Thursday, October 14, 2010

Episode 46 - Sinetron Cinta Kirana pada 14 Oktober 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon/Pemain



Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 46

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 46 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 46 Part 2

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 46 Part 3

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 46 Part 4

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 46 Part 5


ambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 46

Kirana kelihatan terpaku sewaktu dia melihat Galang dan Riana di televisyen. Terutama sekali apabila Riana mengumumkan pertunangannya dengan Galang. Namun Kirana cuba menyembunyikan hal itu daripada Sita dan Aida.


Riana membawa Galang pulang. Sandra marah dan dia berkata:
Sandra: Jadi kamu mahu bertuanang lagi dengan dia? Kamu sedar tak dengan perbuatan kamu? Kamu dah benar-benar gila, Riana.
Riana: Aku selalu sedar dengan apa jua yang aku lakukan.
Sandra: Kalau kamu sedar, kamu tak akan lakukan semua ini, Ri. Kamu akan menyesal setelah kamu sedar kalau dia cuma mahu permainkan kamu saja dan cuma mahu menyakiti hati kamu, Ri.
Riana: Kalau Galang memang berniat seperti itu, tak mungkin dia sudi bertunang dengan aku, mom. Sudahlah, lebih baik mulai sekarang mama belajar untuk menerima Galang kerana tak lama lagi Galang akan menjadi menantu mama.
Sandra tidak tahu apa yang nak dikatakan lagi kerana Riana terus berdegil membantah semua kata-katanya.


Riana juga sengaja mengajak Galan makan malam bersama di rumahnya agar Sandra kesal dan setelah itu dia mengajak Galang untuk berjalan-jalan tetapi Galang teringatkan Kirana di rumah yang sedang menunggunya. Galang tidak mahu dan Riana:

Riana: Kamu ni kenapa? Dari tadi sibuk nak balik. Apa kamu tak habiskan malam ini bersama tunang kamu?
Galang: Bukan gitu, Ri. Aku... Besok kan kamu ada syuting. Aku mahu kamu isitirehat. Lagi pula mama kamu tak suka aku di sini.
Riana: Aku kan dah bilang sama kamu kalau...
Galang: Aku tahu kamu mahu bilang apa. Kamu mahu bilang yang kamu tak perlu dengar cakap mama kamu. Tapi Ri, mama kamu itu orang tua kamu? Kita perlukan restu daripada dia. Aku yakin hubungan yang direstui orang tua akan kekal. Jadi aku tak mahu ada masalah dengan mama kamu.
Riana: Galang, kamu ini kolot sangat. Kamu tak perlu fikirkan hal itu. Jangan hiraukan. Kalau perlu, malam ini kamu tidur di rumah aku. Biar mama tambah geram.
Galang: Ri, itu cuma akan tambah masalah. Sekali lagi aku nak beritahu kamu yang aku tak mahu ada masalah dengan mama kamu.
Riana: Okey kalau itu yang kamu mahu. Tapi sebelum kamu pulang, kamu kena temankan aku sampai aku tidur. Deal?
Galang: Okey.


Galang terpaksa menuruti Riana kerana dia tidak mahu Riana fikir yang bukan-bukan.




Setibanya Galang di rumah, Kirana yang telah menunggu Galang hingga lewat malam tertidur dan Galang memanggilnya:

Kirana: Pulang juga kamu akhirnya.
Galang: Aku tahu kamu marah keana aku setuju bertunang dengan Riana. Tapi, Na aku tak boleh menolak. Kalau aku tolak, Riana akan tahu rancangan kita.
Kirana: Jadi kalau nanti Riana ajak kamu nikah, kamu harus terima supaya dia tak curiga sama kamu, gitu kan?


Galang cuba menerangkan kepada Kirana dia tidak boleh menolak tetapi Kirana terus meninggalkan Galang di situ kerana masih marah dengan keputusan yang dibuat Galang. Galang tidak putus asa dan dia berusaha keras meminta maaf daripada Kirana dengan pelbagai cara dan akhirnya Kirana memaafkannya.


