Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
EPISOD 18 ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA HARI ISNIN, 30 JUN 2008 DI TV3
GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU Dibintangi oleh:
Roger Danuarta - Rafli
Profil/Biodata/Info: Roger Danuarta sebagai Rafli dalam Anakku Bukan Anakku:
Nama Lengkap : Roger Danuarta Nama Panggilan : Roger Pekerjaan : Artis Sinetron, Penyanyi Tempat / Tanggal Lahir : Jakarta, 20 Mei 1982 Umur: 26 tahun Sinetron : Cinta Berkalang Noda, Tuhan Sejauh Doa, Siapa Takut Jatuh Cinta, Amanda dan Yang Muda Yang Bercinta. Pendidikan : SMP-SMA Tirtamarta Intenational College jurusan Bisnis, Kuala Lumpur London School of Public Relations, Jakarta
Nabila Syakieb - Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
Him Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku - beberapa minit sebelum berakhirnya episod ke-17
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 17)
Dalam episod 18 Anakku Bukan Anakku Apakah reaksi Adel apabila dia mendapat tahu daripada bapanya bahawa Rafli juga turut pergi ke gunung?
Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku di Episod Ke-18: Bermula dengan Adel cuba menghubungi Rafli tetapi menurut pembantu rumah Rafli, dia tiada di rumah pada masa itu. Ini menyebabkan Adel terhairan-hairan ke manakah perginya Rafli.
Adel menelefon Rafli tetapi dia hampa apabila tidak dapat menghubungi Rafli yang ketika itu berada di gunung.
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 18 bahagian pertama
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 18 bahagian kedua
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 18 bahagian ketiga
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 18 bahagian keempat
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 18 bahagian kelima
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip Anakku Bukan Anakku episod 18 bahagian pertama hingga kelima)
Rafli bertemu dengan Tatia di gunung lalu memberitahu Tatia bahawa adalah hasrat Nico untuknya pergi ke sana. Tatia berasa hairan setelah mendengar penjelasan daripada Rafli.
Adel yang masih belum sembuh sepenuhnya naik angin apabila bapanya, Nico memberitahu dan menjelaskan kepadanya bahawa dia yang meminta Rafli untuk pergi ke gunung.
Puan Yosi(syaitan)
Sewaktu berada di gunung, syaitan yang telah menyamar sebagai Puan Yosi, kononnya dihantar oleh Kementrian Pendidikan sebagai pemerhati khas pelajar di sana. Kata Puan Yosi lagi iaitu mereka yang pergi ke gunung itu cuma setakat belajar dan tidak lebih dari itu. Menurutnya lagi semua itu ada batasannya dan jika didapati melanggar batasan itu, akan menerima hukuman daripadanya.
Daripada gaya pertuturannya dengan Tatia Puan Yosi(syaitan) seperti tidak menyenangi Tatia. Rakan-rakan Tatia juga turut bingung kerana Puan Yosi mempunyai perasaan sedemikian terhadap Tatia.
Adel begitu marah dan sakit hati dengan ketiadaan Rafli di sampingnya. Sikap cemburunya yang tidak terhingga membuat Adel mencampak semua barang dalam biliknya di merata tempat.
Puan Yosi (syaitan), memberi amaran kepada Rafli supaya berhati-hati sewaktu bersama Tatia. Dia melarang mereka berdekatan dan berpegang tangan. Bayu dan Rona bercadang untuk membuat sesuat yang kurang baik terhadap Tatia.
Apabila Adel mendapat panggilan daripada Rafli, dia begitu gembira sekali. Rafli yang cuma pura-pura mencintai Adel melepaskan perasaan rindunya sewaktu menelefon Adel.
Beberapa minit sebelum berakhirnya episod ke-18, Tatia dan rakan-rakannya yang lain terserempak dengan Puan Yosi(syaitan) sewaktu mereka dalam perjalanan keluar. Apakah tindakah Puan Yosi terhadap mereka?
Kisah sinetron yang pasti menceriakan petang anda akan bersambung pada hari esok, 1 Julai 2008, Selasa dalam episod ke-19 di TV3 pada waktu yang sama.
"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan Hati dan Nurani"
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.
0 comments :
Post a Comment