok, 10 September 2008 untuk mengetahui apakah yang akan berlaku sekiranya Noni didapati menyamar sebagai Tatia dan dapatkah Tatia mengharungi semua rintangan ini kerana topengnya telah dibakar oleh Jimbo?

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

VIDEO KLIP DAN LIRIK LAGU CINTA INI MEMBUNUHKU - OST TEMA GARA-GARA CINTA


Video klip Cinta Ini Membunuhku - D'Masiv (Terima kasih dan kredit diberikan kepada ariebudi01 Channel)

Lirik Lagu Cinta Ini Membunuhku
Penyanyi: D'masiv


Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.

Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.

Chorus:
Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.

Chorus 2x

Woo.. Huu.. Haa..
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Online Visitors

Thank you for dropping by