Di Panti Asuhan, Galang terus meminta maaf daripada Kirana. Kali ini Galang berjaya membuat Kirana memaafkannya.

Kirana: Galang, berdiri, kenapa kamu ni?
Galang: Aku mahu minta maaf daripada ibu saja. Aku bukan nak minta nasi.
Kirana: Galang berdirilah. Kamu buat malu sajalah.
Galang: Aku tak mahulah kalau kamu maafkan aku, baru aku berdiri.
Kirana: Galang..... jangan main-mainlah. Nek, tolong suruh Galang berdiri.
Sita: Kami tak mahu masuk campur.





Galang: Na, please Na.. tolonglah maafkan aku. Aku akan buat semua yang kamu mahu.Maafkan aku, ya?
Kirana: Ya, aku maafkan tapi kamu berdiri.
Galang berdiri dan terus minta Kirana maafkannya.
Galang: Please...
Kirana: Ya, ya...
Apa-apa ni, aneh tahu, kamu tadi..


Kirana dan Galang berbaik semula akhirnya.



Fara mengajak Baim pulang ke kampung bersamanya.

Fara: Aku nak kamu temankan aku pulang ke kampung.
Baim: Kenapa nak pulang ke kampung mendadak ni? Kau ada masalah di sini? Ada orang ganggu kau, Farah?
Fara: Apa kau ni? Taklah. Fara nak ajak Baim pulang ke kampung untuk kenalkan Baim kepada ibu dan bapak. Fara nak perkenalkan pacar Fara kepada mereka.
Baim keberatan nak ikut Fara kerana dia belum bersedia.
Fara: Berlum bersedia apa? Fara cuma ingin kenalkan Baim pada ibu dan bapak. Bukan nak ajak kamu jumpa penghulu/tok kadi Jadi tak perlu apa-apa persiapan, Baim.


Baim pada dirinya: Persiapan apa? Persiapan jiwa raga, Fara.



Pak Tejo memberi Kirana sebotol serbuk gatal untuk diletakkan pada pakaian Riana.
Pak Tejo: Ini dia penyelesaiannya.
Kirana: Itu apa? Nampak macam serbuk lada saja.
Pak Tejo: Bekasnya memang macam lada. Tapi isinya luar biasa. Serbuk gatal. Kamu tahu, di bengkel di bengkel saya itu ada samseng kampung yang suka minta duit daripada saya. Dia suka duduk di perabot. Saya taburkan ini pada perabot itu. Bila dia duduk, terus gatal. Seminggu tak hilang.
Kirana: Jadi, maksud bapak...



Kirana faham apa maksud Pak Tejo dan dia bercadang untuk menaburkan serbuk gatal itu pada baju Riana.

Pak Tejo: Selamat bekerja.
Kirana: Kita lihat saja bagaimana reaksi dia.
Pak Tejo: Yang pasti, pertunjukan itu pasti akan lebih menyeronokkan. Kamu pernah lihat pertunjukan topeng monyet tak? Ahh. tanya pada monyet itu. Saya sambung kerja dulu.


Kirana menaburkan serbuk gatal tersebut pada baju berwarna putih Riana. Apakah agaknya reaksi Riana nanti apabila dia memakai baju tersebut.




- Apa maksudnya? Kenapa dia lakukan semua ini? Raka tertanya pada dirinya. Dia nak sakiti hati Kirana lagi?





Raka berasa marah apabila dia terbaca berita tentang Galang dan Riana sewaktu sarapan pagi di kediamanya dan dengan emosi dia terus ke lokasi syuting dan memukul Galang. Pak Tejo minta Kirana terus bersabar dan bertenang kerana sekiranya dia menolong Galang penyamarannya akan terbongkar. Kirana tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas Raka meninggalkan tempat itu, Kirana meminta izin daripada Pak Tejo untuk bertemu dengan Raka dan menjelaskan situasi yang sebenarnya kepada Raka agar Raka tidak faham lagi.


Nadira mendapat tahu dia sudah mengandung selama tiga bulan dan waktu itu Choky berada di luar kota dan besar kemungkinan bayi yang dikandungnya dalah bayi Raka.


Kirana menemui Raka di rumahnya dan dia menjelaskan semuanya kepada Raka.
Kirana: Muka Galang terluka kerana pukulan kamu.
Raka: Kamu tahu ya, Kirana?
Kirana: Aku tahu semuanya. Aku berterima kasih, Raka kerana kamu membela aku. Tapi kamu dah salah faham. Lokasi syuting yang kamu pergi tadi itu cuma sebahagian sandiwara aku dan Galang. Sandiwara supaya Riana mahu mengakui semuanya dan pertunangan Riana dan Galang juga sandiwara kita. Galang terpaksa melakukannya, Raka.


Raka rasa bersalah kerana dia telah memukul Galang yang tidak bersalah.
Raka: Apa yang telah aku lakukan.
Kirana: Jangan salahkan diri kamu. Itu cuma salah faham.



Linda: Untuk apa kamu datang ke sini? Apa belum cukup kamu buat Raka menderita?
Raka: Apa mama cakap ini?
Linda: Kerana dia, hidup kamu terumbang-ambing macam ini. Dia tidak mahu bernikah dengan kamu tapi dia juga tidak mahu kamu terikat dengan wanita lain. Kerana itu dia halang kamu berjumpa dengan Khansa.
Raka: Mama salah. Semua itu tak ada kaitannya dengan Kirana.
Linda: Jadi siapa lagi? Dia saja yang boleh buat kamu bersikap tak bertanggung-jawab seperti ini.


Kirana: Maaf kalau kehadiran saya mengganggu kalian, lebih baik saya pergi sekarang. Minta diri.


Raka: Mama puas sekarang?
Mama dah tuduh Kirana sebarangan. Kirana tu tak tahu apa-apa, ma. Aku datang terlambat waktu itu kerana aku hantar Nadira ke rumah sakit.
Linda: Apa? Kamu hantar Nadira?
Raka: Ya, Nadira sakit dan Choky tak ada pada masa itu. Jadi Nadira minta pertolongan daripada aku. Jadi semua ini tiada kena mengena dengan Kirana. Kirana tu tak salah apa-apa.
Setelah mendengar penjelasan itu, Linda berasa menyesal kerana telah menuduh Kirana lagi.


Linda: Raka, kenapa kamu tidak menceritakan pada mama sebelum itu?
Tetapi Raka tidak menjawab pertanyaan mamanya itu.


Badan Riana berasa gatal apabila dia memakai baju yang telah terkena serbuk gatal itu. Galang membawa Riana ke rumah sakit untuk dirawat dan doktor menasihati Riana untuk berehat.
Doktor: Saya belum tahu puncanya. Yang pasti, kamu harus banyak istirehat dan tak boleh kena debu. Jauhi juga sinar matahari kerana dua perkara ini boleh perburukkan keadaan.
Riana: Itu tak mungkin, doktor. Pagi esok saya ada syuting. Tak mungkin syuting ditangguhkan. Lebih baik doktor berikan ubat-ubat yang boleh hilangkan gatal-gatal di badan saya ini. Saya dah tak tahan lagi.
Doktor: Baiklah saya akan beri preskripsi untuk kamu.



Sandra ingin membuat sesuatu untuk menghalang Riana sebelum dia hilang kesemua kekayaannya.





Tiba-tiba kebakaran berlaku di lokasi syuting. Galang berasa cemas apabila dia mendapat tahu Kirana masih berada di dalam. Galang terus mencari Kirana. Berjayakah Galang menyelamatkan Kirana? Terus mengikuti kisah ini dalam Episode 47 pada keesokan hari, 15 Oktober 2010.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by